Friday 24 March 2017

muzium panorama 1453 dan Bosphorus cruise .


istanbul post office sirkeci ambil dari wikipedia
Usai sarapan pagi , kami bertanya kepada Esim , owner kepada Tulip Guesthouse, macamana nak pergi ke pejabat pos? sebab kawan saya ni dah terlebih barang so luggage dah penuh terpaksa pos barang. Esim tunjuk pada peta laluan ke pejabat pos , so pejabat pos ni dekat dengan kawasan sirkeci , dari Sultanahamet ambil tram turun ke Sirkeci , lintas jalan dalam 300 meter dah sampai ke pejabat pos .

dalam pos office -wikipedia

Urusan di pejabat pos Ya Allahurabbi !!! lembab giler !!! bayangkan pukul 9 kami gerak , zohor baru settle , padahal orang tak ramai mana pun , selesai urusan aku ambil keputusan untuk solat zohor dekat dekat sirkeci tram station , subhanallah masjid yang paling tenang di istanbul yang pernah aku masuk , tenang dari keramaian orang , tenang dari para tourist , tenang serba serbi .



sudah solat semua , kami terus ambil tram menuju ke Panorama muzium 1453 , jauh juga perjalanan dia lebih setengah jam , Tapi muzium ni memang worth untuk masuk especially mereka yang suka history , so muzium ni pameran dia disusun secara kronogi sejak pemerintahan kerajaan kristian byzantine sehingga kepada pembukaan kota istanbul oleh Sultan Muhammad al fatih II, Dia akan susun sehingga kita akan naik ke tingkat atas , sampai di tingkat atas , bangunan dia dibina berbentuk kubah@sfera 360 degree dengan ukuran sebenar peristiwa the last battle sebelum kota di buka , memang hebat lah , boleh nampak beberapa meriam termasuklah meriam orban yang gah pada masa tu dalam saiz sebenarnya dan peluru meriam tu yang besar dia beberapa kali ganda dari besar bola sepak , juga menambahkan lagi kesan real dia , turut di pasang semboyan dan muzik perang , tahun 2013 masa kali pertama saya ke peranchis untuk mencari maklumat mengenai Napoleon Bonaparte kami masuk ke muzium tentera , saya ada mendapat maklumat bahawa muzik masa perang zaman uthmaniah dulu memberi inspirasi kepada Napoleon untuk melakukan hal sama dalam setiap pertempuran , elemen memberi semangat ! wallahuaklam .

Satu hal yang aku suka pasal muzium ni ialah kedai cenderamata mata dia , wallahi best sangat , dengan buku-buku , CD dan saya tertarik dengan satu brooch lencana Uthmaniah , tapi saya tak membelinya sebab saya harus berjimat cermat kerana ada beberapa kota lagi perlu kami jejaki selepas ini .

Jam menunjukkan hampir lewat petang , malam ini kami akan bertolak ke Cappadokya , sebelum bertolak saya berencana untuk membawa kawan menaiki cruise menyelusuri selat Bosphorus, kami cepat-cepat keluar dan naik tram semula ke Eminonu .


Sampai sahaja ke Eminonu saya terus mencari orang yang menjual tiket untuk Cruise tersebut alhamdulillah masih ada , harganya 12TL ,Durasi perjalanan adalah 2 jam , malangnya hujan turun rintik-rintik kesudahannya kami masuk sahaja ke dalam cruise , cuaca pula mendung tak dapat menikmati indahnya laut dan camar-camar berterbangan , Kalau korang datang ke istanbul , memang kena naik cruise ni , nama dia short circle bosphorus cruise (uzun bogaz turu ), lepas naik ni kami turun semula dan beli ekmek lagi ahahahaha

cruise yang naik pertama kali pada tahun 2013- jejak sultan abdulhamid 2

Diambil atas deck cruise , cuaca toba-tiba gelap dan hujan turun 

camar terbang di Bosphorus

kami terus balik ke hotel dan prepare barang-barang untuk gerak ke cappadocia  .

Monday 20 March 2017

istanbul - Tulip Guesthouse , kenangan akhir 2015 , kembara balkan


Kami ada masa dua hari sahaja di istanbul . Di Turki saya akan berusaha untuk tinggal di hotel ,yang biasa pun tak tak apa asalkan ada breakfast , sebab nya saya sangat sukakan sarapan turki yang sangat banyak dan pelbagai , dari roti , cereal ,pelbagai Jem , madu , buah-buahan , sayuran , dan pelbagai jenis keju , tak tahu mana satu nak makan, mungkin perlu istikarah untuk pilih makanan. Untungnya saya datang berdua, jadi boleh share harga bilik , budjet untuk penginapan sorang ialah Rm70 semalam , jadi di booking.com saya akan berusaha mencari bilik yang harga nya dalam range rm100-140 semalaman termasuk makanan pagi . Kalau share dua orang sorang hanya bayar RM 50-70 ringgit atau 11- 16 euro sorang .

bilik di Tulip Guest house

sarapan di Tulip Guesthouse istanbul . Picture taken from booking.com


Di tulip guest house ni , ruang sarapan berada di tingkap atas sekali , saya akan pilih meja berhampiran dengan tingkap , kerana melalui tingkap kelihatan pemandangan selat bosphorus. Biasanya Esim dan ibunya akan berada di ruang makan ,dua beranak tu akan berbual-bual dengan suara yang kuat , seperti bertengkar ! Tapi mereka tidak bertengkar cuma suara mereka sangat kuat , apalah orang turki ni ,tak boleh bercakap perlahan , kemesraan dua beranak yang aneh ini berlaku setiap pagi ,kami tumpang gembira sahaja .

Selesai sarapan ,kami berjalan kaki ke hagia Sophia , nak ke blue mosque terlalu pagi ,saya fikir lebih baik ke sana waktu ,zohor . Kami explore hagia Sophia dalam 2 jam , sempat lah kami bertemu Gwili , kucing tetap yang berada dalam hagia Sophia .Seterusnya kami berjalan kaki ke topkapi palace melalui gulhane park , orang dalam topkapi tu punya lah ramai ,especially budak -budak sekolah , diaorang pulak bukan nak tengok sangat pun apa benda dalam Topkapi tu , bising je lebih , rasa nak tarik telinga , saya yang suka muzium ni rasa tak puas hati sebab budak -budak ni telah menghalang pandangan saya untuk melihat setiap benda yang dipamerkan dalam ruangan kaca , maklumlah budak dan aku sama tinggi je ...


Selapas keluar sayup2 kedengaran suara azan , kami berpatah balik ke Blue Mosque dan bersolat di situ , di Blue Mosque pun ramai orang, memang serabutlah..selesai solat perut dah berkeroncong , saya mencadangkan untuk kita makan ekmek sahaja di Eminonu, kami naik tram untuk ke Eminonu .

selat bosphorus dari Eminonu

Di Eminonu saya beratur beli ekmek, saya naikkan dua jari tunjuk "peace" , maknanya saya mahu dua bungkus , lalu saya sebut perkataan "paket" maknanya bungkus /tapau , orang tu terkejut , dia tunjuk saya  dan tanya "turkish ?" Aku cakap no..no..I'm not turks...(maksudnya aku bukan orang turki)dia ulang lagi 
turkish ...
turkish ....
sambil tunjuk -tunjuk lagi  , lah...mamat ni sebenarnya perkataan turki yang aku tahu cuma beberapa perkataan je .lantak kau lah...
Hari pun dah mula nak gelap , sebelum balik kami singgah di Spice Bazar

spice bazar , semua benda lah jual , bukan sekadar rempah

kawan saya membeli saya makan free ;)

 , aku suka spice Bazar ni sebab
1.kami  akan kelihatan cantik , pekedai akan cakap kita ni cantik .
2.saya akan makan turkish delight , kacang , yogurt beku free -free sahaja tanpa membeli kadang-kadang boleh minum teh free .
saya tak suka spice bazar sebab sebab :
1. Cara mamat spice Bazar merayu supaya membeli , uish geli aku ...you break my heart.. tu perkataan yang paling aku tak suka dengar .
2.serabut
3.dia cakap kami orang Indonesia, paling worse orang Philipina , entah lah...padahal muka kami muka asli Melayu yang cantik , ahahahaha

Sudah nya kawan aku beli barang ,aku pula cuma tengok dia beli barang sambil ngap..ngap..mencuba makanan yang diaorang jual.
Kami balik dengan kaki yang sakit
Esok planning nya nak ke panorama museum , naik cruise dan ke pejabat pos sebelum bertolak ke Cappadocia.

berminat untuk menginap di tulip guesthouse , harga yang murah , sarapan yang bagus ,dan hanya berjalan kaki ke masjid biru ? boleh tekan ke link ini tulip guestouse

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...