Showing posts with label paris. Show all posts
Showing posts with label paris. Show all posts

Friday, 22 January 2016

Paris:6 Tips Asas penting yang perlu anda tahu sebelum terbang ke paris

1.Di airport:
Surau /bilik solat
setelah anda tiba atau sebelum berlepas , jangan risau pasal solat ,sebab seperti di London , Paris juga tidak ketinggalan untuk menyediakan perkhidmatan muslim friendly. Ada surau di airport yang disebut sebagai praying room/meditataion room/multifate room dll lokasi praying room di CDG ialah:
a)Terminal 2 ABCD di aras 0
b)Terminal 2F –balai ketibaan
c)Terminal 2 E boarding area hall L (sebelah gate L33)

Ada surau yang tak menyediakan tempat ambil wudu’,  so..ambil wudu’ siap-siap dalam tandas adalah terbaik.Sekiranya anda masih sesat dijalan yang lurus, tidak semestinya anda banyak dosa, ingatlah itu semua ujian, boleh tanya di information kaunter yang terdekat, mereka sangat membantu serta baik dan cantik pula. Untuk lebih maklumat rujuk di sini

Dari Airport ke tengah bandar Paris
Pengangkutan dari airport ke tengah bandar paris sangat baik, bermula jam 4.50pagi dan berakhir jam 23:50 malam, pengankutan yang utama tentunya train (RER ) atau bas, kami pernah mencuba kedua-duanya , ada baiknya anda semak mana tempat yang anda ingin pergi , kalau lebih dekat dengan opera station lebih baik pilih bas, kalau lebih dekat dengan Gare de Nord station lebih baik ambil train sahaja.

Bus :
Bas dari airport ke city centre akan berhenti di bus stop Opera , jalan kaki sikit sahaja jumpa train station opera.Tambang 11 euro , tiket boleh beli di mesin atau dibayar dalam bas kepada pemandu(exact fare ). Perhentian bas betul-betul diluar terminal 2A-2C , 2E-2F ,2D , terminal 3 dan Perjalanan lebih kurang 1 jam , dalam bas ada wifi free dan sangat selesa, apa yang menarik korang boleh lihat pemandangan kota paris dengan lebih jelas berbanding dengan naik train.(kalau nak lebih sure boleh Tanya di information centre)

Train :
Korang boleh ambil RER train yang menuju ke Robinson, Anthony atau St-Remy –les-chevreus , ketiga-tiga laluan ini akan berhenti di station Gare de Nord yang merupakan station utama paris centre . Harga tiket 10 euro, tanpa wifi , perjalanan dianggarkan 30-40 minit.Tiket train boleh beli di mesin kalau tak pandai guna atau boleh disebut malu nak guna boleh beli di kaunter (sila Tanya information centre) .Untuk lebih memahami pengankutan dari airport boleh rujuk di sini

Pengankutan option:
ini apa yang kami temui masa tunggu bas nak ke opera, ada perkhidmatan sharing van/taxi ke paris centre dengan kadar bayaran 15 euro/orang, apa yang best seperti yang dikatakan oleh pemandu ini ialah ia akan membawa kita sampai depan pintu hotel , so kalau anda jenis yang sesat makan buah langsat boleh try !

nak hantar poskad?
Ni hobi aku yang terbaru ialah hantar poskad untuk diri sendiri dan untuk kawan-kawan yang baik sahaja, post office ada di terminal CDG ,di terminal 1 dan 2A.untuk lebih maklumat rujuk disini

Peta laluan train /peta jalan
Sila ambil peta laluan train di information kaunter, ia sangat-sangat penting! Kami download siap-siap sebelum pergi lagi untuk study lokasi , peta ini boleh juga minta pada hotel/hostel.



tempat kami menginap 100 meter sahaja dari station barbes rochechouart, hanya satu station untuk ke gare de nord (la chapelle)


2.Tempat tinggal.
Mula-mula datang Paris, mesti korang blurkan nak stay kat mana. Bak sini akak nak share sikit:
1.Pilih penginapan berdekatan dengan train station, makin jauh makin penat anda nak berjalan dan of coz membazir masa.100-300 meter dari train station =awesome , 500m=jauh!

2.Pilih tempat penginapan yang dekat dengan station gare de nord, sebab station itu hampir semua line boleh connect , lagi satu senang sikit untuk balik ke airport dan dari airport sendiri

3.setelah dua kali datang paris, penginapan yang bersambung /dekat dengan train station line 2 (pastikan station line 2 tu dekat dengan garede nord(la chapelle )adalah terbaik.

4.Hotel kebanyakan mahal di Paris, hostel pun mahal, disebabkan dua katil di dorm/hostel hampir sama dengan satu private room(budjet) kebetulan aku dan kawan aku berdua, so aku pilih private dengan share bathroom , ini hotel yang aku cadangkan , berada di area monmarte,100 meter je dari train station, 1 station je untuk ke Gare de nord, harga pun boleh tahan murah, makanan muslim pun berlambak area sini .HOTEL BERVIC MONMARTE

5.Hotel budjet dan bilik yang murah biasanya terletak di tingkat atas sekali, tingkat 5 atau 6 tak ada lift , dan tangga dia sempit serta berpusing-pusing , bawa backpack ialah terbaik , bawa luggage sila pikir 2 kali, tapi bulan 12 hari tu , 2 hotel kami menginap, dua –dua hotel kami pilih bilik yang paling murah, dua-dua hotel dapat tingkat 6 , dua-dua hotel tangga berpusing-pusing , dan kami bawa luggage 10 kg dan kawan 20 kg and we are still alive
.
6.hotel di paris walaupun share bathroom tapi singki tetap ada dalam bilik so, boleh ambil wudu’ atau gosok gigi dengan senang hati tanpa ke toilet.


3.Pengankutan
hampir semua attraction place boleh aksess dengan train, kami beli train tiket sahaja ,biasanya kami beli satu carnet (10 tiket) dengan harga 14 euro berbanding satu tiket 1.8 euro, tiket ni boleh guna untuk RER dan Metro juga.Ada juga transportation pass untuk daily weekly macam-macam lah ,itu kami tak study pulak, kalau nak info lanjut boleh check di website ni:pengangkutan sekitar paris
4.MAKAN
1.Makanan halal bersepah di paris! Mahal atau murah sahaja, harga  makanan utama lunch/dinner ialah 5euro=murah, 8-10 euro= standart, 11euro ketas=mahal , di area monmarte kami pernah beli nasi berlaukkan ayam /bebola daging dengan harga 5 euro(december 2015) , di kebanyakan tempat nasi/roti/kebab berlauk ayam/daging dan bersayur /salad sekitar 8-10 euro .
2.breakfast , untuk breakfast kenyang dan murah, anda boleh beli potongan pizza di kedai Tunisia, morocco,Algeria dengan harga sekitar 2-3 euro pada pagi hari, potongannya besar ,cukup kenyang dan sedap coz ada daging cincang atas dia.
3.ada juga student Malaysia buat delivery makanan di paris seperti
belacan paris
nasi lemak paris
4.air paip di paris selamat di minum ,sama ada anda sanggup atau tak je, kalau korang sanggup beli mineral water di paris, silakan!bukti air paip di paris boleh minum dan selamat boleh rujuk di link ni :tap water paris , safe to drink

5.Cenderahati
1.Di monmarte lebih murah dari di champs- elysee melalui pemerhatian
2.kalau nak beli poskad as cenderahati, stamp ada jual di kedai surat khabar/rokok nanti kalau jumpa post box campak je , ataupun boleh post masa kat airport ataupun suruh dia postkan.

6.Sesat?
1.Tanya polis arah jalan lebih baik dari Tanya orang . Polis know everything dan mereka akan membantu anda dengan bersungguh-sungguh , paling best mereka sendiri akan drop anda kat tempat tu .
2.disebabkan bahasa france nak menyebutnya adalah berbeza dengan tulisannya, maka kalau nak tanya tempat, lebih baik tunjuk tempat tu dalam peta dari sebut. Tunjuk lebih baik dari sebut! Contohnya korang nak pergi  rome, paris , korang Tanya macamana nak ke rome =korang akan spell “rom”sure punya! Sedangkan orang france, rome =disebut sebagai “ghome “ ada idgrome maalghunnah kat situ,  silap-silap dia suruh korang beli tiket flight ke Italy dan pergi ke rome betul-betul .padan muka!
3.kalau tempat tu takde dalam peta ,tulis je nama tempat tu dengan ejaan yang betul kat kertas dan tunjk kat dia.

sekian sahaja 6 tips semasa di paris, selamat melancong ke paris , melancong ke paris sangat senang urusannya , kami pergi time 2 minggu selepas pengeboman di kota paris november 2015 dan masih lagi selamat, orang paris berfikiran terbuka dan mereka senang membantu juga.Jangan takut untuk datang, muslim di paris juga ramai.







Wednesday, 20 January 2016

Monmarte :bandar klasik Paris.


indah malam di monmarte-ihsan google

Sebuah bandar tua, yang dahulunya menjadi titik mula ke”popularan orang ternama” sebelum nama mereka harum dalam dunia seni kota Paris. Dahulunya disini sewa murah, makan murah,cukai murah kerana ialah “kampungan “. Pablo picasso, van dough dan banyak lagi , karya mereka bermula dan tumbuh disini sebelum besar.

 Kami hanya punya waktu sehari untuk berkenalan dengan Paris sebelum terbang kebumi Croatia.. “kalau kita naik ke puncak bukit di Basilica of sacre cour , kita  dapat memandang keseluruhan kota Paris dari puncaknya, aku cabar kau untuk tunjuk dimana effel tower.”
basilica of sacre cour-ihsan google

dari puncak sacre sour-keseluruhan bandar Paris 

Biasanya orang ramai kesini mengadakan walking tour, print peta masukkan dalam kocek dan berjalan sendiri , lose your self kata orang putih, berjalan sasar dengan keindahan bandar klasik!  Bermula dengan menaiki anak tangga sehingga ke puncak gereja Basilica of sacre cour, mengambil gambar gereja ini yang masih mengekalkan rekaan roman dengan kubah berbentuk dome, seterusnya  mengambil gambar pemandangan Paris dipuncak bukit, sambil diantara kami meneka-neka kedudukan eiffel tower yang bakal kami tuju. Turun semula anak tangga , merpati terbang sekawan…kami melalui kedai –kedai menjual cenderamata, rumah-rumah orang terkenal yang ditanda dengan papan merah, melalui taman kecil yang terdapat “love wall “ disitu .

love wall

 Love wall atau dinding cinta yang diperbuat dari marmar bewarna biru , dan diconteng-conteng ungkapan cinta dari pelbagai bahasa dengan tulisan putih, kami mencabar diri mencari kata cinta bahasa ibunda , ah….ketemu akhirnya.
Sebelum bergerak ke eifel tower yang menjadi land mark Paris , kami membeli cenderamata yang cukup banyak disini , banding harga dari satu kedai ke satu kedai , harganya pasti berbeza.!. Banyak tempat lagi sekitar monmarte yang bolehi dijejak sebenarnya , Moulin-rouge, flea market, jalan boulevard de clichy , boulevard de rochechouart (kami tinggal dikawasan ini), dan tidak lupa monmarte museum. Sehari ialah waktu yang cemburu…

France –negara yang mengekalkan bangunan –bangunan lama .Hanya satu kata-klasik!

Tuesday, 24 November 2015

PARIS : Catatan kisah cinta.(2013)

Eiffel tower , kenangan ,time ni tengah renovation

Kata orang paris ini kota cinta the city of love  bagaimana?. Ketibaan kami di Paris pada awal pagi , pada musim sejuk (selalu sahaja kembara ku pada musim sejuk ) , bayu angin bertiup  menyapa pipi lalu masuk ke rongga hidung , bau salju ..bau yang persis seperti bau di Preston, atau akukah yang terlebih rindu ?

Sedikit bacaan tentang Perancis, dikatakan negara Perancis ialah negera eropah yang paling ramai muslim dan paling ramai revert , angka muslim di Perancis setakat ini dianggarkan sekitar 6 juta jiwa , subhanallah ..di Paris sahaja jumlah muslim dianggarkan sebanyak 1.6 juta , data ini pada tahun 2013 , no wonderlah terdapat banyak sekali restoran halal  bertemakan Morocco, Tunisia , Arab , Turki dan banyak lagi.

Di burgundy , Perancis terdapat satu institusi yang melatih pelajar untuk menjadi imam , pembelajaran diadakan di European institute of human science de saint-legar-de fourgeret, untuk rujukan klik di sini, institute ini bertujuan melatih para imam di Perancis mampu berbahasa france dengan baik dan mengetahui tata perudangan negara , dengan usaha ini maka tidak hairanlah agama islam tersebar dengan begitu pesat .


Hijab di paris :


pintu masuk grand mosque paris, orang perancis menyebut mosque atau masjid dengan sebutan "mosqi"



Pada pendapatku kota Paris ialah kota yang sangat-sangat mahal , diakui oleh abang google juga, mahal segala-galanya , dari penginapan dan makanan , kami tinggal di kawasan yang ramai orang cina yang bahasa tuturnya ialah bahasa Perancis , aku tidak ingat dikawasan mana kerana segalanya diuruskan oleh teman travel ku , station metro yang terdekat ialah colonel Fabien . Disebabkan telah set di mindaku betapa ramainya muslim di Paris , aku tercari-cari juga dimanakah 1.6 juta manusia itu , mataku memerhati wanita terutamanya –Hijab ! ya..aku memerhati hijab , kerana hijab itu tandanya muslim , tapi aku tidak ketemu setelah hampir 8 jam di bumi Paris, mataku meliar pada keramaian manusia di station keretapi Gare de Nord , tidak ketemu juga .
Flash back semula kejadian beberapa tahun yang lalu di Preston , berkenaan dengan hijab, Aku dan sepupu berjalan ke Fisher Gate , tiba di satu tempat berhadapan gereja , pemandangannya sangat indah , dengan daun-daun kuning berguguran , tanda peralihan waktu dari autumn kepada winter , kami saling bertukar kamera untuk mengambil gambar , sedang asyik memotret , kami di tegur oleh seorang lelaki berkulit putih , membawa sling bag .

very nice day “ katanya, kami hanya tersenyum.
Are you muslim ?” dia bertanya .
 “Of course I,m , how do you know?” aku jawab dan aku tanya semula, pastinya aku tahu jawapannya apa, kerana hijabku , hijabku yang membuktikan bahawa aku muslim .”
 because you wearing hijab
kan…?dia tergelak-gelak, aku bertanya
are you muslim too..?
 “no…no…im not , im Jehovah witnesses ..bla..bla..bla…
akhirnya tahulah kami dia mahu berdakwah dengan kami tentang Jehovah witnesses , perbualan kami terhenti dengan dia menghadiahkan kami beberapa risalah mengenai fahaman Jehovah witnesses . Sore , kami pulang ke Burrow Road , aku terfikir , betapa hijab sebenarnya bukan hanya perintah menutup kepala dan menjaga kehormatan , tetapi ia adalah lambang agama, supaya muslimah punya identity sendiri, punya tanggungjawab membawa kehormatahan diri dan kehormatan agamanya juga , jika saat itu aku free hair , pasti pemuda inggeris itu mengangap aku kristian , mungkin juga atheist ,nauzubillah…peristiwa itu memberi pengertian yang besar akan hijabku , mencabut hijab bagiku seperti mencabut identity agama , dan menyempurnakan hijab bagiku seolah-oleh menyempurnakan sebahagian agama.
Berkait dengan insiden yang berlaku di Paris baru-baru ini, agak bimbang untuk aku dan teman ke Paris semula , setelah meminta pandangan orang ramai , ada diantara mereka yang mencadangkan kami untuk membuka hijab, nauzubillah…..terfikir aku sebentar , kalau kita fikir kita tidak bersalah dalam keganasan yang berlaku di Paris , mengapa kita harus bertindak seperti orang yang salah , tidak…sama sekali tidak…aku akan kembali ke paris december nanti dengan identity muslim, tapi tetap berhati..hati…my hijab will still remain , its will be never remove or replace with snow cap or what so ever..

Bercakap soal hijab , di Perancis pada tahun 2004 telah ada peraturan melarang memakai pakaian yang menunjukkan lambang agama di tempat awam dan di sekolah , muslimah ketika itu diuji dengan hijabnya , dan mereka mempertahankan , ia bukan sesuatu yang mudah , memperjuangkan kewajipan agama di sebuah negara non- muslim .

Akhirnya kami bertemu juga dengan beberapa muslim didalam metro, aku cuba berbual bertanya itu dan ini..sayangnya , sister tersebut tidak pandai berbahasa inggeris tapi senyumnya cukup membuatkan aku jatuh cinta, satu perkataan sister tersebut keluarkan “nation “ , ya dia akan turun di perhentian nation , sebelum turun dia memberikan kami coklat dengan senyum yang sangat manis!

Hari ke -2 di Paris:

Misi kami pada hari ini ialah menjejaki Napoleon Bonaparte, tokoh revolusi Perancis yang dikatakan revolusi yang paling berjaya di dunia , ini membawa kami ke muzium tentera –musee de l’armee , tidak banyak yang aku tahu tentang tokoh ini , apa yang pasti setelah pulang aku mula mencari –cari kisah tentang beliau yang ada dikatakan beliau memeluk islam setelah pulang dari misi di Mesir , wallahuaklam ..

museum tentera , misi menjejaki napoleon

 Hati ku berat menyatakan tidak , kerana cerita beliau memeluk islam berdasarkan hanya kepada dua sumber, satu daripada akhbar di Perancis pada ketika itu yang menyatakan beliau memeluk islam , tapi pendapat peribadi ku ialah , aku memahami sifat suratkhabar dan tugas wartawan , mensensasikan berita untuk menambahkan pembaca dan menjual lebih banyak surat khabar , sumber yang kedua ialah melalui buku satanic verses, yang anehnya satanic verses itu sendiri memetik dari sumber pertama iaitu suratkhabar tadi , lagi pula satanic verses ialah bahan bacaan yang penuh dengan teori konspirasi dan illuminiti . Tetapi itulah ..sama ada beliau memeluk islam atau tidak, tak penting , yang penting bagaimana revolusi Perancis menjadikan Perancis hari ini , kita doakan yang baik-baik sahaja untuk beliau..

napoleon

ukiran wajah napoleon

antara pakaian ketenteraan 

 
dikatakan keranda yang memuatkan jasad napoleon

Sebelum lupa, ada satu lagi cerita yang menarik , ini berkenaan seorang tokoh bernama Jacques-Francois Menou , beliau ini ialah general perang yang bersama-sama dengan Napoleon ke Mesir , orang kepercayaan Napoleon sendiri , setelah pulang dari misi di Mesir , beliau Alhamdulillah memeluk islam nak menukar nama menjadi Abdallah de Menou..untuk rujukan klik di sini dan ini juga menjadikan kemungkinan napoleon juga memeluk islam , tetapi atas alasan politik mungkin ceritanya ditutup , mungkin ,wallahuaklam..

Paris- Saat aku menemukan cinta 

dalam perjalanan ke grand mosque
 
 Pandanganku mengenai Paris ialah , serabut ! rasa tak tenteram ! pening! pusing! lelah! macam-macam perasaan yang tidak enak , walaupun kami telah bergambar dan makan waffle berinti nutella yang harganya 4euro , juga diganggu dengan abnormal person yang memaksa kami sign pada kertas yang kabur hasil photostat beberapa puluh kali dan dipaksa bayar wang pula. ..huhuhu itulah cerita yang sungguh tidak enak untuk dikenang di Eiffel tower .
air pancuran , pada bahagian tengah dalam kawasan masjid, dikatakan keindahan pancuran ini sepertimana al hambra
keserabutan itu pergi jua saat aku menemukan cinta di Grand Mosque Paris , bangunan masjid besar berdinding putih bersih , binaan seperti di spain ,terdapat juga taman indah dalam masjid dan pancuran air , gayanya seperti al-hambra. Masjid ini dibina atas rasa terima kasih kerajaan peranchis pada muslim yang menjadi tentera dalam perang mempertahankan negara Peranchis .Sekiranya kita berjalan-jalan di sekitar masjid kita akan menemui nama tentera muslim yang tewas dalam perang dan dihiasi dengan kuntuman bunga .
Masjid di Perancis ada kisah cintanya , sewaktu Perancis berperang dengan Jerman, ramai sekali penduduk yahudi menjadi mangsa Nazi , mereka diselamatkan oleh muslim di Perancis pada ketika itu , dilindungi dalam masjid , anak-anak yahudi ditukarkan surat kelahiran mereka dengan kelahiran muslim yang dibantu oleh imam , juga surat-surat nikah mereka ditukarkan kepada perakuan muslim bagi menyelamatkan identity mereka sebagai yahudi yang dicari oleh pihak jerman.

ruang dalam masjid

ukiran marmar pada dinding masjid

tidakkah itu cinta? Cinta dan kasih sayang kepada kemanusian .


Paris –kini


Beberapa hari ini , kita dikejutkan dengan serangan keganasan yang membunuh lebih 100 orang warga sivil di Paris , perbuatan yang langsung tidak berperikemanusiaan dan tidak menjadi ajaran kepada mana-mana agamaN, perbuatan yang tidak memberi untung . Setelah ISIS  mengaku bertanggungjawab , keadaan makin keruh, terutamanya sekali respond kepada islamophobia , seandainya mereka tahu betapa sulitnya muslim di negara Perancis ini mempertahan akidah mereka sebelum ini , dan akan bertambah sulit setelah kejadian ini , sama ada ini konspirasi atau apa wallahuaklam , doakan Cuma :
1. Kita tidak menyebarkan fitnah atas ketidak tahuan kita , atas maklumat yang terlalu limited
2.Kita dihindarkan dari fitnah.

sebenarnya kejadian ini mengundang rasa sedih  , saat pandanganku berubah tentang negara ini, betapa banyaknya kesan peradaban islam yang terdapat disini , dan saat aku lagi 5 hari untuk hadir kali kedua dan peristiwa ini terjadi.

 Sedih , apabila membaca berita serangan ini, dan komen-komen penduduk Paris dan non-muslim dalam media islam, islam di tempelak, islam yang dikatakan the religion of peace di jadikan bahan lelucon, nabi kita di cerca , dan kita tidak berupaya menerangkan kepada mereka apa yang mereka tidak faham tentang islam , persoalannya kenapa ?
1.masalah bahasa
2.jika adapun komen daripada muslim sendiri ia disampaikan dalam nada yang cukup aggressive

benarlah the best to promote islam is by practicing it.
practicing it !
keganasan bukan amalan , jauh lagi dengan the method of practicing.

Paling membigungkan betapa tidak adilnya media dalam memaparkan isu, tapi fikirkan kembali, saat islam tidak menguasai dunia media tidak pernah menyebelahi kita , tapi dalam masa yang sama umat islam sendiri tidak menjadi media untuk mempromosi islam , kalau adapun sedikit .

Mungkin kejadian di paris ini menyedarkan kita, sudah tiba saatnya kita menjadi tinta dan media islam, lebih banyak belajar tentang agama kita sendiri untuk dipraktikkan dan disebarkan , mendalami bahasa inggeris dan bahasa arab supaya kita boleh memberi respon yang baik , dan lebih banyak membaca !

Banyak hal kita beranggap itu benar, tetapi sebenarnya itu tidak benar sama sekali kerana kita tidak mempunyai maklumat yang cukup.

is that the TRUTH or you news limited?

paris …semoga kita menadi agen islam yang baik. The best way to promote islam is by practicing it ! insyaallah…



Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...