Wednesday 30 December 2015

6 Azam kembara 2016 , what yours?

Baru menerima emel dari blog nota perempuan backpackers , membicarakan mengenai azam travel , Saya juga punya azam baru dalam kembara , azam ini mula difikirkan setelah menamatkan misi menawan balkan-bosnia december yang lalu.

Saya punya 6 azam dalam kembara untuk tahun hadapan :

1.Kembara lebih lama

Tahun-tahun sebelum ini ada beberapa trip gila yang saya lakukan , kembara krabi thailand dalam masa satu malam ketika puncak perayaan pesta air , keesokan harinya pulang ke kuala lumpur semula , dan kali kedua kembara beijing-xian hanya 5 hanya untuk 2 tempat, ada lagi satu kembara bandung 3 hari 2 malam ,penat sangat-sangat, benar-benar terburu-buru dan tidak menikmati suasana . Untuk kembara lebih lama ini mula masuk dalam kotak pikiran saat-saat menikmati suasana rehat dan santai ketika kembara di balkan , lebih menikmati suasana, dan keesokan harinya bangun dengan keadaan segar untuk explore kota dan hutan, begitu nikmat sekali. Jadi tahun depan, kembara ku mesti lebih 5 hari untuk 2 negara atau 3 hari untuk satu negara.

2.Penambahan cenderahati untuk diri sendiri

Disebabkan kembara ini kembara budjet, saya hanya membeli fridge magnet sebagai cenderahati di satu-satu tempat, baru-baru ini saya melihat seorang teman kembara, menghantar poskad untuk diri sendiri dari setiap tempat yang dia lawati, -saya ada album tahu, untuk poskad-poskad ini ,katanya. Melihat begitu senangnya menghantar poskad, insyaallah saya akan melakukannya ,kita juga boleh mendapatkan setem dari negara -negara yang berlainan. hebat!

3.Tidak terlalu keras.

kembara tahun hadapan , insyaallah saya akan lebih memanjakan diri, membayar lebih sedikit untuk tempat duduk didalam kapal terbang supaya lebih selesa untuk bersolat dan ke tandas, memilih penginapan yang agak selesa sedikit dalam harga yang tidak terlalu mahal , malahan saya juga akan membayar tour guide di tempat-tempat tertentu supaya lebih informative , kelebihan membayar tour guide ini saya rasakan ketika melawat pamukkele dan cappadokia di Turki , betapa banyaknya maklumat dan kisah-kisah disebalik dan disebalik sesuatu tempat, lebih-lebih lagi sekiranya tour guide itu asli dari tempatnya. Kembara kan untuk meraih ilmu , jangan kedekut dong bayar sedikit untuk mendapat maklumat .

4.Lebih rajin menulis dan membaca.

Azam ini dari tahun lepas lagi, apa yang pasti ,kisah kembara ini tidak hanya sekadar catatan di muka buku (facebook) dan penceritaan tidak hanya sekadar kisah peribadi.

5.Mempelbagaikan event .

Saya tidak mahu kembara tahun depan hanya masuk keluar muzium, kembara tahun depan ialah kembara yang lebih banyak interaksi insyaallah, contohnya masuk kelas memasak makanan tradisional di tempat yang kita lawati, melakukan kerja amal dan pelbagai lagi, untung-untung berjodoh dengan orang sana , mana tahu kan? huhuhuhu...

6.Belajar bahasa asas komunikasi 

Saya sudah terfikir hal ini lama, alangkah bagusnya sekiranya kita membuat persediaan belajar bahasa asas sebelum kembara ke tempat yang tidak menggunakan bahasa inggeris , bahasa mandarin, jepun , france untung-untung selain dapat menembahkan ilmu, dapat ramai kawan juga dan boleh shopping barang dengan harga yang murah. Hanya asas ! tidak terlalu berat rasanya, Sewaktu penerbangan pulang dari CDG paris ke vietnam menggunakan vietnam airlines, saya mendapat tempat duduk di tengah-tengah , sebelah saya kedua-keduanya dari vietnam, tapi bahasa france mereka subhanallah fasih!

jadi itu sahajalah 6 azam kembara saya tahun hadapan, more place you go ...more knowledge you gain ! insyaallah.


Tuesday 24 November 2015

PARIS : Catatan kisah cinta.(2013)

Eiffel tower , kenangan ,time ni tengah renovation

Kata orang paris ini kota cinta the city of love  bagaimana?. Ketibaan kami di Paris pada awal pagi , pada musim sejuk (selalu sahaja kembara ku pada musim sejuk ) , bayu angin bertiup  menyapa pipi lalu masuk ke rongga hidung , bau salju ..bau yang persis seperti bau di Preston, atau akukah yang terlebih rindu ?

Sedikit bacaan tentang Perancis, dikatakan negara Perancis ialah negera eropah yang paling ramai muslim dan paling ramai revert , angka muslim di Perancis setakat ini dianggarkan sekitar 6 juta jiwa , subhanallah ..di Paris sahaja jumlah muslim dianggarkan sebanyak 1.6 juta , data ini pada tahun 2013 , no wonderlah terdapat banyak sekali restoran halal  bertemakan Morocco, Tunisia , Arab , Turki dan banyak lagi.

Di burgundy , Perancis terdapat satu institusi yang melatih pelajar untuk menjadi imam , pembelajaran diadakan di European institute of human science de saint-legar-de fourgeret, untuk rujukan klik di sini, institute ini bertujuan melatih para imam di Perancis mampu berbahasa france dengan baik dan mengetahui tata perudangan negara , dengan usaha ini maka tidak hairanlah agama islam tersebar dengan begitu pesat .


Hijab di paris :


pintu masuk grand mosque paris, orang perancis menyebut mosque atau masjid dengan sebutan "mosqi"



Pada pendapatku kota Paris ialah kota yang sangat-sangat mahal , diakui oleh abang google juga, mahal segala-galanya , dari penginapan dan makanan , kami tinggal di kawasan yang ramai orang cina yang bahasa tuturnya ialah bahasa Perancis , aku tidak ingat dikawasan mana kerana segalanya diuruskan oleh teman travel ku , station metro yang terdekat ialah colonel Fabien . Disebabkan telah set di mindaku betapa ramainya muslim di Paris , aku tercari-cari juga dimanakah 1.6 juta manusia itu , mataku memerhati wanita terutamanya –Hijab ! ya..aku memerhati hijab , kerana hijab itu tandanya muslim , tapi aku tidak ketemu setelah hampir 8 jam di bumi Paris, mataku meliar pada keramaian manusia di station keretapi Gare de Nord , tidak ketemu juga .
Flash back semula kejadian beberapa tahun yang lalu di Preston , berkenaan dengan hijab, Aku dan sepupu berjalan ke Fisher Gate , tiba di satu tempat berhadapan gereja , pemandangannya sangat indah , dengan daun-daun kuning berguguran , tanda peralihan waktu dari autumn kepada winter , kami saling bertukar kamera untuk mengambil gambar , sedang asyik memotret , kami di tegur oleh seorang lelaki berkulit putih , membawa sling bag .

very nice day “ katanya, kami hanya tersenyum.
Are you muslim ?” dia bertanya .
 “Of course I,m , how do you know?” aku jawab dan aku tanya semula, pastinya aku tahu jawapannya apa, kerana hijabku , hijabku yang membuktikan bahawa aku muslim .”
 because you wearing hijab
kan…?dia tergelak-gelak, aku bertanya
are you muslim too..?
 “no…no…im not , im Jehovah witnesses ..bla..bla..bla…
akhirnya tahulah kami dia mahu berdakwah dengan kami tentang Jehovah witnesses , perbualan kami terhenti dengan dia menghadiahkan kami beberapa risalah mengenai fahaman Jehovah witnesses . Sore , kami pulang ke Burrow Road , aku terfikir , betapa hijab sebenarnya bukan hanya perintah menutup kepala dan menjaga kehormatan , tetapi ia adalah lambang agama, supaya muslimah punya identity sendiri, punya tanggungjawab membawa kehormatahan diri dan kehormatan agamanya juga , jika saat itu aku free hair , pasti pemuda inggeris itu mengangap aku kristian , mungkin juga atheist ,nauzubillah…peristiwa itu memberi pengertian yang besar akan hijabku , mencabut hijab bagiku seperti mencabut identity agama , dan menyempurnakan hijab bagiku seolah-oleh menyempurnakan sebahagian agama.
Berkait dengan insiden yang berlaku di Paris baru-baru ini, agak bimbang untuk aku dan teman ke Paris semula , setelah meminta pandangan orang ramai , ada diantara mereka yang mencadangkan kami untuk membuka hijab, nauzubillah…..terfikir aku sebentar , kalau kita fikir kita tidak bersalah dalam keganasan yang berlaku di Paris , mengapa kita harus bertindak seperti orang yang salah , tidak…sama sekali tidak…aku akan kembali ke paris december nanti dengan identity muslim, tapi tetap berhati..hati…my hijab will still remain , its will be never remove or replace with snow cap or what so ever..

Bercakap soal hijab , di Perancis pada tahun 2004 telah ada peraturan melarang memakai pakaian yang menunjukkan lambang agama di tempat awam dan di sekolah , muslimah ketika itu diuji dengan hijabnya , dan mereka mempertahankan , ia bukan sesuatu yang mudah , memperjuangkan kewajipan agama di sebuah negara non- muslim .

Akhirnya kami bertemu juga dengan beberapa muslim didalam metro, aku cuba berbual bertanya itu dan ini..sayangnya , sister tersebut tidak pandai berbahasa inggeris tapi senyumnya cukup membuatkan aku jatuh cinta, satu perkataan sister tersebut keluarkan “nation “ , ya dia akan turun di perhentian nation , sebelum turun dia memberikan kami coklat dengan senyum yang sangat manis!

Hari ke -2 di Paris:

Misi kami pada hari ini ialah menjejaki Napoleon Bonaparte, tokoh revolusi Perancis yang dikatakan revolusi yang paling berjaya di dunia , ini membawa kami ke muzium tentera –musee de l’armee , tidak banyak yang aku tahu tentang tokoh ini , apa yang pasti setelah pulang aku mula mencari –cari kisah tentang beliau yang ada dikatakan beliau memeluk islam setelah pulang dari misi di Mesir , wallahuaklam ..

museum tentera , misi menjejaki napoleon

 Hati ku berat menyatakan tidak , kerana cerita beliau memeluk islam berdasarkan hanya kepada dua sumber, satu daripada akhbar di Perancis pada ketika itu yang menyatakan beliau memeluk islam , tapi pendapat peribadi ku ialah , aku memahami sifat suratkhabar dan tugas wartawan , mensensasikan berita untuk menambahkan pembaca dan menjual lebih banyak surat khabar , sumber yang kedua ialah melalui buku satanic verses, yang anehnya satanic verses itu sendiri memetik dari sumber pertama iaitu suratkhabar tadi , lagi pula satanic verses ialah bahan bacaan yang penuh dengan teori konspirasi dan illuminiti . Tetapi itulah ..sama ada beliau memeluk islam atau tidak, tak penting , yang penting bagaimana revolusi Perancis menjadikan Perancis hari ini , kita doakan yang baik-baik sahaja untuk beliau..

napoleon

ukiran wajah napoleon

antara pakaian ketenteraan 

 
dikatakan keranda yang memuatkan jasad napoleon

Sebelum lupa, ada satu lagi cerita yang menarik , ini berkenaan seorang tokoh bernama Jacques-Francois Menou , beliau ini ialah general perang yang bersama-sama dengan Napoleon ke Mesir , orang kepercayaan Napoleon sendiri , setelah pulang dari misi di Mesir , beliau Alhamdulillah memeluk islam nak menukar nama menjadi Abdallah de Menou..untuk rujukan klik di sini dan ini juga menjadikan kemungkinan napoleon juga memeluk islam , tetapi atas alasan politik mungkin ceritanya ditutup , mungkin ,wallahuaklam..

Paris- Saat aku menemukan cinta 

dalam perjalanan ke grand mosque
 
 Pandanganku mengenai Paris ialah , serabut ! rasa tak tenteram ! pening! pusing! lelah! macam-macam perasaan yang tidak enak , walaupun kami telah bergambar dan makan waffle berinti nutella yang harganya 4euro , juga diganggu dengan abnormal person yang memaksa kami sign pada kertas yang kabur hasil photostat beberapa puluh kali dan dipaksa bayar wang pula. ..huhuhu itulah cerita yang sungguh tidak enak untuk dikenang di Eiffel tower .
air pancuran , pada bahagian tengah dalam kawasan masjid, dikatakan keindahan pancuran ini sepertimana al hambra
keserabutan itu pergi jua saat aku menemukan cinta di Grand Mosque Paris , bangunan masjid besar berdinding putih bersih , binaan seperti di spain ,terdapat juga taman indah dalam masjid dan pancuran air , gayanya seperti al-hambra. Masjid ini dibina atas rasa terima kasih kerajaan peranchis pada muslim yang menjadi tentera dalam perang mempertahankan negara Peranchis .Sekiranya kita berjalan-jalan di sekitar masjid kita akan menemui nama tentera muslim yang tewas dalam perang dan dihiasi dengan kuntuman bunga .
Masjid di Perancis ada kisah cintanya , sewaktu Perancis berperang dengan Jerman, ramai sekali penduduk yahudi menjadi mangsa Nazi , mereka diselamatkan oleh muslim di Perancis pada ketika itu , dilindungi dalam masjid , anak-anak yahudi ditukarkan surat kelahiran mereka dengan kelahiran muslim yang dibantu oleh imam , juga surat-surat nikah mereka ditukarkan kepada perakuan muslim bagi menyelamatkan identity mereka sebagai yahudi yang dicari oleh pihak jerman.

ruang dalam masjid

ukiran marmar pada dinding masjid

tidakkah itu cinta? Cinta dan kasih sayang kepada kemanusian .


Paris –kini


Beberapa hari ini , kita dikejutkan dengan serangan keganasan yang membunuh lebih 100 orang warga sivil di Paris , perbuatan yang langsung tidak berperikemanusiaan dan tidak menjadi ajaran kepada mana-mana agamaN, perbuatan yang tidak memberi untung . Setelah ISIS  mengaku bertanggungjawab , keadaan makin keruh, terutamanya sekali respond kepada islamophobia , seandainya mereka tahu betapa sulitnya muslim di negara Perancis ini mempertahan akidah mereka sebelum ini , dan akan bertambah sulit setelah kejadian ini , sama ada ini konspirasi atau apa wallahuaklam , doakan Cuma :
1. Kita tidak menyebarkan fitnah atas ketidak tahuan kita , atas maklumat yang terlalu limited
2.Kita dihindarkan dari fitnah.

sebenarnya kejadian ini mengundang rasa sedih  , saat pandanganku berubah tentang negara ini, betapa banyaknya kesan peradaban islam yang terdapat disini , dan saat aku lagi 5 hari untuk hadir kali kedua dan peristiwa ini terjadi.

 Sedih , apabila membaca berita serangan ini, dan komen-komen penduduk Paris dan non-muslim dalam media islam, islam di tempelak, islam yang dikatakan the religion of peace di jadikan bahan lelucon, nabi kita di cerca , dan kita tidak berupaya menerangkan kepada mereka apa yang mereka tidak faham tentang islam , persoalannya kenapa ?
1.masalah bahasa
2.jika adapun komen daripada muslim sendiri ia disampaikan dalam nada yang cukup aggressive

benarlah the best to promote islam is by practicing it.
practicing it !
keganasan bukan amalan , jauh lagi dengan the method of practicing.

Paling membigungkan betapa tidak adilnya media dalam memaparkan isu, tapi fikirkan kembali, saat islam tidak menguasai dunia media tidak pernah menyebelahi kita , tapi dalam masa yang sama umat islam sendiri tidak menjadi media untuk mempromosi islam , kalau adapun sedikit .

Mungkin kejadian di paris ini menyedarkan kita, sudah tiba saatnya kita menjadi tinta dan media islam, lebih banyak belajar tentang agama kita sendiri untuk dipraktikkan dan disebarkan , mendalami bahasa inggeris dan bahasa arab supaya kita boleh memberi respon yang baik , dan lebih banyak membaca !

Banyak hal kita beranggap itu benar, tetapi sebenarnya itu tidak benar sama sekali kerana kita tidak mempunyai maklumat yang cukup.

is that the TRUTH or you news limited?

paris …semoga kita menadi agen islam yang baik. The best way to promote islam is by practicing it ! insyaallah…



Tuesday 10 November 2015

Sehari suntuk di singapura

Di USS , dah macam di United kingdom , salji tu edit sahaja...


Kalau mula untuk belajar backpacking , aku kira singapura ialah Negara yang terbaik untuk  belajar, dengan masa sehari kami telah melawat tempat popular singapura , USS(Universal studio) termasuk tentunya .

Bergerak ke singapura pada jam 11 malam dengan keretapi dari KL sentral, class katil menjadi pilihan supaya selesa tidur untuk banyak berjalan keesokan harinya  , harga katil lebih kurang RM60 , dan agak selesa , bantal dan selimut tersedia, juga langsir setiap katil untuk lebih privasi ,boleh tidur dalam keadaan tertutup, setiap satu coach ada tandas tersedia dari hujung ke hujung, cafĂ© ada di dalam keretapi , tapi kami memilih untus bungkus makanan , makanan dalam keretapi kan mahal.



Sampai di singapura pada awal pagi, subuh harusnya didalam keretapi , sebelum sampai woodlands keretapi ini akan berhenti sebentar di satu station, dan beberapa pegawai imigresen Malaysia akan masuk ke setiap kabin ,katil dan tempat duduk  memeriksa passport setiap penumpang , selepas itu setelah tiba kami diperiksa pula oleh pegawai imigresen singapura. Urusan imigresen mudah sekali dan pegawainya pun tidak banyak karenah.




Setiap tempat popular didalam bandar singapura berhubung langsung dengan pengangkutan awam , bas dan MRT , cukup dengan hanya belajar laluan bas dan MRT mampu membawa kita ke setiap tempat yang dirancang .

kami sempat mandi dan dhuha di masjid an-nur yang berdekatan dengan station keretapi (700m) dan meneruskan perjalanan ke USS  dan tempat-tempat lain , antara tempat yang kami lawat ialat :
-masjid an-nur
-USS
-esplanade
-masjid sultan
-arab street
-bugis street untuk membeli cenderamata murah 






keretapi untuk perjalanan pulang ke Malaysia pula pada jam 11.00 malam, untuk perjalanan pulang kami mengambil class katil juga, supaya lebih selesa, setelah nyenyak tidur ,kami tiba semula di kuala lumpur pada jam 6.00 pagi lebih kurang .

maka cukuplah sehari suntuk perjalanan kami ke singapura
J

total semua perbelanjaan termasuk makan di secret recipe dan murtabak di kedai zam-zam,tiket keretapi pergi dan pulang, cenderamat, tiket USS dan perbelanjaan kecil yang lain ialah tidak lebih  rm500 , paling mahal tentulah USS tiket .

beberapa hal berkaitan singapura sepanjang sehari suntuk:
1. Negaranya bersih, walaupun tidak mempunyai sumber air sendiri , tapi ini logik ! sekiranya rakyat singapura tidak diterapkan /mengamalkan kebersihan bayangkan berapa banyak wang harus dikeluarkan untuk membeli air daripada johor bagi tujuan pembersihan sahaja?
2.sistem pengankutan awam yang sangat-sangat baik dan boleh dikatakan tepat waktu
3.Berada di singapura menjadikan kami lupa bahawa singapura bukan Malaysia , dan kami jadi lebih ragu-ragu dengan status halal makanan disini ;)
4.Bahasa paling menjengkelkan sekali, harus pakai bahasa inggeris apabila berkomunikasi dengan orang cina singapore, tapi satu hari ketika kami  ingin mencari arah ke masjid an-nur ,aku terjumpa orang melayu singapura, lalu saya terfikir “harus pakai bahasa inggeris atau bahasa melayu ?“nasib baik dia yang memulakan pertanyaan terlebih dahulu “kenapa sayang…???” Tanya nya, jadi tahulah saya orang melayu singapura bertutur dalam bahasa melayu .



Itu sahaja coretan ringkas perjalanan kami ke singapura selama satu hari , mudah sekali berjalan-jalan di singapura , selain menaiki KTM kita juga boleh menaiki bas terus ke singapura dari TBS , aku juga ada melihat tour ke singapura selama  sehari dengan bayaran rm300 atau kurang daripada itu ,tetapi tentunya tidak termasuk ke USS . USS menarik juga untuk dilawati , masuk sahaja ke sana seolah-olah kita berada didalam filem Hollywood zaman 60-an (:-0) ,sampai disana jangan lupa mencuba roller coaster the mummy  yang memandu anda didalam gelap ,kadangkala routenya ialah zero graviti, seram habis!! Kalah roller coaster di blackpool united kingdom.

untuk teman-teman selamat berbackpacking ke singapura, jangan takut sesat! Orang Singapore sangat berbaik hati membantu anda menunjukkan jalan.







Wednesday 14 October 2015

United Kingdom : kembara bermula

picture from google image : city hall preston

Setelah hampir setahun kerja di Universiti Putra Malaysia , tiba-tiba mendapat peluang untuk terbang ke United kingdom . Setelah melakukan istikarah dan hati cukup bulat , diri benar-benar yakin, saat itu bulan puasa, aku menyatakan persetujuan dan terbangnya selepas raya tahun 2008 . Surat berhenti kerja  aku siapkan , dan dengan penuh debar aku memohon kebenaran ayah. Alhamdulillah ayah membenarkan walaupun ketika itu aku harus berhenti kerja, saat hatiku begitu bulat dan yakin rezeki Allah ada di mana-mana.

Impian ini sudah lama, bertahun-tahun dulu , dari tahun ke tahun terus hidup, dan Allah sentiasa mendengar lalu dikabulkan pada saat yang tepat dikala kita sudah bersedia. Inilah pertama kali aku ke luar Negara, (kecuali Thailand kerana mama ku asal sana) , Pertama kali menaiki kapal terbang (thanks air asia –now everybody can fly ) , semuanya dilakukan bersendirian , 20 minit disoal pegawai imigresen stansted airport , akhirnya saat keluar dari lapangan terbang , angin musim dingin menerpa sweater putihku , pendapatku angin sejuk mempunyai “bau” yang tersendiri, “bau “ itu  masih ku  ingat , pada tahun 2013 ketika ke paris pada musim sejuk juga , kaki melangkah keluar dari CDG airport ,buat kedua kalinya aku mencium bau ini, bau udara dingin musim sejuk-bau Preston!

 Orang asing pertama kali aku temui ialah brother Naem , seorang pelajar hafiz quran ,berketurunan india gujerat –british born , beliau membawa ku dan sepupu dari stansted London ke Preston , perjalanan di anggarkan 5 jam . Soalan pertama Naem “how London ?” –Nice ! , sepanjang perjalanan aku tidur kepenatan ,13 jam didalam pesawat dengan keadaan “air asia” (faham-faham sendiri )

Tiba di Preston hari sudah malam, dalam kesamaran aku melihat rumah berbatu bata merah kecoklatan dua tingkat sepanjang jalan-Burrow road! , kedatanganku di sambut dengan sebiji pizza dan kebab dari kedai Romero , kedai pizza yang menjadi favorite beberapa orang antara kami. Anak-anak sepupu bercuti autumn , setelah makan aku lantas naik ke tingkat atas merebahkan diri.

dock land preston .picture from google image 

setam train -dock land .picture from google image 
Hari ke dua –srikandi preston 



sebahagian pelajar malaysia di preston 

Kata orang, United Kingdom ialah Negara pemaisuri –queen Elizabeth . Pada malam hari kedua, aku menziarahi rumah pelajar Malaysia di Nottingham road , 3 orang pelajar yang menghuni rumah tersebut kak faeza, kak siti dan sakinah, beberapa hari selepas itu menemui beberapa orang lagi pelajar Malaysia dan orang Malaysia yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan menetap di Preston, uniknya preston kerena tidak ramai melayu, lebih kurang 10 orang, kawasan kejiranan kami terdiri daripada kaum india ,Pakistan dan pelbagai bangsa immigrant , daripada merekalah banyak tersedia kemudahan untuk kami, daripada makanan halal, keperluan dapur-Nasi tentunya , dan tidak lupa komuniti muslim yang menjadikan segala urusan cukup mudah , di kawasan kejiranan sahaja terdapat 3 masjid , masjid syuhada ,masjid an-noor dan satu lagi masjid tidak ingat namanya. Di negara kristian ini tak sangka betapa banyaknya hal-hal yang aku pelajari , tentang Agama, tentang kemanusiaan , tentang toleransi , tentang berani ,dan yang paling ketara tentang persaudaraan yang diantara kami sesama islam yang saling menguatkan. 

Hidup di Bumi preston aku banyak belajar melalui pemerhatian , lihat dan fikir . Setiap kami komuniti melayu yang berapa kerat tu, ada ceritanya yang tersendiri , kak faeza dengan impian dan kesungguhannya, keluarga kak anis yang kuat semangatnya membantu orang baru yang hadir ke preston, sakinah dengan semangat islamnya dan beberapa lagi ,apa yang pasti mereka suka berkumpul dan seingat aku, rumah sepupu ku menjadi port yang paling rasmi ,entah mengapa….

Sepanjang setengah tahun, banyak juga aktiviti sempat aku hadiri, perasmian madani institute , open day moor park business school (aku menyanyi lagu berbahasa perancis ,ini serius!) , Christmas day deepdale school, sambutan maulidul rasul di madani institute (masih aku ingat slogan “we love Muhammad and we love jesus too” besar pengertiannya, sambutan aidil adha dan lain-lain.

Preston terlalu indah untuk dikenang , tidak terlalu Bandar, tidak terlalu kampung, tenang……masyarakatnya yang ramah, orang berjubah dan berniqab menjadi pemandangan biasa di  sini. Car booth sale setiap rabu, jiran kami –keluarga sister najma yang baik hati, pizza dan kebab, tidak terlalu bising tidak terlalu sunyi, pengangkutan awam yang sempurna , cumanya apa yang tidak enak ialah ,Preston terlalu jauh dari Malaysia- bukan mudah untuk kembali ;(




car booth sale di preston



Dan rencana tuhan , Preston menjadi titik mula aku kembara .Dari united kingdom ke singapura-perancis-morocco-istanbul-singapura-thailand-australia-china-indonesia dan senarai ini berterusan …

Kembaralah….lihat perbezaan alam, perbezaan manusia , perbezaan budaya,perbezaan sejarah ,saling kenal maka kau akan menemui persamaan dalam perbezaan itu , persamaan setiap dari kita mendefinasikan baik itu baik ,jahat itu jahat walau apa pegangan agamamu, warna kulitnya, jenis passport mu.




salju di hadapan rumah 37 burrow road 

insyaallah aku akan datang lagi !

Thursday 20 August 2015

tips dan tempat menarik di beijing yang anda harus kunjungi



Sebelum ni saya ada menulis 8 tips super penting sebelum anda bertolak ke beijing lihat di sini , sekarang ni bila dah sampai beijing korang mesti melawat tempat -tempat ni .:

1.Tianamen square
-Aku dan fad sampai di terminal 2 beijing capital airport jam 1 pagi, kemudahan di terminal dua :
1.ada air panas korang boleh makan megi
2.tandas bersih
3.ada tempat duduk so boleh tidur
4.ada kedai
5.free wifi
sementara nak tunggu pagi korang boleh tidur di airport, selamat ke?ye selamat, polis ada merata tempat.Nak solat??maaf tak ada tempat solat di terminal dua, kalau nak solat kat tempat tersorok pun area terminal dua agak mustahil coz terminal dua crowded dengan orang dan manusia taxi sapu, cadangan aku pergi ke terminal 3, keluar daripada airport korang akan nampak ramai orang tunggu bas, so cari tempat shutrtle bas airport ke terminal 3, korang berjalan depan sikit je untuk tunggu bas, tak perlu melintas, perkhidmatan percuma.Terminal 3 tak ramai orang ,kalau korang ragu-ragu pergi di information centre tanya mereka /minta izin,mereka  baik dan membantu.Kalau korang google memang ada ruang solat di terminal 3 start masa olimpik hari tu, tapi ruang solat di departured area ,means korang kena check in bag.Kita orang hari tu sampai terminal 3, solat dan lepak sampai pagi, terminal 3 takde free wifi (kalau nak free kena jumpa orang di information centre dan dia boleh uruskan, dia akan minta passport)berbanding terminal 2 ,terminal 3 sangat-sangat selesa, bila dah pagi kami ambil bas di terminal 3 ni juga untuk ke beijing railway station.

tempat tunggu shuttle bas ke terminal 3.
Kalau korang dah solat siap-siap, lepak je lah kat airport terminal 2 tu sampai pagi.

macamana nak ke bandar?
Dari airport (terminal 2 atau 3 mana-mana pun boleh) korang boleh ambil airport bus ke bandar beijing, kitaorang suggest korang tunggu bas di line 3 ,keluar airport akan nampak tempat tunggu bas dan kaunter tiket, beli tiket dan beratur kat situ, tiket harga 24 yuan , bas ni akan bergerak ke beijing train station last destination dia, duration perjalanan dia lebih sejam, bas ni akan start gerak pukul 7 pagi.Kami turun di beijing railway station sebab nak ambil tiket ke xian , kalau korang tak ada urusan tiket, pergi terus ke subway station untuk check in penginapan korang.
tips :di subway station saya suggestkan korang beli yakatong card di kaunter tiket, yakatong card ni macam touch and GO di malaysia atau oyster card di london, boleh guna untuk subway,bas dan kedai runcit terpilih.Harga dia deposit 20 yuen dan korang kena top up pertama kali sekurang-kurangnya 15 yuen, kad ni boleh di pulangkan semula masa korang nak keluar dari beijing ,deposit dan duit dalam tu akan dikembalikan.awesome kan?, keistimewaan card ni ialah dapat diskaun kalau naik bas half price rasanya.selain daripada tu dia menjimatkan masa korang:
1.tak payah susah-susah beli tiket di mesin tiket jimat masa hanya touch card sahaja
2.kalau naik bas tak payah susah-susah cari duit kecik 2 yuen untuk tambang bas, touch card je kan senang?

ini rupanya yakatong card tu 


tadi cakap pasal tianamen square kan? untuk ke tianamen square korang boleh ambil subway line 1 atau line 2, kalau subway line 1 turun di station tianamen dong ataupun station tianamen xi station, kalau ambil subway line 2 ,turun di qianmen station keluar ke exit A atau exit B.

keluar je dari pagar subway korang akan nampak lorong macam ni, kat atas tu dah tulis attraction place around ianamen squre ni

laluan selepas turun train subway, ada scan bag so jangan bawa barang merbahaya

nampak gambar mao ze dong? pengasas people republic of china.

around tianamen square ada banyak memorial yang korang boleh tengok antaranya:
-tianamen tower
-monumen to people heroes
-great hall of the people
-memorial of chairman mao
-national museum of china pun ada area sini

jangan lupa tengok upacara menaikkan bendera, itulah upacara yang dinantikan oleh orang ramai, upacara ni akan diadakan pada awal pagi, so make sure korang datang awal supaya boleh tengok dan tak crowded dengan manusia lagi.

tianamen square ni ialah antara dataran yang keempat terbesar didunia dan semestinya yang pertama di china, ia tempat penting untuk upacara rasmi negara , selain daripada tu tianaman square ni juga pernah beberapa kali menjadi tempat perhimpunan proses pelajar pada dasar kerajaan .

2.Forbidden city



kota larangan, zaman dulu bukan semua boleh masuk sini, hanya orang istana dan tentera diraja sahaja boleh masuk, sekarang semua orang boleh masuk so rugilah kalau tak masuk.

macamana nak ke sini:
1.kalau korang dari tianamen square, just masuk je pintu gerbang bawah bangunan yang ada gambar mao ze dong tu, jalan lurus dan korang akan nampak pintu masuk ke forbidden city ni.
2.kalau dari hotel ambil subway line 1 turun di tianamen east atau tianamen west atau kalau korang ambik subway line 2 turun di qianmen station dah sampai ada banyak tanda jalan so insyaallah tak sesat ikut je sign .
tiket harga dia 60 yuen, kalau ada card student dapat discount jadi 20 yuen .

kompleks ni sangat -sangat besar korang boleh tengok sendiri map dia, 2 jam takkan boleh cover semua area, kaki korang pun mungkin patah ! tak masuk stress dengan ramainya manusia, punyalah ramainya manusia sampaikan pada 13 june 2015 ,tiket tidak akan dijual kalau pengunjung dah cecah 80,000 orang !giler ah, boleh bayangkan petapa ramainya pengunjung sampai rule macam tu kena buat.so:
tips:bawa lah air, selain penat air area sini mahal ooo....dan lagi satu pakailah pakaian yang sesuai dan kasut yang penting sesuai, kalau datang musim panas bawa payung atau topi dan pakai sun glass untuk nampak kemas dan selesa.

yang buat peace tengah crowded orang ramai ,aku lah tu heheheh



china punya vending machine , old skool giler!

forbidden city ni dulunya ialah istana imperial masa zaman dinasti ming sehingga zaman dinasti qing yang terakhir, kompleks istana ni terdiri daripada banyak bangunan yang pelbagai fungsi, pendidikan ,keagamaan ,ketenteraan dan pelbagai upacara rasmi pada tahun 1420 sehingga tahun 1912.kalau datang beijing memang tak sah kalau tak masuk dua tempat ni.

pemandangan keluar dari forbidden city ,fuhhh!! lega.

3.Niu jie mosque /Masjid Niu jie.

Di beijing ni boleh dikatakan banyak juga masjid, di dongsi area penginapan kitaorang pun ada masjid juga, tapi masjid yang paling terkenal di beijing ialah masjid Niu jie .Kami ke masjid ni 2kali, sebab area masjid ni ada muslim foodcourt banyak giler makanan halal di sini dan harganya lebih murah dari beli di restoran-kena lintas jalan so lepas makan boleh solat terus.Untuk ke masjid ni kami ambil subway line2 turun di changchung jie station, keluar dari exit A2, jalan sikit korang akan nampak simpang ambil kira terus ke bus stop, ambil bas no 88 atau no 10, korang kena turun di perhentian ke empat,sepanjang jalan masa bas berhenti ada banyak restoran makanan muslim, korang kena masuk muslim food court tu!


4.Great Wall


Ha ...ni adalah tempat super wajib korang kena pergi, great wall cina! untuk ke great wall dia banyak pintu ,kita kena pilih pintu mana nak masuk ,ramai tourist ambik bedaling, mungkin sebab bedaling senang nak pergi ada keretapi direct kesana dan bas direct ke sana, kami pilih Mutianyu ,sebeb melalui pembancaan kami mutianyu great wall adalah yang paling cantik! nak pergi pun agak susah sikit ,kena naik bas dan naik minivan .kami pergi kesana awal pagi sebab nak panjang great wall kan kalau tengahari panas pula, kalau korang nak pergi make sure bawa makanan macam pisang ke ,roti ke...seriously memang penat nak pergi dari satu menara kesatu menara, kami daki dari tower 6 hingga tower 14 jauh tuh....untuk ke sini kami ambik subway line 2 turun di dongzhimen station sebab bas nak ke great wall tu di dongziman, lepastu masuk dalam bangunan (jangan tunggu bas di luar bangunan) ambil bas no 916 ekspress turun di station bas huairou perjalanan lebih kurang 1 jam lebih ,lepastu ambil mini van ke muntianyu, kat station bas tu berlambak mini van tapi make sure korang bargain harga betul-betul , maksima harga dia 50yuen tapi ramai je boleh dapat kurang  daripada tu, untuk jimat korang boleh share satu minivan ramai-ramai.dah sampai banyak package yang ditawarkan untuk naik greatwall ni kami pilih naik cabel car yang kaki tergantung tu dan turun jalan kaki, ada yang ambil package gelunsur untuk turun .Kat kaunter jaga betul-betul backpack korang, kawan aku si fat tu beg dia ada orang buka lepastu purse dia hilang.

5.Summer palace



Summer palace ni adalah tempat palng cantik di beijng sepanjang pengembaraan kami , taman musim panas untuk puteri-puteri raja, elok sangat lah tu kami pun sampai pada musim panas. untuk ke sini kami ambil subway line 4 turun di beigongmen station . Bayaran masuk pada musim panas ialah 30yuen tapi kalau guna kad student dapat 15yuen sahaja.Memang indah disini dengan tasik dan daun-daun hijau.



6.silk market 




Ni tempat shopping murah di beijing, sebuah bangunan bertingkat-tingkat setiap tingkat ada barang khusus tertentu yang mereka jual, memang boleh bangkrup lah kalau dok sini, sebut je korang nak apa semua ada, tapi harga yang mereka letak memang sangat-sangat mahal so korang kena tawar sehinga 80-90% ! ini serious! 80-90 percent, kalau dia tak bagi jalan slow slow keluar dari kedai tu , diaorang akan panggil korang semula dengan harga yang korang nak, kalau dia tak panggil maknanya harga yang korang tawar tu memang tak munasabah .cara nak ke sini sangat-sangat senang hanya naik subway sahaja ,ambil subway line 1 turun di yonganli ,jalan je ikut signboard ,sangat-sangat mudah!



itu sahaja tips dari saya, pesanan penaja, jangan takut untuk backpack ke beijing, orang china sangat suka membantu, pengankutan awam mudah akses ke mana-mana, sign board ada dalam bahasa inggeris , polis ada di mana-mana dont worry, just pack a bag and go

good luck!

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...