Pamukkele tempat last kami pergi lawat untuk kembara balkan . Dari cappadocia kami naik bas jam 11 malam dan sampai di pamukkele pada awal pagi , lebih kurang jam 4 pagi kami sampai dan diambil oleh tour kami .
pamukkele ni ialah tempat yang paling tak best dalam kembara balkan ni , so pukul 4 pagi tu kami di bawa berkumpul di dalam pejabat tour tu , urusan dia lama bebenar , sempat kami bertemu dengan pengembara daripada jepun , lebih kurang 2 jam macam tulah baru kami diberi bilik untuk istirehat seketika , jam 10 pagi dah nak gerak ikut tour , time ni semua bag dah kena buat keluar sebab tour kami akan melepasi waktu check out . Harga bilik dan sarapan rasanya tak termasuk harga pakej .Dan bilik dia teruk sangat sarapan pun teruk , tapi tak apa dah nak balik dah kan.
so start dari jam 6 baru kami istirehat sebentar sebelum kena bangun balik lebih kurang jam 9 untuk sarapan , so pukul 9 everything kami dah kemas , so saya turunlah untuk sarapan , malangnya makcik yang uruskan bilik ni kata kami tak boleh turun sarapan lagi , padahal saya ada nampak beberapa orang yang kami jumpa semalam di pejabat tour sedang bersarapan , lebih kurang jam 9.45 macam tu baru kami di panggil untuk sarapan semula , time ni barulah saya sedar yang tempat sarapan dia hanyalah satu meja yang boleh duduk 6 orang , dekat atas meja bersepah dengan kulit telur rebus . So kami duduk dan lebih malang lagi kami hanya dihidangkan roti putih , jem dan sayur , telur tak ada pun , bila kami minta dia kata dah habis , giler ahhh...
so pengembaraan bermula , pamukkele ni terkenal dengan istana kapas dan Hierapolis , yang join tour ni kami dua orang je , dan seorang guide perempuan, harga pakej termasuk lunch buffet . Disebabkan terlampau penat dan tak berapa nak puas hati dengan pengurusan pakej ni muka aku pun memang toya giler , sampaikan nak bercakap dengan guide pun tak ada mood , guide ni pulak sibuk perli kitaorang pasal kita orang tak ambil pakej belon panas , "you said that hot balloon too expensive for you ?" sambil buat muka tak puas hati , WTH , lantak kitaorag lah .....lagi satu yang aku tak puas hati time kat sini handset aku rosak ahahahah
tak puas hati ni lah the reason aku tak berapa nak ambil gambar dan tak berapa nak pay attention , pada aku pamukkele ni tempat yang enough lah sekali je datang , tak worth untuk repeat pun. Last tour dalam area jam 6 , pukul 11 malam flight kami akan bergerak ke istanbul semula sebelum balik ke malaysia jam 6 pagi . pukul 7 malam aku dah tanya orang ni sama ada boleh hantar awal ke tak kitaorang kat airport ? dia macam tak nak bagi , so kami lepak je lah dalam office dia, lama-lama dia perasan kot muka kitaorang penat dan tak berapa nak puas hati lastly dia hantar kita orang juga ke airport around 9 malam .
lepas naik flight je rasa lega giler , sampai di IST airport kami kena tunggu pulak sampai jam 6 pagi sebelum berlepas ke malaysia . Sementara tunggu jam 6 pagi tu aku memerhatikan group jemaah umrah dari turki kebanyakan mereka warga tua, subhanallah bahagia giler muka diorang . aku suka tengok orang-orang tua turki tak tahu sebab apa , muka diorang baik.
maka berakhirlah jejak kembara balkan ni . Balkan country seriously best, Rasa nak repeat balkan di bahagian yang lain pula .
Showing posts with label balkan. Show all posts
Showing posts with label balkan. Show all posts
Monday, 28 August 2017
Sunday, 4 June 2017
dengan kapcai kita menawan cappadocia .
Pagi hari lagi kami telah bangun , bagusnya kembara- mate aku sorang ni sentiasa sharp on time , kami sentiasa bangun pagi , untuk mengejar masa sarapan sebenarnya , bila turun sarapan awal makanan masih banyak di buffet .
Tapi sebelum jam 7 pagi belum lagi masa sarapan, kami keluar dari safran cave hotel untuk berjalan-jalan menuju bukit tinggi untuk melihat belon panas naik ke udara . Kami tidak mengambil pakej belon panas kerana harga yang mahal ,jujur aku katakan ini .
Kami menjumpai satu bukit untuk didaki ,kawan aku berjalan ke hadapan , tiba-tiba dia berlari dengan laju patah balik ke belakang , terkejut aku kerana dia dikejar anjing , huhuhuhu kami memilih jalan yang lain tapi tetap mendaki bukit .
![]() |
| jalan-jalan menuju atas bukit |
Aku sering berangan-angan duduk di tempat yang indah , melihat sunset atau sunrise sambil minum kopi atau teh , pendapat aku matahari sering memberikan harapan yang baru ,matahari tenggelam meninggalkan hari -hari semalam , matahari timbul membuka hari yang baru ,indah sekali penciptaan matahari .maha suci Allah yang maha bijaksana .
Setelah usai melihat indahnya pagi di Cappadocia kami balik ke hotel semula untuk mandi-mandi dan bersarapan . Selepas itu kami keluar mencari moto sewa . Kedai moto sewa ini kami sudah lupa namanya , tapi sebaris dengan restoran korea yang di usahakan oleh orang turki . Bayaran sewa semua kami sudah lupa .
Saiz kapcai di sini besar sedikit dari kapcai di malaysia , pada mulanya tuan kedai ini macam kurang yakin dengan kami perempuan pendek ini mengendali motor , tapi kawan aku ni memang bijak memandu , Lori kelapa sawit pun dia boleh bawa tau !! , dia nak tengok kami bawa motor itu dikawasan lapang kedai , memang kawan aku tu boleh bawa , aku pun yakin dengannya , setelah itu kami study sedikit laluan ke open air museum dan rose valley . Dan ayuh bergerak !!!!
Kami di tiba di open air museum , semua orang memandang kami , rupanya ramai orang datang ke open air museum ini dengan berjalan kaki , ada juga yang naik basikal ,yang naik motor ? Maaf ya tak ada , kami sahaja ahahahahah banggannya . Jejaka turki membantu kami memakir moto dan kami terus menuju ke pintu masuk museum, bayaran masuk 25TL ,
Dah nama open air museum so tempat ni memang outdoor lah , cantik ya memang cantik , dari segi history dia lebih banyak kepada sejarah kristian yang sangat kompleks untuk aku faham ,kalau korang tak tahu lah mungkin cepat kot kadar pemahaman korang , open air museum ni terkenal dengan bentuk batuan yang attach dengan gereja yang mempunyai lukisan@ukiran di dinding , lebih kurang 11 refectories ( bangunan batuan yang lengkap dengan ruang makan , belajar etc..etc ) yang attach dengan gereja -gereja yang kita boleh tengok , refectories ni dah wujud sejak abad 10, 11, dan 12, giler lama
lepas balik dari Open air museum tanpa faham apa-apa , kami singgah lunch di restoran korea di garome , travelmate aku ni suka korea , so makan lah makanan korea , ni first time aku makan bimbimbap , makanan korea yang dimakan di turki ahahaahah best rupanya makanan ni , harganya pun mahal nya mak aiiii !!!! lepas balik malaysia aku pun jadi suka makan bimbimbap ni.
lepas makan kami solat di masjid area garome town dan mulalah merempit , jujurnya nak kabo kami tak jumpa pun rose valley tu kat mana , tapi kami tetap enjoy dengan kesesatan kami , sebab pemandangan jalan-jalan di garome ni subhanllah cantik sangat , jalan-jalan kat sini kurang kenderaan memang sesuai lah untuk lumba motor haram . kata orang if you cant enjoy the destination (sebab sesat kan ) you can enjoy the journey .
lepas puas berjalan-jalan hari pun dah hampir nak maghrib , kami bawa motor kami balik ,sebelum tu kami solat maghrib dulu di masjid yang sama , kat masjid ni ada kejadian aneh yang berlaku , so aku ambil wuduk , dan solat maghrib sama dengan imam lepastu aku jammakkan sekali dengan solat isyak , lepas solat aku bertafakkur sekejap sebelum masuk waktu isyak tu lah , then tiba-tiba ada sorang makcik turki ni , dia pun masuk , bila imam dah start nak solat isyak dia ajak aku solat sekali berdiri sebelah dia beria-ria dia ajak , aku rasa bersalah sebab aku kan dah solat tadi ??tapi tak tahu nak explain macamana pada makcik turki tu , akhirnya aku ambil keputusan untuk lari aahahahah tak matang nya , mesti makcik tu pelik .
akhirnya kami pun pulangkan moto tu tanpa isi minyak penuh , so kenalah bayar mengikut harga kuantti minyak yang kami dah guna tu , Masa pulangkan moto tu sempat kami bertemu dengan owner kedai moto tu dan sempatlah di jamu dengan 2 cawan cay @ teh .Kami borak-borak pasal isu semasa dan traveling kami , so this brother dia cerita lah anak -anak dia yang study USA tu , bagus uncle ni , best juga borak-borak dengan pakcik turki tu.
jam 11 malam kami akan naik bas sekali lagi untuk ke pamukkele , dijangka akan sampai awal pagi , kami dah tempah tour siap-siap , kiranya di pamukkele ni kami tak bermalam lah , sampai awal pagi , kami akan tidur sekejap , bangun , sarapan dan akan bermula tour lebih kurang jam 10 pagi , lepas balik tour kami akan naik flight dari pamukkele ke sabiha airport istanbul jam 10 malam , dan dari sabiha naik transfer bas untuk ke attarturk airport sebelum balik ke malaysia .
kalau nak ke cappadocia aku tak nak pesan apa-apa pun pada korang , tapi try lah cuba sewa moto , jalan dia fuh!!! serious cantik , yang tak bestnya orang-orang turki di garome ni akan pandang korang perempuan yang naik moto ni macam something wrong pula , tapi korang tak payah peduli lah , bukan korang nak kahwin dengan dia pun , melainkan mereka-mereka tu bakal mak mertua or pak mertua korang aahahahah....
anyway aku enjoy gila di cappodocia ni , tahun 2016 aku datang lagi sebab aku suka betul dengan bandar ni.

Wednesday, 10 May 2017
cappadocia turki - kembara balkan
| muka bumi cappadocia , yang tercacak-cacak dalam gambar tu ada orang duduk dalam tu , bijok sungguh manusia ni. |
Ada pelbagai cara untuk ke Cappadocia, yang paling popular ialah menaiki bas dan kapal terbang , kami memilih untuk menaiki bas , terdapat banyak juga syarikat bas yang membawa kita kesana. Tiket bas kami beli terus dari Esim si pengurus Tulip Guesthouse , harganya sekitar 80 TL kalau tak silap . Perkhidmatan termasuklah pengangkutan menggunakan van ke station bas , so tak perlu lah kami bersusah payah angkut luggage naik train ke station bas. Bas kami dijangka akan berlepas pada jam 10 malam . Jadi plan nya kami akan tidur didalam bas sehingga sampai di pekan Garome subuh hari .
Keadaan didalam bas alhamdulillah o.k , sempat kami bertemu dengan sekumpulan pengembara dari malaysia , kebetulan mereka duduk disebelah kerusi kami , bas ini mempunyai mini TV disetiap tempat duduk , mempunyai pelayan , seorang remaja belasan tahun, tugas pelayan ini ialah menyediakan teh ,dan melayan kami lah of coz... banyak masalah dengan bas yang kami naiki ini sebenarnya , baby muntah di depan seat kami sehingga kami pun rasa nak muntah dengan bau muntah tersebut astaghfirul alazim..yes! ada di TV disetiap kerusi tapi tiada signal , ahahahahah....so memang penatlah naik bas ke cappadocia ni , dengan tak boleh tidur sebab bau muntahnya macam -macam lah ...
![]() |
| Ni gambar station bas di gerome cappadocia , nampak signboard syarikat-syarikat bas yang beroperasi ? kat sini ada juga tiket untuk bawa kita ke pamukkele , atau tempat-tempat yang lain , yang next time insyaAllah aku kan explore , by the way gambar ini diambil dari website captivating cappadocia |
Sebelum jam 7 pagi , hari masih gelap time tu , kami sampai di pekan garome , tempahan lawatan green tour telah di buat sebelum tiba di Istanbul lagi , sekitar jam 7.30 pagi kami dijemput oleh pekerja tour dan di hantar ke tempat penginapan , penginapan juga telah di tempah awal melalui booking.com, nama penginapan kami ialah Safran cave hotel , rupa-rupanya hotel ni sangat-sangat dekat dengan Station bas .
![]() |
| ni gambar pintu depan hotel ni , dekat giler dengan station bas , menapak sekejap je . Gambar ni ihsan dari booking.com |
![]() |
| ni pada waktu malam. |
Hotel ni diuruskan oleh adik-beradik lelaki yang kacak , kami tak boleh check in awal sebab bilik kami belum siap dikemas, menunggulah kami di ruang penyambut tetamu sambil mendengar lagu-lagu rock turki yang dipasang oleh salah seorang adik beradik saffron hotel ini . Disebabkan kami memang dah penat , dia pun perasan yang muka kami langsung tak ceria , brother safran hotel ni cakap , why not you going up stair and having breakfast . seriously ???? ye lah sebab breakfast untuk hari pertama kan sepatutnya tak ada ? kami apa lagi dah orang belanja breakfast free terus naik ke atas , tempat makan memang di buat diatas sekali , supaya panorama belon udara naik dapat dilihat dengan jelas , kelihatan seorang perempuan muda berambut perang sedang menukar siaran TV , ketika itu TV menyiarkan video klip "Written on the wall " yang dinyanyikan oleh sam smith .
![]() |
| restoran dia , |
Bercakap pasal sarapan pagi di Safran cave hotel ini , sumpah breakfast kat sini ialah breakfast terbaik yang aku dapat dari mana-mana hotel yang pernah aku duduk , selain makanan yang dalam gambar tu , tukang masak dia masakkan kita orang telur dalam tu ada cheese fuh!!! sedap betul , yang paling aku suka terung goreng dengan sambal apa entah , tapi tu lah breakfast yang paling best !
Jam 9.30 pagi , dah ada van sampai untuk memulakan Tour , yang join tour tu cuma 4 orang je aku dan kawan dan couple yang datang dari istanbul , tour guide kami nama Anil . Untuk green tour ni kami akan dibawa melawat bandar bawah tanah yang dinamakan Derinkuyu , mendaki lembah ihlara , selim monastery dan pigeon valley . So far aku puas hati dengan green tour ni , lunch dah termasuk harga tour 120TL standard kami dapat kurang 98 TL .
Tempat yang paling best dalam green tour tu mestilah Ihlara valley , korang akan melalui sungai yang mengalir , bermesra dengan itik-itik , minum jus delima segar , perasaan dia peacefull sangat , masa makan tengahari di lembah Ihlara kami sempat berborak dengan dua orang turki tu , dia cakap dia dah travel banyak tempat , tapi cappadocia yang paling dia suka , katanya lagi entah mengapa cappadocia tidak dipandang pemerintah untuk dibangunkan , tapi dalam masa yang sama rasanya bagus juga at least bandar ini memberi kita peace of mind jauh berbanding kesibukan dan kepadatan istanbul. Aku setuju dengan pendapatnya , cappadocia tenang sangat , end up nya aku datang sekali lagi kesini . Tapi dalam masa yang sama ada kontra nya juga , jangan disebabkan untuk preserve tempat , kita abaikan keperluan ekonomi penduduk setempat , itu bukan masalah kita untuk fikir biarlah geng-geng Erdogan fikir pasal hal ni ahahahaha
![]() |
| perjalanan hiking ihlara valley |
| jalan lagi creepy betul patung tu |
| sebenarnya kami jalan menyelusuri sungai ni lah , sehingga sampai ke restoran untuk makan tengahari |
![]() |
| dah sampai area restoran . |
![]() |
| macam ni lah rupanya bilik kitaorang di safran cave hotel . selesa sungguh , dalam bilik ada TV , fridge . |
Friday, 24 March 2017
muzium panorama 1453 dan Bosphorus cruise .
| istanbul post office sirkeci ambil dari wikipedia |
| dalam pos office -wikipedia |
sudah solat semua , kami terus ambil tram menuju ke Panorama muzium 1453 , jauh juga perjalanan dia lebih setengah jam , Tapi muzium ni memang worth untuk masuk especially mereka yang suka history , so muzium ni pameran dia disusun secara kronogi sejak pemerintahan kerajaan kristian byzantine sehingga kepada pembukaan kota istanbul oleh Sultan Muhammad al fatih II, Dia akan susun sehingga kita akan naik ke tingkat atas , sampai di tingkat atas , bangunan dia dibina berbentuk kubah@sfera 360 degree dengan ukuran sebenar peristiwa the last battle sebelum kota di buka , memang hebat lah , boleh nampak beberapa meriam termasuklah meriam orban yang gah pada masa tu dalam saiz sebenarnya dan peluru meriam tu yang besar dia beberapa kali ganda dari besar bola sepak , juga menambahkan lagi kesan real dia , turut di pasang semboyan dan muzik perang , tahun 2013 masa kali pertama saya ke peranchis untuk mencari maklumat mengenai Napoleon Bonaparte kami masuk ke muzium tentera , saya ada mendapat maklumat bahawa muzik masa perang zaman uthmaniah dulu memberi inspirasi kepada Napoleon untuk melakukan hal sama dalam setiap pertempuran , elemen memberi semangat ! wallahuaklam .
Satu hal yang aku suka pasal muzium ni ialah kedai cenderamata mata dia , wallahi best sangat , dengan buku-buku , CD dan saya tertarik dengan satu brooch lencana Uthmaniah , tapi saya tak membelinya sebab saya harus berjimat cermat kerana ada beberapa kota lagi perlu kami jejaki selepas ini .
Jam menunjukkan hampir lewat petang , malam ini kami akan bertolak ke Cappadokya , sebelum bertolak saya berencana untuk membawa kawan menaiki cruise menyelusuri selat Bosphorus, kami cepat-cepat keluar dan naik tram semula ke Eminonu .
Sampai sahaja ke Eminonu saya terus mencari orang yang menjual tiket untuk Cruise tersebut alhamdulillah masih ada , harganya 12TL ,Durasi perjalanan adalah 2 jam , malangnya hujan turun rintik-rintik kesudahannya kami masuk sahaja ke dalam cruise , cuaca pula mendung tak dapat menikmati indahnya laut dan camar-camar berterbangan , Kalau korang datang ke istanbul , memang kena naik cruise ni , nama dia short circle bosphorus cruise (uzun bogaz turu ), lepas naik ni kami turun semula dan beli ekmek lagi ahahahaha
![]() |
| cruise yang naik pertama kali pada tahun 2013- jejak sultan abdulhamid 2 |
![]() |
| Diambil atas deck cruise , cuaca toba-tiba gelap dan hujan turun |
![]() |
| camar terbang di Bosphorus |
Monday, 20 March 2017
istanbul - Tulip Guesthouse , kenangan akhir 2015 , kembara balkan
![]() |
| bilik di Tulip Guest house |
Di tulip guest house ni , ruang sarapan berada di tingkap atas sekali , saya akan pilih meja berhampiran dengan tingkap , kerana melalui tingkap kelihatan pemandangan selat bosphorus. Biasanya Esim dan ibunya akan berada di ruang makan ,dua beranak tu akan berbual-bual dengan suara yang kuat , seperti bertengkar ! Tapi mereka tidak bertengkar cuma suara mereka sangat kuat , apalah orang turki ni ,tak boleh bercakap perlahan , kemesraan dua beranak yang aneh ini berlaku setiap pagi ,kami tumpang gembira sahaja .
Selesai sarapan ,kami berjalan kaki ke hagia Sophia , nak ke blue mosque terlalu pagi ,saya fikir lebih baik ke sana waktu ,zohor . Kami explore hagia Sophia dalam 2 jam , sempat lah kami bertemu Gwili , kucing tetap yang berada dalam hagia Sophia .Seterusnya kami berjalan kaki ke topkapi palace melalui gulhane park , orang dalam topkapi tu punya lah ramai ,especially budak -budak sekolah , diaorang pulak bukan nak tengok sangat pun apa benda dalam Topkapi tu , bising je lebih , rasa nak tarik telinga , saya yang suka muzium ni rasa tak puas hati sebab budak -budak ni telah menghalang pandangan saya untuk melihat setiap benda yang dipamerkan dalam ruangan kaca , maklumlah budak dan aku sama tinggi je ...
Selapas keluar sayup2 kedengaran suara azan , kami berpatah balik ke Blue Mosque dan bersolat di situ , di Blue Mosque pun ramai orang, memang serabutlah..selesai solat perut dah berkeroncong , saya mencadangkan untuk kita makan ekmek sahaja di Eminonu, kami naik tram untuk ke Eminonu .
![]() |
| selat bosphorus dari Eminonu |
Di Eminonu saya beratur beli ekmek, saya naikkan dua jari tunjuk "peace" , maknanya saya mahu dua bungkus , lalu saya sebut perkataan "paket" maknanya bungkus /tapau , orang tu terkejut , dia tunjuk saya dan tanya "turkish ?" Aku cakap no..no..I'm not turks...(maksudnya aku bukan orang turki)dia ulang lagi
turkish ...
turkish ....
sambil tunjuk -tunjuk lagi , lah...mamat ni sebenarnya perkataan turki yang aku tahu cuma beberapa perkataan je .lantak kau lah...
Hari pun dah mula nak gelap , sebelum balik kami singgah di Spice Bazar
, aku suka spice Bazar ni sebab
1.kami akan kelihatan cantik , pekedai akan cakap kita ni cantik .
2.saya akan makan turkish delight , kacang , yogurt beku free -free sahaja tanpa membeli kadang-kadang boleh minum teh free .
![]() |
| spice bazar , semua benda lah jual , bukan sekadar rempah |
![]() |
| kawan saya membeli saya makan free ;) |
1.kami akan kelihatan cantik , pekedai akan cakap kita ni cantik .
2.saya akan makan turkish delight , kacang , yogurt beku free -free sahaja tanpa membeli kadang-kadang boleh minum teh free .
saya tak suka spice bazar sebab sebab :
1. Cara mamat spice Bazar merayu supaya membeli , uish geli aku ...you break my heart.. tu perkataan yang paling aku tak suka dengar .
2.serabut
3.dia cakap kami orang Indonesia, paling worse orang Philipina , entah lah...padahal muka kami muka asli Melayu yang cantik , ahahahaha

Sudah nya kawan aku beli barang ,aku pula cuma tengok dia beli barang sambil ngap..ngap..mencuba makanan yang diaorang jual.
Kami balik dengan kaki yang sakit
Esok planning nya nak ke panorama museum , naik cruise dan ke pejabat pos sebelum bertolak ke Cappadocia.
berminat untuk menginap di tulip guesthouse , harga yang murah , sarapan yang bagus ,dan hanya berjalan kaki ke masjid biru ? boleh tekan ke link ini tulip guestouse

Thursday, 13 October 2016
Kembara balkan - Havatas bas dan & bad taxi Istanbul
![]() |
| HAVATAS bus , gambar ni ehsan dari google -international community office |
Jam menunjukkan angka 7 malam ketika kami sampai di Istanbul Attarturk airport . Penginapan kami berada di Sultanahmet , pilihan lokasi ni sebab kami nak stay around blue mosque .
Aku pernah baca, boleh ambil train dari airport ke Sultanahmet , so plan nya nak nak train sahaja , tapi cari -cari station train tak jumpa pula dalam airport tuh ahahahahah...so kami pilih untuk naik bas , nama bas ni Havatas bas ,dia akan turun di Taksim , dari Taksim boleh naik train ke Sultanahmet
![]() |
| teksi istanbul , ihsan -istanbul insider |
So kami pun pergi lah ke arah bas ,sebab orang tengah kerumun nak naik , plus orang berebut nak Simpan barang-barang di bonet bawah bas , kami termangu-mangu lagi , nak beli tiket dulu ke macamana? Tak berapa jauh dari bas tu ada macam kaunter dan beberapa lelaki duduk didalam , so aku pergilah tanya
"Is the bus going to Taksim"?(padahal aku dah tahu dah , sebab di bas tu memang tulis Taksim , cuma nya sahaja mukaddimah kata Ibnu khaldun)
-yes!!
"How much the fare and where to buy a ticket?"
-fourtheen lira and you can pay in the bas
(Aku nak confirm kan semula , fourteen ke forty?)
" Four O or one four ?"
-one four !!!! (Lepas tu di tunjukkan jari dia satu ditangan kanan dan 4 jari di tangan kiri , yang ni kelakar )

Jadi tambang bas ni 14 lira dari IST ke Taksim , lepastu aku cakap "tesekkuler" maknanya thank you , konon-kononnya nak speaking turkc lah diaorang , " tapi dia pulak tanya aku balik
"Hah??? what do you say??" ahahahah nampak sangat sebutan aku tak betul .Malas aku nak layan lepas tu aku terus naik bas .
Perjalanan dia quit nice lah , sebab boleh nampak cahaya lampu di malam hari yang menghiasi Kota Istanbul, bangunan dan kereta yang banyak . Bas ni ambil masa dalam 40minit depends pada trafik .Dalam bas kebanyakan dia penumpang lelaki , pot-pet pot -pet berborak, bising bebenar.
Sampai je Taksim , pemandu-pemandu teksi dah siap berkerumun depan bas , aku tanya driver taxi tu "how much from here to sultanahmet?" Dia pulak cakap " I don't know, we used meter " eleh...nampak sangat nak cas mahal kat aku , at least kau boleh bagi aku anggaran harga kot .. tapi kami naik juga .
Sebenarnya dekat je dari Taksim nak ke Sultanahmet , tapi rasanya macam jauh bebenar dia bawa kami , sambil bawa tu dia tunjuk bangunan tu lah ...masjid tu lah ..inilah..bila entah aku hired dia jadi pemandu pelancong. Lepas tu dia cerita pulak scam-scam yang biasa teksi buat , buat magic lah macam-macam .aku angguk-angguk sambil perati je meter tu bergerak.
Sampai tempat yang dituju lebih kurang 30 minit drive, dengan trafik yang tak sibuk (coz dah pukul hampir 10 malam) meter tu tunjuk 60 lira ,aku rasa macam tipu je...so aku buat-buatlah tanya how much ? Dia cakap sambil tengok kat meter -60 lira !
Sebenarnya aku tak cukup duit lira , ada sikit masa tukar di airport tapi tak sampai 60 lira ,so aku tanya kawan aku -"kau ada 60 lira ?"" Kau bayar dia tepat-tepat 60" ,aku takut pulak dia buat helah takde duit Kecik lah...apalah...masa kawan aku bayar , aku cepat-cepat turunkan luggage,apa- apa pun luggage mesti di selamatkan.
Kami tempah Tulip guests house , booking .com orang rate dia around 9/10, not bad lah..yang best pasal penginapan ni adalah interaksi antara pemilik hotel dan pelanggan , hampir setiap email aku dibalas oleh Esim (nama owner dia), plus di puji kitaorang cantik.
Selesai urusan check in aku tanya si Esim ni , "may I know how much taxi fare from taksim to here?"
"Around 30 lira "
Ahahahahah kami tergelak kat situ
"How much you pay just now?"
"60 lira "
"Around 30 lira "
Ahahahahah kami tergelak kat situ
"How much you pay just now?"
"60 lira "
Tapi Esim ni cakap dia ada dua jalan ke sini , satu jalan dekat ,which mean 30lira , yang kedua jalan jauh kalau 60 lira jalan jauh itu logik ! Jalan jauh ,dia cakap dia akan lalu pusing sultanahmet tadi ,lalu blue mosque etc...etc.. exactly macam kami lalu tadi .Tapi O.k. lah 60 lira bahagi dua sama dengan 30 lira sorang compare dengan transport yang pihak hostel suggest 30euro bersamaan 90 lira .
Wednesday, 12 October 2016
kembara balkan- war tunnel museum , sarajevo Bosnia
![]() |
| peta kawasan kepungan tentera Serbia, garisan warna merah menunjukkan border yang dikepung tentera serbia. |
Hari ni hari terakhir kami , terasa sekejap sangat masa di
Bosnia . Seterusnya kami akan menjelajah Turki , program hari ini ialah melawat war
tunnel muzium , disebabkan aku dah baca yang war tunnel ni dekat sangat dengan Sarajevo airport , so after visit museum ni aku suruh
diaorang drop terus ke airport , senang tak payah fikir dah
pasal pengangkutan untuk ke airport.
Kami bersarapan makanan tradisional bosnia , tak pasti
apakah makanan itu mungkin namanya borek , lapisan pastry yang dalamnya ada mince meat bersama rempah-rempah
tertentu , sepinggan keju yang dihiasi sayur mayur , minum pula teh hangat atau
jus oren , fuh!!! Sarapan paling sempurna
sepanjang kembara Balkan kami .
Kereta tour sampai dalam jam 10 pagi , kami dah siap sedia angkut luggage terus masuk kereta , guide kami tak ingat namanya apa, yang pasti masa perang bosnia dia berusia 16 tahun , sekarang usianya mungkin sekitar 36 tahun . Jalanan di Sarajevo sewaktu pagi , selain dari kabus yang memutih , pokok yang hanya tinggal batang , kereta dan manusia bergerak kehulur-ke hilir dan seperti biasa bangunan –bangunan yang masih punya kesan lubang-lubang peluru , seolah –olah memori yang tak mungkin hilang atau sengaja dipelihara supaya kekal.

| war tunnel museum , ini ialah rumah Edis kolar , terowong yang digali berada dibawah rumah ini. Kelihatan lubang-lubang tembakan peluru |
Entrance fee tidak termasuk harga tour , saya sudah lupa
berapa harga tour ni sebenarnya , mungkin 40 mark untuk dua orang dengan waktu
tour selama 2 jam. Museum ni
merupakan sebuah rumah milik Edis kolar , masa kolar berusia 18 tahun , dia
buat proposal dan pujuk President
Izetbegovic untuk gali terowong bawah
rumah dia, bayangkan remaja 18 tahun kemukakan idea pada president , idea untuk
terus hidup! Dan memang terowong ini ialah satu-satunya jalan untuk dapatkan
bekalan makanan, air, api , perubatan dari bantuan antarabangsa atau di luar bosnia,
keseluruhan bosnia jalan masuk dan keluar di kepung tentera Serbia dan lapangan
terbang diletak dibawah kawalan united nation (tentera United nation pun tak
boleh masuk bosnia, tersekat di airport dengan segala bantuan senjata dan
bekalan makanan)
Orang yang buat plan untuk terowong ni namanya Nedzad
Brankovic , seorang civil engineer ,
dalam muzium ni kita boleh tengok pelan si Nadzad ni buat , senarai bahan
–bahan , tapi disebabkan tengah urgent kan , so ..jumlah yang tepat tak dapat
direkodkan . Penggalian ni ditugaskan pada tentera Bosnia dibawah pengawasan
komander tentera namanya Rasid zolak, mula-mula projek menggali ni susah
sangat-sangat sebab kekurangan skill, tenaga manusia ,juga alatan , apa
nak dikata sebab masa perang.
Dengan menggunakan sepenuhnya tenaga manusia untuk menggali
, dan menolak kereta sorong yang penuh dengan tanah dan batu-batu keluar ,
mereka gali 24jam tanpa henti , dan dibahgian hujung terowong (end of tunnel)
penggalian juga berlaku , kiranya terowong digali dua side terus, hujung dan
hujung , bahagian hujung (end) mereka upah orang dari luar yang gali mengikut
shift 8 jam, upah diorang hanyalah sekotak rokok ! ingat tak cerita pasal rokok
drina sebelum ni ?
| binaan terowong bawah rumah |
Saya bertanya apakah cabaran atau kesukaran semasa
penggalian , kata guide ialah banjir ,
air bertakung dalam terowong dan tanah becak dan licin , kadangkala kerja
pembinaan terhenti untuk beberapa waktu sebelum air surut kembali , siapa yang
dapat masuk ke terowong ini ?- tak semua orang , mereka di beri surat seperti
surat kebenaran , hanya yang punya surat boleh masuk . Keluar masuk terowong ni
dikawal oleh tentera ,dan boleh dimasuki oleh 20- 1000 pada satu-satu masa ,
dari bosnia keluar bosnia melalui terowong mengambil masa 2 jam . Betapa
berjasanya terowong ni , masa perang 3 tahun tu , average 2 hingga 3 juta warga
bosnia dan tentera UN guna .
kami diberi peluang untuk masuk ke dalam terowong sejauh 25 meter , panjang asal terowong ini ialah 800 meter tapi ditutup , tanah dalam terowong ini ditahan oleh kayu , ada pencayaan maksudnya lampu , luasnya untuk seorang tanpa berselisih , pengudaraan bagus lebih bagus dari ruang bawah tanah tentera Vietcong di Vietnam . Tapi kata guide kami , air ventilation dalam terowong tak bagus , masa perang orang-orang yang nak masuk dan lalu dalam terowong ni kena pakai mask. Selepas naik semula dari terowong kami dibawa kebeberapa bilik yang dijadikan ruang pameran , di sini kita boleh lihat dokumen , pelan terowong , senarai bahan yang diperlukan , alat-alat penggalian , pakaian tentera, makanan dan keperluan yang telah mereka angkut melalui , banyak sangat info nya.
| hujung terowong di luar kawasan kepungan tentera serbia - ihsan wikipedia |

Seterusnya kami dibawa untuk menonton dokumentari penggalian terowong , di sini aku menangis lagi entah kali yang keberapa . part yang paling aku suka ada beberapa pemuda bosnia beratur keluar dari terowong ni satu persatu , di hujung terowong ada seorang tua perempuan pakai tudung ikat di bawah dagu , dia distribute air minum , dia bawa botol besar 3 atau 5 liter , tuang dalam cawan , dan setiap orang yang keluar dari terowong dihulurkan dan mereka minum , air muka perempuan tua tu bahagia , dia senyum sambil angguk-angguk.
Is she the mother of Edis kolar?
– yes!yes! she’s the
mother .
kami keluar dari bilik tayangan , kawasan rumah ni ditutup dengan pagar kawat , dan guide tunjuk sambungan terowong , masa tu belum jam 12 tengahari , cuaca mendung agak gelap bercampur kabus , pandangan kita akan terhalang oleh putihnya kabus beberapa meter ke hadapan , then guide ni cakap

“this is the best time to run”
-what do you mean?
“inilah masa yang paling sesuai untuk keluar , untuk berlari dari satu tempat ke satu tempat , sebab pandangan tentera Serbia sangat terhad masa ni, kerana ditutup oleh kabus.”
Aku rasa siapa yang datang Sarajevo memang kena masuk museum ni , betapa nilai survival manusia tu sangat-sangat tinggi , kita akan buat dan guna apa sahaja untuk hidup. Selepas ni kami akan terus ke airport , rasanya sayang dan tak puas untuk explore bosnia , kecantikan alam semulajadi , sejarah lama dengan kerajaan ottoman dan nilai survival manusia pada perang yang masih muda 20 tahun yang lalu .
Aku belajar banyak hal di bumi Sarajevo , sakitnya pada memori –memori lampau , aku rasa tangis warga bosnia setiap kali ke kuburan tak pernah berhenti menitik , dalam masa yang sama Sarajevo mengajar aku , tak akan pernah rasa menyesal untuk terus hidup , dan mereka-mereka yang terus hidup sejak 20 tahun yang lalu menyambut kami masih dengan senyum . Inilah hidup ! dan inilah dunia sifatnya sementara dalam segala hal , bahagia yang sementara ada masa duka menyinggah , dan duka yang sementara ada masa bahagia yang menyinggah , dan muslim yang jiwanya tak kenal putus asa tetap beruntung dalam dua hal yang bertandang, sabar ketika duka dan syukur ketika gembira.
Sarajevo , bosnia december 2015

| kami di luar museum. |

Wednesday, 21 September 2016
kembara balkan - sarajevo
Awal pagi kami dah kacau Eni , dia harus telefon teksi untuk kami ke terminal bas. Aku jadi sedih
untuk meninggalkan Eni , ye lah sebab sebelum ni dia cuba bercerita mengenai anaknya yang jauh , Eni memberi isyarat yang dia mengandung dahulu ketika dia bercerita , kalaulah aku tahu bahasa Bosnia, banyak yang ingin ku tanya . Kami berpelukan tanda selamat tinngal.
kami menunggu bas didalam terminal. Aku memerhati setiap inci ruang jualan tiket , banyak kaunter yang kosong , ada tukang sapu sampah kusyuk menyapu , adakah terminal ini turut musnah masa perang dahulu ? kelihatan satu keluarga sampai , aku lihat budak perempuan lingkungan umur 7-8 tahun memeluk erat ayahnya , entah agama apa mereka , mungkin kristian , yahudi atau islam , yang pasti mereka tidak bertudung dan wajah mereka cantik. Sebelum perang mereka hidup harmoni dikawasan kejiranan walau berbeza etnik dan agama, tapi bila perang meletus yang jiran jadi musuh , yang membunuh dan melakukan kekejaman adalah tetangga sendiri , selepas perang kepercayaan menjadi hilang , kepercayaan antara agama hilang , muslim merasa dikhianati , yang non muslim berasa curiga dan bimbang dendam yang mungkin ada .
Aku teringat buku tulisan ZF zamir dalam catatan kembara mengenai bosnia , ketidakadilan perjanjian dayton yang menamatkan perang , sejarah perang ini ditutup kisahnya kepada generasi muda , apa pelajaran yang boleh anak-anak ambil kalau sejarah ditutup ? yang mereka nampak adalah kesan tapi alasan kenapa perang terjadi mereka tidak tahu , bercakap mengenai perang ini adalah kesalahan , malah peristiwa ini tidak dijadikan subjek di sekolah , kacau bilau sekali .
Bas yang kami naiki kurang pasti apa standartnya , Beberapa station dia berhenti , penumpang turun dan naik , pemanas didalam bas pula rosak, ini menjadikan tingkap berkabus , tiada apa yang boleh dibuat selain tidur , sedar-sedar keadaan dalam bas sangat padat dengan penumpang , sehinggakan ada penumpamg yang berdiri , disebelah ku ada seorang perempuan yang cukup cantik , berambut lurus dan membawa tas tangan , dan dibelakang ada dua orang lelaki bosnia berborak dengan suara yang kuat .
Bas sampai di perhentian yang lain, perempuan cantik itu turun bersama penumpang yang lain , aku lihat teman kembara ku masih nyenyak tidur dikerusi hadapan , tiba-tiba mataku terpandang jam di depan bas yang menunjukkan angka 11.30 pagi , astaghfirullah al azim....kemana kami? kalau ikut jadual, bas akan sampai jam 11 pagi , jantung ku bergerak laju.
Aku toleh ke belakang melihat dua pemuda bosnia tadi, mereka terus terdiam saat aku memandang , aku bertanya dalam nada cemas " are we arriving sarajevo ?"dia membalas dengan bahasa bosnia , dia tak faham bahasa inggeris , aku cakap sekali lagi " SARAJEVO"dengan suara yang kuat sebab panik , dia membalas dengan bahasa bosnia sambil mendepakan tangan , menunjukkan masih jauh atau perjalanan masih panjang , aku jadi hairan , handset aku keluarkan dan lihat jam menunjukkan hampir ke pukul 10 pagi , ciss jam bas rosak sebenarnya.
Akhirnya bas sampai juga di bandar sarajevo. kereta-kereta sudah banyak memenuhi jalan-jalan, Ada tram yang sibuk ke hulu -hilir , ditengah kesibukan bandar ada contengan-contengan didinding memperingati peristiwa penghapusan etnik di srebrenica . Terminal bas sarajevo juga lengang ,dan suhu disini lebih sejuk daripada Mostar , cukup mengerluarkan wap dari mulut saat berkata-kata.
Sebelumnya aku membaca tentang taxi di sarajevo yang banyak scam , seperti kebanyakan negara lain, Turki contohnya ! jadi melalui tripadvisor mereka berpesan elakkan untuk mengguna sarajevo taxi , iaitu taxi yang bewarna hitam, masalahnya kebanyakan yang parkir di terminal semuanya sarajevo taxi !
Aduh....kata temanku kita ambil sahaja taxi di luar terminal , Aku terfikir dengan suhu sejuk begini dan memerhati jalan di luar terminal berapa kekerapan taxi lain yang lalu , jawapannya tiada, dan pemandu-pemandu sarajevo taxi ini sudah bising-bising memujuk kami mengambil taxi dan memegang luggage kami , "begini sahaja , kalau tambagnya lebih 5 euro atau 10 mark kita ambil taxi lain !" alhamdulillah tambahnya ialah 5 euro , sama ada betul dengan jarknya, kerana dia tidak menggunakan meter , atau pun 5 euro itu berlebihan, kami o.k sahaja asalkan tidak lebih 5 euro .
Taxi ini menuju ke Motel saray bosna dan perjalanan lebih kurang 15 minit , Semetara traffic light merah aku memerhatikan kesibukan bandar ,orang-orang berjalan dengan laju , saat kereta berhenti , ada beberapa orang peminta sedekah merayu rezeki , persis seperti di Indonesia , bezanya tiada yang berdagang ditengah -tengah kesesakan jalan.
| suasana pagi dan jalan raya di bandar Sarajevo |
Hotel saray bosna merupakan sebuah apartment 3 tingkat , kami memilih hotel ini atas faktor jarak dengan old town, harga yang murah dan sarapan pagi , Disebabkan masih terlalu awal bilik kami belum siap . Hotel ini diuruskan oleh keluarga , ada makcik tua di kaunter ,dia berborak panjang denganku , tersangat-sangat panjang , aku yang tidak pandai berbahasa bosnia hanya mengangguk-angguk , ketawa bila dia ketawa , bermuka sedih ketika mukanya sedih ...sesekali dia memegang bahuku , dan akhirnya menawarkan rokok no !no!no! Im not smoking mother , dia menawarkan lagi sambil mengeluarkan lighter ! parah ni ....aku letakkan jari di mulut dan membuat tanda cross sambil menggeleng -gelengkan kepala.
![]() |
| rokok drina , photo taken from google image |
![]() |
| Sungai Drina , photo taken from google image |
Perihal rokok di Bosnia , aku jadi teringat pada satu buku karya Joe sacco " safe area gorazde" berkaitan perang di Bosnia , beliau dalam karyanya yang berbentuk komik menulis , betapa sinonimnya penduduk bosnia dengan rokok, dan jenama rokok popular ketika itu ialah "Drina" , nama drina ini diambil bersempena nama sebuah sungai di bosnia -sungai drina , dimana-mana nampak warga bosnia merokok , terutamanya musim sejuk , perempuan lelaki , tua dan muda , merokok. Kata Joe sacco , rokok menjadi bayaran khidmat guru dan para pekerja sewaktu perang menggantikan wang ! dan ada ketika Joe sacco berjalan-jalan dia ternampak kanak-kanak bosnia lalu diberinya gula-gula , kanak-kanak itu menolak malahan dimintanya rokok!
![]() |
| cover buku joe sacco |
"maaf cik, bilik yang cik tempah sebenarnya ada orang masih duduk, ada kesilapan waktu tempahan dilakukan , maaf ya cik! "
"tiada bilik lain kah ?"
"ada, tapi harganya beza"aku jadi nak marah ....ye lah kembara ku ini budjet sangat-sangat ciput ! muka perempaun di kaunter ini takut-takut tapi masih kelihatan cantik!
"berapa banyak bezanya?" kalau banyak sangat aku cari hotel lain saja
"hanya 2 euro cik....bilik sebelumnya 18 euro tapi untuk ini 20 euro "..dua euro sahaja rupanya , aku setuju sahaja . dalam fikiranku standart bagaimana ya biliknya beza 2 euro atau rm10? , saat diserahkan kunci , aku masuk kebilik , masyaAllah.....mewah giler biliknya siap berjacuzzi!!! ini rezeki 2 euro.Bilik ini ada dapur peribadi , ruang tamu peribadi , ada Tv , ada beranda , dan sebenarnya harga 20 euro ialah untuk 4 orang kerana dia ada dua bilik bersambung !

| bilik extra 2 euro di hotel saray bosna |
![]() |
| bilik di hotel saray bosna |
Kami mencapai peta di kaunter lalu berjalan di old town , sebenarnya tempat tumpuan perlancong hanyalah sekitar old town , jarak satu attraction place dengan yang lain berdekatan , apa yang diperlukan hanyalah peta dan kemahiran membaca peta tersebut , Tempat pertama kami singgah ialah Latin bridge , latin bridge ini dibina masa zaman kerajaan ottoman yang merentasi sungai miljacka .Di hujung bahagian utara jambatan ini pada tahun 1914 telah berlaku pembunuhan Putera raja Hungary , Franz Ferdinand of Austria oleh seorang Yugoslavia bernama Gavrilo Princip , pembunuhan tersebut telah menyebabkan bermulanya perang dunia pertama. Jalanan melalui sungai Miljacka ini , disepenjangnya terdapat orang-orang berjualan, dan disebelah jalan adakalanya merupakan lalun tram , dan yang menariknya lagi Tram di sarajevo merupakan Tram yang tertua didunia.
| latin bridge |
| tempat pembunuhan Archduke Franze Ferdinand |
| Tram pertama dan Tertua di dunia |
Akhirnya perjalanan kami tiba Bascarsija , yang merupakan pasar lama dan pusat kebudayaan serta sejarah , di tengah -tengahnya terdapat pancuran air , ada yang menyatakan siapa yang minum air di pancuran Bascarsija ini pasti akan datang lagi ke sarejevo , aku tidak minum , bukan kerana tidak percaya , tapi sebab pancuran air itu tiada ataupun tidak berfungsi kerana sedang dibaik pulih , tapi positif sahaja , pasti aku akan datang lagi ,
| Pancuran air di Bascarsija, dalam baik pulih |
| masjid di jalanan |
| masjid di jalanan |
| kesan tembakan di dinding |
| lagi kesan tembakan didinding |
Burung merpati berkerumunan disekitar pancuran air , di kiri kanan ada kedai berjualan yang beraneka ragam , disinilah boleh nampak kecantikan dan kekacakan orang -orang bosnia .
| old town sarajevo, pelbagai cenderamata boleh didapati |
Usai makan tengahari , kami mencari perkhidmatan tour untuk melawat war tunnel keesokan harinya sebelum berlepas ke istanbul , kisah war tunnel ini akan diceritakan selepas ini , kerana ia berlaku pada hari esok. Kami juga sempat singgah di perpustakaam sarajevo tapi tidak boleh masuk kerana ditutup pada hari selasa, kenapa nasib selalu tidak baik disini , perpustakaan berona jingga oren ini pernah dibakar sewaktu perang bosnia 92-95 dahulu , berjuta naskah-naskah dan manuskrip jadi musnah , dan abu bakar dari kejadian ini naik dan menggelapkan ruang udara , jahat sungguh tentera serbia .
| deretan bangunan yang menempatkan Perpustakaan Sarajevo yang pernah dibakar oleh tentera Serb |
| Tertulis lebih 2 juta naskah/buku terbakar |
Akhirnya kami melawat pameran foto yang dikendalikan oleh tarik samarah , galeri hitam putih ini diberi judul blood & honey , letaknya disebelah gereja lama . Usaha tariq samarah mengumpulkan foto-foto mangsa perang , dan susana ketika perang itu menjadikan bulu roma ini meremang juga , ye lah waktu maghrib , ..penuh dengan warna hitam putih , pengunjung dilarang untuk mengambil gambar , terdapat juga tayangan video yang kalau anda tonton pasti mengalirkan air mata .
| bandar sarajevo |
| old town |
Dokumentari paling seram yang aku tonton ialah mengenai bas dan penyembelihan , ngeri kalau dibayangkan , kaum lelaki dipisahkan oleh kaum perempuan , laki-laki diangkut naik bas , ada beberapa bas dengan bilangan yang banyak , bas itu berhenti pada satu tempat , sorang -sorang penumpang turun-turun dan disitulah mereka disembelih dengan tangan yang diikat dibelakang , kamu bayangkan kamu berada didalam bas no 2 dan menyaksikan penyembelihan pada bas no 1, apakah perasaan kamu ? seramkan? tentunya selepas ini turn kamu akan disembelih .bayangkan...bayangkan... Disini sekali lagi air mata aku mengalir dan sukar untuk dihentikan. Kata tarik samarah dia dan kami adalah saksi kejadian-kejadian ini- you are my witness . Pameran ini bagus , justeru menjadikan peristiwa ini tidak dilupakan .
| arah masuk Srebrenica eibition , photo taken from this blog |
![]() |
| Dalam eibition ,photo taken from this website |
![]() |
| Dalam exibition photo taken from this website |
Aku tidak puas berada dalam galeri , tapi kami harus pulang segera , kerana hari sudah malam, bayangan ketakutan malam yang menerpa kami sewaktu di Mostar kelmarin menjadikan kami cepat-cepat angkat kaki.
special thank to :
sarajevo deeper history blog
lebih info tentang perang bosnia dan penghapusan etnik di srebrinica?
genocide bosnia
tarik samarah
sarajevo deeper history blog
lebih info tentang perang bosnia dan penghapusan etnik di srebrinica?
genocide bosnia
tarik samarah
Subscribe to:
Posts (Atom)
Keasyikan memburu buku di Jakarta
Banner islamic book fair Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir pergi tahun...
-
Masa aku bentangkan ekspedisi merentas kepulauan java dan masuk ke bali- lombok , kawan aku cakap "tak banyak tempat di surabaya ...
-
Aku dan Fad baru balik dari backpack ke beijing 11/6/2015 , mulanya aku agak takut untuk masuk ke negara komunis ni, dengan masalah baha...
-
Bromo Lama dah sebenarnya nak tengok gunung bromo , alhamdulillah tuhan makbulkan .Sebelum ni hanya mampu tengok dalam poskad ,cant...