Sunday 7 August 2016

Mostar ,Bosnia-kembara balkan



Saya  memaklumkan keberangkatan kami untuk ke Mostar Bosnia awal pagi melalui email kepada Puan kosovic, kami memerlukan perkhidmatan kereta ke station bas .Dari apartment ke station bas Dubrovnik tidak jauh ,naik bas pun boleh , tapi memikirkan luggage, kami sewa kereta sahajalah, 10 euro tambang dikongsi berdua, sempat juga kami bergambar dengan puan kosovic sebelum bertolak, seorang wanita yang sangat baik.


us, with Mrs kosovic.
kami tiba dengan sangat –sangat awal , menunggulah dengan kesejukan diluar, memerhatikan gelagat pemandu dan penumpang yang lain. Peraturan penggunaan bas di sini dan juga di Bosnia berbeza dengan di Malaysia, harga tiket tidak termasuk harga luggage untuk diletakkan dibahagian bawah bas , macam kapal terbang pula gayanya, satu beg/luggage 8-10 kuna harus dibayar, ada  perlancong mat saleh bergaduh dengan pemandu bas mengenai beg /luggage tersebut , mat saleh tersebut mahu membayar dengan menggunakan Euro ,wang kuna mereka sudah habis barangkali , dan pemandu bas tersebut mencampakkan luggage mat saleh itu keluar, ini kurang hajar sekali ,nasib baik mat saleh tu cool sahaja ,handsome pula tu. 

permandangan dalam bas dari dubrovnik menuju ke mostar


Perjalanan mengambil masa 5 jam (kalau tak salah ) penumpang  tidak ramai dalam bas, kurang pasti berapa sempadan bas ini akan melintas sebelum masuk ke Bosnia, lebih 2 kali bas dinaiki oleh pegawai imigresen untuk pemeriksaan passport . Tiada aktiviti lain yang boleh dilakukan kecuali menikmati pemandangan yang cukup indah sepanjang perjalanan, kami juga sempat berkenalan dengan keluarga pelancong dari korea , mereka kembara satu tahun sebelum kembali ke korea semua, ini hebat !!

Mostar bus station

Tiba di Mostar hari  petang , menurut Eni ,owner guesthouse kami, station bas ada dua, di barat dan timur , satu merupakan laluan keluar dari bosnia satu lagi dalam bosnia, dan dari station bas sebenarnya boleh sahaja jalan kaki terus ke Old town , tapi untuk menjimatkan masa, naik taxi adalah terbaik. Station bas ini suram, banyak kedai yang tutup , seorang lelaki bosnia approach kami bertanyakan sama ada memerlukan sewa bilik atau tidak, kelihatan juga dua orang wanita muslimah bosnia duduk diatas kerusi batu, sungguh cantik mereka, kulit putih bersih dan kemerahan

Guesthouse kami ialah sebuah rumah dua tingkat , hanya 300 m dari Mostar bridge yang terkenal itu, tuan punya guesthouse ini ialah Eni yang sangat-sangat minima bahasa inggerisnya, kami di sambut dengan senyum manis.
Eni Hostel
bilik kami di Eni hostel

 dia menghidangkan teh turki dan biskut , aku yang memang kelaparan makan tak ingat dunia, usai zohor dan dijamakkan dengan asar kami keluar ke old town , tujuan kami ialah untuk ke mostar bridge , kami juga harus membeli tiket bas menuju ke Sarajevo esok pagi , dan kami tidak mempunyai sebarang Mark (matawang bosnia untuk beli tiket ), ini masalahnya akibat sivil war dan pecah negara Yugoslavia, masing-masing punya mata wang sendiri susah untuk membeli .


kesan tembakan peluru, masih kekal walaupun 20 tahun telah berlalu




keluar dari lorong rumah , kami menemui seorang budak perempuan dengan rambut yang tidak terurus dan makanan ditangan, dia mengekori kami dan meminta duit , saya faham benar , jangan bagi mereka duit , bukan kerana kedekut ,tapi sekali kamu bagi pada seorang , seratus orang akan mengerumuni , saya berjalan laju tetapi dia buat hal pulak, ditariknya jaket teman travel aku huh !!! menakutkan sungguh.

lorong-lorong oldtown , menuju mostar bridge
old town mostar



kesan kerajaan ottoman, bahagian luar masjid, tempat ambil wudu'k

dalam masjid


Sejarah old bridge ini dibina oleh kerjaan ottoman , jelas sekali senibinanya, seperti kebanyakan sejarah islam , penguasa suka membina jambatan –jambatan dan masjid untuk kemudahan penduduk, jambatan dan masjid adalah dua hal yang aku suka , dua hal ini menghubungkan manusia, jambatan menghubungkan manusia  antara  manusia  dan manusia dengan tempat , manakala masjid menghubungkan manusia sesama manusia dan manusia dengan tuhan.





Naretva River under the bridge

dari atas jambatan

Dibawah jambatan ini kelihatan sungai Naretva, semasa perang bosnia sebenarnya jambatan ini juga turut rosak dan pecah , sisa-sisanya dibawa arus , ia dibina kembali persis seperti mula. Usai bergambar , kami mengunjungi muzium perang dengan bayaran 3 euro per entry , pameran ini berada dalam bangunan tingggi di hujung jambatan , memaparkan hasil foto semasa perang . Wartawan dan jurufoto memainkan peranan besar, mereka datang atas risiko sendiri , kerana perang ini pada awalnya ditutup oleh media, mereka jugalah membawa cerita melalui kepingan gambar dengan perspektif yang berbeza-beza , mereka lah menyimpan pelbagai bukti  dan menunjukkan kepada umum , saat menulis ini aku jadi teringat pada muzium perang di Saigon Vietnam, seorang jurugambar dari Jepun yang mati sewaktu merakamkan peristiwa perang antara Vietnam sekutu komunis dan sekutu USA , kamera jurugambar tersebut dihadiahkan oleh keluarga mendiang kepada pihak muzium, perang …..apa yang kita perolehi daripadanya?


dont forget 1993, peringatan pada batu sebelum menuju ke muzium perang

foto dalam muzium


 Mostar ini sangat berbeza suasananya berbanding dengan Sarajevo, entah mengapa aku lebih suka Sarajevo, di Mostar semuanya ada price tag , hatta menara tinggi masjid juga berbayar, masjid juga berbayar , dan orang-orang disini kurang mesra , kami merasakannya sewaktu makan tengahari dalam restoran di old town , sudahlah kami dilayan kurang mesra , semua mata pelanggan memandang kami dengan pandangan tidak mesra , tapi pedulikan, yang penting kami dapat mencicip kopi bosnia yang enak, disini juga wang mark jarang digunakan menggunakan euro.

Traditional Bosnian coffee
Hari hampir maghrib , kami harus ke station bas segera , saya fikir mahu jalan kaki sahaja sambil menikmati pemandangan Mostar ,  kami terus berjalan sehinggalah menemui sebuah kawasan perkuburan , batu-batu nisan besar dan bewarna putih tegak berdiri , nama-nama simati tertulis bersama dengan tahun kematian , jelas sekali tahun kematian adalah antara 92-95 sewaktu perang meletus, disini aku memaklumkan ,kami tiba pada tahun bosnia memperingati peristiwa perang ke 20 , ini bukan sesuatu yang diraikan, seperti kata penduduk bosnia we will forgive but never forget …, mawar merah di kuburan masih segar diletakkan orang ramai, seorang wanita memakai jaket berdiri dihadapan kubur dan berdoa , beliau menangis , dan dari kejauhan air mata ini menitik juga , tapi cepat-cepat aku tahan kerana malu pada travel mate ku , bosnia menyaksikan 3 kali air mata gugur , satu di mostar dua di Sarajevo

kubur di mostar



seorang wanita menziarahi si mati

Hari sudah beranjak menemui gelap, dan gelap disini agak menakutkan ,  kami berjalan cepat , akhirnya kami beralah dengan kegelapan , bahaya juga kalau jadi apa-apa , kami kembali semula ke rumah dan meminta pertolongan Ani  dengan bantuan google translate untuk menelefon taxi , akhirnya kami dapat tiket pagi esok ke Sarajevo.

hampir maghrib di mostar, sunyi...

“you are so beautiful “ puji teman travel ku kepada wanita penjual tiket. Hasilnya wanita tersebut menghadiahkan kami dengan senyuman paling lebar dan paling manis! Kata teman ku , wajah perempaun akan cantik apabila di puji cantik, betul lah tu. Setelah duka pergi , bangkitlan dengan senyum.

Mostar, kembara Balkan .November 2015.

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...