Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts

Tuesday, 5 March 2019

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair 

Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun 2014 lebih kurang 5 tahun yang lalu , tahun ini datang lagi .Pesta buku islam kali ini dibuat di Jakarta convention center hall A dan hall B , dari blok M aku pergi naik motor menggunakan aplikasi grabbike , tambang sekitar 9k rupiah (rm3) , untuk masuk kena beli tiket beharga 10k rupiah(rm3.50) ,berbeza dengan tahun 2014 yang lalu untuk masuk tak perlu tiket , percuma sahaja.

Pintu masuk Hall A 

Anak -anak sekolah , membaca buku di pesta buku 

 Buku yang dijual semuanya murah , ramai pelawat yang hadir terutamanya pelajar sekolah , memang terasa kemeriahan dan kekecohannya , selain jualan buku terdapat juga banyak acara lain seperti temu bual bersama penulis , pelbagai pertandingan dan pelbagai booth selain buku seperti baju muslimah dan pakej perkhidmatan pendidikan , sempat Aku melihat reruai Persatuan Hayrat yang berpusat di Turki mempromosi pendidikan di Turki . Buku yang aku beli tak banyak anataranya buku sejarah dan buku -buku dari koleksi risalah i nur , sempat juga aku memberi kad nama kepada penerbit risalah i nur , manalah tahu satu hari nanti boleh menyertai kumpulan risalah i nur untuk menelaah kitab .

Bagi aku sendiri yang meminati karya indonesia Jakarta memang syurga buku , selain pesta buku islam aku juga masuk Gramedia , tidak membeli buku cuma melihat buku terbaru dipasaran , juga melakukan perbandingan harga , tertenyata berbeza benar harganya dengan di pesta buku.

Toko buku Gramedia , di depan pintu masuk blok M square

susunan buku di Gramedia 

Susunan buku di Gramedia 
Pernah dengar tentang buku bajakan ?buku bajakan ialah buku cetak rompak , banyak sekali buku seperti ini beredar di Indonesia , aku berpeluang singgah di basement blok M square , nah !!! disini memang terdapat banyak gerai buku , buku bajakan ada , buku bekas (secon hand ) pun ada , harganya berkali ganda murah , aku cuma membeli 3 novel  itu pun kerana atas dasar mengambil hati kerana terlanjur berborak dengan penjual buku , hasil penjualan buku bajakan ini satu sen pun tidak akan sampai kepada penulis yang bersusah payah menghasilkan karya , dalam masa yang sama aku juga mengakui harga buku original tidaklah murah .

Arah masuk dari basement blok M square , papan tanda tertulis "ex-kwitang " , yang pernah menonton AADC tentu mendengar tentang kwitang , tempat kegemaran Rangga membeli buku 

Gerai jualan buku di blok M 

Gerai jualan buku di blok M

Gerai jualan buku di blok M

baru tadi baca berita Pak Sandiaga punya rencana untuk menghapuskan pajak (cukai ) buku , dengan ini harga buku akan jadi lebih murah , kesannya sangat membantu industri buku , membantu penulis mendapat hasil setimpal , membantu orang yang tidak kaya memiliki bahan bacaan juga membantu membanteras industri buku bajakan .

Berita online cadangan penghapusan pajak(cukai ) buku 

Selain Jakarta aku juga pernah ke kota yang lain untuk memburu buku seperti di Palasari Bandung atau di Taman Pintar Yogjakarta .Bagi peminat karya Indonesia ada baiknya juga merencana untuk sampai di Indonesia dan menikmati sendiri toko -toko buku disini atau hadir ke pesta buku .

Wednesday, 30 December 2015

6 Azam kembara 2016 , what yours?

Baru menerima emel dari blog nota perempuan backpackers , membicarakan mengenai azam travel , Saya juga punya azam baru dalam kembara , azam ini mula difikirkan setelah menamatkan misi menawan balkan-bosnia december yang lalu.

Saya punya 6 azam dalam kembara untuk tahun hadapan :

1.Kembara lebih lama

Tahun-tahun sebelum ini ada beberapa trip gila yang saya lakukan , kembara krabi thailand dalam masa satu malam ketika puncak perayaan pesta air , keesokan harinya pulang ke kuala lumpur semula , dan kali kedua kembara beijing-xian hanya 5 hanya untuk 2 tempat, ada lagi satu kembara bandung 3 hari 2 malam ,penat sangat-sangat, benar-benar terburu-buru dan tidak menikmati suasana . Untuk kembara lebih lama ini mula masuk dalam kotak pikiran saat-saat menikmati suasana rehat dan santai ketika kembara di balkan , lebih menikmati suasana, dan keesokan harinya bangun dengan keadaan segar untuk explore kota dan hutan, begitu nikmat sekali. Jadi tahun depan, kembara ku mesti lebih 5 hari untuk 2 negara atau 3 hari untuk satu negara.

2.Penambahan cenderahati untuk diri sendiri

Disebabkan kembara ini kembara budjet, saya hanya membeli fridge magnet sebagai cenderahati di satu-satu tempat, baru-baru ini saya melihat seorang teman kembara, menghantar poskad untuk diri sendiri dari setiap tempat yang dia lawati, -saya ada album tahu, untuk poskad-poskad ini ,katanya. Melihat begitu senangnya menghantar poskad, insyaallah saya akan melakukannya ,kita juga boleh mendapatkan setem dari negara -negara yang berlainan. hebat!

3.Tidak terlalu keras.

kembara tahun hadapan , insyaallah saya akan lebih memanjakan diri, membayar lebih sedikit untuk tempat duduk didalam kapal terbang supaya lebih selesa untuk bersolat dan ke tandas, memilih penginapan yang agak selesa sedikit dalam harga yang tidak terlalu mahal , malahan saya juga akan membayar tour guide di tempat-tempat tertentu supaya lebih informative , kelebihan membayar tour guide ini saya rasakan ketika melawat pamukkele dan cappadokia di Turki , betapa banyaknya maklumat dan kisah-kisah disebalik dan disebalik sesuatu tempat, lebih-lebih lagi sekiranya tour guide itu asli dari tempatnya. Kembara kan untuk meraih ilmu , jangan kedekut dong bayar sedikit untuk mendapat maklumat .

4.Lebih rajin menulis dan membaca.

Azam ini dari tahun lepas lagi, apa yang pasti ,kisah kembara ini tidak hanya sekadar catatan di muka buku (facebook) dan penceritaan tidak hanya sekadar kisah peribadi.

5.Mempelbagaikan event .

Saya tidak mahu kembara tahun depan hanya masuk keluar muzium, kembara tahun depan ialah kembara yang lebih banyak interaksi insyaallah, contohnya masuk kelas memasak makanan tradisional di tempat yang kita lawati, melakukan kerja amal dan pelbagai lagi, untung-untung berjodoh dengan orang sana , mana tahu kan? huhuhuhu...

6.Belajar bahasa asas komunikasi 

Saya sudah terfikir hal ini lama, alangkah bagusnya sekiranya kita membuat persediaan belajar bahasa asas sebelum kembara ke tempat yang tidak menggunakan bahasa inggeris , bahasa mandarin, jepun , france untung-untung selain dapat menembahkan ilmu, dapat ramai kawan juga dan boleh shopping barang dengan harga yang murah. Hanya asas ! tidak terlalu berat rasanya, Sewaktu penerbangan pulang dari CDG paris ke vietnam menggunakan vietnam airlines, saya mendapat tempat duduk di tengah-tengah , sebelah saya kedua-keduanya dari vietnam, tapi bahasa france mereka subhanallah fasih!

jadi itu sahajalah 6 azam kembara saya tahun hadapan, more place you go ...more knowledge you gain ! insyaallah.


Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...