Sementara menunggu kenderaan ke Montenegro , saya memerhatikan kota lama Dubrovnik dari atas bukit . Ktak!!
Terdengar pintu di buka , saya menoleh kebelakang , rupa-rupanya sebelah apartment kami pintunya dibuka orang . Kelihatan seorang wanita berbangsa cina menyapu sampah dengan memakai seluar pijama dan sweat shirt.
"hai ,good morning ", sapa ku rigkas.
"morning......where are you coming from"
"I am from malaysia , and you ?"mungkin dari china yang berhijrah ke eropah atau US ataupun singapore barangkali , fikirku.
"owh...malaysia? saya pun dari malaysia lah...."
selepas itu perbualan bertukar menjadi bahasa melayu. Maklumlah jumpa orang senegara. Dia bersama ibunya kembara bersama, tapi laluannya dari Spain selepas dubrovnik akan ke negara sebelah Macedonia .
Dalam kegembiraan , saya merasa sedikit aneh tentang hal yang baru berlaku. Ini senarai keanehannya :
1. Apabila kita berbual dengan orang yang berlainan bangsa , hal ini lebih kerap berlaku antara melayu dan cina, masing-masing menggunakan bahasa inggeris , terutamanya bila yang memulakan perbualan itu orang cina, tapi kalau cina malaysia bertemu melayu malaysia di mana-mana negara luar kita akan lebih bercakap dalam bahasa melayu . (kebanyakan yang saya lalui )aneh kan?
2.Kita tidak mengaku kita ini malaysia bila berada di malaysia , kita lebih mewakili diri kita melalui bangsa , saya melayu, saya cina , saya india . Bila masing -masing bertemu di negara luar kita secara automatik mewakili diri kita dengan malaysia . "are you malaysian ?" yes im malaysian, walau apa bangsa sekalipin.
3.Tambahan , jika orang islam ,bertemu sesama islam di luar negara yang berlainan bangsa kita lebih suka bertanya "are muslim???""yes, im muslim" dan secara automatik kita gembira bertemu sesama muslim , tapi aku agak curious adakah ini juga berlaku dengan penganut agama lain? -just curious sahajalah.
walau bagaimana pun, bertemu dengan orang malaysia di dubrovnik mengubat sedikit kedukaan apabila mengenangkan betapa tidak mesranya layanan orang Dubrovnik terhadap kami sebelum ini.
hampir 15 minit menunggu , kereta untuk ke montenegro pun tiba, kami akan pulang kembali ke Dubrovnik lewat petang .
Showing posts with label croatia. Show all posts
Showing posts with label croatia. Show all posts
Friday, 13 May 2016
Sunday, 8 May 2016
Balkan : Mentari memancar cerah di Dubrovnik
![]() |
| kota dubrovnik ihsan dari web dubrovnik travel web |
tiba-tiba kami dipanggil oleh seorang petugas imigresen wanita ,
"kamu berdua harus di periksa , please follow me" katanya , kami dibawa ke satu bilik, hijab harus dibuka , nasib baik dua orang petugas adalah wanita, anak tudung harus dibuka juga.Tapi mereka masih tak puas hati, ditekan-tekannya pengikat rambut ku. Apa yang mereka cari sebenarnya? bom? aku bertanya dengan penasaran "is this normal procedure ?" yes...the procedure is normal. "jawab mereka sambil tersenyum.
Sebelum berlepas, Tomislov sempat menghantar gambar ramalan cuaca di dubrovnik , hari yang bagus katanya. Airport zagreb agak sesak, dan seperti biasa kami menjadi pusat perhatian orang Croats , mereka tidak mesra tapi mereka tergolong sangat kacak dan cantik , bertubuh besar dan tinggi. Untuk menuju ke dubrovnik melalui zageb tidak seharusnya dengan kapal terbang, boleh juga menggunakan bas , kami memilih flight atas faktor masa, kebetulan tambang tidak terlalu mahal ketika itu.
Benar seperti yang dikatakan Tomislov, cuaca di dubrovnik cukup bagus , cerah! tidak terlalu sejuk ! matahari memancar terang ,walaupun ketika itu musim dingin, binaan rumah di dubrovnik atapnya rata-rata seperti di morocco , dihiasi biru langit dan biru laut adriatic .Rumah biasanya bernuansa putih dan di koridor bunga warna-warni menghiasi , kucing-kucing gemuk merayau-rayau di jalanan, persis sekali suasana morocco dengan keadaan yang lebih lapang. Keindahan dubrovnik bukan sahaja oleh lautan adriaticnya , tetapi juga kota-kota lama yang tersergam kukuh ! sehinggakan dubrovnik menjadi kota warisan dunia oleh Unesco pada tahun 2001.
Pemilihan tempat penginapan di dubrovnik biasanya berdasarkan dua faktor :
1.sama ada dekat dengan pantai
2.dekat dengan kota lama
1.sama ada dekat dengan pantai
2.dekat dengan kota lama
bagi yang suka pantai , bolehlah menginap di kawasan pantai, dan aku suka sejarah pastinya aku memilih kawasan yang berhampiran dengan old town.
Penginapan di dubrovnik:
![]() |
| penginapan kami, villa kosovic 50 euro dua orang untuk dua malam.ihsan dari web booking.com -villa kosovic |
kami tinggal di apartment namanya Villa Kosovic , bersempena dengan nama ownernya Mr.kosovic , puan kosovic menyambut kami semasa ketibaan , dengan bahasa inggeris yang terbatas dia memberi penjelasan kepada kami setiap inci rumah , cara menggunakan dapur gas, mesin basuh, dan beberapa brochure diskaun di restauraunt , apa yang aku perhatikan mereka pandai menjalankan business , terumatanya marketing strategi , lihat sendiri bagaimana mereka memposisikan kedudukan rumah mereka dengan kawasan tarikan pelancong dalam iklan booking.com di sini
kedudukan apartment di atas bukit , pemandangan old city , dan laut dapat dilihat dengan jelas, dari apartment ke old town mengambil masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki menuruni tangga yang disusun zig zag , anak-anak tangga ini Merupakan jalan dikawasan perumahan penduduk , rata-rata rumah penduduk disini dihiasi pokok -pokok bunga, apa yang indah ialah banyak kucing-kucing gemuk berkeliaran ada yang jinak , ada yang malu-malu . Harga penginapan 50 euro untuk dua malam , berkongsi dua orang , maksima rumah ini boleh memuatkan 4 orang, harga apartment ini berbeza mengikut musim , musim panas menjadi mahal dan murah pada musim sejuk , nasib baik kami datang pada musim sejuk. Kelemahan apartment ini ialah lelahnya mendaki anak tangga apabila mahu kembali dari old city atau tempat yang lain, jadi rumah ini tidak sesuai bagi warga tua .
Jalan-jalan di Kota lama.
Kota lama ini dilindungi oleh dinding batu tebal, jika anda peminat susah mati "the game of thrones" sesungguhnya anda pasti dapat membayangkan Dubrovnik old town ini, penggambaran filem tu dalam kota lama ni kot, malahan terdapat juga the games of thrones tour ! .
pemandangan tipical mana-mana kota lama di bumi croatia ini, dengan bangunan tinggi binaan daripada batu-batu blok yang besar kukuh! saat itu menjelang krismas, decoration krismas menghiasi malam-malam Dubrovnik, selain menikmati historical architecture di dalam kota lama, kami harus membeli tiket bas untuk ke Bosnia keesokan harinya dan mencari tour untuk perjalanan masuk ke Montenegro, tidak lupa juga perut yang lapar harus mencari makanan, soal makanan agak payah disini dan mahal, sepatutnya di kawasan kota lama ini ada satu cafe kepunyaan muslim namanya sobito cafe , sobito cafe ini juga bertindak sebagai muslim central di Dubrovnik, jadi kita boleh makan dan solat di situ, malangnya kami tidak bertemu dengan sobito cafe tersebut. Mencari arah adalah sesuatu yang payah di dalam kota lama, kerana bngunannya hampir sama , dengan lorong-lorong kecil bertangga tidak sama saiz dan besar-besar.
![]() |
| lorong-lorong old town |
Misi mencari tour agent ke Montenegro
Kami memerhatikan setiap lorong untuk mencari mana-mana agent yang akan membawa kami ke Montenegro, sebenarnya boleh sahaja ke montenegro dengan menaiki bas , tetapi sekatan di Imigresen melambatkan perjalanan, Imigresen dan kastam sempadan Montenegro dan Croatia agak ketat , setiap bas akan ditahan , penumpang di minta turun, di periksa barang-barang satu persatu leceh dan membuang masa, mengikut kata "bobo" guide kami di montenegro , salah satu sebabnya ialah terlalu banyak penyeludupan dadah oleh orang Albania di Croatia dan Montenegro , jadi pemeriksaan haruslah ketat. Hal ini tidak berlaku kepada mana-mana agent travel yang berdaftar, kami boleh melalui sekatan imigresen dengan mudah.
Mungkin kerana hari menjelang petang hampir kepada maghrib , makanya banyak kedai-kedai yang tutup, termasuklah tour-tour agent, akhirnya kami bertemu satu tour agent dengan banyaran agak mahal lebih 60euro seorang untuk trip montenegro, sedangkan harga biasa ialah sekitar 45 euro , saya hampir-hampir tidak mahu, kata prometer tour tersebut ialah kerana ini private tour, dan pada musim sejuk begini agak sukar mencari tour supaya boleh bergabung menjadi murah, sekiranya kami beroleh beberapa orang lagi yang akan mengikuti tour yang sama , harga akan menjadi lebih murah . Kami bersetuju dengan 60 euro/orang dengan harapan ,ada lagi orang lain akan ikut tour tersebut keesokan harinya untuk mengurangkan kos .
Dubrovnik yang tidak mesra
Matawang bagi negara Croatia ialah "kuna" manakala di Montenegro matawangnya ialah "euro" dan di Bosnia ialah "mark", wang kami semua adalah dalam nilai euro, deposit baru di bayar di agent tour tadi, setelah diperiksa kami kekurangan kuna untuk membeli tiket bas ke Mostar ,Bosnia. Maka bermulalah episode betapa tidak mesranya rakyat croatia terhadap kami.
1. Menukar wang
--------------------------
Kami menemui sebuah kedai runcit didalam old city, tertera dihadapan kedai "money changer" , kelihatan seorang perempuan berambut perang sedang menyusun barang-barang, aku bertanya ringkas " money changer here ?" apa yang mengejutkan , dia menjawab seakan-akan menengking "NO!" aku terkejut dan mahu angkat kaki sahaja, teman ku bertanya lagi "i want to change money .."dan sekali lagi dia pun turut di marahi "I SAID NO!!!!!" mungkin wanita itu datang bulan. Ya kami perasan orang-orang disini kurang mesra, tidak seperti di Paris dan Zagreb
2.Membeli tiket bas
-------------------------
Akhirnya kami bertemu dengan money changer yang hampir tutup , kedudukannya di luar terminal bas Dubrovnik. Kami menuju ke kaunter , kelihatan banyak kaunter bas yang telah tutup , tapi hari ini sahaja kami punya masa untuk membeli tiket . Kelihatan satu kaunter buka, dan seorang wanita sedang membeli tiket , kaunter itu di hadang oleh cermin , sedikit bukaan sekadar untuk urusan pembelian, setelah usai , aku pula ke hadapan "i want to 2 ticket to Mostar please "
-"when? " tanya petugas kaunter ringkas , juga tidak mesra ..
"well...."kata-kata ku lambat kerana aku melihat kalendar supaya tidak tersilap tarikh, kami mahu bertolak lusa, sebelum sempat aku memberikan tarikh , tingkap kaca ditutup kuat "tap!!!" aku terkejut dan terpana sebentar , kelihatan petugas kaunter itu buat tidak tahu sahaja, Ya Allah....sakitnya hati aku......
tak...
tak.boleh , aku kena dapatkan tiket itu juga
dengan tidak puas hati aku mengetuk tingkap, dua kali ketuk tiada respon , tapi aku sangat yakin dia mendengar, aku ketuk lagi berkali-kali baru dia buka , dan aku berjaya dapat tiket itu dengan hati yang sakit.
dari terminal bas ke old town semula, kami menaiki bas bandar dengan bayaran 12kuna dalam tempoh 1 jam (kalau saya tidak silap) , episod kurang mesra ini belum selesai.....
3.Nun ....si biarawati
--------------------------
Matawang bagi negara Croatia ialah "kuna" manakala di Montenegro matawangnya ialah "euro" dan di Bosnia ialah "mark", wang kami semua adalah dalam nilai euro, deposit baru di bayar di agent tour tadi, setelah diperiksa kami kekurangan kuna untuk membeli tiket bas ke Mostar ,Bosnia. Maka bermulalah episode betapa tidak mesranya rakyat croatia terhadap kami.
1. Menukar wang
--------------------------
Kami menemui sebuah kedai runcit didalam old city, tertera dihadapan kedai "money changer" , kelihatan seorang perempuan berambut perang sedang menyusun barang-barang, aku bertanya ringkas " money changer here ?" apa yang mengejutkan , dia menjawab seakan-akan menengking "NO!" aku terkejut dan mahu angkat kaki sahaja, teman ku bertanya lagi "i want to change money .."dan sekali lagi dia pun turut di marahi "I SAID NO!!!!!" mungkin wanita itu datang bulan. Ya kami perasan orang-orang disini kurang mesra, tidak seperti di Paris dan Zagreb
2.Membeli tiket bas
-------------------------
Akhirnya kami bertemu dengan money changer yang hampir tutup , kedudukannya di luar terminal bas Dubrovnik. Kami menuju ke kaunter , kelihatan banyak kaunter bas yang telah tutup , tapi hari ini sahaja kami punya masa untuk membeli tiket . Kelihatan satu kaunter buka, dan seorang wanita sedang membeli tiket , kaunter itu di hadang oleh cermin , sedikit bukaan sekadar untuk urusan pembelian, setelah usai , aku pula ke hadapan "i want to 2 ticket to Mostar please "
-"when? " tanya petugas kaunter ringkas , juga tidak mesra ..
"well...."kata-kata ku lambat kerana aku melihat kalendar supaya tidak tersilap tarikh, kami mahu bertolak lusa, sebelum sempat aku memberikan tarikh , tingkap kaca ditutup kuat "tap!!!" aku terkejut dan terpana sebentar , kelihatan petugas kaunter itu buat tidak tahu sahaja, Ya Allah....sakitnya hati aku......
tak...
tak.boleh , aku kena dapatkan tiket itu juga
dengan tidak puas hati aku mengetuk tingkap, dua kali ketuk tiada respon , tapi aku sangat yakin dia mendengar, aku ketuk lagi berkali-kali baru dia buka , dan aku berjaya dapat tiket itu dengan hati yang sakit.
dari terminal bas ke old town semula, kami menaiki bas bandar dengan bayaran 12kuna dalam tempoh 1 jam (kalau saya tidak silap) , episod kurang mesra ini belum selesai.....
3.Nun ....si biarawati
--------------------------
Malam itu bas penuh, jadi kebanyakannya berdiri , aku lelah dengan layanan orang disini , dapat duduk sebentar adalah satu kenikmatan , bas berhentian dibeberapa perhentian, ada orang turun bergantian dengan orang naik, ada satu kerusi kosong lalu aku duduk , sebenarnya kerusi itu khas / reserved untuk OKU, ibu mengandung , dan warga tua, aku lihat disekeliling tiada orang yang berkenaan samada OKU, mengandung ,warga tua, lalu aku duduk, ada beberapa orang muda turut duduk di tempat khas tersebut, bas terus berjalan , sampai di satu perhentian yang lain, kelihatan seorang "nun" atau biarawati berumur dalam lingkungan 50 an, jadi atas rasa hormat kerana dia seorang biarawati dan warga tua, aku berdiri dan mempersilakan wanita itu duduk, wajahnya masam dan terus menjawab "NO!!" tegas sekali.
ah...bandar ini bandar yang sakit!
kami kembali ke villa kosovic dengan lelahnya mendaki anak tangga dan beratnya bebanan perasaan , solat adalah kerehatan terbaik saat ini , kerehatan jiwa dan tidur kerehatan fizikal.
sebelum tidur terfikir-fikir sekali lagi, kenapa layanan disini kurang mesra sekali , adakah kerana hijab? pengeboman paris baru-baru ini? atau kerana perang saudara bosnia 20 tahun dulu ? entahlah....
sebelum mata terlelap , lonceng gereja kedengaran berdenting mengikut masa jam, ting!ting! sembilan kali, ya penduduk disini kuat agama kristiannya , sehinggakan cenderamata di kota tua dubrovnik banyak juga berkaitan dengan kristianiti , berbentuk cross, saint, bunda maria dan pelbagai...tetapi apa yang aku tahu, seharusnya
Lupakan sahaja ,kerana esok kami akan berangkat ke Montenegro.
Tuesday, 23 February 2016
5 info kembara zagreb yang menjadikan kembara anda lebih mudah.
![]() |
| from google image |
1.airport zagreb
a). Sewaktu kehadiran kami , pegawai imigresen disini kurang mesra .
b). Adanya shuttle bas dari airport zagreb menuju ke bandar zagreb, shuttle bas ini akan berhenti di terminal bas zagreb yang disebut sebagai "Autobusni Kolodrov " ,
c).Bas bergerak setiap 30 minit , perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit juga, paling cepat , tambangnya ialah 35kuna atau 5 euro.
d).Bas terakhir adalah pada jam 8.30 malam.
e).Terdapat pejabat tourist information , sebelum menjelajahi kota zagreb ada baiknya anda mengambil beberapa buku dan peta.
f).Bagi penggemar poskad, dalam airport zagreb ada mini post office sebelum check in kaunter
g).security di airport zagreb sangat ketat, bagi yang berhijab ,kita diminta untuk diperiksa oleh pegawai wanita dalam bilik khas-hijab harus dibuka .so ....jangan pakai tudung yang banyak belit.
2.Terminal bas zagreb/Autobusni Kolodrov Zagreb
a)Ada bas dari airport dan ke airport
b)Berdekatan dengan tram station -melintas jalan
c) Jika anda mahu membeli tiket bas dari zagreb ke dubrovnik, plitvice atau tempat -tempat lain boleh terus beli disini
d)Di terminal ini juga ada bank untuk anda tukar duit kepada matawang kuna.
e)Ada tourist office/ information
f)Jika mahu naik tram boleh beli tiket tram di kedai jual suratkhabar
3.Explore zagreb
a)Untuk explore bandar zagreb, sekiranya anda memang tinggal dalam bandar , mengikut kata Tomislov explore by foot is much better, jangan lupa minta peta pada tourist office atau di tempat penginapan
b)Boleh juga explore bandar dengan tram , tambang tiket ialah 10 kuna . lihat peta tram Disini
c)Boleh mencuba sewa basikal juga.disini
4.Taxi zagreb
a)Jika datang ke zagreb lebih dari seorang , kadangkala penggunaan taxi lebih menjimatkan, semasa kami di Zagreb kami telah memesan taxi menggunakan ekotaxi , untuk ke bus station, jika naik tram tambang tram 10 kuna seorang , kalau dua orang 20 kuna , bila kami menggunakan taxi ini tambangnya 17 kuna satu taxi dan ia tepat masa , mudah pula kerana kami bawa luggage.
5.Tempat penginapan.
jika datang lebih seorang , tinggal di apartment boleh dikatakan murah , saya mencadangkan untuk stay di rumah tomislov kerana beberapa alasan :
a) Dekat sangat dengan tram station no 8 dari bus station dan turun di draskoviceva , lihat peta tram disini , lintas jalan, patah balik dengan berjalan lurus cari no rumah 40,
b) Murah , kami sewa satu studio dengan muatan 5 orang , tapi kami stay dua orang , dengan bayaran 12.5 euro seorang /malam (50 euro dua malam ,dua orang), kalau stay lebih dua orang kan lebih jimat?
c) Rumah bersih dan cantik
d) Alatan memasak lengkap
e) Tuan rumah yang baik hati dan handsome
f) Di bawah apartment ada kedai runcit , so bolehlah beli telur ke...susu ke...kopi ke...apa-apa aja lah.
kalau berminat boleh review rumah tomislov
g) Rate 9.5 /10 di booking.com
selamat explore bandar zagreb, terutamanya old town, sepanjang dua hari di zagreb , pemerhatian ku ialah, zagreb banyak mengamalkan business atas dasar kepercayaan ,tidak seperti dubrovnik, contohnya kami naik tram tapi tiada siapa yang check tiket tram , ada poskad dan fridge magnet dijual tanpa meletakkan tanda harga, tanpa siapa-siapa jaga , apa yang ada hanya tabung untuk kita bayar, di plitvice misalannya , keadaan tidak berpagar, tiket tidak di periksa , rasanya kita boleh masuk je plitvice tanpa tiket. Orang croatia kebanyakannya cantik dan handsome melebihi orang turki dan orang france , mereka bertubuh tinggi !
Wednesday, 17 February 2016
croatia-keajaiban plitvice
![]() |
| image google |
walaupun jam menunjukkan angka 5 petang, musim dingin mentari berehat awal, kegelapan dan wap sejuk diluar tingkap ,sesekali sorotan lampu jalan menghiasi kota, saya sempat menghantar khabar pada keluarga menggunakan wifi free yang terdapat didalam bas. Deretan kedai banyak yang tutup . Tiba sahaja di Autobusni ,kami harus menukar wang euro kepada kuna, mujurlah dalam terminal ada satu bank yang masih buka. Terminal bas ini biasa-biasa sahaja, jauh dari standart kemajuan eropah , kaunter bas juga banyak yang tutup , cuma ada 3 kaunter yang masih buka, sempat aku membaca beberapa destinasi dari zagreb , kawasan sekitar bosnia, skopje , split dan beberapa tempat yang namanya agak aneh untuk disebut.
"plitvice natinal park " aku tulis besar-besar diatas kertas, untuk mengelak dari salah sebut , Kertas aku tunjukkan pada petugas kaunter
"i want 2 ticket (sambil jari membuat huruf V ), morning"
alhamdulillah tiket masih ada untuk esok , tambangnya lebih kurang 100 kuna dengan 2 jam perjalanan , awal pagi harus ada di terminal.
berbalik kepada kisah Tomislov.
Apartment Tomislov berkonsepkan studio, satu konsep yang aku suka, dapur, bilik tidur dan ruang tamu di satu ruangan , tempat yang syok sekali untuk makan bukankah diatas katil?, design Ikea memenuhi kawasan, sepanjang kembara di beberapa buah negara, apartment milik Tomislov ini ialah yang terbaik. Tomislov sendiri ialah manusia yang profesional, cara beliau berpakaian dan cara beliau menerangkan setiap inci zagreb menunjukkan bahawa dia terbiasa dengan "presentation on paper "dan sesungguhnya customer service nya baik sekali, ah...sempat aku jatuh cinta sesaat.Kata Tomislov cara terbaik dari Draskoviceva ini ke terminal bas ialah dengan taxi tempahan online yang disebut sebagai Eko taxi, dan tambangnya sekitar 20kuna , kami pada mulanya mahu naik tram sahaja , tapi tambang tram sahaja 10 kuna seorang, ah...lebih baik cuba taxi, dan kata Tomislov juga taxi ini tidak pernah terlambat wow!!!
Jam 7 pagi benar , terdengar hon dari taxi , kami bergegas naik dan kata Tomislov tepat sekali , tambangnya sekitar 17 kuna. Perjalanan bas ke plitvice ialah sekitar 2 jam. Pemandangan hutan dan kampung-kampung kelihatan suram , hari masih pagi mungkin.Semakin naik ke bukit kelihatan tompok -tompok salji .persoalannya kenapa kami ingin sekali ke plitvice?
| the reason kenapa lake ni terpelihara |
1.Taman negara plitvice ialah salah satu yang tertua di eropah selatan dan yang paling besar di croatia.
2.setiap tahun pelawat dianggarkan sekitar 1.1 juta orang
3.terdapat 16 tasik Iindah yang masih bersih tanpa pencemaran
taman negara ini sangat-sangat terpelihara sehinggakan airnya jernih bagaikan cermin , aku sendiri pernah menyaksikan pekerja taman negara ini cedok air di tasik dan minum begitu sahaja, dan wallahi! aku juga turut minum mentah-mentah, alhamdulillah tidak sakit perut.
sekiranya anda pecinta alam semulajadi , pasti anda tidak akam mahu pulang , keindahan tasik ,air terjun, pokok-pokok seolah flora dan fauna berbahagia dengan keindahannya . kawasannya besar sekali , kita boleh memilih laluan A,B,C atau D mana-mana route, dan setiap route ada persona yang tersendiri yang tidak terkalahkan. Apabila mencapai puncak musim dingin ,air terjun dan tasik akan membeku tapi tetap indah~
![]() |
| ini time winter, ihsan google image |
Tiket masuk pada musim sejuk ialah 55kuna berbanding 110 kuna pada musim yang lain. Untung juga rupanya masuk bila musim sejuk. Kami mengambil masa lebih 5 jam untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan ini .
.

Kami pulang ke zagreb semula pada malam hari walau jarum jam menunjukkan angka 5, dan keesokan harinya kami harus terbang ke Dubrovnik. Sepertinya kami tidak pernah melihat mentari di kota zagreb sendiri
Wednesday, 27 January 2016
Zagreb, croatia -Pertemuan lelaki Serbia.
![]() |
| apartment kami di zagreb. |
Senja itu dingin , kami berkali-kali menekan interkom diluar pintu bangunan , hampir 30 minit mencuba , akhirnya setelah berusaha meminta bantuan daripada pekerja kedai runcit sebelah apartment , interkom kami terjawab juga.
-hello , is this downtown apartment ? we suppose to check in today
+wait, I will get you there.
setelah 5 minit , pintu gerbang bangunan 3 tingkat itu dibuka, seorang lelaki berbadan sasa, berseluar jeans, berbaju kelabu, berwajah kacak dan berlesung pipit itu muncul
+hai !! welcome to zagreb
dia tersenyum lebar sambil mendepakan tangan, kedua-dua luggage kami diangkut , kelihatan otot-otot pada lengannya! sasa sungguh dan baik pula hatinya, ini membuatkan kami terkenang peristiwa semasa di Paris , kami terpaksa mengangkut luggage kami sendiri menaiki anak tangga berpusing sehingga enam tingkat , dan lelaki di receptionist melihat sambil mengelipkan mata tanpa membantu .Dan anda masih fikir lelaki paris gentleman ?
+please come in
Pelawanya masuk . Ruang yang sangat bersepah, ada pisau di atas meja.
-R u the owner for this apartment ? Tomislov I mean, Are you Tomislov?
+No ...im same as you , i just check in about an hour ago
-what??
+yes,I wait outside no body come, so i called Tom ,He didnt answer me , I text him no reply , until my phone run out the credit , and the outside is damn cold. about and hour waiting finally he came . His kind of weird ...I know how to feel ,standing outside and nobody come .I will help you dont worry
MasyaAllah mulia sungguh hati mu dan dalam masa yang sama aku risau , kami sepatutnya daftar masuk ke apartment ini, dan keesokan pagi , awal pagi , kami akan ke Plitvice National park yang mengambil masa 2 jam perjalanan, kami perlukan istirehat.
+have you call Tom before?
-yes...but i cant reach him , what should I do ?
+dont worry i will help you , and we will try what the best we can do.
setelah telefon tidak diangkat, sms tidak dibalas
+ i will try skype .
dia mencuba skype , menggunakan laptop Apple nya. Tidak berjaya juga.
Tiba-tiba sms kami di balas.
"i will arriving about 5 minute"
sambil menunggu Tomislov , kami berbual -bual.
- so what is your name ?where are you coming from ?
pertanyaan basa basi dari kami.
+call me dajan or dayan , im from serbia .
Astagfirullah al azim...terkejut sebentar kami , mendengar dia daripada serbia, sebelum hadir ke Zagreb ini, telah banyak aku baca mengenai perang dan pecahnya tanah Yugoslavia, dan pastinya pembantaian kaum muslim di bosnia daripada puak serbia yang ganas dan kejam.
Lelaki yang tidak kami kenali
lelaki yang membantu kami tanpa untung apa-apa
lelaki yang tahu kami muslim
dan dia lah yang bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah kami malam ini.
Alangkah mesra dan damainya kalau manusia tiada name tag, tiada prejudge , tidak pukul rata , dan sebab tiada prejudge inilah kami selamat di paris, walaupun pengeboman di paris masih baru , dan atas alasan apa untuk kami prejudge Dayan seorang serb ?jangan memangsakan anak cucu dengan sejarah !
Dayan pada pendapatku seorang yang mudah mesra, bekerja di atas kapal perlancongan, kami bercerita mengenai diri masing-masing dan tak lupa mengenai ekonomi yang makin merundum , dan Serbia tidaklah maju seperti Amerika, full of conflict kata Dayan.
Pengajaran malam pertama di bumi Croatia ini , dont prejudge.!
Ada ketukan di pintu , Dayan membukanya , seorang lelaki berkot , berwajah kacak muncul sambil mendepakan tangan
"hello!!!!!!!!!!"
"Tomislov!!!!!"
-teringat kata Dayan -his kind of weird -Tomislov,
Aku berdebar-debar , dan debaran ini membuktikan Aku baru sahaja prejudge dia melalui persepsi seorang lelaki yang baru kami kenali dan berasal dari Serbia bernama Dayan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Keasyikan memburu buku di Jakarta
Banner islamic book fair Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir pergi tahun...
-
Aku dan Fad baru balik dari backpack ke beijing 11/6/2015 , mulanya aku agak takut untuk masuk ke negara komunis ni, dengan masalah baha...
-
Saya memaklumkan keberangkatan kami untuk ke Mostar Bosnia awal pagi melalui email kepada Puan kosovic, kami memerlukan perkhidmatan...
-
Bromo Lama dah sebenarnya nak tengok gunung bromo , alhamdulillah tuhan makbulkan .Sebelum ni hanya mampu tengok dalam poskad ,cant...










