Wednesday 18 April 2018

dua hari di Yogjakarta

Pantai Timang , Yogjakarta 

Dua hari di yogjakarta , kesal bangat deh ! begitu singkat , sedangkan di yogja banyak tempat yang menarik ,  harga barang  murah , kata Mas Aji yogjakarta dikenal sebagai kota Mahasiswa ! institusi pengajian tinggi bertebaran , Mas Aji sendiri  seorang mahasiswa , bagus sekali orangnya , rajin , kuat berusaha, insyaAllah masih jomblo ahahaaha .....

2 hari  pergi kemana? tiba di Airport yogja kami diserbu  pemandu teksi , tapi kami dah tempah Grab , ketika itu jam 12 malam gara-gara flight indonesia delay (sentiasa)  ,  grab tidak boleh masuk ke airport , kena tunggu di luar kawasan airport , nasib baik ramai juga orang berjalan kaki malam-malam keluar dari kawasan airport kami ikut sekali , lebih kurang 10 minit kami sampai di tepi jalan .

Alhamdulillah 10 minit selepas itu pemandu grab sampai terus hantar ke hotel . Di yogja kami menginap di POP hotel yang  ceria dan warna-warni , sarapan juga sudah termasuk harga bilik , hotel ini berdekatan dengan tugu yogja dan walking distance dengan malioboro street , 2 hari terlalu padat tak sempat untuk jalan-jalan sekitar malioboro atau sekadar ke tugu yogja , sebelum tidur dapat mesej dari Mas Aji " esok mau lihat sunrise di mangunan tak ? "aku jawab terus "tak mahu Aji , capek banget nih ! kalau tengok sunrise kena keluar hotel jam 4 pagi , lebih baik tidur . "ya udah ga apa-apa ke hutan pinus aja lah esok " .

Selepas sarapan kami bertolak ke Hutan Pinus yang penuh dengan pokok pine yang menjulang tinggi , suasana di sini sejuk degan angin yang bertiup perlahan-lahan , aku suka ketika angin bertiup kerana hujung pokok pine akan bergerak dan bersentuhan , seperti sedang berpelukan dan bersalaman , selain hutan pinus ada beberapa tempat yang kita singgah seperti rumah hobbit dan jurang tambelan , semua tempat ni sejuk dan tinggi, udaranya Subhanallah nyaman , especially di jurang tambelan .

Entrance hutan pinus , gambar diambil dalam kereta

pokok pinus tinggi 




bertapa , memohon rezeki 

entah apa nama tempat ni , tapi dalam area rumah hobbit 

jurang tambelan 

rumah hobbit , Hobbit tiada , outstation .


Selesai di daerah Mangunan kami ke daerah gunung kidul , tujuan kami untuk ke pantai timang yang popular dengan gondola , sebelum ke pantai timang biasanya orang akan singgah makan lobster tapi kami tak makan pun sebab travel buddies aku yang cantik ni allergik seafood ,waduh ....waduh ...dari tempat makan lobster  ke gondola pantai timang sebenarnya lebih kurang 4km , disebebakan jalan dia berbatu- batu kasar memang tak boleh pergi dengan kenderaan biasa, kena naik jeep ataupun motor, dan memang batu dia kasar tajam dan sangat -sangat tak rata , kata Mas Tri yang bawa jeep ,jalan ni dipenuhi dengan batu karang . Aku suka dengan Mas Tri sebab dia kelakar sangat , kami borak-borak panjang tentang masa depan dan impian perkahwinan , konsep pasangan hidup bagi Tri amat lucu , katanya "aku kalau mau nikah  sama perempuan yang tua "
"Nenek-nenek maksud kamu "
"eh..bukanlah yang nenek-nenek , yang 30 an , tak mahu aku nikah sama cewek-cewek muda"
"kenapa??"
"iya..kalau perempuan tua kita akan di manja-manjain , makan di suap-suapin ah...enak!!!"
- cis haramjadah punya manusia .

pantai timang , bersama bendera indonesia raya 




Manusia bernama Tri yang pakai baju merah tu , bukan tudung merah , tapi BAJU MERAH.

Dua aktiviti popular disini ialah naik gondola yang ditarik manual oleh tangan manusia dan jambatan gantung , untuk naik gondola harga dia 200k rupiah dan jambatan 100k , paling ngeri bagi aku mestilah jambatan gantung , sebab ombak di pantai timang ni sangat-sangat kuat , sekali ombak datang berayun-ayun jambatan tu ngerinya .Selepas naik gondola kami ke pesisir pantai melihat penduduk kampung mencari siput dan alga , pantai kat sini cantiknya subhanllah ....

orang kampung tengah kutip siput 

kutip siput lagi 

Petangnya kami pulang ke kota , sempat singgah di tepi jalan untuk solat dan Mas Aji memperkenalkan kami kepada belalang goreng yang disebut "walang " , kata Mas Aji walang ni salah satu makanan popular di daerah gunung kidul kami beli satu bekas buat oleh-oleh , sampai di kota hari sudah malam, kami singgah sebentar di Alun-alun , alun-alun ni macam padang tempat lepak , yang jadi meriah sebab ada kenderaan warna-warni pelbagai bentuk dan berirama , untuk naik kena kayuh sendiri , kami hanya menonton dari dalam kereta , aku baru perasan di yogja banyak juga bangunan kolonial , rupa-rupanya yogja pernah menjadi ibu negara indonesia sebelum jakarta .

Hari kedua di yogja kami ke kalibiru dan gunung merapi , kalibaru tempat yang paling menyesal aku pergi kerana tempatnya jauh sekali dan tak banyak tempat yang cantik , tak apa, lesson learn , sebelum balik hujan turun dengan sangat lebat dan lama , lepak-lepak lah kami di situ menanti hujan reda , kenapa ya hujan sentiasa datang dengan memori yang sedih , hujan di kalibaru membawa aku basah bersama kenangan di Preston .Kami pulang dengan perut lapar Mas Aji bawa kami ke restoran untuk cuba makanan khas yogja , namanya "gudeg " nasi , ada kuah macam tumisan kelapa , rasanya manis , aku tak habis sebab rasanya manis , cannot go ..


kalibiru 

Destinasi terakhir kami ialah gunung merapi , antara tempat yang paling aku nak pergi , aku nak sangat tengok kesan bencana lahar gunung berapi , sampai di sini kami ambil tour pacakge yang paling singkat sekitar 1 jam 40 minit , harga 300K termasuk sewa jeep (memang kena pergi naik jeep pun ) , kali terakhir gunung merapi meletus pada tahun 2010 mengorbankan lebih kurang 30 orang , 1st stop kami di muzium sisa hartaku , sebuah rumah yang musnah , ada rangka lembu dan banyak peralatan lebur oleh hawa panas  , apalah nasib binatang yang dibiar mati disini .selain rumah ni kami dibawa juga ke bunker , bunker ni tempat untuk menyelamatkan diri tapi binaanya tidak mengikuti spesifikasi keselamatan , akibatnya 2 orang mati dalam bunker yang dimasuki larva , sisa larva yang sudah sejuk masih ada dalam bunker .Selepas meletusnya merapi tahun itu kerjaan tidak membenarkan lagi adanya penempatan di sekitarnya . Sedarlah kita manusia yang kerdil di cakerawala yang luas ini , Maha suci tuhan yang mengawal seluruh alam samesta .

jeep ke pantai timang 

muzium sisa hartaku , rumah sebenar yang musnah masa letusan gunung merapi tahun 2010

dalam rumah tadi 

kekuatan sebenar perempuan yang Awesome , itu aku 

gunung merapi 

bunker yang tak selamat 


kami meninggalkan yogja pada petang hari menuju ke Surabaya .

Wednesday 4 April 2018

Hiruk piruk sore di Jakarta .


langit jakarta 

Rupanya Airport Soekarno Hatta sudah maju , bertambah besar dan ada sky train , kalau dulu untuk pindah terminal kena naik bas sekarang naik sky train sahaja  !ada keretapi juga dari airport terus ke tengah kota sekurang-kurangnya boleh mengurangkan macet dan mungkin mengurangkan biaya teksi untuk ke bandar 
Bangunan muzium di kota Tua 

 kami  tinggalkan beg dan ambil grab ke Kota Tua ,  malam nanti kembali semula ke airport untuk ke Yogjakarta . Kos simpan beg 40rb  bergantung kepada berat dan kuantiti ,  grab dari airport harus di panggil dan menunggu di tempat parkir umum bukannya tempat teksi beratur . Dari airport ke Kota Tua sekitar 22km ,22km menjadi 1 jam akibat macet yang tak kenal ampun! 

Tujuan kami ke Kota Tua kerana adanya bangunan -bangunan  masa zaman penjajahan belanda , dahulu jakarta disebut sebagai" Batavia "oleh belanda , dan "sunda kelapa" semasa kerajaan sunda, lokasinya berdekatan dengan  pelabuhan Sunda Kelapa , kalau tempat yang dekat pelabuhan  pasti sibuk dan maju sebab ia menjadi jalur perdagangan import dan eksport , sampai sahaja di Kota Tua  orang  telah ramai walaupun hari masih pagi dan  bukannya hari minggu , kota tua dipenuhi anak - anak sekolah  , persekitaran yang dihiasi dengan bangunan lama  dan cafe-cafe bergaya moden dengan binaan klasik , kami  makan di bangi kopitiam rasanya "so-so saja" harga sebegini  kalau di malaysia standart lah kalau di indonesia aku rasa mahal.
cafe-cafe di kota tua 

Batavia cafe , antara cafe yang terlama, bangunan asal masih kekal beserta menu -menu yang dikekalkan 

hari khamis , orang tetap ramai berkunjumg 

lagi bangunan lama 

bangunan merah kat belakang tu namanya toko merah 

siapa pakcik ni ??

Sekitar kota tua selain bangunan klasik ada juga beberapa muzium , kami masuk muzium sejarah indonesia atau disebut muzium Fatahillah , yang aku rasa best pasal muzium ni sebab ada penjara maut bawah tanah ,  masuk penjara ada rasa panas sejuk dan terdapat bebola gari untuk mengelakkan tahanan lari . Asal bangunan muzium dibina pada tahun 1700 lebih , sebelum jadi muzium bangunan ini pernah menjadi balai kota , makhamah dan tempat beribadah . Bayaran masuk sangat murah hanya 5rb rupiah sahaja , kita bebas mengambil gambar . Walaupun muzium dipenuhi anak-anak sekolah aku terkagum sendiri melihat dedikasi sang guru menyampaikan maklumat kepada pelajarnya hampir disetiap artifak yang di pamerkan , kamu harus faham sejarah anak-anak! buat bekal untuk tahun-tahun mendatang , belajar daripadanya !, anak-anak sekolah berkumpul dalam kumpulan , menyalin nota , mengambil gambar atau sekadar diam mendengar bicara sang guru.

penjara dibawah muzium jakarta , yang bulat-bulat tu akan attach dengan rantai untuk gari tangan dan kaki tahanan 

pintu masuk penjara 

Lepas masuk muzium dan makan di Kopitiam Bangi kami ke pelabuhan sunda kelapa menggunakan bajaj  , jarak kota tua ke pelabuhan sunda kelapa sekitar 5km  , yang bagus naik bajaj  dia boleh drift untuk mengatasi jem , Sunda kelapa ada banyak pintu, kami masuk pintu satu , sempat disergah  kasar oleh siapa entah, mungkin yang jaga kawasan ini , dia cuma tanya kami nak buat apa ? kami cakap sekadar untuk tengok-tengok , kerja pelabuhan adalah kerja yang berat sebab itu wajah orang -orang yang kami temui disini kasar-kasar tapi hati mereka baik , kami berjalan dari hujung ke hujung sempat juga dipanggil untuk menaiki perahu , melihatkan perahu yang agak uzur dan tiada jaminan security kami menolak , pelabuhan ini wujud sejak abad ke 12 ketika  itu pelabuhan ini sangat penting bagi pengukuhan ekonomi sehinggakan pernah menjadi rebutan kerajaan nusantara dan eropah , belanda pernah menguasai pelabuhan ini sampai 300 tahun lamanya menjarah hampir segala-galanya yang Indonesia punya .

on the way masuk ke sunda kelapa 
kapal-kapal di pelabuhan semua besar-besar , bandingkan saiz lori dan saiz kapal 

susunan kapal-kapal di pelabuhan 

aktiviti punggah barang 


Sekitar pelabuhan sangat berdebu , bau hanyir laut , kapal-kapal yang sangat besar tersadai , beruntungnya kami boleh melihat aktiviti angkut-angkut barang , pada waktu siang bahang panas akan membakar kulit . Selesai disini kami mengambil keputusan untuk ke masjid istiqlal menggunakan grab, tambang lebih kurang 30rb rupiah .

Tanda Masjid Istiqlal 


ruang solat 

tempat wuduk , besar sangat 

menara masjid 

interor dalam masjid 

gereja katedral yang berhampiran masjid 

Masjid istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia tenggara, dari luar kelihatan binaannya bertingkat - tingkat, sebelum masuk ke masjid ada orang menjual plastik bag untuk bungkus selipar "bayar seiklhlas sahaja " katanya , padahal kasut atau selipar boleh sahaja dibawa masuk ke dalam masjid dan disimpan di tempat penyimpanan yang disediakan tanpa perlu membungkus dalam beg plastik. Di sini juga ada kelas agama, kami ke tempat wuduk yang sangat besar dan luas, tandas juga berada dalam satu ruangan, sayangnya keadaan tandas  masjid tidak begitu bersih. Bila datang sini jangan terkejut kalau ada orang buat bisnis sewa telekung padahal telekung ada disediakan secara percuma hanya perlu ke kaunter di tempat solat wanita. Usai solat kami melihat - lihat keindahan masjid. Maksud "istiqlal" dalam bahasa arab ialah merdeka jadi boleh juga disebut sebagai "masjid merdeka", beberapa hal menarik tentang masjid ini  , arkiteknya merupakan seorang kristian protestan bernama Frederich Silaban , dibina setinggi 5 tingkat (korang pernah ke pergi masjid bertingkat -tingkat nih ?) , punyalah besar masjid ini sehingga  boleh menampung 200,000 jemaah , lokasi masjid ini berhampiran dengan gereja katedral Jakarta maka dekatnya jarak membuktikan keharmonian antara umat beragama di indonesia , walau bagaimana pun pada tahun 1999 pernah terjadi letupan bom di bahagian tingkat bawah masjid mencederakan 2 orang dan 7 orang ditangkap .Gila punya manusia , kalau manusia itu sayang pada tuhannya maka seharusnya kita sayang pada manusia yang diciptakan oleh tuhan .aneh sekali ..

Monumen monas 

 Seterusnya kami ke tugu monas dengan menaiki Bajaj , jarak masjid ke tugu monas sebenarnya sangat dekat boleh jalan kaki , tapi kami malas dan kami menaki bajaj , anehnya tambang bajaj ini lebih mahal dari bajaj  kota tua ke sunda kelapa , see? dekat masjid pun nak scam ahahaha ...Monas ialah singkatan kepada nama Monument Nasional , orang indonesia suka sekali me-mendekkan perkataan .Dibina setinggi 132meter (433kaki) tujuan pembinaan monument ini bagi mengenang perlawanan dan perjuangan Rakyat Indonesia merebut kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial Belanda . Disekitar Monas terdampar padang besar hijau yang dijaga rapi , di lantai bawah terdapat pameran seperti muzium sejarah indonesia yang di susun secara kronologi eloklah bagi penggemar sejarah , tapi kali ini kami datang kerana ingin sekali menaiki menara monument  sehingga ke puncak dan melihat sendiri keindahan bandar jakarta dari pandagan atas .
jakarta dari pandangan atas 

Bayaran untuk naik ke puncak lebih kurang 40rb , disebabkan lif hanya memuatkan lebih kurang 8-9 orang sekali naik , waktu beratur menunggu lif menjadi agak lama lebih kurang 30 minit , kebanyakan yang beratur untuk naik ialah orang indonesia sendiri mungkin dari jakarta atau kota-kota yang lain . Apabila sampai sahaja di atas kami dapat melihat indahnya jakarta , kereta -kereta yang melalui jalan kelihatan seperti semut-semut bergerak perlahan , juga bangunan-bangunan berupa kotak dihiasi langit dan awan petang , indah ..sungguh indah sekali , pada tahun 2014 sahaja penduduk jakarta dianggarkan lebih kurang 10 juta , macet yang tak kenal ampun dan gerak gerak manusia yang menjana ekonomi . Sekitar jam 5 petang kami beransur turun kerana harus mengejar waktu ke airport , pada jam sebegini tak tahulah keadaan macet nya bagaimana , Grab sekali lagi kami panggil dan menunggu di depan pintu masuk yang mengadap istana president , kami terkeliru kerana pintu masuk monas ini banyak , ada pintu utara lah ..selatan lah..susah benar untuk bagitahu pakcik grab di pintu mana harus menunggu , akhirnya kami meminta bantuan Pak polisi "pak ini pintu mana ya?bantu kami bicara sama pemandu grab nya " alhamdulillah berkat pertolongan pak polisi yang kebetulan menjaga Rapat umum ( demonstrasi )kami berjaya menaiki grab dengan selamat . Sempat aku bertanya kepada polis ini selalu kah mahasiswa berdemo di sini ?katanya selalu setiap khamis .

Monas kami tinggalkan dengan sayup-sayup kedengaran suara amarah mahasiswa menyebut "hapus jokowi "2 jam kehadapan mengharung macet  kami akan tiba di Airport , justeru Jakarta ini turut kami tinggalkan ...sehingga bertemu lagi jakarta dengan kisah yang berbeza .

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...