Friday 26 June 2015

8 Tips super penting sebelum backpacking beijng-xian : Jangan backpack ke beijing sebelum baca tips ini


Aku dan Fad baru balik dari backpack ke beijing 11/6/2015 , mulanya aku agak takut untuk masuk ke negara komunis ni, dengan masalah bahasanya ,makanan halal,scam kena tipulah dan lain-lain, rupa-rupanya percayalah backpacking ke beijing tidaklah sesusah mana.....dan tidak semahal mana, kalau korang boleh backpack mengapa perlu hired agent???

Sebelum ke beijing anda kena baca tips-tips kat bawah ni supaya dapat jimat duit,masa dan tenaga.

sebelum excited bertolak:

1.Buat visa:
ya, jangan terkejut kalau aku cakap ada yang tak tau, ke People republic of china ni kena apply visa, contoh manusia yang tak tau, macam fad tu ha....korang jangan jadi macam dia.
-kena tahu visa jenis apa nak kena apply ,ada single entry ,double entry, kalau korang ada hajat nak masuk hong-kong atau macau lepas tu masuk balik china ,korang kena apply double atau multiply entry, macam kami ,sekadar untuk ke beijing lepastu naik train ke xian masih lagi dalam china ,lepas tu balik malaysia ,so kami ambik yang single entry sahajalah, bayaran untuk single entry RM85 tak termasuk GST tempoh proses 4 hari bekerja , kalau nak cepat download borang dulu sebelum ke embassy ,isi siap-siap jimat masa ,kat borang tu dia dah tulis benda apa kena prepare. untuk download borang dan lebih maklumat untuk ke cina sila  tekan sini. Penting !!download borang dulu.

Nak buat visa kat mana?
-jawapan dia kat sini:
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection). 
Hamsphire Place Office, 
Jalan Mayang Sari, 
50450 Kuala Lumpur. 
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm) 
Collection : (9am-4pm). 

kalau korang naik public transport, boleh guna LRT ,turun di station ampang park, cari exit (baca signboard kat atas atap) plaza osk , naik eskelator dan jumpa kedai tutti frutti depan eskelator tu, korang toleh ke kanan nampak old town jalan ke depan(jangan masuk old town) lurus je sampai korang nampak bank of china, pusing kanan jalan lurus lagi sampai hujung jalan, dan korang akan nampak bangunan hamspire tu.

2.Buat itinerary :
nak jalan-jalan kat mana bila dah sampai beijing? korang boleh rujuk website ini , website tu siap bagi itinerary lagi, korang nak pergi mana, cara nak pergi kat situ ,berapa hari , untuk trip kami memang aku ambik itinerary kat situ je, ubah sikit-sikit.selain daripada tu ada beberapa website yang boleh korang rujuk especially route perjalanan, nak naik subway mana, bus no berapa, tiket masuk berapa, dll boleh rujuk website ini :
atau blog-blog orang lain yang pernah pergi beijing, tapi setakat ni 2 website diatas memang bagi maklumat yang terkini dan tepat, seriously !, lagi satu pasal tour masjid -masjid beijing ,korang boleh rujuk website ni:
masjid-masjid beijing, website ni ada sekali dengan cara nak melawat masjid -masjid tu ,subway line berapa, bus no berapa, buka pukul berapa, masjid juga boleh bagi anda signal bahawa:
1.ada toilet ada paip
2.ada makanan halal disekitar
Penting masjid ni sebenarnya.

3.Peta subway:
pastikan anda download peta subway  beijing siap-siap, 
download peta subway paling latest! penting paling latest tu! sebelum ni aku ada print peta subway tahun 2013 atau 2010 rupa -rupanya yang paling latest dia ada pertambahan 2 lines, print color yang terbaik, sebab bila print color memang sangat-sangat senang untuk baca coz setiap line dia akan warna dengan warna yang berbeza , seriously jangan kedekut untuk print color .peta subway sangat-sangat membantu. Contoh peta subway boleh tekan sini dan print color ya
-jangan takut untuk naik subway di beijing, senang je nak study peta dia ,asas dia macam study peta LRT komuter kat KL je, basic dia sama. 
-setiap station disebut dalam train dengan dwi bahasa, english dan mandarin ,jangan risau o.k!
-hampir semua attraction place di beijing boleh akses dengan subway dan bas, so tak payah lah naik beca ke , taxi ke ,sebab kalau kena scam habis lah, kami dah kena sebab nak try sangat naik beca kan??

4.Nak kena study apa?
-tempat nak pergi
-nak pergi macamana ?kalau naik subway keluar gate /exit mana A,B,C,D, ...ini penting! rujuk website itinerary kat atas, penting untuk kita tahu exit mana nak keluar ,salah exit kemungkinan sesat atau kena jalan jauh.

5.Tempat penginapan kat mana?
-pilih tempat penginapan yang dekat dengan subway station,
-pilih tempat penginapan yang berada di pusat bandar,pusat bandar beijing ialah tianamen square.cari area situ , kalau tak jumpa cari yang jauh sikit tapi tak berapa jauh sekitar 2-5 station ke sana.
-kenapa?
tempat penginapan yang dekat dengan city centre atau dekat dengan subway station menjimatkan masa berjalan, menjimatkan tenaga, menjimatkan wang ,makin keluar bandar,makin banyak wang dikeluarkan untuk public transport walaupun di luar bandar penginapan lebih murah ,tapi anda terpaksa bekorban wang pula untuk bayar public transport dan masa perjalanan yang panjang. 
-semasa kami berada di sana kami menginap di walinlu youth hostel, tempat dia betul-betul sebelah subway line 5 dan line 6(dongsi station), hanya 2 station untuk ke tianamen square, klik di sini

tempat penginapan kami -walinlu international youth hostel
bersebelahan dengan subway station line 5&6


6.Buat kamus bergerak
Masyarakat china sangat limited berbahasa inggeris, untuk kemudahan anda, buatlah senarai perkataan penting yang di translatekan ke bahasa mandarin contohnya, nama hotel,alamat hotel, nama tempat-tempat lawatan, nama tempat-tempat penting macam hospital , masjid, tandas, subway station,ini sangat membantu kalau terpkasa tanya orang , tunjukkan sahaja nama tempat yang telah kita tulis tu, semasa kami berada di sini , aku siap tulis arahan dalam sekeping kertas untuk beli tiket train dari beiing ke xian, keretapi jenis apa dan berapa tiket yang mahu, arahan tersebut di google translate ke bahasa mandarin, masa nak beli tiket aku bagi je kertas tu , settle masalah! macam tu juga masa aku nak pulangkan yakatong kad dan dapatkan semula duit, aku tulis "saya nak pulangkan kad ini dan dapatkan refund" google translate dalam bahasa mandarin dan print , tunjukkan kat kaunter settle masalah kedua!

7.Bawa kad pelajar ,kalau anda masih belajar dan muda belia.
-ini penting! kebanyakan tempat lawatan di china ada discount untuk student,yang penting kena tunjukkan kad pelajar yang mempunyai gambar, antara tempat lawatan yang dapat discount :
forbidden city : harga biasa 60 yuen dengan kad pelajar cuma bayar 20 yuan
summer palace :harga biasa 30 yuen dengan kad pelajar cuma bayar 15yuen
cable car great wall:harga biasa 80 yuen sehala dengan kad pelajar cuma bayar 40 yuen
xian tower :harga biasa 54 yuen dengan kad pelajar 27 yuen
jimat sangat-sangat!
masa kami kesana, kami tak punya kad pelajar, tapi biar aku ceritakan satu trick rahsia! gunakan kad pengenalan, yang penting anda masih lagi kelihatan muda, dengan penuh yakin tanya pada mereka "any discount for student?" mereka akan minta kad pelajar, anda berikan kad pengenalan dan terus bayar dan terus blah, teknik ini diajar oleh seorang hamba Allah dalam group backpackers, kami telah cuba dan berhasil! thanks bro!(pastikan anda masih lagi kelihatan muda-penting)

8.study scam-scam yang terdapat di china, ini penting ,sekali anda kena scam ,mood anda rosak dan duit anda hilang, pernah terjadi pada kitaorang kena scam masa naik beca , dia minta 300 yuen ,naik beca tak sampai 30 minute gila!nasib baik kami bayar sikit je dan tunjuk muka garang, china memang banyak scam, at least kalau korang study boleh elakkan dari menjadi mangsa
tips:kalau korang tengah jalan ada orang approach korang dalam bahasa inggeris cakap baik-baik, dan tunjukkan pameran ke, dan tolong itu ke , ini ke, berhati-hatilah kemungkinan baik ada makna. Tapi yang penting baca scam-scam yang terdapat di china -penting!

sekian sahaja tips-tips berjalan di beijing. kalau nak tambah boleh komen ,komen yang murni-murni sahaja. yang penting jangan takut untuk backpack ke beijing , tak susah mana, rajin bertanya dan mereka sangat membantu walaupun english sangat limited .selamat ber backpacking!!

tips-tips setelah sampai beijing akan menyusul....





Sunday 14 June 2015

Beijing-xian part 1



Beijing pada waktu ketibaan kami boleh mencapai suhu 37 degree, cukup layak untuk menghitamkan kulit muka dan menggelupas bibir, hodoh sekali. Jam 5 pagi matahari sudah naik, hari sudah cerah, bermakna subuh masuk lebih awal pada musim summer, untuk waktu solat yang lain lebih kurang sama seperti Malaysia, 6 jam perjalanan cukup meletihkn, namun akibat keterujaan tak penatnya badan. Terminal 2 beijing capital airport sibuk sekali, kami mencari ruang untuk solat maghrib ,isyak dan subuh, hampir mustahil disini, setelah semakan melalui internal ternyata ada ruang solat yang disediakan di terminal 3, dari terminal 2 ada shuttle bus free ke terminal 3, kami hanya perlu keluar dari pintu dan menunggu, ramai sekali ulat-ulat teksi mencari penumpang, china terkenal dengan scam yang terlampau creative dan mahal, makanya kami tidak berani mengambil risiko,ada beberapa ulat teksi tiba-tiba lari dikejar polis.

Setelah tiba di terminal 3, saya terus ke information center bertanya mengenai bilik solat, petugas kaunter kata tiadak ada ruang solat di terminal, tapi saya lihat diinternet memang ada, are you sure ?tanya saya memohon kepastian.
Seterusnya dia kata ada tetapi didalam bilik pelepasan, bermakna kami harus punya tiket ,scan bag dan urusan imigresen, ah….akhirnya petugas kaunter menyatkan kepada kami ,kami boleh solat dimana-mana ruang yang kami suka.alhamdulillah lega
Rencana kami yang pertama apabila sampai sahaja di bandar Beijing ialah untuk mengambil tiket keretapi ke xian pada 8.6.2015 di station keretapi Beijing, dari airport ada shuttle bus line 3 terus ke station keretapi, tetapi bas tersebut hanya bergerak pada jam 7 pagi, memandangkan jam 5 pagi hari sudah cerah, kami keluar dari terminal untuk bertanya mengenai bas, bahasa memang masalah utama disini, kami ke kaunter tiket
Petugas:chong..cheng..chong cheng….
Mungkin dia bertanya mahu kemana i, kami menjawab Beijing railway station, dia masih juga tidak faham, lalu mengelurkan peta dan menyuruh kami tunjuk kemana kami mahu pergi, saya tunjuk dipeta Beijing railway station, dia masih bercakap mandarin dengan kami, membuat bilangan tangan tujuh, saya seolah mengerti ,bas ke railway station bermula jam 7 pagi, walaupun ada masalah komunikasi apa yang aku suka dengan kebanyakan masyarakat china ini ialah keinginan untuk membantu, bercakap seperti ayam itik dan kami faham dia menyatakan ada option lain, dengan menaiki bas, turun pada satu station, dan sambung dengan menaiki subway 2 station, kami bersetuju dan membayar tiket 24yuen. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam, saya menikmati indahnya Beijing pada pagi hari, udara masih sejuk ketika ini dan mula panas apabila menginjak pada jam 11pagi.

Peta subway telah saya print siap-siap dari Malaysia lagi, jika pembaca ingin ke Beijing ,dengan adanya peta subway sangat-sangat membantu, tidak susah memahami subway Beijing, seperti mempelajari perjalanan LRT di Malaysia,hampir kesemua tempat lawatan di Beijing boleh diakses melalui subway, apa yang penting, harus tahu tempat yang ingin dituju itu haru keluar dari gate mana dari subway, walaupun station sama tetapi gate berbeza , tersilap keluar gate harus berjalan jauh. Dari subway saya membeli card pengangkutan yang disebut yakatong card, card ini fungsinya seperti touch and go di Malaysia, boleh digunakan di subway dan bas, boleh juga digunakan di beberapa mini market, harga kad tersebut ialah 20yuen ,harus beli top up sekurang-kurangnya 15 yuen, kami beli kad dan top up 30 yuen makanya 50 yuen kami bayar, kad ini boleh dipulangkan semula dan wang akan dikembalikan.kad ini benar-benar membantu perjalanan kami ,harga subway bermula dengan 3 yuen dan akan bertambah mengikut jarak lokasi, manakala harga bas flat rate 2 yuen untuk kemana-mana lokasi jauh atau dekat,kalau bayar dengan yakatong ada diskaun, jimat bukan?.


Di Beijing railway station ,orang terlampau ramai,terlalu banyak kaunter ,walaupun kaunter banyak manusia masih lagi panjang beratur, apa yang bagusnya line beratur memang panjang,tapi urusan cepat! Petugas kaunter pantas sekali, saya awal-awal lagi menulis “saya mahu mengambil tiket dengan no siri sekian…sekian…sekian…”menggunakan google translate saya terjemahkan ke bahasa mandarin dan print, sampai di kaunter kertas tersebut saya serahkan sahaja, petugas kaunter langsung tak pandai berbahasa ingeris ,namun saya seperti faham dia mahukan passport sebagoi rujukan, setelah passport kami berikan dia mula menaip sesuatu , orang belakang kami telah bising-bisong dengan lambatnya urusan kami. Akhirnya berjaya juga kami memperolehi tiket ke xian, tiket ke xian ini kami booking awal di laman web seat61, perbezaan harga hampir rm100 berbanding beli sendiri di kaunter, tapi akibat takut kehabisan tiket kami redha membayar lebih.
hostel tempat kami menginap, bersebelahan dengan subway line5 dan 6 ,perhentian dongsi

Seterusnya rancangan kami ialah untuk mencuba nasib check in awal di hotel, meletakkan bag yang berat di pundak, saya menempah hotel lebih awal melalui laman web Agoda, kami memilih bilik yang mempunyai bilik mandi peribadi, kerana melalui pembacaan teruknya tandas di china sangat-sangat azab! Lagipula tandas berkongsi menjadikan kami bermasalah dari segi aurat terutamanya ketika mandi dan untuk mengambil wuduk, saya memilih walinlu youth hostel, faktor  hotel ini dipilih kerana sangat dekat dengan subway, memudahkan perjalanan kami, stesyen subway dongsi terletak betul-betul bersebelahan dengan lokasi hotel, betapa mudahnya!
Kami tidak dibenarkan check in awal, makanya kami hanya meletakkan bag sahaja dan meneruskan perjalanan, perancangan kami pada hari ini ialah untuk melawat 3 tempat, tianamen square, forbidden city dan summer palace.



Tianamen square.


Dari dongsi kami mengambil subway dan turun di tianamen east, berjalan sekejap sahaja dah pun sampai di tianamanen square, sangat mudah untuk kesini, disebabkan hari masih pagi orang tidak berapa ramai, tianamen square ini ialah dataran ke 4 terbesar didunia, ia menjadi tempat untuk acara-acara penting dalam sejarah Negara china, dataran ini terkenal dengan  perhimpunan protes yang dijalankan oleh pro-demokrasi pada tahun 1989,dan berakhir dengan pengistiharan undang-undang tentera oleh kerajaan, protes itu juga menyebabkan beratus orang atau mungkin beribu orang ditembalka mati, betapa signifikannya dataran ini dengan pelbagai peristiwa dalam sejarah lalu dan moden china, namun ia lebih dikenali sebagai dataran bagi pelbagai acara politik dan demonstrasi oleh pelajar. Menginjak waktu tengahari orang mulai ramai, terik panas mula terasa bahangnya, ramai sekali

 orang berebut untuk mengambil gambar bangunan yang mempunyai potret Mao Zedong, sewaktu berada di sana saya sendiri tertanya-tanya bagaimana masyarakat china dibawah pemerintahan komunis, ? bagaimana Mao Zedong dengan rakyatnya?Mao Zedong ini ialah pengasas kepada people republic of china, beliau president kepada parti komunis china, idea mao Zedong dipengaruhi oleh teori-teori  Marxism,lennin, dan maosim,sepanjang pemerintahannya populasi masyarakat china meningkat daripada 550million penduduk kepada 900 million penduduk selari dengan peningkatan kualiti pendidikan,kesihatan dan beliau juga dikatakan meninggikan status wanita dalam masyarakat, walaupun Mao Zedong ini dikatakan sebagai individu terpengaruh dalam sejarah dunia moden, beliau juga tidak terlepas daripada kontroversi yang menganggap beliau sebagai seorang diktator yang mana sewaktu pemerintahan, beliau seringkali menghapuskan budaya tradisi china, pelanggaran hak asasi manusia kerana pada tahun-tahun pemerintahan beliau dijangkakan 40-70million masyarakat china mati akibat kebuluran, dan menjadi buruh paksa, sejarah telah pun mencatatkan hitam putih pemerintahan pada era mao Zedong ini, namun kualiti yang ada padanya seperti idea strategi peperangan,dan visinya dalam kemajuan china menjadikan beliau dikagumi oleh pengkagum beliau.

Forbidden city.





Adalah agak membosankan hanya melawat dataran tanpa mengetahui cerita disebalik dataran besar ini, dengan manusia yang semakin lama semakin ramai , pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga di beberapa sudut , terik matahari sangat-sangat rimas, kami mengambil keputusan untuk terus masuk sahaja ke forbidden city. Untuk ke forbidden city ,kami harus melalui pintu gerbang dibawah bangunan yang ada gambar mao Zedong tersebut, seterunya membeli tiket barulah boleh masuk ke kompleks istana didalam kota larangan ini, tiket ke forbidden city ini ialah 60 yuen, tapi kami dengan liciknya membuat helah dengan menyatakan kami pelajar dan meminta diskaun, petugas kaunter mahukan bukti kad pelajar, kami tidak mempunyai kad pelajar, lalu saya berikan kad pengenalan, petugas kaunter percaya kad pengenalan tersebut ialah kad pelajar maka dapatlah kami potongan harga daripada 60 yuen kepada 20 yuen ,benar-benar jimat! 

Forbidden city ini sangat-sangat besar, untuk tawaf seluruh kawasan memang kami tak larat, surrender awal-awal, forbidden city ini merupakan tapak warisan dunia dibawah UNESCO, sebab itulah agaknya terlalu ramai manusia yang berkunjung sehingga naik rimas dibuatnya, ramai,berebut-rebut dan bising menjadikan kami tidak fokus pada sesuatu bangunan, nak menghayati keindahan senibina pun seperti mustahil dengan hati yang panas membara.Forbiden city ini ialah kawasan istana dari zaman dinasti Ming  digunakan sehinggalah berakhirnya dinasti qing, 500 tahun kota ini digunakan dalam upacara dan politik china.Kompleks ini dibina pada tahun 1406-1420, betapa besarnya kompleks ini ,anda boleh bayangkan 980 bangunan didalamnya,meliputi 180 acres ,selepas menjadi pusat kediaman kepada 24 emperor 14 pada zaman dinasti ming dan 10 pada zaman dinasti qing, forbidden city ini seterusnya menjadi  pusat pentadbiran china pada tahun 1912 pada zaman pemerintahan kerajaan terakhir china iaitu Puyi,Dibawah perjanjian dengan kerajaan baru republic china ,puyi boleh menggunakan bahagian dalam forbidden city manakala bahagian luar untuk kegunaan awam,sehingga berlaku rampasan kuasa pada tahun 1924.

Kena scam


pemandangan di luar forbidden city



Kaki sudah mulai sakit, perut sudah lapar, kami harus makan. Keluar sahaja dari forbidden city ini kami mulai berjalan untuk mencari subway, dalam sibuk mencari subway kami ditahan oleh ejen-ejen perlancongan yang menawarkan service ke great wall, kami menolak dengan baik.

 Kami berjalan lagi sehingga kami Nampak papan tanda untuk ke subway ada dua station subway satu lebih kurang 300meter dan satu lagi lebih kurang 500 meter, tiba-tiba kami ditahan oleh pemandu beca, punyalah lembut dia bercakap, kawan saya bertanya berapa harga beca untuk ke fuxinmen? Dia menjawab 5 yuen, saya terfikir 5yuen??its too good to be true, tapi entah mengapa kami naik juga, dalam lebih kurang seminit ia menganyuh ,datang satu lagi beca, dia menyuruh saya naik beca yang lagi satu dengan alasan lebih cepat sampai, saya dah rasa kurang sedap! Makanya saat ini saya dan teman saya terpisah, beca itu membaca saya masuk melalui lorong-lorong sempit, lorong- hutong yang mana hutong ini  menempatkan rumah-rumah tradisi china sejak zaman dahulu lagi, dia menganyuh beca sambil menunjukkan satu bangunan ke satu bangunan, dalam hati saya berkata kenapa jauh sangat???dan harganya 5yuen untuk sejauh ini.?o.k dia menurunkan saya pada satu jalan mati, dan ada seorang lelaki yang lain memerhatikan kami, saya turun dia terus kata-I want my money.saya katakan padanya –wait for my friend, tiba-tiba dia meninggikan suara-I want my money!!!! Saya terkejut ,hati saya mula panas, saya memandang sekelililng benar-benar jalan mati, ada pagar dan satu pintu pagar terbuka, saya fikir untuk lari ,tapi kawan saya yang menaiki beca satu lagi belum sampai.Dia meninggikan suara,-I want my money now!!! Saya berkata dengan suara yang tinggi-yes I will pay you ,but wait for my friend, dia berkata-I don’t care pay now, last sekali saya katakana-o.k I will pay you 5 yuen ,
no!not 5 yuen-dia pun mengelurkan kertas dari beg nya menunjukkan harga 300 yuen, saya terkejut tapi saya tak mahu bayar, -I don’t want to pay 300 yuen,that stupid.
-I don’t care pay me 300
-NO!!!I WANT TO GO TO POLICE STATION .BESIDE I DON’T HAVE THAT MUCH MONEY.
-O.K PAY WITH MALAYSIAN MONEY!
-NO!!NO!!
Dan akhirnya kawan saya pun tiba dengan beca yang lain pula ,saya terkejut rupa-rupanya beca teman saya ditukar juga, saya menuju kepada kawan saya dan menyatakan kepadanya, -kita dah kena scam,mereka suruh bayar 300,jangan keluarkan dompet.
Saya keluarkan note paling kecil dalam beg duit saya, malangnya note paling kecil ialah 100 yuen! So saya campakkan seratus yuen dan berlari ke pintu pagar yang terbuka.Rupanya-rupanya dia tidak menghantar kami ke fuxinmen, kami menuju ke pegawai polis…

bersambung part 2....

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...