Friday 26 June 2015

8 Tips super penting sebelum backpacking beijng-xian : Jangan backpack ke beijing sebelum baca tips ini


Aku dan Fad baru balik dari backpack ke beijing 11/6/2015 , mulanya aku agak takut untuk masuk ke negara komunis ni, dengan masalah bahasanya ,makanan halal,scam kena tipulah dan lain-lain, rupa-rupanya percayalah backpacking ke beijing tidaklah sesusah mana.....dan tidak semahal mana, kalau korang boleh backpack mengapa perlu hired agent???

Sebelum ke beijing anda kena baca tips-tips kat bawah ni supaya dapat jimat duit,masa dan tenaga.

sebelum excited bertolak:

1.Buat visa:
ya, jangan terkejut kalau aku cakap ada yang tak tau, ke People republic of china ni kena apply visa, contoh manusia yang tak tau, macam fad tu ha....korang jangan jadi macam dia.
-kena tahu visa jenis apa nak kena apply ,ada single entry ,double entry, kalau korang ada hajat nak masuk hong-kong atau macau lepas tu masuk balik china ,korang kena apply double atau multiply entry, macam kami ,sekadar untuk ke beijing lepastu naik train ke xian masih lagi dalam china ,lepas tu balik malaysia ,so kami ambik yang single entry sahajalah, bayaran untuk single entry RM85 tak termasuk GST tempoh proses 4 hari bekerja , kalau nak cepat download borang dulu sebelum ke embassy ,isi siap-siap jimat masa ,kat borang tu dia dah tulis benda apa kena prepare. untuk download borang dan lebih maklumat untuk ke cina sila  tekan sini. Penting !!download borang dulu.

Nak buat visa kat mana?
-jawapan dia kat sini:
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection). 
Hamsphire Place Office, 
Jalan Mayang Sari, 
50450 Kuala Lumpur. 
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm) 
Collection : (9am-4pm). 

kalau korang naik public transport, boleh guna LRT ,turun di station ampang park, cari exit (baca signboard kat atas atap) plaza osk , naik eskelator dan jumpa kedai tutti frutti depan eskelator tu, korang toleh ke kanan nampak old town jalan ke depan(jangan masuk old town) lurus je sampai korang nampak bank of china, pusing kanan jalan lurus lagi sampai hujung jalan, dan korang akan nampak bangunan hamspire tu.

2.Buat itinerary :
nak jalan-jalan kat mana bila dah sampai beijing? korang boleh rujuk website ini , website tu siap bagi itinerary lagi, korang nak pergi mana, cara nak pergi kat situ ,berapa hari , untuk trip kami memang aku ambik itinerary kat situ je, ubah sikit-sikit.selain daripada tu ada beberapa website yang boleh korang rujuk especially route perjalanan, nak naik subway mana, bus no berapa, tiket masuk berapa, dll boleh rujuk website ini :
atau blog-blog orang lain yang pernah pergi beijing, tapi setakat ni 2 website diatas memang bagi maklumat yang terkini dan tepat, seriously !, lagi satu pasal tour masjid -masjid beijing ,korang boleh rujuk website ni:
masjid-masjid beijing, website ni ada sekali dengan cara nak melawat masjid -masjid tu ,subway line berapa, bus no berapa, buka pukul berapa, masjid juga boleh bagi anda signal bahawa:
1.ada toilet ada paip
2.ada makanan halal disekitar
Penting masjid ni sebenarnya.

3.Peta subway:
pastikan anda download peta subway  beijing siap-siap, 
download peta subway paling latest! penting paling latest tu! sebelum ni aku ada print peta subway tahun 2013 atau 2010 rupa -rupanya yang paling latest dia ada pertambahan 2 lines, print color yang terbaik, sebab bila print color memang sangat-sangat senang untuk baca coz setiap line dia akan warna dengan warna yang berbeza , seriously jangan kedekut untuk print color .peta subway sangat-sangat membantu. Contoh peta subway boleh tekan sini dan print color ya
-jangan takut untuk naik subway di beijing, senang je nak study peta dia ,asas dia macam study peta LRT komuter kat KL je, basic dia sama. 
-setiap station disebut dalam train dengan dwi bahasa, english dan mandarin ,jangan risau o.k!
-hampir semua attraction place di beijing boleh akses dengan subway dan bas, so tak payah lah naik beca ke , taxi ke ,sebab kalau kena scam habis lah, kami dah kena sebab nak try sangat naik beca kan??

4.Nak kena study apa?
-tempat nak pergi
-nak pergi macamana ?kalau naik subway keluar gate /exit mana A,B,C,D, ...ini penting! rujuk website itinerary kat atas, penting untuk kita tahu exit mana nak keluar ,salah exit kemungkinan sesat atau kena jalan jauh.

5.Tempat penginapan kat mana?
-pilih tempat penginapan yang dekat dengan subway station,
-pilih tempat penginapan yang berada di pusat bandar,pusat bandar beijing ialah tianamen square.cari area situ , kalau tak jumpa cari yang jauh sikit tapi tak berapa jauh sekitar 2-5 station ke sana.
-kenapa?
tempat penginapan yang dekat dengan city centre atau dekat dengan subway station menjimatkan masa berjalan, menjimatkan tenaga, menjimatkan wang ,makin keluar bandar,makin banyak wang dikeluarkan untuk public transport walaupun di luar bandar penginapan lebih murah ,tapi anda terpaksa bekorban wang pula untuk bayar public transport dan masa perjalanan yang panjang. 
-semasa kami berada di sana kami menginap di walinlu youth hostel, tempat dia betul-betul sebelah subway line 5 dan line 6(dongsi station), hanya 2 station untuk ke tianamen square, klik di sini

tempat penginapan kami -walinlu international youth hostel
bersebelahan dengan subway station line 5&6


6.Buat kamus bergerak
Masyarakat china sangat limited berbahasa inggeris, untuk kemudahan anda, buatlah senarai perkataan penting yang di translatekan ke bahasa mandarin contohnya, nama hotel,alamat hotel, nama tempat-tempat lawatan, nama tempat-tempat penting macam hospital , masjid, tandas, subway station,ini sangat membantu kalau terpkasa tanya orang , tunjukkan sahaja nama tempat yang telah kita tulis tu, semasa kami berada di sini , aku siap tulis arahan dalam sekeping kertas untuk beli tiket train dari beiing ke xian, keretapi jenis apa dan berapa tiket yang mahu, arahan tersebut di google translate ke bahasa mandarin, masa nak beli tiket aku bagi je kertas tu , settle masalah! macam tu juga masa aku nak pulangkan yakatong kad dan dapatkan semula duit, aku tulis "saya nak pulangkan kad ini dan dapatkan refund" google translate dalam bahasa mandarin dan print , tunjukkan kat kaunter settle masalah kedua!

7.Bawa kad pelajar ,kalau anda masih belajar dan muda belia.
-ini penting! kebanyakan tempat lawatan di china ada discount untuk student,yang penting kena tunjukkan kad pelajar yang mempunyai gambar, antara tempat lawatan yang dapat discount :
forbidden city : harga biasa 60 yuen dengan kad pelajar cuma bayar 20 yuan
summer palace :harga biasa 30 yuen dengan kad pelajar cuma bayar 15yuen
cable car great wall:harga biasa 80 yuen sehala dengan kad pelajar cuma bayar 40 yuen
xian tower :harga biasa 54 yuen dengan kad pelajar 27 yuen
jimat sangat-sangat!
masa kami kesana, kami tak punya kad pelajar, tapi biar aku ceritakan satu trick rahsia! gunakan kad pengenalan, yang penting anda masih lagi kelihatan muda, dengan penuh yakin tanya pada mereka "any discount for student?" mereka akan minta kad pelajar, anda berikan kad pengenalan dan terus bayar dan terus blah, teknik ini diajar oleh seorang hamba Allah dalam group backpackers, kami telah cuba dan berhasil! thanks bro!(pastikan anda masih lagi kelihatan muda-penting)

8.study scam-scam yang terdapat di china, ini penting ,sekali anda kena scam ,mood anda rosak dan duit anda hilang, pernah terjadi pada kitaorang kena scam masa naik beca , dia minta 300 yuen ,naik beca tak sampai 30 minute gila!nasib baik kami bayar sikit je dan tunjuk muka garang, china memang banyak scam, at least kalau korang study boleh elakkan dari menjadi mangsa
tips:kalau korang tengah jalan ada orang approach korang dalam bahasa inggeris cakap baik-baik, dan tunjukkan pameran ke, dan tolong itu ke , ini ke, berhati-hatilah kemungkinan baik ada makna. Tapi yang penting baca scam-scam yang terdapat di china -penting!

sekian sahaja tips-tips berjalan di beijing. kalau nak tambah boleh komen ,komen yang murni-murni sahaja. yang penting jangan takut untuk backpack ke beijing , tak susah mana, rajin bertanya dan mereka sangat membantu walaupun english sangat limited .selamat ber backpacking!!

tips-tips setelah sampai beijing akan menyusul....





18 comments:

  1. Assalam..nk tnya dri segi solat mcmmana...jamak,ker..

    ReplyDelete
  2. Budget dlm brpa...brp ari

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pergi 5 hari , 3 hari di beijing dan 2 hari di xian. budjet habis dalam 1500 all in termasuk shopping sikit (beli kasut di xian dan fridge magnet di silk market ) , flight , accomandation dan makan.)semua sekali lah . dah pergi ke belum nih ? sorry lambat balas sebab baru perasan ada komen huhuhu all the best

      Delete
    2. Lum pergi lgi...kumpul duit...g musim sejuk ker...waktu solat google kat sana erk....brapa org g....sori byk tnya plak.....

      Delete
    3. kami pergi musim panas , tapi kalau awak nak pergi rasanya musim sejuk lagi best kot , sebab musim panas dia panas sangat huhuhuhu waktu solat saya google dari malaysia lagi sebab kat sana internet limited kat hotel ada internet tapi slow sangat .

      Delete
  3. best! goggles help peoples travel around the world without agent. Terima kasih!x BNYAK BLOG YG PROVIDE INFO PASAL SUBWAY BEIJING, KOREA BERDUYUN2 INFO.

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi backpackers seorang senang tak nak lulus visa? Nebes la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya apply visa hari tu , dia tak tanya punya nak pergi berapa orang .kami(saya dan kawan) apply visa asing-asing , should be no problem lah solo travel untuk lulus visa. Good luck!!!

      Delete
  5. Makanan halal senang dapat x?
    Pastu tuk penginapan booking dahulu atau walk in je?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply , makanan di beijing susah sikit sebab kami menginap area dongsi , kalau menginap area -araa yang dekat dengan masjid insyaAllah senang , kami setiap klai nak makan terpaksa naik train dua kali tukar pergi area niu ji mosque semata-mata nak makan , di xi"an alhamdulillah senang , penginapan kami book awal via booking.com

      Delete
  6. Makanan halal senang dapat x?
    Pastu tuk penginapan booking dahulu atau walk in je?
    Tq

    ReplyDelete
  7. Makanan halal senang dapat x?
    Pastu tuk penginapan booking dahulu atau walk in je?
    Tq

    ReplyDelete
  8. Salam sis. Boleh share FB/Twitter? Nak tanya pasal visa and Xian.
    Btw, Beijing-Xian punya entri takde sambungan eh? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, saya tak ada twitter , FB ada https://www.facebook.com/noornuzula , beijing -xian hari tu nak tulis tak tulis huhuhu

      Delete
  9. Hai,
    saya plan nak backpack bersama 2 anak,awal bulan 4,,,Beijing-Xian. harap blog2 ni dapat membantu terutamanya transport,,nebess pun ada

    ReplyDelete

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...