Saturday, 24 January 2015

Cerita kemana kami pergi singgah sahaja-kota medan north sumatera indonesia 15-17 /1/2015 -horass!!



1.Indonesia ,tanah besar budaya pelbagai ,citra dan warna . Ini ialah kali ke 3 aku mendatangi indonesia, kali pertama jejakku di minagkabau -danau maninjau -bukittinggi seterusnya mengambil penerbangan srivijaya air ke jakarta, jejak pertama ke indonesia menjadi guide kepada Tuan Abdul Latip Talib penulis novel fiksyen sejarah, aku kagumi usaha beliau menulis sehingga menjadikan cerita tokoh -tokoh itu enak dibaca. Perjalanan kali pertama ke indonesia menemukan aku dengan teman bernama Tio ,aku suka bertemu dengan orang yang punya visi dalam hidup, hidup bukan semata untuk membuncitkan perut sendiri ,walaupun flatformnya berbeza ,seumpama Tio dia punya visi dalam hidupnya.Perjalanan ini menambahkan ilmu ku kepada dua hal ,pertama adat minagkabau ,dan kedua tokoh nusantara yang paling aku kagumi prof hamka.

2.jejakku yang kedua ialah kembara solo ke jakarta-bogor-bandung, disini aku sekali lagi bersilaturrahim dengan teman yang selama ini hanya aku kenal di FB, teman yang paling cantik,yang ahli keluarganya sangat baik, beliau bernama sari. setelah 2 malam aku di bogor ,berkhabaran buruk datang ,ayahku strok bergegas pulang semula ke malaysia.

3.jejak yang ke tiga ialah medan-aceh, perjalanan kali ini paling manis kerana aku pergi bersama housemate ku yang hampir 4 tahun tinggal bersama dan dua orang teman sefikrah, pada awalnya perancanganku hanya ke aceh, memandangkan tiket ke medan dan pulang melalui aceh lebih murah berbanding tiket ke aceh dan pulang dari aceh juga, maka 2 tempat menjadi satu perjalanan.

kota medan-lake toba.

1.untuk perjalanan ke medan ,kami hired supir dengan bayaran rm180/day, kami menggunakan perkhidmatan selama 3 hari , jumlah rm180/day/car tidak termasuk tips 300000rp yang bersamaan hampir rm100, team kami pada ketika itu 3 orang ,maka jumlah perbelanjaan dapat dijimatkan dengan pembahagian 1/3.Tukaran wang pada ketika itu ,dimalaysia saya mendapat 1juta rupiah =RM284(terminal TBS) dan teman yang menukar di indonesia mendapat 1juta rupiah =RM 283, bezanya hanya RM1 perjuta.
2.pemandu kami bernama Pak rahmat ,banyak info yang kami dapat terutamanya tentang masyarakat batak melalui pak rahmat,kami dijemput ke airport dan terus meneruskan perjalanan ke jeti tigaraja yang terletak di parapat.Perjalanan memakan masa 5 jam, berhenti sebentar untuk solat dan sarapan di masjid .makanan kami ialah ayam penyet yang sambalnya masyaAllah sedap, harga makanan tersebut ialah 15000rp dan dibungkus didalam kotak,solat zohor di masjid dan makan serta merehatkan badan setelah beberapa jam menempuh perjalanan yang membosankan.
nasi ayam penyet, sambalnya masyaallah sedap!
                                       
3.Tidur bangun -tidur bangun memang hodoh bebenar ,maka sampailah kami ke jeti tigaraja,letakkanya di parapat, tujuan kami ialah samosir ,tuk-tuk dimana cattage tempat kami menginap, dari jetty tigaraja harus menaiki feri penumpang dengan bayaran 15000rp(sama harga dengan nasi)perjalanan selama 45minit , alhamdulillah perjalanan menyajikan pemandangan yang cukup indah, dalam ferry kami berkenalan dengan Mas Abadi yang merupakan tourist guide mat-mat saleh, pada pemerhatianku bahasa inggeris Mas abadi sangat bagus, masih teringat kata-kata beliau "saya ini orang batak, makanya rupa saya amat takut sekali ,bukannya cantik-cantik dan mulus-mulus macam orang bandar" kata-kata beliau membenarkan apa yang telah dikatakan oleh pemandu kami mengenai rupa dan sikap orang batak:
-kelihatan lebih tua daripada umur kerana mereka bekerja keras
-walaupun muka ganas hati mereka baik
-apa yang keluar dari mulut itulah terlahir dari hati.
kawan,di jeti tigaraja.

4.hampir maghrib kami tiba di samosir,tuk-tuk, ferry akan berhenti tepat didepan cottage carolina, saya memilih carolina kerana semasa memeriksa di internet rekaannya bagus, mengadap tasik dan harganya murah, 190000rp untuk satu malam termasuk tilam extra, bilik kami bernombor 25 ,malangnya mungkin nasib kami kurang baik ,bilik nombor 25 fasilitisnya sangat teruk,namun decoration luaran bilik sangat cantik, pesanan kasih sayang buat mereka yang akan ke lake toba dan merancang untuk tinggal di carolina cottage silalah beli bilik yang mahal sikit, yang punya hot shower ,kerana suhu di samosir sangat sejuk, sehingga Ain ,teman kami membuat kenyataan yang sungguh lucu, nak pakai deodorant pun sejuk.huhuhuhu
rekaan carolina cottage yang menyerupai rumah asli masyarakat batak, ciri utama rumah masyarakat batak ialah atapnya berbentuk perahu ,berbanding dengan rumah minagkabau bentuk atapnya menyerupai tanduk kerbau

permandangan yang sungguh indah mengadap bilik kami.
rekabentuk bilik kami.
             5.malam tiba, perut kami sudah berkeroncong, maka kami keluar sebentar untuk mencari makan,disebabkan majority penduduk pulau samosir ini berketurunan batak yang beragama kristian, maka perlulah berhati-hati dalam memilih makanan, kedai makan islam yang paling hampir dengan cottage kami ialah rumah makan islam murni, sewaktu kami mendatangi kedai tersebut sudah hampir mahu tutup, tapi lauknya masih berbaki, makan malam kami ialah nasi dengan lauk masakan minang, harga untuk tiga orang ialah 63000rp, malam di pulau samosir ini sunyi, padaku bagus juga tenang!kata tuan kedai disini, azan pun tak boleh dengar,ini bukan masalah halangan agama, kerena menurut mereka ,mereka hidup aman damai ,rukun sesama mereka walau agamanya beza.

Hari ke 2. menjelajah lake toba.tuk-tuk-tomok-bestagi-bandar medan.

1.aktiviti kami seterusnya ialah berbasikal ke tomok, dari samosir ke tomok jaraknya ialah 5km, boleh sahaja ke sana dengan kereta,ferry ,motosikal dan basikal ,tetapi ada pelancong mat saleh hanya berjalan kaki, kami keluar dan menyewa basikal dengan kadar 12000rp per jam, perjalanan kami dishiasi dengan sawah padi,bukit bukau, aktiviti pagi orang kampung, makam-makam di halaman rumah, dan kenderaan yang lalu lalang dengan bunyi hon yang sungguh mengganggu.Jarak pergi balik kami ialah 10km, walaupun 10km dibayangi agak dekat tapi akibat jalannya berbukit, time naik bukit memang seksa, pengalaman berbasikal ini ialah yang paling indah, dengan pemandangan yang memukau, tujuan kami ke tomok ialah untuk membeli cenderamata , saya hanya membeli fridge magnet dan baju untuk adik tiri, disebabkan kami tidak bersarapan maka kami mengambil keputusan untuk mencuba bakso di tomok, harga bakso ialah 10000rp.Perjalanan menaiki basikal dari tuk-tuk ke tomok tidak sukar kerana jalannya lurus sahaja dan hanya mempunyai satu simpang, senang cakap tidak perlukan peta, tetapi entah mengapa saya tetap terlepas jalan sewaktu pulang, terlajak jauh!menjadikan teman-teman yang lain kerisauan dan saya sendiri terpaksa membayar lebih 30minit!hahhaha....tersasar dijalan yang lurus,banyak dosa barangkali.

disinilah tempat kami menyewa basikal/speda.

puteri jawa menghayati keindahan alam di tempat masyarakat batak dan makan masakan minang!


permandangan di sepanjang perjalanan.

aku seorang petualang, sungguh aku akan tawan dunia ini dua kali!

jalan lurus akhirnya menemui simpang, perjalanan masih jauh, simpang ini menunjukkan jarak tinggal separuh!
                     
tiba di tomok, berhenti melepaskan lelah sambil mentadabbur alam.

sumber ekonomi utama masyarakat tomok ialah pertanian, telah berlaku penghijrahan besar-besar orang jawa dan tiong hua ke medan, pada awalnya mereka melibatkan diri dalam sektor pertanian, lama kelamaan masyarakat tiong hua keluar dari sektor pertanian dan beralih arah ke sektor perdagangan.

majoriti penduduk pulau samosir ini beragama kristian, gereja dibina dengan sangat banyak, adakah dengan banyaknya rumah ibadah pembuktian kepada kepada kuatnya anutan agama? ,aku pernah bertanya kepada pak rahmat, kenapa ya banyak sekali gereja?dekat-dekat dibinanya? jawapan pak rahmat kerana mereka punya pelbagai aliran,satu gereja satu aliran,seperti islam ada muhammadiah,dll.

2.setelah pulang kami harus segera ke parapat semula kerana pemandu kami sudah menunggu untuk ke medan, masa sentiasa tidak menyebelahi kami sewaktu di lake toba, ferry dijangka tiba di carolina pada jam 1 petang, maka lebih kurang pukul 2 kami tiba di parapat, setelah makan masakan minang juga di restoran berhampiran jetty, kami solat di restoran ,dan harus menempuh perjalanan 5 jam lagi sebelum tiba di bandar medan.
3.pemandu kami kelihatan mengantuk sepanjang perjalanan, begitulah juga dengan kami, sepanjang perjalanan kami sempat menyaksikan 2 majlis keramaian kaum batak  melalui jendela kereta, satu majlis perkhawinan dan dua majlis kematian, kata pak rahmat masyarakat batak suka pada kenduri, akibat kelelahan dan mata tak tahan ngantuk, pak rahmat mencadangkan untuk kami minum teh jahe,teh jahe ialah teh halia di sebuah restoran atas bukit, rasa teh halianya masyaallah tak boleh nak masuk! cuba anda bayangkan minuman yang rasanya pedas, ?kami juga dihidangkan dengan kuih yang berupa lecekan pisang dan dicampur tepung lalu digoreng, nasib baik kuih tersebut sedap rasanya.melayang duit kami 60000rp untuk minuman pedas .

teh yang rasanya sungguh azab sekali.
4.Sebelum sampai di medan, kami sempat singgah di sipiso-piso water fall yang terletak di berastagi.sewaktu itu hari hampir maghrib.Untuk ke sipiso piso waterfall ini kita boleh sahaja turun ke anak tangga kebawah, saya mencuba tapi hanya separuh jalan, sakit kaki naik basikal pun tak sembuh lagi, tapi kalau berada di atas pun masih boleh melihat sipiso-piso waterfall ini , cukuplah hanya sekadar untuk bergambar.




5.kata pak rahmat, sebenarnya banyak tempat dan hal yang teringin benar beliau menunjukkan kepada kami ,akibat waktu yang suntuk dan hari yang gelap ,makanya keinginan itu tidak tercapai, kami singgah sebentar untuk makan di rumah makan keluarga, kali ini kami tidak mahu lagi makan masakan minang, kami order ikan bakar,sup sayur dan telur dadar. seterusnya kami benar-benar keletihan mahu segera pulang ke medan, kami tiba di medan pada jam 10 malam , kami menginap di carolina transit, saya memilih carolina transit kerana harganya murah 240000rp untuk bilik triple semalam, kamarnya besar,bersih ada hot shower dan include breakfast, lokasinya sangat strategik 15 minit berjalan kaki ke istana maimon dan masjid raya.juga berdekatan dengan deretan kedai .Masa untuk tidur.

Bandar medan last day 17/1/15.
1.kami bangun awal pagi, hari ini seorang lagi kawan kami akan tiba di airport kuala namu untuk menyertai kami meneruskan pengembaraan ke aceh.kami telah membayar RM50 ringgit kepada pak rahmat untuk menjemput teman kami, namanya fadhilah, sementara itu kami breakfast dengan roti dan 3 jenis jam beserta keju yang disediakan oleh tempat penginapan kami, jem chocolate yang sangat sedap,makan pula dengan kopi panas.

2.setelah check out, oh ya lupa sepanjang berada di lake toba dan hari ini sekali lagi saya bertemu dengan beberapa orang mat saleh yang fasih berbahasa indonesia!hebat!tempat pertama kami ialah istana maimon, menurut bacaan saya yang tidak seberapa ini kerajaan deli darul maimon ialah kesultanan terakhir melayu di medan ini. Istananya bewarna kuning dan bayaran masuknya ialah 5000rp perorang, ruang istananya tidak besar dan banyak didominasikan oleh penjual cenderama, tidak banyak maklumat boleh didapati disini, selain gambar-gambar, baju tradisi, keris dan perabot begitu ringkasnya, didalam istana ini pengunjung boleh mencuba pakaian tradisi kerajaan maimon ini dengan bayaran lebih kurang RM3, saya sendiri kurang berminat dengan pakaian tersebut, namun yuni teman kami ,mencuba juga, dan ramai pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba pakaian tradisi dan bergambar, ramai sungguh makcik maimon didalam istana ketika itu, saya rasa agak kurang senang apabila sejarah dijadikan bahan niaga wisata, berapa ramai pengunjung yang hadir tanpa membuat referensi apa-apa sekadar suka-suka bergambar dan pulang, itulah yang terjadi di istana maimon.kami pun bergambar juga,kesian pada maimon ,tidak ramai yang mempedulikan siapa dia.


3.setelah hampir tengahari kami ke pasar ikan, bukan untuk membeli ikan tetapi untuk shopping baju, seorang teman kami mahu mencari kain pasang, kami yang selebihnya tidak membeli apa-apa, di kedai baju kami bertemu dengan pelancong malaysia yang sibuk memilih kain, maka dapatlah teman kami kain pasang yang sungguh cantik dengan harga 150000rp ada sulam-sulam lagi, ,menurut pak rahmat dipasar ikan ini ramai pelancong membeli baju /kain pasang dan telekung, harganya lebih murah berbanding di aceh kerana orang aceh sendiri turun ke medan untuk shopping.

4.setelah penat berjalan dan tidak membeli apa-apa kami ke masjid raya untuk bersolat, masjid ini memang lawak, rekaannya cantik tapi ruangnya yang besar seolah-olah tidak digunakan semaksima yang mungkin, tempat mengambil wudu' dan toilet disekalikan dan terletak agak jauh, kami tidak dibenarkan membawa kasut masuk ke tempat mengmbil wuduk dan toilet tapi selipar toilet tidak disedikan dan lantainya kotor bagaimana?o.k ....so selepas mengambil wuduk kami pun berjalan untuk masuk ke ruang masjid, sebelum masuk kami diminta menyerahkan kasut pada seorang petugas, kasut kami diletakkan dengan nombor dan satu salinan nombor kami diberikan,wah!sistematik sungguh kasut kami tidak mungkin hilang, usai solat rupanya perkhidmatan parking kasut itu bukan percuma harus berbayaran dengan harga seikhlas yang mungkin, ini lucu,letak kasut pun kena bayar huhuhuhu...
5.seterusnya kami ke rahmat wildife gallery ,akhirnya kami ambil keputusan tak jadi masuk kerana harganya terlalu mahal 150000rp tak sanggup nak habiskan duit banyak tu semata-mata nak tengok replika pakcik rahmat.

6.kami ambil keputusan untuk membeli tiket bas malam ke aceh, kami memilih bas kurnia kerana bas tersebut paling baru dengan bayaran 200rp ,perjalanan tak sampai 12 jam .bas akan bertolak pada jam 9 malam,tapi pada pukul 8 harus ada di tempat pembelian tiket.

7.sementara menunggu jam 8 malam, saya mencadangkan untuk ke gramedia membeli buku, ada dua gramedia di medan, satu gramedia betul-betul satu bangunan dan satu lagi gramedia dalam medan mall,saya mencadangkan masuk sahaja gramedia medan mall kerana, apabila berjumpa buku masa akan berlalu tanpa sedar, so teman-teman yang tidak suka buku yang lain boleh pergi tengok baju, dalam mall juga boleh makan sekali sebelum bertolak ke medan.sebelum ke mall sebenarnya kami telah makan, masakan minang lagi di restoran yang agak mewah, kami risau juga takut harga makanan kami mahal, rupanya tidak sama sekali harga makanan kami hanya 170000rp untuk 4 orang.

8.Di gramedia sebenarnya saya mencari buku tulisan dian akbas, best of turkey, tapi kata petugas gramedia bukunya sudah habis, tapi saya rasa mereka malas nak cari, gramedia media dalam medan mall ini agak bersepah tidak seperti gramedia di jakarta, buku-buku bercampur-campur tidak tersusun. walaupun keadaan agak kelam kabut melayang juga duit saya 200000rp.

9.sebelum bertolak ke medan, kami menyuruh pak rahmat berhento solat isyak dan maghrib, kami solat di masjid daripada persatuan penduduk aceh di medan, masjid ini bersih sekali. hampir jam 8 kami sudah ada di pusat penjualan tiket ,setelah membayar tips pada pak rahmat kami disumbat -sumbat dalam mini van untuk ke terminal bas....sabar je lah...

cerita bersambung dengan percutian kami ke aceh!!HORAS!

Saturday, 18 October 2014

sydney winter 2014 -blue mountain- lagenda dan cerita benar

Cold season 2014 sydney, mulanya aku anggap winter sydney tak ada apa-apanya ,kenyataannya damn cold! especially bila kita memang merancang untuk ke blue mountain, sampai sahaja di echo point disinilah penyesalan tak bawa baju tebal itu timbul , blue mountain memang sangat sejuk ditambah dengan angin bertiup seolah-olah mengeluarkan bunyi menderu -deru sampai nak tertanggal tudung.

tarikan utama blue mountain ini ialah three sister (tengok gambar kat atas ada tiga buah batu yang tak macam orang langsung)sama ada kita boleh sampai pada three sister itu atau tidak tak sure, setakat ni three sister macam boleh tengok je, bila nak bergambar je mesti three sister itu harus masuk dalam photo, kenapa?kenapa kita mesti ambik gambar three sister ? sedangkan berapa ramai yang sebelum ni dah sampai di blue mountain dah berpuluh keping gambar,  yang ada three sister kita ambik dan sebenarnya kita tak tau pun legend dia, kalau kita tau pun kenapa? benda tu kan legend?

untuk ke blue mountain senang sahaja, ambil train di central ke katoomba, perjalanan dua jam, sampai di katoomba ,keluar je dari station kat area situ ada deretan kedai yang jual macam -macam package activity di blue mountain, tak nak ambik package pun takpe boleh jalan sendiri.

legend three sister

batu tiga ketul tu ada lagenda , 3 orang adik beradik perempuan anak kepada doktor pada zaman dulu, keluarga tu tinggal kat area mountain tu, ada binatang/orang/monster jahat area penempatan diorang, masa binatang jahat tu nak serang 3 orang adik beradik tu si ayah sihirkan anak-anak perempuan dia jadi batu, (nanti bila binatang tu dah mati dia akan sihirkan semula anak-anak dia jadi orang balik) , lepas tak boleh nak serang budak -budak perempuan tu ,binatang tu tak puas hati dan nak serang pulak ayah budak-budak perempuan tu, disebabkan dah terperangkap si ayah sihirkan diri dia sendiri jadi seekor burung dan terbang, semua orang selamat, masalahnya tulang ajaib yang boleh sihir orang jadi itu ini, jatuh lah pulak dan hilang, sampai sekarang burung tu akan terbang-terbang cari tulang ajaib tu sambil diperhatikan oleh anak-anaknya, mengikut kepercayaan siapa yang percaya, apabila kita pandang pada three sister yang dah beku tu kita akan dengar suara burung tu mencari-cari tulang ajaib, betul atau tak boleh dengar tak sure sebab aku tak pay attention buka telinga dan mata masa tengok batu tiga ketul , lagipun masa sampai kat sana aku tak tau pun pasal legend ni hohohoho...

itu lagenda yang jarang kita pay attention, tapi apabila sampai di blue mountain ni, ada lagi sesuatu yang penting ,yang kita ignore ,yang penting tu bukan lagenda tapi sesuatu yang benar-benar terjadi.

scenic railways, scenic walkway -perlombongan arang batu.


kami naik train yang disebut sebagai scenic railways ,dikatakan train ni yang paling curam didunia dengan darjah kecuraman 52, boleh rujuk di link ini scenic railway . selepas jejak tanah ada entrance untuk masuk hutan dengan laluan yang disediakan yang disebut sebagai scenic walkway .


kita akan berjalan dalam hutan laluan dia ialah 2.4km, sepanjang perjalanan kita akan disajikan dengan tinggalan-tinggalan aktiviti perlombongan yang berlaku di kawalan blue mountain tersebut, alat-alat perlombongan, rumah pelombong pada ketika itu mengikut saiz sebenar, sisa hasil perlombongan, dan banyak lagi , setiap binaan disediakan maklumat , melalui laluan ini sebenarnya agak meletihnya dan agak sunyi kerana tak ramai yang nak ambil cabaran berjalan 2.4km , train curam yang kami naik pun sebenarnya adalah inspirasi daripada train manual yang digunakan untuk menganggkut arang batu:


sambil berjalan dengan sunyi dan agak seram plus letih tak dapat kita bayangkan betapa susahnya pekerja -pekerja lombong untuk mendapatkan arang batu, dan perlombongan arang batu itu adalah penyumbang utama ekonomi dan pembangunan di blue mountain ini.
"Mining has played a major role in the Blue Mountains' economy & development for almost 150 years. Whilst the only mines still operating in the region are in the Lithgow area, the need to haul coal over the mountains helps make our railway pay."

mining blue mountain



kenyataan diatas adalah kebenaran bukannya lagenda yang tak bagi manfaat banyak ,yang sepatutnya kita lebih pay ettention pada sebuah tempat yang bernama blue mountain. Atas jasa-jasa pelombong dan keringat mereka kita sampai dan menikmati keindahan blue mountain ini. 

lain-lain aktiviti di blue mountain:



both of pic copy from google

selepas balik dari australia, dan buat research baru tau , banyak sangat aktiviti yang boleh kita buat di blue mountain ni.insyaallah kalau ada kesempatan sydney pasti aku repeat.

sekian.

Saturday, 11 October 2014

Dua cerita hagia sophia -reflect



 Turki end 2013 , sebuah negara yang aku idamkan untuk sampai since semester satu kuliah, aku mula mengenal turki lewat buku-buku harun yahya atau dikenal nama Adnan okhtar, seterusnya buku tulisan zaid akhtar rona bosphorus, seterusnya muncul pula ustaz hasrizal dengan buku secangkir teh pengubat letih, buku original karya Dr.h.m tuah juga ada menulis mengenai turki, satu negara dua benua ini terlalu banyak kisah untuk digali , jatuh bangun agama dan kekaisaran. Hagia sophia sendiri menjadi saksi silih bergantinya pemerintahan sama persisi silih berganti peranan dirinya, gereja ,masjid dan akhir sekali muzium.

muzium ini berjaya aku masuk dengan banyaran tiket 25lira , saat memasuki muzium ini seolah kita masuk pada sejarah kepercayaan dua agama kristian dan islam. Sedang asyik meneliti ukiran , marmar dan hiruk piruk manusia ,aku ditegur oleh seolah wanita eropah yang mungkin dalam lingkungan 40 tahun."boleh tolong ambil gambar saya?(katanya dalam bahasa inggeris)
"sure!sure!" kataku sambil mengangguk-angguk.
snap sekali
snap dua kali.keadaan dalam muzium agak gelap dan ini menjadikan photo wanita tersebut agak gelap .Jadi aku ingin mengambil gambar untuk kali ketiga .
"never mind , untuk pastikan sahaja saya sudah sampai "sambil senyum dan angguk-angguk
"datang dari mana?" tanyanya sambil senyum lagi
"malaysia....dan kamu?"
"saya dari finland ,cantikkan museum ini? mengembalikan semula sejarah "usai berkata saya melihat matanya dan ekspresi wajahnya -panjang berfikir.
benar sekali kita berada di bangunan yang sama, tapi terkenang-kenang sejarah agung pada zaman empayar yang berbeza byzantine dan Ottoman.




  Terlepas dari tangan.

Menurut sejarah, muzium ini pernah mengalami runtuhan kecil akibat beberapa siri gempa , tetapi alam tidak menjadikan museum ini lepas dari tangan  kristian sehingga sebuah gereja bertukar menjadi masjid ataupun lepas dari tangan muslim dari masjid kepada museum, sewaktu hagia sophia ditawan oleh sultan mehmet II, Kepimpinan Byzantine sendiri mengalami permasalahan dalaman , sikap permusuhan antara katolik roman dan katolik yunani menjadikan lemah kekuatan dan penyatuan ,akhirnya sebuah gereja yang membanggakan ini terlepas dari tangan dan ditawan, fungsi bertukar.

Dengan penuh syukur pada tahun 1453 gereja ini menjadi sebuah masjid sehingga pada tahun 1931 ia ditutup kepada umum selama empat tahun , dan dibuka semula pada tahun 1935 bukan lagi untuk sujud kepada pencipta tetapi fungsi bertukar kepada muzium, sebuah masjid tidak dapat kita pertahankan setelah lebih 400 tahun azan berkumandang. Setelah pulang dari bumi turki aku sempat membaca buku catatan sultan abdul hamid II , yang merupakan sultan yang terakhir pemerintahan otmaniyah , terlalu banyak masalah dalaman yang terpaksa dihadapi oleh sang sultan sebelum pemerintahan khalifah jatuh, masjid yang menjadi lambang kepada pemyatuan gagal kita pertahankan ,fungsi bertukar sejarah sendiri berubah menjadi pudar.

setalah 2 jam meneliti setiap sudut museum ,saatnya kaki ini keluar dengan degup jantung dan perasaan berbaur, catatan hagia sophia ini bukan untuk aku berebut hak siapa yang layak milik hagia sophia kristian atau muslim, tapi lebih kepada kesadaran diri baik muslim atau kristian untuk berfikir sejenak mengapa sesuatu yang begitu agung gagal untuk kita pertahankan??





Saturday, 27 September 2014

winter.


Tempat pertama yang aku jejak di united kingdom ialah preston , bahagian utara united kingdom. Preston hanyalah sebuah bandar yang kecil, walaupun kecil preston sangat damai . kawasan kejiranan kami semuanya muslim so that everything senang especially bab makan. Sekolah pun senang sebab sangat ramai student student muslim, sampaikan mereka ada buat jamuan aidil adha , menarik kan?. masjid terlalu banyak untuk sebuah kawasan kecil preston , masjid an noor yang besar biasanya jemaahnya terdiri daripada india gujerati , ada masjid syuhada yang agak jauh sedikit yang bermazhab shafii dan beberapa buah masjid lagi, menunjukkan betapa ramainya muslim area sini kalau kelaur rumah kita dapat tengok agak ramai muslimah yang pakai niqab ,sampaikan ada muslim school untuk perempuan sahaja di preston dan mereka semua pakai niqab. Tinggal di preston menjadikan cerita cerita seram islamophobia bagai angin lalu, ada ...bukan tidak ada...tetapi sangat jarang , akibat ia disensasikan oleh media maka kita anggap ia sentiasa berlaku. 

winter ,sebelum sampai united kingdom memang excited sangat nak rasa winter, rupa-rupanya winter bukanlah something yang kebabo gitu, sejuk yang keterlaluan, masa siang yang pendek , basah, shaking, yang paling worse sekali tergelincir...preston pula memang sejuk walaupun bukan winter ditambah dengan hujan yang kerap bersama tiupan angin yang mampu menerbangkan anda bersama payung besar. 

sekadar imbasan kenangan ,rindu barangkali.
teramat rindu....
makmal R&D
27.SEPT.2014

Saturday, 22 March 2014

Demi travel -sanggup buat apa saja?


Aku suka sangat travel ,kalau belajar nak belajar jauh-jauh, kalau kerja nak kerja jauh-jauh ..lagi jauh lagi best,sejak dulu lagi negara impian aku ialah britain,tak tau sebab apa britain mungkin sebab old building ataupin winter coat yang nampak kemas gitu!

2008 peluang keemasan itu datang, sepupu cousin aku ajak untuk stay di united kingdom ,disebabkan keputusan tu mendadak dan aku kena hantar surat resign ke pihak UPM at least 1 month,so family cousin aku fly dulu dan aku kena fly sorang-sorang terus ke london, aku sanggup resign time ni, memang fikir rezeki tu Allah yang tentukan dan ada di mana-mana syaratnya mesti rajin.

until today,saat jari-jari ni laju jer menaip,tak pernah sikit pun ada rasa kesal sebab ambil keputusan untuk resign time tu, beside selepas balik je dari U.k ,aku jadi lebih berani and aku travel more...and more..

mengembara mengajar kita banyak perkara...kita menjadi penonton kepada real life story..kita melihat perbezaan dan persamaan,hitam dan putih kehidupan orang lain di tanah yang lain.

thanks kepada setiap seorang yang istimewa di bumi united kingdom dahulu mereka-mereka yang banyak membuka mata dan buah fikiran kepada aku,walaupun lidah aku kelu kurang bicara.

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...