Wednesday 14 October 2015

United Kingdom : kembara bermula

picture from google image : city hall preston

Setelah hampir setahun kerja di Universiti Putra Malaysia , tiba-tiba mendapat peluang untuk terbang ke United kingdom . Setelah melakukan istikarah dan hati cukup bulat , diri benar-benar yakin, saat itu bulan puasa, aku menyatakan persetujuan dan terbangnya selepas raya tahun 2008 . Surat berhenti kerja  aku siapkan , dan dengan penuh debar aku memohon kebenaran ayah. Alhamdulillah ayah membenarkan walaupun ketika itu aku harus berhenti kerja, saat hatiku begitu bulat dan yakin rezeki Allah ada di mana-mana.

Impian ini sudah lama, bertahun-tahun dulu , dari tahun ke tahun terus hidup, dan Allah sentiasa mendengar lalu dikabulkan pada saat yang tepat dikala kita sudah bersedia. Inilah pertama kali aku ke luar Negara, (kecuali Thailand kerana mama ku asal sana) , Pertama kali menaiki kapal terbang (thanks air asia –now everybody can fly ) , semuanya dilakukan bersendirian , 20 minit disoal pegawai imigresen stansted airport , akhirnya saat keluar dari lapangan terbang , angin musim dingin menerpa sweater putihku , pendapatku angin sejuk mempunyai “bau” yang tersendiri, “bau “ itu  masih ku  ingat , pada tahun 2013 ketika ke paris pada musim sejuk juga , kaki melangkah keluar dari CDG airport ,buat kedua kalinya aku mencium bau ini, bau udara dingin musim sejuk-bau Preston!

 Orang asing pertama kali aku temui ialah brother Naem , seorang pelajar hafiz quran ,berketurunan india gujerat –british born , beliau membawa ku dan sepupu dari stansted London ke Preston , perjalanan di anggarkan 5 jam . Soalan pertama Naem “how London ?” –Nice ! , sepanjang perjalanan aku tidur kepenatan ,13 jam didalam pesawat dengan keadaan “air asia” (faham-faham sendiri )

Tiba di Preston hari sudah malam, dalam kesamaran aku melihat rumah berbatu bata merah kecoklatan dua tingkat sepanjang jalan-Burrow road! , kedatanganku di sambut dengan sebiji pizza dan kebab dari kedai Romero , kedai pizza yang menjadi favorite beberapa orang antara kami. Anak-anak sepupu bercuti autumn , setelah makan aku lantas naik ke tingkat atas merebahkan diri.

dock land preston .picture from google image 

setam train -dock land .picture from google image 
Hari ke dua –srikandi preston 



sebahagian pelajar malaysia di preston 

Kata orang, United Kingdom ialah Negara pemaisuri –queen Elizabeth . Pada malam hari kedua, aku menziarahi rumah pelajar Malaysia di Nottingham road , 3 orang pelajar yang menghuni rumah tersebut kak faeza, kak siti dan sakinah, beberapa hari selepas itu menemui beberapa orang lagi pelajar Malaysia dan orang Malaysia yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan menetap di Preston, uniknya preston kerena tidak ramai melayu, lebih kurang 10 orang, kawasan kejiranan kami terdiri daripada kaum india ,Pakistan dan pelbagai bangsa immigrant , daripada merekalah banyak tersedia kemudahan untuk kami, daripada makanan halal, keperluan dapur-Nasi tentunya , dan tidak lupa komuniti muslim yang menjadikan segala urusan cukup mudah , di kawasan kejiranan sahaja terdapat 3 masjid , masjid syuhada ,masjid an-noor dan satu lagi masjid tidak ingat namanya. Di negara kristian ini tak sangka betapa banyaknya hal-hal yang aku pelajari , tentang Agama, tentang kemanusiaan , tentang toleransi , tentang berani ,dan yang paling ketara tentang persaudaraan yang diantara kami sesama islam yang saling menguatkan. 

Hidup di Bumi preston aku banyak belajar melalui pemerhatian , lihat dan fikir . Setiap kami komuniti melayu yang berapa kerat tu, ada ceritanya yang tersendiri , kak faeza dengan impian dan kesungguhannya, keluarga kak anis yang kuat semangatnya membantu orang baru yang hadir ke preston, sakinah dengan semangat islamnya dan beberapa lagi ,apa yang pasti mereka suka berkumpul dan seingat aku, rumah sepupu ku menjadi port yang paling rasmi ,entah mengapa….

Sepanjang setengah tahun, banyak juga aktiviti sempat aku hadiri, perasmian madani institute , open day moor park business school (aku menyanyi lagu berbahasa perancis ,ini serius!) , Christmas day deepdale school, sambutan maulidul rasul di madani institute (masih aku ingat slogan “we love Muhammad and we love jesus too” besar pengertiannya, sambutan aidil adha dan lain-lain.

Preston terlalu indah untuk dikenang , tidak terlalu Bandar, tidak terlalu kampung, tenang……masyarakatnya yang ramah, orang berjubah dan berniqab menjadi pemandangan biasa di  sini. Car booth sale setiap rabu, jiran kami –keluarga sister najma yang baik hati, pizza dan kebab, tidak terlalu bising tidak terlalu sunyi, pengangkutan awam yang sempurna , cumanya apa yang tidak enak ialah ,Preston terlalu jauh dari Malaysia- bukan mudah untuk kembali ;(




car booth sale di preston



Dan rencana tuhan , Preston menjadi titik mula aku kembara .Dari united kingdom ke singapura-perancis-morocco-istanbul-singapura-thailand-australia-china-indonesia dan senarai ini berterusan …

Kembaralah….lihat perbezaan alam, perbezaan manusia , perbezaan budaya,perbezaan sejarah ,saling kenal maka kau akan menemui persamaan dalam perbezaan itu , persamaan setiap dari kita mendefinasikan baik itu baik ,jahat itu jahat walau apa pegangan agamamu, warna kulitnya, jenis passport mu.




salju di hadapan rumah 37 burrow road 

insyaallah aku akan datang lagi !

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...