![]() |
picture from google image : city hall preston |
Setelah hampir setahun kerja di
Universiti Putra Malaysia , tiba-tiba mendapat peluang untuk terbang ke United
kingdom . Setelah melakukan istikarah dan hati cukup bulat ,
diri benar-benar yakin, saat itu bulan puasa, aku menyatakan persetujuan dan terbangnya selepas
raya tahun 2008 . Surat berhenti kerja
aku siapkan , dan dengan penuh debar aku memohon kebenaran ayah. Alhamdulillah
ayah membenarkan walaupun ketika itu aku harus berhenti kerja, saat hatiku begitu bulat dan yakin rezeki Allah ada di mana-mana.
Impian ini sudah lama, bertahun-tahun dulu ,
dari tahun ke tahun terus hidup, dan Allah sentiasa mendengar lalu dikabulkan
pada saat yang tepat dikala kita sudah bersedia. Inilah pertama kali aku ke
luar Negara, (kecuali Thailand kerana mama ku asal sana) , Pertama kali menaiki
kapal terbang (thanks air asia –now everybody can fly ) , semuanya dilakukan
bersendirian , 20 minit disoal pegawai imigresen stansted airport , akhirnya
saat keluar dari lapangan terbang , angin musim dingin menerpa sweater putihku ,
pendapatku angin sejuk mempunyai “bau” yang tersendiri, “bau “ itu masih ku
ingat , pada tahun 2013 ketika ke paris pada musim sejuk juga , kaki
melangkah keluar dari CDG airport ,buat kedua kalinya aku mencium bau ini, bau
udara dingin musim sejuk-bau Preston!
Orang
asing pertama kali aku temui ialah brother Naem , seorang pelajar hafiz quran
,berketurunan india gujerat –british born , beliau membawa ku dan sepupu dari
stansted London ke Preston , perjalanan di anggarkan 5 jam . Soalan pertama
Naem “how London ?” –Nice ! , sepanjang perjalanan aku tidur kepenatan ,13 jam
didalam pesawat dengan keadaan “air asia” (faham-faham sendiri )
Tiba di Preston hari sudah malam, dalam
kesamaran aku melihat rumah berbatu bata merah kecoklatan dua tingkat sepanjang jalan-Burrow
road! , kedatanganku di sambut dengan sebiji pizza dan kebab dari kedai Romero
, kedai pizza yang menjadi favorite beberapa orang antara kami. Anak-anak
sepupu bercuti autumn , setelah makan aku lantas naik ke tingkat atas
merebahkan diri.
![]() |
dock land preston .picture from google image |
![]() |
setam train -dock land .picture from google image |
Hari
ke dua –srikandi preston
sebahagian pelajar malaysia di preston |
Kata orang, United Kingdom ialah Negara pemaisuri –queen Elizabeth . Pada malam hari kedua, aku menziarahi rumah pelajar Malaysia di Nottingham road , 3 orang pelajar yang menghuni rumah tersebut kak faeza, kak siti dan sakinah, beberapa hari selepas itu menemui beberapa orang lagi pelajar Malaysia dan orang Malaysia yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan menetap di Preston, uniknya preston kerena tidak ramai melayu, lebih kurang 10 orang, kawasan kejiranan kami terdiri daripada kaum india ,Pakistan dan pelbagai bangsa immigrant , daripada merekalah banyak tersedia kemudahan untuk kami, daripada makanan halal, keperluan dapur-Nasi tentunya , dan tidak lupa komuniti muslim yang menjadikan segala urusan cukup mudah , di kawasan kejiranan sahaja terdapat 3 masjid , masjid syuhada ,masjid an-noor dan satu lagi masjid tidak ingat namanya. Di negara kristian ini tak sangka betapa banyaknya hal-hal yang aku pelajari , tentang Agama, tentang kemanusiaan , tentang toleransi , tentang berani ,dan yang paling ketara tentang persaudaraan yang diantara kami sesama islam yang saling menguatkan.
Hidup di Bumi preston aku banyak belajar melalui
pemerhatian , lihat dan fikir . Setiap kami komuniti melayu yang berapa kerat
tu, ada ceritanya yang tersendiri , kak faeza dengan impian dan kesungguhannya,
keluarga kak anis yang kuat semangatnya membantu orang baru yang hadir ke
preston, sakinah dengan semangat islamnya dan beberapa lagi ,apa yang pasti
mereka suka berkumpul dan seingat aku, rumah sepupu ku menjadi port yang paling
rasmi ,entah mengapa….
Sepanjang setengah tahun, banyak juga
aktiviti sempat aku hadiri, perasmian madani institute , open day moor park
business school (aku menyanyi lagu berbahasa perancis ,ini serius!) , Christmas
day deepdale school, sambutan maulidul rasul di madani institute (masih aku
ingat slogan “we love Muhammad and we love jesus too” besar pengertiannya,
sambutan aidil adha dan lain-lain.
Preston terlalu indah untuk dikenang ,
tidak terlalu Bandar, tidak terlalu kampung, tenang……masyarakatnya yang ramah,
orang berjubah dan berniqab menjadi pemandangan biasa di sini. Car booth sale setiap rabu, jiran kami
–keluarga sister najma yang baik hati, pizza dan kebab, tidak terlalu bising
tidak terlalu sunyi, pengangkutan awam yang sempurna , cumanya apa yang tidak
enak ialah ,Preston terlalu jauh dari Malaysia- bukan mudah untuk kembali
;(
car booth sale di preston |
Dan rencana tuhan , Preston menjadi titik
mula aku kembara .Dari united kingdom ke
singapura-perancis-morocco-istanbul-singapura-thailand-australia-china-indonesia
dan senarai ini berterusan …
Kembaralah….lihat perbezaan alam, perbezaan
manusia , perbezaan budaya,perbezaan sejarah ,saling kenal maka kau akan
menemui persamaan dalam perbezaan itu , persamaan setiap dari kita
mendefinasikan baik itu baik ,jahat itu jahat walau apa pegangan agamamu, warna
kulitnya, jenis passport mu.
![]() |
salju di hadapan rumah 37 burrow road |
insyaallah aku akan datang lagi !