Showing posts with label Britain. Show all posts
Showing posts with label Britain. Show all posts

Monday, 16 October 2017

kembara andalus : selamat tinggal preston , marrakech sebelum aku temui mu.

source
 http://www.telegraph.co.uk/travel/destinations/africa/morocco/marrakech/

Sebelum  bergerak ke Morocco , kawan yang bagi tumpang rumah  belanja sarapan  di kedai  vegetarian berbangsa india . Kami panggil sahabat kami ini dengan nama Marsha, bila sebut Marsha ada dua benda yang aku ingat , pertama seorang artis malaysia yang cantik nama dia Marsha , yang kedua karyawan daripada indonesia yang banyak menulis buku dan membuat filem . Nama penuh beliau indah sekali , semoga Allah merahmatimu

 Kami didatangi seorang muslimah yang telah lama menetap di Britain  , dia bertanya tentang tudung kami yang cantik , aku serahkan sahaja pada kak faeza yang pandai melilit selendang , entah bagaimana daripada tudung sehingga menjadi perbualan yang panjang , itulah keterujaan kami diluar negara apabila berjumpa dengan saudara sesama muslim , ketika ini yang hanya kami tahu ialah kami sesama muslim , satu agama , satu tuhan , percaya yang Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan Rasul yang terakhir , tanpa mengambil kira dan mempersoal apakah dia wahabi , salafi, entah apa-apa lagi kumpulan yang bikin gaduh di negara sendiri .

ketika pulang hujan turun dengan lebat , tapi kami tidak boleh tunggu lama sehingga hujan berhenti kerana kami sudah siap-siap memesan teksi  menuju ke station keretapi yang akan membawa kami terus ke Manchaster airport meninggalkan bumi Preston dan Britain yang penuh indah dan cinta , kami bertiga berlari-lari anak meredah hujan , entah mengapa hujan ini aku rasakan indah , bukan kerana titisan dia berbau harum , ataupun kami tidak basah walaupun ditimpa titis-titis , tapi mungkin kerana hujan ini kami nikmati bersama , aku sempat mengambil sehelai daun dan disimpan dalam poket , setelah tiba di malaysia daun yang dulunya hijau dan kuning kini bewarna coklat dan kering didalam buku nota  , aku akan datang lagi sebenarnya insyaAllah.

Keretapi berjalan dengan lancar, tiada lagi kena tukar-tukar seperti sebelum ini , oh ya sebelum saya terlupa , hari keberangkatan kami meninggalkan United kingdom ini ialah sehari selepas keputusan pilihanraya president di Amerika Syarikat antara Hillary clinton dan Donald Trump , ternyata yang menang kerusi ialah Donald Trump , riuh gempita satu dunia kerana keputusan pilihanraya US  , media-media dan surat khabar laku keras ! sempat aku membaca surat khabar didalam keretapi yang menyediakan sisipan komentar -komentar ketua-ketua negara yang pelbagai diatas kemenangan trump ini.

Persetankan apa yang terjadi di negara sana buat masa ini , semoga perjalanan kami memasuki marrakech lancar !

Tuesday, 3 October 2017

kembara andalus : Lancaster castle

gambar ni ambil di google
Kami  bertolak ke Lancaster menggunakan keretapi awal pagi dari Preston , perjalanan mengambil masa tak sampai 30 minit pun, harga tiket lebih kurang 6pound pergi balik . Kawan aku nak jumpa kawan dia di universiti Lancaster aku pula rasa macam nak masuk Castle yang dijadikan penjara dan sekarang ni sebahagiannya ialah makhamah jenanyah

dah sampai Lancaster Train Station
bandar Lancaster on the way ke castle

Sampai je di station keretapi , berjalan sekejap je nak sampai ke castle , harga tour untuk masuk castle ni 8pound dan dia ada slot pada jam tertentu . So sebelum tour bermula boleh lepak-lepak di dalam cafe istana  dan tengok -tengok cenderamata , aku cuma beli poskad untuk hantar pada adik-adik , kebetulan aku baca ada post office di Manchaster airport .

Castle ni pada masa sekarang masih digunakan sebagai crown court iaitu makhamah untuk kes-kes jenanyah . so sekiranya ada kes makhamah atau perbicaraan pada masa itu mungkin tour tak ada , disebabkan castle ni jadi as makhamah juga pada masa sekarang ,so sebarang gambar pada tempat-tempat tertentu especially dalam court tidak boleh ambil . Kes-kes yang dibicarakan disini ialah berkaitan dadah dan jenanyah berat .


Masa aku join tour ni , aku je melayu dan muslim , so senyap jelah ..tapi guide yang bawa ni seorang tua pakai cermin mata dan sangat berpengetahuan , sometime dia akan tanya apa yang kita tak faham, apa yang kita faham supaya kita betul-betul faham lah. Tour ni terbahagi kepada beberapa bahagian , dia bawa dalam makhamah , kita boleh tengok tempat judge duduk , peguam duduk , pesalah duduk macam-macam lah , pertama kali masuk makhamah betul-betul dalam bilik perbicaraan, di UK pula tu hebat !!,

 Lepas tu kami dibawa masuk di bilik pameran yang ada jenis-jenis alat hukuman yang real punya dan pernah digunakan, boleh tengok sendiri kerusi elektrik , sempat lah juga aku duduk di kerusi elektrik tu yang sekali ada tempat rantai kaki dan tangan supaya tak boleh bergerak , rantai besi dengan bebola besi yang ikat kaki banduan, rotan , ada penyapu ahli sihir , sebab dulu castle ni jadi tempat perbicaan untuk kes-kes agama so ahli-ahli sihir yang  terlibat dibawa ke perbicaan dan dihukum di sini, ada yang digantung sampai mati dan dibiarkan dalam bilik gelap.Di sini pun tak boleh ambil gambar .

Selepas kawasan ni kami dibawa untuk tengok sel-sel penjara , ini pun kali pertama juga aku masuk penjara, kat U.K pula tu perghh !!!! , penjara ni dah moden dah, tapi ada beberap sel lama yang dibiarkan , di luar sel lama tu ada kerusi panjang , guide tu cakap kerusi panjang tu banduan  akan tunggu sebelum nama mereka dipanggil untuk masuk dalam sel , so guide tu suruh kita orang duduk atas bangku panjang tu , aku duduk dan beberapa mat saleh yang berani , lepas tu guide tu menjerit suruh masuk, terkejut weh!!! disebabkan terkejut tu aku terus masuk ke sel kah!kah!kah! , dalam sel tu gelap giler adalah dalam 6 orang dalam sel tu ,tak ada cahaya apa pun , guide tu tutup pintu yang diperbuat daripada besi tebal dan selak daripada luar , bunyi selak besi yang besar tu GEDEGANG !!! seram weh , dia tinggalkan kita orang dalam sel tu lebih kurang 5 minit , disebabkan sel tu di perbuat daripada batu dan gelap , rasa sunyi dan sejuk sangat , ni baru sel penjara kalau kubur tak tahulah weh ..insaf sangat

sel yang lama , seram kan ?ambil di google juga gambarnya

Seleepas masuk dalam sel , guide akan tunjukkan sel-sel moden , nampak macam best lah sikit , lepas tu kami dibawa ke luar istana , di luar istana ni kami dibawa ke satu tempat yang dipercayai tempat orang digantung , sorang peserta ni tanya , manyat orang -orang yang kena gantung ni kat mana dikuburkan , guide ni cakap kat kawasan istana ni lah, ahahaha tiba-tiba meremang pula bulu roma .


Ruang dalam sel

kedudukan katil dan meja yang disusun dalam penjara , gambar ni dari google

seni orang banduan, cantik kan??

penjara ni ada banyak tingkat , gambar ni diambil daripada bawah


yang moden punya

selfie selepas tour 
Setelah hampir 2 jam gitulah , tour pun settle , sebelum keluar guide ni tunjuk pagar yang memisahkan banduan dan dunia luar , akhir sekali guide ni cakap , berterima kasih lah kepada penjara dan pagar ni yang membolehkan kita semua hidup dengan aman dan damai, syahdunya....time ni hujan pula turun rintik-rintik. Sebelum balik , aku berjalan-jalan pergi town di Lancaster ni dan masuk ke TK max. Petang sikit barulah kak faeza sampai dan kami pun balik semula ke Preston.

Saturday, 30 September 2017

Preston - United kingdom


bandar preston
United Kingdom  negara penuh makna , destinasi pertama tiba dengan pengalaman pertama menaiki kapal terbang 8 tahun yang lalu , juga pembuka jalan untuk travel dengan lebih jauh , benar sekali tentang perancangan Allah yang terbaik setelah kita merancang

Tahun lalu kali kedua aku ke United Kingdom , Tak sangka boleh datang semula ke Preston setelah hampir 8 tahun tempat ini aku tinggalkan.. Kami menaiki Etihad bertolak maghrib di KLIA , transit sebentar di Abu dhabi dan tiba di Manchaster Airport awal pagi , mungkin kerana awal-awal pagi, security dan imigresen check tidak seketat sewaktu  tiba di London tahun 2009 dulu . Kata kak Faeza ada direct train dari Manchaster ke Preston , setelah urusan imigresen selesai kami mencari keretapi untuk ke Preston , malang nasib kami , keretapi ada penyelengaraan, tiket kami diganti dengan tiket bas , selepas itu harus naik tram pula ke station keretapi yang lain untuk ke Preston , penatnya hanya tuhan yang tahu lebih kurang 16 jam dalam flight lepastu berganti-ganti pengangkutan pula.


preston train station


Kami tiba di Preston Train Station tengahari , sampai sahaja di station ada ramai kakitangan keretapi memeriksa setiap penumpang yang baru tiba, 8 tahun yang lalu  kawalan tidak seketat ini , keluar dari station kami terus mengambil teksi bewarna hitam, icon kepada teksi di United Kingdom , ketika ini United kingdom sedang mengalami musim sejuk, angin bertiup membuatkan kami menggeletar kesejukan , Preston terletak di utara maka jarang turun salji  , tapi sejuk disini jangan dicabar walaupun tiada salji angin yang bertiup sudah cukup membuatkan naik bulu roma. Teksi menuju ke george street rumah seorang pelajar di Central Lancashire Universiti .Keesokan harinya baru kami tahu kenapa terlalu ramai pegawai di station keretapi , rupa-rupa sewaktu ketibaan kami ada orang bunuh diri dengan terjun di landasan keretapi di Preston. Innalillah..
kejiranan preston

kejiranan preston

Tidak banyak aktiviti yang kami buat di Preston , selain menziarahi teman-teman dahulu yang pernah kami kenal, berjalan-jalan di town , pergi ke Universiti , pergi ke Avenham park , kami juga sempat pergi ke lancaster , kawan aku jumpa kawan dia di Lancaster Universiti aku pula melawat lancaster Castle and Prison .Kami nak juga beli barang di car booth sale dekat dengan fisher gate Preston , tapi entah apa malang nasib kami ,ada renevotion apa entah ,jadi nya carbooth sale tu tak adalah pula , paling aku suka tentang car booth di Preston ni ialah ada booth buku nama dia derek's book , semua buku dijual dengan harga 1 pound
Avenham park 

avenham park

avenham park

avenham park

avenham park
dockland 
salji pertama di preston
Dulu di Preston ada berapa kerat je orang malaysia berbanding di tempat lain , Manchaster misalannya ,atau Birmingham .Sekarang sebenarnya masih lagi sedikit , tapi mendengar cerita daripada kawan yang belajar disini nampaknya mereka lebih aktif dari 8 tahun yang lalu , mereka mengikuti kelas-kelas agama, pelajar Malaysia dan Indonesia dengan penduduk tempatan ,alhamdulillah bagus mereka ni . Kami berada di Preston lebih kurang 4 hari , tiada banyak berubah dengan preston dari struktur jalan , bangunan-bangunan nya , seolah-olah aku masih berjalan pada waktu yang sama 8 tahun yang lalu .

makan donner kebab

Preston muslim forum

Preston indah pada pendapat aku sebab dia tidak bandar dan tidak kampung , Preston ialah bandar kecil yang cukup apa adanya , tidak sunyi dan tidak riuh , menepati keperluan.Selain lokasi dan struktur bandar , Preston ni boleh aku katakan sebagai mesra muslim , United Kingdom sendiri pun boleh dikatakan mesra muslim kerana banyaknya imigrant muslim yang datang ke sini dahulu , so kemudahan makanan halal , masjid dan kelas agama tiada masalah , malahan kawasan kejiranan kami dulu pun berada dalam lingkungan ramainya orang muslim, Masjid di Preston sahaja lebih kurang 24 buah , kedai runcit dan makanan halal bersepah , Senanglah kiranya di Preston ni. Berterima kasih kepada tuhan kerana membuka peluang  dulu untuk datang dan untuk sekali lagi singgah disini.

Wednesday, 14 October 2015

United Kingdom : kembara bermula

picture from google image : city hall preston

Setelah hampir setahun kerja di Universiti Putra Malaysia , tiba-tiba mendapat peluang untuk terbang ke United kingdom . Setelah melakukan istikarah dan hati cukup bulat , diri benar-benar yakin, saat itu bulan puasa, aku menyatakan persetujuan dan terbangnya selepas raya tahun 2008 . Surat berhenti kerja  aku siapkan , dan dengan penuh debar aku memohon kebenaran ayah. Alhamdulillah ayah membenarkan walaupun ketika itu aku harus berhenti kerja, saat hatiku begitu bulat dan yakin rezeki Allah ada di mana-mana.

Impian ini sudah lama, bertahun-tahun dulu , dari tahun ke tahun terus hidup, dan Allah sentiasa mendengar lalu dikabulkan pada saat yang tepat dikala kita sudah bersedia. Inilah pertama kali aku ke luar Negara, (kecuali Thailand kerana mama ku asal sana) , Pertama kali menaiki kapal terbang (thanks air asia –now everybody can fly ) , semuanya dilakukan bersendirian , 20 minit disoal pegawai imigresen stansted airport , akhirnya saat keluar dari lapangan terbang , angin musim dingin menerpa sweater putihku , pendapatku angin sejuk mempunyai “bau” yang tersendiri, “bau “ itu  masih ku  ingat , pada tahun 2013 ketika ke paris pada musim sejuk juga , kaki melangkah keluar dari CDG airport ,buat kedua kalinya aku mencium bau ini, bau udara dingin musim sejuk-bau Preston!

 Orang asing pertama kali aku temui ialah brother Naem , seorang pelajar hafiz quran ,berketurunan india gujerat –british born , beliau membawa ku dan sepupu dari stansted London ke Preston , perjalanan di anggarkan 5 jam . Soalan pertama Naem “how London ?” –Nice ! , sepanjang perjalanan aku tidur kepenatan ,13 jam didalam pesawat dengan keadaan “air asia” (faham-faham sendiri )

Tiba di Preston hari sudah malam, dalam kesamaran aku melihat rumah berbatu bata merah kecoklatan dua tingkat sepanjang jalan-Burrow road! , kedatanganku di sambut dengan sebiji pizza dan kebab dari kedai Romero , kedai pizza yang menjadi favorite beberapa orang antara kami. Anak-anak sepupu bercuti autumn , setelah makan aku lantas naik ke tingkat atas merebahkan diri.

dock land preston .picture from google image 

setam train -dock land .picture from google image 
Hari ke dua –srikandi preston 



sebahagian pelajar malaysia di preston 

Kata orang, United Kingdom ialah Negara pemaisuri –queen Elizabeth . Pada malam hari kedua, aku menziarahi rumah pelajar Malaysia di Nottingham road , 3 orang pelajar yang menghuni rumah tersebut kak faeza, kak siti dan sakinah, beberapa hari selepas itu menemui beberapa orang lagi pelajar Malaysia dan orang Malaysia yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan menetap di Preston, uniknya preston kerena tidak ramai melayu, lebih kurang 10 orang, kawasan kejiranan kami terdiri daripada kaum india ,Pakistan dan pelbagai bangsa immigrant , daripada merekalah banyak tersedia kemudahan untuk kami, daripada makanan halal, keperluan dapur-Nasi tentunya , dan tidak lupa komuniti muslim yang menjadikan segala urusan cukup mudah , di kawasan kejiranan sahaja terdapat 3 masjid , masjid syuhada ,masjid an-noor dan satu lagi masjid tidak ingat namanya. Di negara kristian ini tak sangka betapa banyaknya hal-hal yang aku pelajari , tentang Agama, tentang kemanusiaan , tentang toleransi , tentang berani ,dan yang paling ketara tentang persaudaraan yang diantara kami sesama islam yang saling menguatkan. 

Hidup di Bumi preston aku banyak belajar melalui pemerhatian , lihat dan fikir . Setiap kami komuniti melayu yang berapa kerat tu, ada ceritanya yang tersendiri , kak faeza dengan impian dan kesungguhannya, keluarga kak anis yang kuat semangatnya membantu orang baru yang hadir ke preston, sakinah dengan semangat islamnya dan beberapa lagi ,apa yang pasti mereka suka berkumpul dan seingat aku, rumah sepupu ku menjadi port yang paling rasmi ,entah mengapa….

Sepanjang setengah tahun, banyak juga aktiviti sempat aku hadiri, perasmian madani institute , open day moor park business school (aku menyanyi lagu berbahasa perancis ,ini serius!) , Christmas day deepdale school, sambutan maulidul rasul di madani institute (masih aku ingat slogan “we love Muhammad and we love jesus too” besar pengertiannya, sambutan aidil adha dan lain-lain.

Preston terlalu indah untuk dikenang , tidak terlalu Bandar, tidak terlalu kampung, tenang……masyarakatnya yang ramah, orang berjubah dan berniqab menjadi pemandangan biasa di  sini. Car booth sale setiap rabu, jiran kami –keluarga sister najma yang baik hati, pizza dan kebab, tidak terlalu bising tidak terlalu sunyi, pengangkutan awam yang sempurna , cumanya apa yang tidak enak ialah ,Preston terlalu jauh dari Malaysia- bukan mudah untuk kembali ;(




car booth sale di preston



Dan rencana tuhan , Preston menjadi titik mula aku kembara .Dari united kingdom ke singapura-perancis-morocco-istanbul-singapura-thailand-australia-china-indonesia dan senarai ini berterusan …

Kembaralah….lihat perbezaan alam, perbezaan manusia , perbezaan budaya,perbezaan sejarah ,saling kenal maka kau akan menemui persamaan dalam perbezaan itu , persamaan setiap dari kita mendefinasikan baik itu baik ,jahat itu jahat walau apa pegangan agamamu, warna kulitnya, jenis passport mu.




salju di hadapan rumah 37 burrow road 

insyaallah aku akan datang lagi !

Saturday, 27 September 2014

winter.


Tempat pertama yang aku jejak di united kingdom ialah preston , bahagian utara united kingdom. Preston hanyalah sebuah bandar yang kecil, walaupun kecil preston sangat damai . kawasan kejiranan kami semuanya muslim so that everything senang especially bab makan. Sekolah pun senang sebab sangat ramai student student muslim, sampaikan mereka ada buat jamuan aidil adha , menarik kan?. masjid terlalu banyak untuk sebuah kawasan kecil preston , masjid an noor yang besar biasanya jemaahnya terdiri daripada india gujerati , ada masjid syuhada yang agak jauh sedikit yang bermazhab shafii dan beberapa buah masjid lagi, menunjukkan betapa ramainya muslim area sini kalau kelaur rumah kita dapat tengok agak ramai muslimah yang pakai niqab ,sampaikan ada muslim school untuk perempuan sahaja di preston dan mereka semua pakai niqab. Tinggal di preston menjadikan cerita cerita seram islamophobia bagai angin lalu, ada ...bukan tidak ada...tetapi sangat jarang , akibat ia disensasikan oleh media maka kita anggap ia sentiasa berlaku. 

winter ,sebelum sampai united kingdom memang excited sangat nak rasa winter, rupa-rupanya winter bukanlah something yang kebabo gitu, sejuk yang keterlaluan, masa siang yang pendek , basah, shaking, yang paling worse sekali tergelincir...preston pula memang sejuk walaupun bukan winter ditambah dengan hujan yang kerap bersama tiupan angin yang mampu menerbangkan anda bersama payung besar. 

sekadar imbasan kenangan ,rindu barangkali.
teramat rindu....
makmal R&D
27.SEPT.2014

Saturday, 22 March 2014

Demi travel -sanggup buat apa saja?


Aku suka sangat travel ,kalau belajar nak belajar jauh-jauh, kalau kerja nak kerja jauh-jauh ..lagi jauh lagi best,sejak dulu lagi negara impian aku ialah britain,tak tau sebab apa britain mungkin sebab old building ataupin winter coat yang nampak kemas gitu!

2008 peluang keemasan itu datang, sepupu cousin aku ajak untuk stay di united kingdom ,disebabkan keputusan tu mendadak dan aku kena hantar surat resign ke pihak UPM at least 1 month,so family cousin aku fly dulu dan aku kena fly sorang-sorang terus ke london, aku sanggup resign time ni, memang fikir rezeki tu Allah yang tentukan dan ada di mana-mana syaratnya mesti rajin.

until today,saat jari-jari ni laju jer menaip,tak pernah sikit pun ada rasa kesal sebab ambil keputusan untuk resign time tu, beside selepas balik je dari U.k ,aku jadi lebih berani and aku travel more...and more..

mengembara mengajar kita banyak perkara...kita menjadi penonton kepada real life story..kita melihat perbezaan dan persamaan,hitam dan putih kehidupan orang lain di tanah yang lain.

thanks kepada setiap seorang yang istimewa di bumi united kingdom dahulu mereka-mereka yang banyak membuka mata dan buah fikiran kepada aku,walaupun lidah aku kelu kurang bicara.

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...