Monday, 16 October 2017

kembara andalus : selamat tinggal preston , marrakech sebelum aku temui mu.

source
 http://www.telegraph.co.uk/travel/destinations/africa/morocco/marrakech/

Sebelum  bergerak ke Morocco , kawan yang bagi tumpang rumah  belanja sarapan  di kedai  vegetarian berbangsa india . Kami panggil sahabat kami ini dengan nama Marsha, bila sebut Marsha ada dua benda yang aku ingat , pertama seorang artis malaysia yang cantik nama dia Marsha , yang kedua karyawan daripada indonesia yang banyak menulis buku dan membuat filem . Nama penuh beliau indah sekali , semoga Allah merahmatimu

 Kami didatangi seorang muslimah yang telah lama menetap di Britain  , dia bertanya tentang tudung kami yang cantik , aku serahkan sahaja pada kak faeza yang pandai melilit selendang , entah bagaimana daripada tudung sehingga menjadi perbualan yang panjang , itulah keterujaan kami diluar negara apabila berjumpa dengan saudara sesama muslim , ketika ini yang hanya kami tahu ialah kami sesama muslim , satu agama , satu tuhan , percaya yang Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan Rasul yang terakhir , tanpa mengambil kira dan mempersoal apakah dia wahabi , salafi, entah apa-apa lagi kumpulan yang bikin gaduh di negara sendiri .

ketika pulang hujan turun dengan lebat , tapi kami tidak boleh tunggu lama sehingga hujan berhenti kerana kami sudah siap-siap memesan teksi  menuju ke station keretapi yang akan membawa kami terus ke Manchaster airport meninggalkan bumi Preston dan Britain yang penuh indah dan cinta , kami bertiga berlari-lari anak meredah hujan , entah mengapa hujan ini aku rasakan indah , bukan kerana titisan dia berbau harum , ataupun kami tidak basah walaupun ditimpa titis-titis , tapi mungkin kerana hujan ini kami nikmati bersama , aku sempat mengambil sehelai daun dan disimpan dalam poket , setelah tiba di malaysia daun yang dulunya hijau dan kuning kini bewarna coklat dan kering didalam buku nota  , aku akan datang lagi sebenarnya insyaAllah.

Keretapi berjalan dengan lancar, tiada lagi kena tukar-tukar seperti sebelum ini , oh ya sebelum saya terlupa , hari keberangkatan kami meninggalkan United kingdom ini ialah sehari selepas keputusan pilihanraya president di Amerika Syarikat antara Hillary clinton dan Donald Trump , ternyata yang menang kerusi ialah Donald Trump , riuh gempita satu dunia kerana keputusan pilihanraya US  , media-media dan surat khabar laku keras ! sempat aku membaca surat khabar didalam keretapi yang menyediakan sisipan komentar -komentar ketua-ketua negara yang pelbagai diatas kemenangan trump ini.

Persetankan apa yang terjadi di negara sana buat masa ini , semoga perjalanan kami memasuki marrakech lancar !

Tuesday, 3 October 2017

kembara andalus : Lancaster castle

gambar ni ambil di google
Kami  bertolak ke Lancaster menggunakan keretapi awal pagi dari Preston , perjalanan mengambil masa tak sampai 30 minit pun, harga tiket lebih kurang 6pound pergi balik . Kawan aku nak jumpa kawan dia di universiti Lancaster aku pula rasa macam nak masuk Castle yang dijadikan penjara dan sekarang ni sebahagiannya ialah makhamah jenanyah

dah sampai Lancaster Train Station
bandar Lancaster on the way ke castle

Sampai je di station keretapi , berjalan sekejap je nak sampai ke castle , harga tour untuk masuk castle ni 8pound dan dia ada slot pada jam tertentu . So sebelum tour bermula boleh lepak-lepak di dalam cafe istana  dan tengok -tengok cenderamata , aku cuma beli poskad untuk hantar pada adik-adik , kebetulan aku baca ada post office di Manchaster airport .

Castle ni pada masa sekarang masih digunakan sebagai crown court iaitu makhamah untuk kes-kes jenanyah . so sekiranya ada kes makhamah atau perbicaraan pada masa itu mungkin tour tak ada , disebabkan castle ni jadi as makhamah juga pada masa sekarang ,so sebarang gambar pada tempat-tempat tertentu especially dalam court tidak boleh ambil . Kes-kes yang dibicarakan disini ialah berkaitan dadah dan jenanyah berat .


Masa aku join tour ni , aku je melayu dan muslim , so senyap jelah ..tapi guide yang bawa ni seorang tua pakai cermin mata dan sangat berpengetahuan , sometime dia akan tanya apa yang kita tak faham, apa yang kita faham supaya kita betul-betul faham lah. Tour ni terbahagi kepada beberapa bahagian , dia bawa dalam makhamah , kita boleh tengok tempat judge duduk , peguam duduk , pesalah duduk macam-macam lah , pertama kali masuk makhamah betul-betul dalam bilik perbicaraan, di UK pula tu hebat !!,

 Lepas tu kami dibawa masuk di bilik pameran yang ada jenis-jenis alat hukuman yang real punya dan pernah digunakan, boleh tengok sendiri kerusi elektrik , sempat lah juga aku duduk di kerusi elektrik tu yang sekali ada tempat rantai kaki dan tangan supaya tak boleh bergerak , rantai besi dengan bebola besi yang ikat kaki banduan, rotan , ada penyapu ahli sihir , sebab dulu castle ni jadi tempat perbicaan untuk kes-kes agama so ahli-ahli sihir yang  terlibat dibawa ke perbicaan dan dihukum di sini, ada yang digantung sampai mati dan dibiarkan dalam bilik gelap.Di sini pun tak boleh ambil gambar .

Selepas kawasan ni kami dibawa untuk tengok sel-sel penjara , ini pun kali pertama juga aku masuk penjara, kat U.K pula tu perghh !!!! , penjara ni dah moden dah, tapi ada beberap sel lama yang dibiarkan , di luar sel lama tu ada kerusi panjang , guide tu cakap kerusi panjang tu banduan  akan tunggu sebelum nama mereka dipanggil untuk masuk dalam sel , so guide tu suruh kita orang duduk atas bangku panjang tu , aku duduk dan beberapa mat saleh yang berani , lepas tu guide tu menjerit suruh masuk, terkejut weh!!! disebabkan terkejut tu aku terus masuk ke sel kah!kah!kah! , dalam sel tu gelap giler adalah dalam 6 orang dalam sel tu ,tak ada cahaya apa pun , guide tu tutup pintu yang diperbuat daripada besi tebal dan selak daripada luar , bunyi selak besi yang besar tu GEDEGANG !!! seram weh , dia tinggalkan kita orang dalam sel tu lebih kurang 5 minit , disebabkan sel tu di perbuat daripada batu dan gelap , rasa sunyi dan sejuk sangat , ni baru sel penjara kalau kubur tak tahulah weh ..insaf sangat

sel yang lama , seram kan ?ambil di google juga gambarnya

Seleepas masuk dalam sel , guide akan tunjukkan sel-sel moden , nampak macam best lah sikit , lepas tu kami dibawa ke luar istana , di luar istana ni kami dibawa ke satu tempat yang dipercayai tempat orang digantung , sorang peserta ni tanya , manyat orang -orang yang kena gantung ni kat mana dikuburkan , guide ni cakap kat kawasan istana ni lah, ahahaha tiba-tiba meremang pula bulu roma .


Ruang dalam sel

kedudukan katil dan meja yang disusun dalam penjara , gambar ni dari google

seni orang banduan, cantik kan??

penjara ni ada banyak tingkat , gambar ni diambil daripada bawah


yang moden punya

selfie selepas tour 
Setelah hampir 2 jam gitulah , tour pun settle , sebelum keluar guide ni tunjuk pagar yang memisahkan banduan dan dunia luar , akhir sekali guide ni cakap , berterima kasih lah kepada penjara dan pagar ni yang membolehkan kita semua hidup dengan aman dan damai, syahdunya....time ni hujan pula turun rintik-rintik. Sebelum balik , aku berjalan-jalan pergi town di Lancaster ni dan masuk ke TK max. Petang sikit barulah kak faeza sampai dan kami pun balik semula ke Preston.

Saturday, 30 September 2017

Preston - United kingdom


bandar preston
United Kingdom  negara penuh makna , destinasi pertama tiba dengan pengalaman pertama menaiki kapal terbang 8 tahun yang lalu , juga pembuka jalan untuk travel dengan lebih jauh , benar sekali tentang perancangan Allah yang terbaik setelah kita merancang

Tahun lalu kali kedua aku ke United Kingdom , Tak sangka boleh datang semula ke Preston setelah hampir 8 tahun tempat ini aku tinggalkan.. Kami menaiki Etihad bertolak maghrib di KLIA , transit sebentar di Abu dhabi dan tiba di Manchaster Airport awal pagi , mungkin kerana awal-awal pagi, security dan imigresen check tidak seketat sewaktu  tiba di London tahun 2009 dulu . Kata kak Faeza ada direct train dari Manchaster ke Preston , setelah urusan imigresen selesai kami mencari keretapi untuk ke Preston , malang nasib kami , keretapi ada penyelengaraan, tiket kami diganti dengan tiket bas , selepas itu harus naik tram pula ke station keretapi yang lain untuk ke Preston , penatnya hanya tuhan yang tahu lebih kurang 16 jam dalam flight lepastu berganti-ganti pengangkutan pula.


preston train station


Kami tiba di Preston Train Station tengahari , sampai sahaja di station ada ramai kakitangan keretapi memeriksa setiap penumpang yang baru tiba, 8 tahun yang lalu  kawalan tidak seketat ini , keluar dari station kami terus mengambil teksi bewarna hitam, icon kepada teksi di United Kingdom , ketika ini United kingdom sedang mengalami musim sejuk, angin bertiup membuatkan kami menggeletar kesejukan , Preston terletak di utara maka jarang turun salji  , tapi sejuk disini jangan dicabar walaupun tiada salji angin yang bertiup sudah cukup membuatkan naik bulu roma. Teksi menuju ke george street rumah seorang pelajar di Central Lancashire Universiti .Keesokan harinya baru kami tahu kenapa terlalu ramai pegawai di station keretapi , rupa-rupa sewaktu ketibaan kami ada orang bunuh diri dengan terjun di landasan keretapi di Preston. Innalillah..
kejiranan preston

kejiranan preston

Tidak banyak aktiviti yang kami buat di Preston , selain menziarahi teman-teman dahulu yang pernah kami kenal, berjalan-jalan di town , pergi ke Universiti , pergi ke Avenham park , kami juga sempat pergi ke lancaster , kawan aku jumpa kawan dia di Lancaster Universiti aku pula melawat lancaster Castle and Prison .Kami nak juga beli barang di car booth sale dekat dengan fisher gate Preston , tapi entah apa malang nasib kami ,ada renevotion apa entah ,jadi nya carbooth sale tu tak adalah pula , paling aku suka tentang car booth di Preston ni ialah ada booth buku nama dia derek's book , semua buku dijual dengan harga 1 pound
Avenham park 

avenham park

avenham park

avenham park

avenham park
dockland 
salji pertama di preston
Dulu di Preston ada berapa kerat je orang malaysia berbanding di tempat lain , Manchaster misalannya ,atau Birmingham .Sekarang sebenarnya masih lagi sedikit , tapi mendengar cerita daripada kawan yang belajar disini nampaknya mereka lebih aktif dari 8 tahun yang lalu , mereka mengikuti kelas-kelas agama, pelajar Malaysia dan Indonesia dengan penduduk tempatan ,alhamdulillah bagus mereka ni . Kami berada di Preston lebih kurang 4 hari , tiada banyak berubah dengan preston dari struktur jalan , bangunan-bangunan nya , seolah-olah aku masih berjalan pada waktu yang sama 8 tahun yang lalu .

makan donner kebab

Preston muslim forum

Preston indah pada pendapat aku sebab dia tidak bandar dan tidak kampung , Preston ialah bandar kecil yang cukup apa adanya , tidak sunyi dan tidak riuh , menepati keperluan.Selain lokasi dan struktur bandar , Preston ni boleh aku katakan sebagai mesra muslim , United Kingdom sendiri pun boleh dikatakan mesra muslim kerana banyaknya imigrant muslim yang datang ke sini dahulu , so kemudahan makanan halal , masjid dan kelas agama tiada masalah , malahan kawasan kejiranan kami dulu pun berada dalam lingkungan ramainya orang muslim, Masjid di Preston sahaja lebih kurang 24 buah , kedai runcit dan makanan halal bersepah , Senanglah kiranya di Preston ni. Berterima kasih kepada tuhan kerana membuka peluang  dulu untuk datang dan untuk sekali lagi singgah disini.

Thursday, 28 September 2017

Kembara Andalusia Autumn 2016



Akhir tahun lepas , kami buat kembara Andalus selama 3 minggu , kembara ni akan melalui 5 negara , united kingdom , morocco , gibraltar , spain dan turki . Route laluan  macam ni :

kuala lumpur- manchaster -preston - lancaster-manchaster -marrakech -fez - chefchoun -tangier -algeciras -gibraltar-cappadocia-istanbul -kuala lumpur.

Reason kenapa kami masuk :

1.United kingdom
Tujuan kami ke United Kingdom sebenarnya untuk ke Preston je , kebetulan  pernah tinggal di Preston selama 6 bulan , banyak lah kenangan manis sepanjang di Preston , banyak juga yang kami belajar .

2.Morocco
Di morocco  akan melawat beberapa kota Marrakech -fez-chefchouen -Tangier, kebetulan kawan nak tengok sendiri universiti qarawiyin di Fez

3.Algeciras
Algeciras ni , nak ke tak nak memang kena masuk sebab dari morocco kami nak masuk ke spain dan masuk gibraltar juga

4.Gibraltar
Kami masuk ke Gibraltar sebab terkesan dengan sejarah pembukaan Andalusia , mengenai Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair

5.Turki
Kali ke 3  ke turki , di turki kami ke cappadocia dan istanbul , alasan ke cappadocia sebab dia cantik sangat , alasan ke istanbul pula sebab aku nak kenalkan pada kawan aku pada  iikv dan peluang biasiswa dia untuk buat Phd.

Monday, 28 August 2017

kembara Balkan - Pamukkele the end .

Pamukkele tempat last kami pergi lawat untuk kembara balkan . Dari cappadocia kami naik bas jam 11 malam dan sampai di pamukkele pada awal pagi , lebih kurang jam 4 pagi kami sampai dan diambil oleh tour kami .

pamukkele ni ialah tempat yang paling tak best dalam kembara balkan ni , so pukul 4 pagi tu kami di bawa berkumpul di dalam pejabat tour tu , urusan dia lama bebenar , sempat kami bertemu dengan pengembara daripada jepun , lebih kurang 2 jam macam tulah baru kami diberi bilik untuk istirehat seketika , jam 10 pagi dah nak gerak ikut tour , time ni semua bag dah kena buat keluar sebab tour kami akan melepasi waktu check out . Harga bilik dan sarapan rasanya tak termasuk harga pakej .Dan bilik dia teruk sangat sarapan pun teruk , tapi tak apa dah nak balik dah kan.

so start dari jam 6 baru kami istirehat sebentar sebelum kena bangun balik lebih kurang jam 9 untuk sarapan , so pukul 9 everything kami dah kemas , so saya turunlah untuk sarapan , malangnya makcik yang uruskan bilik ni kata kami tak boleh turun sarapan lagi , padahal saya ada nampak beberapa orang yang kami jumpa semalam di pejabat tour sedang bersarapan , lebih kurang jam 9.45 macam tu baru kami di panggil untuk sarapan semula , time ni barulah saya sedar yang tempat sarapan dia hanyalah satu meja yang boleh duduk 6 orang , dekat atas meja bersepah dengan kulit telur rebus . So kami duduk dan lebih malang lagi kami hanya dihidangkan roti putih , jem dan sayur , telur tak ada pun , bila kami minta dia kata dah habis , giler ahhh...

so pengembaraan bermula , pamukkele ni terkenal dengan istana kapas dan Hierapolis , yang join tour ni kami dua orang je , dan seorang guide perempuan, harga pakej termasuk lunch buffet . Disebabkan terlampau penat dan tak berapa nak puas hati dengan pengurusan pakej ni muka aku pun memang toya giler , sampaikan nak bercakap dengan guide pun tak ada mood , guide ni pulak sibuk perli kitaorang pasal kita orang tak ambil pakej belon panas , "you said that hot balloon too expensive for you ?" sambil buat muka tak puas hati , WTH , lantak kitaorag lah .....lagi satu yang aku tak puas hati time kat sini handset aku rosak ahahahah

tak puas hati ni lah the reason aku tak berapa nak ambil gambar dan tak berapa nak pay attention , pada aku pamukkele ni tempat yang enough lah sekali je datang , tak worth untuk repeat pun. Last tour dalam area jam 6 , pukul 11 malam flight kami akan bergerak ke istanbul semula sebelum balik ke malaysia jam 6 pagi . pukul 7 malam aku dah tanya orang ni sama ada boleh hantar awal ke tak kitaorang kat airport ? dia macam tak nak bagi , so kami lepak je lah dalam office dia, lama-lama dia perasan kot muka kitaorang penat dan tak berapa nak puas hati lastly dia hantar kita orang juga ke airport around 9 malam .

lepas naik flight je rasa lega giler , sampai di IST airport kami kena tunggu pulak sampai jam 6 pagi sebelum berlepas ke malaysia . Sementara tunggu jam 6 pagi tu aku memerhatikan group jemaah umrah dari turki kebanyakan mereka warga tua, subhanallah bahagia giler muka diorang . aku suka tengok orang-orang tua turki tak tahu sebab apa , muka diorang baik.

maka berakhirlah jejak kembara balkan ni . Balkan country seriously best, Rasa nak repeat balkan di bahagian yang lain pula .

Sunday, 4 June 2017

dengan kapcai kita menawan cappadocia .


  Hari kedua di Cappadocia, rancangan kami untuk sewa motor kapcai dan berjalan sendiri mengikutilaluan "red tour " , Salah satu tempat yang penting semestinya garome open air museum .
Pagi hari lagi kami telah bangun , bagusnya kembara- mate aku sorang ni sentiasa sharp on time , kami sentiasa bangun pagi , untuk mengejar masa sarapan sebenarnya , bila turun sarapan awal makanan masih banyak di buffet . 

Tapi sebelum jam 7 pagi belum lagi masa sarapan, kami  keluar dari safran cave hotel untuk berjalan-jalan menuju bukit tinggi untuk melihat belon panas naik ke udara . Kami tidak mengambil pakej belon panas kerana harga yang mahal ,jujur aku katakan ini .
Kami menjumpai satu bukit untuk didaki ,kawan aku berjalan ke hadapan , tiba-tiba dia berlari dengan laju patah balik ke belakang , terkejut aku kerana dia dikejar anjing , huhuhuhu kami memilih jalan yang lain tapi tetap mendaki bukit .
jalan-jalan menuju atas bukit

Akhirnya kami temui tempat yang bagus untuk lepak-lepak ,dari kejauhan kelihatan belon -belon panas naik ke udara , subhanallah indah sungguh , sayangnya ! kalau kami datang lebih awal kemungkinan kami dapat juga melihat sunrise .
Aku sering berangan-angan duduk di tempat yang indah , melihat sunset atau sunrise sambil minum kopi atau teh , pendapat aku matahari sering memberikan harapan yang baru ,matahari tenggelam meninggalkan hari -hari semalam , matahari timbul membuka hari yang baru ,indah sekali penciptaan matahari .maha suci Allah yang maha bijaksana .




Setelah usai melihat indahnya pagi di Cappadocia kami balik ke hotel semula untuk mandi-mandi dan bersarapan . Selepas itu kami keluar mencari moto sewa . Kedai moto sewa ini kami sudah lupa namanya , tapi sebaris dengan restoran korea yang di usahakan oleh orang turki . Bayaran sewa semua kami sudah lupa .
Saiz kapcai di sini besar sedikit dari kapcai di malaysia , pada mulanya tuan kedai ini macam kurang yakin dengan kami perempuan pendek ini mengendali motor , tapi kawan aku ni memang bijak memandu , Lori kelapa sawit pun dia boleh bawa tau !! , dia nak tengok kami bawa motor itu dikawasan lapang kedai , memang kawan aku tu boleh bawa , aku pun yakin dengannya , setelah itu kami study sedikit laluan ke open air museum dan rose valley . Dan ayuh bergerak !!!!



Kami di tiba di open air museum , semua orang memandang kami , rupanya ramai orang datang ke open air museum ini dengan berjalan kaki , ada juga yang naik basikal ,yang naik motor ? Maaf ya tak ada , kami sahaja ahahahahah banggannya . Jejaka turki membantu kami memakir moto dan kami terus menuju ke pintu masuk museum, bayaran masuk 25TL ,

Dah nama open air museum so tempat ni memang outdoor lah , cantik ya memang cantik , dari segi history dia lebih banyak kepada sejarah kristian yang sangat kompleks untuk aku faham ,kalau  korang tak tahu lah mungkin cepat kot kadar pemahaman korang , open air museum ni terkenal dengan bentuk batuan yang attach dengan gereja yang mempunyai lukisan@ukiran di dinding , lebih kurang 11 refectories ( bangunan batuan yang lengkap dengan ruang makan , belajar etc..etc ) yang attach dengan gereja -gereja yang kita boleh tengok , refectories ni dah wujud sejak abad 10, 11, dan 12, giler lama


lepas balik dari Open air museum tanpa faham apa-apa , kami singgah lunch di restoran korea di garome , travelmate aku ni suka korea , so makan lah makanan korea , ni first time aku makan bimbimbap , makanan korea yang dimakan di turki ahahaahah best rupanya makanan ni , harganya pun mahal nya mak aiiii !!!! lepas balik malaysia aku pun jadi suka makan bimbimbap ni.

lepas makan kami solat di masjid area garome town dan mulalah merempit , jujurnya nak kabo kami tak jumpa pun rose valley tu kat mana , tapi kami tetap enjoy dengan kesesatan kami , sebab pemandangan jalan-jalan di garome ni subhanllah cantik sangat , jalan-jalan kat sini kurang kenderaan memang sesuai lah untuk lumba motor haram . kata orang if you cant enjoy the destination (sebab sesat kan ) you can enjoy the journey .



lepas puas berjalan-jalan hari pun dah hampir nak maghrib , kami bawa motor kami balik ,sebelum tu kami solat maghrib dulu di masjid yang sama , kat masjid ni ada kejadian aneh yang berlaku , so aku ambil wuduk , dan solat maghrib sama dengan imam lepastu aku jammakkan sekali dengan solat isyak , lepas solat aku bertafakkur sekejap sebelum masuk waktu isyak tu lah , then tiba-tiba ada sorang makcik turki ni , dia pun masuk , bila imam dah start nak solat isyak dia ajak aku solat sekali berdiri sebelah dia beria-ria dia ajak , aku rasa bersalah sebab aku kan dah solat tadi ??tapi tak tahu nak explain macamana pada makcik turki tu , akhirnya aku ambil keputusan untuk lari aahahahah tak matang nya , mesti makcik tu pelik .

akhirnya kami pun pulangkan moto tu tanpa isi minyak penuh , so kenalah bayar mengikut harga kuantti minyak yang kami dah guna tu , Masa pulangkan moto tu sempat kami bertemu dengan owner kedai moto tu dan sempatlah di jamu dengan 2 cawan cay @ teh .Kami borak-borak pasal isu semasa dan traveling kami , so this brother dia cerita lah anak -anak dia yang study USA tu , bagus uncle ni , best juga borak-borak dengan pakcik turki tu.

jam 11 malam kami akan naik bas sekali lagi untuk ke pamukkele , dijangka akan sampai awal pagi , kami dah tempah tour siap-siap , kiranya di pamukkele ni kami tak bermalam lah , sampai awal pagi , kami akan tidur sekejap , bangun , sarapan dan akan bermula tour lebih kurang jam 10 pagi , lepas balik tour kami akan naik flight dari pamukkele ke sabiha airport istanbul jam 10 malam , dan dari sabiha naik transfer bas untuk ke attarturk airport sebelum balik ke malaysia .

kalau nak ke cappadocia aku tak nak pesan apa-apa pun pada korang , tapi try lah cuba sewa moto , jalan dia fuh!!! serious cantik , yang tak bestnya orang-orang turki di garome ni akan pandang korang perempuan yang naik moto ni macam something wrong pula , tapi korang tak payah peduli lah , bukan korang nak kahwin dengan dia pun , melainkan mereka-mereka tu bakal mak mertua or pak mertua korang aahahahah....

anyway aku enjoy gila di cappodocia ni , tahun 2016 aku datang lagi sebab aku suka betul dengan bandar ni.

Wednesday, 10 May 2017

cappadocia turki - kembara balkan

muka bumi cappadocia , yang tercacak-cacak dalam gambar tu ada orang duduk dalam tu , bijok sungguh manusia ni.
Ada pelbagai cara untuk ke Cappadocia, yang paling popular ialah menaiki bas dan kapal terbang , kami memilih untuk menaiki bas , terdapat banyak juga syarikat bas yang membawa kita kesana. Tiket bas kami beli terus dari Esim si pengurus Tulip Guesthouse , harganya sekitar 80 TL kalau tak silap . Perkhidmatan termasuklah pengangkutan menggunakan van ke station bas , so tak perlu lah kami bersusah payah angkut luggage naik train ke station bas. Bas kami dijangka akan berlepas pada jam 10 malam . Jadi plan nya kami akan tidur didalam bas sehingga sampai di pekan Garome subuh hari .

Keadaan didalam bas alhamdulillah o.k , sempat kami bertemu dengan sekumpulan pengembara dari malaysia , kebetulan mereka duduk disebelah kerusi kami , bas ini mempunyai mini TV disetiap tempat duduk , mempunyai pelayan , seorang remaja belasan tahun, tugas pelayan ini ialah menyediakan teh ,dan melayan kami lah of coz... banyak masalah dengan bas yang kami naiki ini sebenarnya , baby muntah di depan seat kami sehingga kami pun rasa nak muntah dengan bau muntah tersebut astaghfirul alazim..yes! ada di TV disetiap kerusi tapi tiada signal , ahahahahah....so memang penatlah naik bas ke cappadocia ni , dengan tak boleh tidur sebab bau muntahnya macam -macam lah ...

Ni gambar station bas di gerome cappadocia , nampak signboard syarikat-syarikat bas yang beroperasi ? kat sini ada juga tiket untuk bawa kita ke pamukkele , atau tempat-tempat yang lain , yang next time insyaAllah aku kan explore , by the way gambar ini diambil dari website captivating cappadocia

Sebelum jam 7 pagi , hari masih gelap time tu , kami sampai di pekan garome , tempahan lawatan  green tour telah di buat sebelum tiba di Istanbul lagi , sekitar jam 7.30 pagi kami dijemput oleh pekerja tour dan di hantar ke tempat penginapan , penginapan  juga telah di tempah awal melalui booking.com, nama penginapan kami ialah Safran cave hotel , rupa-rupanya  hotel ni sangat-sangat dekat dengan Station bas .
ni gambar pintu depan hotel ni , dekat giler dengan station bas , menapak sekejap je . Gambar ni ihsan dari booking.com

ni pada waktu malam.
 Hotel ni diuruskan oleh adik-beradik lelaki yang kacak , kami tak boleh check in awal sebab bilik kami belum siap dikemas, menunggulah kami di ruang penyambut tetamu sambil mendengar lagu-lagu rock turki yang dipasang oleh salah seorang adik beradik saffron hotel ini . Disebabkan kami memang dah penat , dia pun perasan yang muka kami langsung tak ceria , brother safran hotel ni cakap , why not you going up stair and having breakfast . seriously ???? ye lah sebab breakfast untuk hari pertama kan sepatutnya tak ada ? kami apa lagi dah orang belanja breakfast free terus naik ke atas , tempat makan memang di buat diatas sekali , supaya panorama belon udara naik dapat dilihat dengan jelas , kelihatan seorang perempuan muda berambut perang sedang menukar siaran TV , ketika itu TV menyiarkan video klip "Written on the wall " yang dinyanyikan oleh sam smith .


restoran dia , 
  Perempaun itu berwajah mat saleh tapi orang turki lah , setelah dua tiga kali masuk turki aku boleh katogerikan wajah orang turki ini kepada 3 style , satu ala-ala eropah yang ini paling handsome , biasanya yang berwajah seperti ini datangnya dari turki bahagian anatolia , berhidung mancung tapi mata agak sepet , still handsome juga ini mesti datang dari turki belah-belah negara "tan " tan " yang dekat dengan china dan russia , dan akhir sekali yang berwajah seperti arab , ini tak tahu datang dari mana , sekadar pemerhatian . Tapi pada aku bila perempuan turki memakai tudung , wajahnya sama sahaja , sama!

Bercakap pasal sarapan pagi di Safran cave hotel ini , sumpah breakfast kat sini ialah breakfast terbaik yang aku dapat dari mana-mana hotel yang pernah aku duduk , selain makanan yang dalam gambar tu , tukang masak dia masakkan kita orang telur dalam tu ada cheese fuh!!! sedap betul , yang paling aku suka terung goreng dengan sambal apa entah , tapi tu lah breakfast yang paling best !

Jam 9.30 pagi , dah ada van sampai untuk memulakan Tour , yang join tour tu cuma 4 orang je aku dan kawan dan couple yang datang dari istanbul , tour guide kami nama Anil . Untuk green tour ni kami akan dibawa melawat bandar bawah tanah yang dinamakan Derinkuyu , mendaki lembah ihlara , selim monastery dan pigeon valley . So far aku puas hati dengan green tour ni , lunch dah termasuk harga tour 120TL standard kami dapat kurang 98 TL .


Tempat yang paling best dalam green tour tu mestilah Ihlara valley , korang akan melalui sungai yang mengalir , bermesra dengan itik-itik , minum jus delima segar , perasaan dia peacefull sangat , masa makan tengahari di lembah Ihlara kami sempat berborak dengan dua orang turki tu , dia cakap dia dah travel banyak tempat , tapi cappadocia yang paling dia suka , katanya lagi entah mengapa cappadocia tidak dipandang pemerintah untuk dibangunkan , tapi dalam masa yang sama rasanya bagus juga at least bandar ini memberi kita peace of mind jauh berbanding kesibukan dan kepadatan istanbul. Aku setuju dengan pendapatnya , cappadocia tenang sangat , end up nya aku datang sekali lagi kesini . Tapi dalam masa yang sama ada kontra nya juga , jangan disebabkan untuk preserve tempat , kita abaikan keperluan ekonomi penduduk setempat , itu bukan masalah kita untuk fikir biarlah geng-geng Erdogan fikir pasal hal ni ahahahaha

perjalanan hiking ihlara valley

jalan lagi creepy betul patung tu 

sebenarnya kami jalan menyelusuri sungai ni lah , sehingga sampai ke restoran untuk makan tengahari 
dah sampai area restoran .
dah siap makan

kami pulang dengan badan yang amat penat , esok kami ada plan best , sewa motor untuk menjelajah jalan-jalan di garome .

macam ni lah rupanya bilik kitaorang di safran cave hotel . selesa sungguh , dalam bilik ada TV , fridge .
p/s: ini memori pada tahun 2015 , akhir tahun lepas aku datang sekali lagi dengan orang lain pula .

kembara andalus : selamat tinggal preston , marrakech sebelum aku temui mu.

source  http://www.telegraph.co.uk/travel/destinations/africa/morocco/marrakech/ Sebelum  bergerak ke Morocco , kawan yang bagi tumpang...