Thursday, 13 October 2016

Kembara balkan - Havatas bas dan & bad taxi Istanbul

HAVATAS bus , gambar ni ehsan dari google -international community office
Jam menunjukkan angka 7 malam ketika kami sampai di Istanbul Attarturk airport . Penginapan kami berada di Sultanahmet , pilihan lokasi ni sebab kami nak stay around blue mosque .
Aku pernah baca, boleh ambil train dari airport ke Sultanahmet , so plan nya nak nak train sahaja , tapi cari -cari station train tak jumpa pula dalam airport tuh ahahahahah...so kami pilih untuk naik bas , nama bas ni Havatas bas ,dia akan turun di Taksim , dari Taksim boleh naik train ke Sultanahmet

teksi istanbul , ihsan -istanbul insider 

 
So kami pun pergi lah ke arah bas ,sebab orang tengah kerumun nak naik , plus orang  berebut nak Simpan barang-barang di bonet bawah bas , kami termangu-mangu lagi , nak beli tiket dulu ke macamana? Tak berapa jauh dari bas tu ada macam kaunter dan beberapa lelaki duduk didalam , so aku pergilah tanya
"Is the bus going to Taksim"?(padahal aku dah tahu dah , sebab di bas tu memang tulis Taksim , cuma nya sahaja mukaddimah kata Ibnu khaldun)
-yes!!
"How much the fare and where to buy a ticket?"
-fourtheen lira and you can pay in the bas
(Aku nak confirm kan semula , fourteen ke forty?)
" Four O or one four ?"
-one four !!!! (Lepas tu di tunjukkan jari dia satu ditangan kanan dan 4 jari di tangan kiri , yang ni kelakar )
 
Jadi tambang bas ni 14 lira dari IST ke Taksim , lepastu aku cakap "tesekkuler" maknanya thank you , konon-kononnya nak speaking turkc lah diaorang ,  " tapi dia pulak tanya aku balik
"Hah??? what do you say??" ahahahah nampak sangat sebutan aku tak betul .Malas aku nak layan lepas tu aku terus naik bas .

Perjalanan dia quit nice lah , sebab boleh nampak cahaya lampu di malam hari yang menghiasi Kota Istanbul, bangunan dan kereta yang banyak . Bas ni ambil masa dalam 40minit depends pada trafik .Dalam bas kebanyakan dia penumpang lelaki , pot-pet pot -pet berborak, bising bebenar.
Sampai je Taksim , pemandu-pemandu teksi dah siap berkerumun depan bas , aku tanya driver taxi tu "how much from here to sultanahmet?" Dia pulak cakap " I don't know, we used meter " eleh...nampak sangat nak cas mahal kat aku , at least kau boleh bagi aku  anggaran harga kot .. tapi kami naik juga .

Sebenarnya dekat je dari Taksim nak ke Sultanahmet , tapi rasanya macam jauh bebenar dia bawa kami , sambil bawa tu dia tunjuk bangunan tu lah ...masjid tu lah ..inilah..bila entah aku hired dia jadi pemandu pelancong. Lepas tu dia cerita pulak scam-scam yang biasa teksi buat , buat magic lah macam-macam .aku angguk-angguk sambil perati je meter tu bergerak.

Sampai tempat yang dituju lebih kurang 30 minit drive, dengan trafik yang tak sibuk (coz dah pukul hampir 10 malam) meter tu tunjuk 60 lira ,aku rasa macam tipu je...so aku buat-buatlah tanya how much ? Dia cakap sambil tengok kat meter -60 lira !
Sebenarnya aku tak cukup duit lira , ada sikit masa tukar di airport tapi tak sampai 60 lira ,so aku tanya kawan aku -"kau ada 60 lira ?"" Kau bayar dia tepat-tepat 60" ,aku takut pulak dia buat helah takde duit Kecik lah...apalah...masa kawan aku bayar , aku cepat-cepat turunkan luggage,apa- apa pun luggage mesti di selamatkan.

Kami tempah Tulip guests house , booking .com orang rate dia around 9/10, not bad lah..yang best pasal penginapan ni adalah interaksi antara pemilik hotel dan pelanggan , hampir setiap email aku dibalas oleh Esim (nama owner dia), plus di puji kitaorang cantik.
Selesai urusan check in aku tanya si Esim ni , "may I know how much taxi fare from taksim to here?"
"Around 30 lira "
Ahahahahah kami tergelak kat situ
"How much you pay just now?"
"60 lira "

Tapi Esim ni cakap dia ada dua jalan ke sini , satu jalan dekat ,which mean 30lira , yang kedua jalan jauh kalau 60 lira jalan jauh itu logik ! Jalan jauh ,dia cakap dia akan lalu pusing sultanahmet tadi ,lalu blue mosque etc...etc.. exactly macam kami lalu tadi .Tapi O.k. lah 60 lira bahagi dua sama dengan 30 lira sorang compare dengan transport yang pihak hostel suggest 30euro bersamaan 90 lira .

Wednesday, 12 October 2016

kembara balkan- war tunnel museum , sarajevo Bosnia


peta kawasan kepungan tentera Serbia, garisan warna merah menunjukkan border yang dikepung tentera serbia.

Hari ni hari terakhir kami , terasa sekejap sangat masa di Bosnia . Seterusnya  kami akan menjelajah Turki , program hari ini ialah melawat war tunnel muzium , disebabkan aku dah baca yang war tunnel ni dekat sangat dengan Sarajevo airport , so after visit museum ni aku suruh diaorang drop terus ke airport , senang tak payah fikir dah pasal pengangkutan untuk ke airport.

Kami bersarapan makanan tradisional bosnia , tak pasti apakah makanan itu mungkin namanya borek , lapisan pastry yang dalamnya ada mince meat bersama rempah-rempah tertentu , sepinggan keju yang dihiasi sayur mayur , minum pula teh hangat atau jus oren , fuh!!! Sarapan paling sempurna  sepanjang kembara Balkan kami .

Kereta tour sampai dalam jam 10 pagi , kami dah siap sedia angkut luggage terus masuk kereta , guide kami  tak ingat namanya apa, yang pasti masa perang bosnia dia berusia 16 tahun , sekarang usianya mungkin sekitar 36 tahun . Jalanan di Sarajevo sewaktu pagi , selain dari kabus yang memutih , pokok yang hanya tinggal batang , kereta dan manusia bergerak kehulur-ke hilir dan seperti biasa bangunan –bangunan yang masih punya kesan lubang-lubang peluru , seolah –olah memori yang tak mungkin hilang atau sengaja dipelihara supaya kekal.

war tunnel museum , ini ialah rumah Edis kolar , terowong yang digali berada dibawah rumah ini. Kelihatan lubang-lubang tembakan peluru

Entrance fee tidak termasuk harga tour , saya sudah lupa berapa harga tour ni sebenarnya , mungkin 40 mark untuk dua orang dengan waktu tour selama 2 jam. Museum ni merupakan sebuah rumah milik Edis kolar , masa kolar berusia 18 tahun , dia buat proposal dan pujuk President Izetbegovic  untuk gali terowong bawah rumah dia, bayangkan remaja 18 tahun kemukakan idea pada president , idea untuk terus hidup! Dan memang terowong ini ialah satu-satunya jalan untuk dapatkan bekalan makanan, air, api , perubatan  dari bantuan antarabangsa atau di luar bosnia, keseluruhan bosnia jalan masuk dan keluar di kepung tentera Serbia dan lapangan terbang diletak dibawah kawalan united nation (tentera United nation pun tak boleh masuk bosnia, tersekat di airport dengan segala bantuan senjata dan bekalan makanan)

Orang yang buat plan untuk terowong ni namanya Nedzad Brankovic , seorang civil engineer , dalam muzium ni kita boleh tengok pelan si Nadzad ni buat , senarai bahan –bahan , tapi disebabkan tengah urgent kan , so ..jumlah yang tepat tak dapat direkodkan . Penggalian ni ditugaskan pada tentera Bosnia dibawah pengawasan komander tentera namanya Rasid zolak, mula-mula projek menggali ni susah sangat-sangat sebab  kekurangan skill, tenaga manusia ,juga alatan , apa nak dikata sebab masa perang.

Dengan menggunakan sepenuhnya tenaga manusia untuk menggali , dan menolak kereta sorong yang penuh dengan tanah dan batu-batu keluar , mereka gali 24jam tanpa henti , dan dibahgian hujung terowong (end of tunnel) penggalian juga berlaku , kiranya terowong digali dua side terus, hujung dan hujung , bahagian hujung (end) mereka upah orang dari luar yang gali mengikut shift 8 jam, upah diorang hanyalah sekotak rokok ! ingat tak cerita pasal rokok drina sebelum ni ?

binaan terowong bawah rumah


Saya bertanya apakah cabaran atau kesukaran semasa penggalian , kata guide ialah banjir  , air bertakung dalam terowong dan tanah becak dan licin , kadangkala kerja pembinaan terhenti untuk beberapa waktu sebelum air surut kembali , siapa yang dapat masuk ke terowong ini ?- tak semua orang , mereka di beri surat seperti surat kebenaran , hanya yang punya surat boleh masuk . Keluar masuk terowong ni dikawal oleh tentera ,dan boleh dimasuki oleh 20- 1000 pada satu-satu masa , dari bosnia keluar bosnia melalui terowong mengambil masa 2 jam . Betapa berjasanya terowong ni , masa perang 3 tahun tu , average 2 hingga 3 juta warga bosnia dan tentera UN guna .

hujung terowong di luar kawasan kepungan tentera serbia - ihsan wikipedia


kami diberi peluang untuk masuk ke dalam terowong  sejauh 25 meter , panjang asal terowong ini ialah 800 meter tapi ditutup , tanah dalam terowong ini ditahan oleh kayu , ada pencayaan maksudnya lampu , luasnya  untuk seorang tanpa berselisih , pengudaraan bagus lebih bagus dari ruang bawah tanah tentera Vietcong di Vietnam . Tapi kata guide kami , air ventilation dalam terowong tak bagus , masa perang orang-orang yang nak masuk dan lalu dalam terowong ni kena pakai mask. Selepas naik semula dari terowong kami dibawa kebeberapa bilik yang dijadikan ruang pameran , di sini kita boleh lihat dokumen , pelan terowong , senarai bahan yang diperlukan , alat-alat penggalian , pakaian tentera, makanan dan keperluan yang telah mereka angkut melalui , banyak sangat info nya.


Seterusnya kami dibawa untuk menonton dokumentari penggalian terowong  , di sini aku menangis lagi entah kali yang keberapa . part yang paling aku suka  ada beberapa pemuda bosnia beratur keluar dari terowong ni satu persatu , di hujung terowong ada seorang tua perempuan pakai tudung ikat di bawah dagu , dia distribute air minum , dia bawa botol besar 3 atau 5 liter , tuang dalam cawan , dan setiap orang yang keluar dari terowong dihulurkan dan mereka minum , air muka perempuan tua tu bahagia , dia senyum sambil angguk-angguk.

 Is she the mother of Edis kolar?
 – yes!yes! she’s the mother .

kami keluar dari bilik tayangan , kawasan rumah ni ditutup dengan pagar kawat , dan guide tunjuk sambungan terowong , masa tu belum jam 12 tengahari , cuaca mendung agak gelap bercampur kabus , pandangan kita akan terhalang oleh putihnya kabus beberapa meter ke hadapan , then guide ni cakap
“this is the best time to run”
-what do you mean?
“inilah masa yang paling sesuai untuk keluar , untuk berlari dari satu tempat ke satu tempat , sebab pandangan tentera Serbia sangat terhad masa ni, kerana ditutup oleh kabus.”

kami di luar museum.

Aku rasa siapa yang datang Sarajevo memang kena masuk museum ni , betapa nilai survival manusia tu sangat-sangat tinggi , kita akan buat dan guna apa sahaja untuk hidup.  Selepas ni kami akan terus ke airport , rasanya sayang dan tak puas untuk explore bosnia , kecantikan alam semulajadi , sejarah lama dengan kerajaan ottoman dan nilai survival manusia pada perang yang masih muda 20 tahun yang lalu .

Aku belajar banyak hal di bumi Sarajevo , sakitnya pada memori –memori lampau , aku rasa tangis warga bosnia setiap kali ke kuburan tak pernah berhenti menitik , dalam masa yang sama Sarajevo mengajar aku , tak akan pernah rasa menyesal untuk terus hidup , dan mereka-mereka yang terus hidup sejak 20 tahun yang lalu menyambut kami masih dengan senyum . Inilah hidup ! dan inilah dunia sifatnya sementara dalam segala hal , bahagia yang sementara ada masa duka menyinggah , dan duka yang sementara ada masa bahagia yang menyinggah , dan muslim yang jiwanya tak kenal putus asa tetap beruntung dalam dua hal yang bertandang, sabar ketika duka dan syukur ketika gembira.

Sarajevo , bosnia december 2015







Wednesday, 21 September 2016

kembara balkan - sarajevo


Awal pagi kami dah kacau  Eni ,  dia harus telefon teksi untuk kami ke terminal bas. Aku jadi sedih 
untuk meninggalkan Eni , ye lah sebab sebelum ni dia cuba bercerita mengenai anaknya yang jauh , Eni memberi isyarat yang dia mengandung dahulu ketika dia bercerita , kalaulah aku tahu bahasa Bosnia, banyak yang ingin ku tanya . Kami berpelukan tanda selamat tinngal.

  kami  menunggu bas didalam terminal. Aku memerhati setiap inci ruang jualan tiket , banyak kaunter yang kosong , ada tukang sapu sampah kusyuk menyapu ,  adakah terminal ini turut musnah masa perang dahulu ? kelihatan satu keluarga sampai , aku lihat budak perempuan lingkungan umur 7-8 tahun memeluk erat ayahnya , entah agama apa mereka , mungkin kristian , yahudi atau islam , yang pasti mereka tidak bertudung dan wajah mereka cantik. Sebelum perang mereka hidup harmoni dikawasan kejiranan walau berbeza etnik dan agama, tapi bila perang meletus yang jiran jadi musuh , yang membunuh dan melakukan kekejaman adalah tetangga sendiri , selepas perang kepercayaan menjadi hilang , kepercayaan antara agama hilang , muslim merasa dikhianati , yang non muslim berasa curiga dan bimbang dendam yang mungkin ada .

         Aku teringat buku tulisan ZF zamir dalam catatan kembara mengenai bosnia , ketidakadilan perjanjian dayton yang menamatkan perang , sejarah perang ini ditutup kisahnya kepada generasi muda , apa pelajaran yang boleh anak-anak ambil kalau sejarah ditutup ? yang mereka nampak adalah kesan tapi alasan kenapa perang terjadi mereka tidak tahu , bercakap mengenai perang ini adalah kesalahan , malah peristiwa ini tidak dijadikan subjek di sekolah , kacau bilau sekali .
Bas yang kami naiki  kurang pasti apa standartnya , Beberapa station dia  berhenti , penumpang  turun dan naik ,  pemanas didalam bas pula rosak, ini menjadikan tingkap berkabus , tiada apa yang boleh dibuat selain tidur , sedar-sedar keadaan dalam bas sangat padat dengan penumpang , sehinggakan ada penumpamg yang berdiri , disebelah ku ada seorang perempuan yang cukup cantik , berambut lurus dan membawa tas tangan , dan dibelakang ada dua orang lelaki bosnia  berborak dengan suara yang kuat .

         Bas sampai di perhentian yang lain, perempuan cantik itu turun bersama  penumpang yang lain , aku lihat teman kembara ku masih nyenyak tidur dikerusi hadapan , tiba-tiba mataku terpandang jam di depan bas yang menunjukkan angka 11.30 pagi , astaghfirullah al azim....kemana kami? kalau ikut jadual, bas akan sampai jam 11 pagi , jantung ku  bergerak laju.
Aku toleh ke belakang melihat dua pemuda bosnia tadi, mereka terus terdiam saat aku memandang , aku bertanya dalam nada cemas " are we arriving sarajevo ?"dia membalas dengan bahasa bosnia , dia tak faham bahasa inggeris , aku cakap sekali lagi " SARAJEVO"dengan suara yang kuat sebab panik , dia membalas  dengan bahasa bosnia sambil mendepakan tangan , menunjukkan masih jauh  atau perjalanan masih panjang , aku jadi hairan ,  handset aku keluarkan dan lihat jam menunjukkan hampir ke pukul 10 pagi , ciss jam bas rosak sebenarnya.

        Akhirnya bas sampai juga di bandar sarajevo. kereta-kereta sudah banyak memenuhi jalan-jalan, Ada tram yang sibuk ke hulu -hilir , ditengah kesibukan bandar ada contengan-contengan didinding memperingati peristiwa penghapusan etnik di srebrenica . Terminal bas sarajevo juga lengang ,dan suhu disini lebih sejuk daripada Mostar , cukup mengerluarkan wap dari mulut saat berkata-kata.
Sebelumnya aku membaca tentang taxi di sarajevo yang banyak scam  , seperti kebanyakan negara lain, Turki contohnya ! jadi melalui tripadvisor mereka berpesan elakkan untuk mengguna sarajevo taxi , iaitu taxi yang bewarna hitam, masalahnya kebanyakan yang parkir di terminal semuanya sarajevo taxi !

        Aduh....kata temanku kita ambil sahaja taxi di luar terminal , Aku terfikir dengan suhu sejuk begini dan  memerhati jalan di luar terminal berapa kekerapan taxi lain yang lalu , jawapannya tiada, dan pemandu-pemandu sarajevo taxi ini sudah bising-bising memujuk kami mengambil taxi dan memegang luggage kami , "begini sahaja , kalau tambagnya lebih 5 euro atau 10 mark kita ambil taxi lain !" alhamdulillah tambahnya ialah 5 euro , sama ada betul dengan jarknya, kerana dia tidak menggunakan meter , atau pun 5 euro itu berlebihan, kami o.k sahaja asalkan tidak lebih 5 euro .
Taxi ini menuju ke Motel saray bosna dan perjalanan lebih kurang 15 minit  , Semetara traffic light merah aku memerhatikan kesibukan bandar ,orang-orang berjalan dengan laju , saat kereta berhenti , ada beberapa orang peminta sedekah merayu rezeki  , persis seperti di Indonesia , bezanya tiada yang berdagang ditengah -tengah kesesakan jalan.

suasana pagi dan jalan raya di bandar Sarajevo

Hotel saray bosna merupakan sebuah apartment 3 tingkat , kami memilih hotel ini atas faktor jarak dengan old town, harga yang murah dan sarapan pagi , Disebabkan masih terlalu awal bilik kami belum siap . Hotel ini diuruskan oleh keluarga , ada makcik tua di kaunter ,dia berborak panjang denganku , tersangat-sangat panjang , aku yang tidak pandai berbahasa bosnia hanya mengangguk-angguk , ketawa bila dia ketawa , bermuka sedih ketika mukanya sedih ...sesekali dia memegang bahuku , dan akhirnya menawarkan rokok no !no!no! Im not smoking mother , dia menawarkan lagi sambil mengeluarkan lighter ! parah ni ....aku letakkan jari di mulut dan membuat tanda cross sambil menggeleng -gelengkan kepala.

rokok drina , photo taken from google image

Sungai Drina , photo taken from google image

Perihal rokok di Bosnia , aku jadi teringat pada satu buku karya Joe sacco " safe area gorazde" berkaitan perang di Bosnia , beliau dalam karyanya yang berbentuk komik menulis , betapa sinonimnya penduduk bosnia dengan rokok, dan jenama rokok popular ketika itu ialah "Drina" , nama drina ini diambil bersempena nama sebuah sungai di bosnia -sungai drina ,  dimana-mana  nampak warga bosnia merokok , terutamanya musim sejuk , perempuan lelaki , tua dan muda , merokok. Kata Joe sacco , rokok menjadi bayaran khidmat guru dan para pekerja sewaktu perang menggantikan wang ! dan ada ketika  Joe sacco berjalan-jalan dia ternampak kanak-kanak bosnia lalu diberinya gula-gula , kanak-kanak itu menolak malahan dimintanya rokok!

cover buku joe sacco

"maaf cik, bilik yang cik tempah sebenarnya ada orang masih duduk, ada kesilapan waktu tempahan dilakukan , maaf ya cik! "
"tiada bilik lain kah ?"
"ada, tapi harganya beza"aku jadi nak marah ....ye lah kembara ku ini budjet  sangat-sangat ciput ! muka perempaun di kaunter ini  takut-takut tapi masih kelihatan cantik!
"berapa banyak bezanya?" kalau banyak sangat aku cari hotel lain saja
"hanya 2 euro cik....bilik sebelumnya 18 euro tapi untuk ini 20 euro "..dua euro sahaja rupanya , aku setuju sahaja . dalam fikiranku standart bagaimana ya biliknya  beza 2 euro atau rm10? , saat diserahkan kunci , aku masuk kebilik , masyaAllah.....mewah giler biliknya siap berjacuzzi!!! ini rezeki 2 euro.Bilik ini ada dapur peribadi , ruang tamu peribadi , ada Tv , ada beranda , dan sebenarnya harga 20 euro ialah untuk 4 orang kerana dia ada dua bilik bersambung !
bilik extra 2 euro di hotel saray bosna

bilik di hotel saray bosna

Kami mencapai peta di kaunter lalu berjalan di old town , sebenarnya tempat tumpuan perlancong hanyalah sekitar old town , jarak satu attraction place dengan yang lain berdekatan , apa yang diperlukan hanyalah peta dan kemahiran membaca peta tersebut , Tempat pertama kami singgah ialah Latin bridge , latin bridge ini dibina masa zaman kerajaan ottoman yang merentasi sungai miljacka .Di hujung bahagian utara jambatan ini pada tahun 1914 telah berlaku pembunuhan Putera raja Hungary , Franz Ferdinand of Austria oleh seorang Yugoslavia bernama Gavrilo Princip , pembunuhan tersebut telah menyebabkan bermulanya perang dunia pertama. Jalanan melalui sungai Miljacka ini , disepenjangnya terdapat orang-orang berjualan, dan disebelah jalan adakalanya merupakan lalun tram , dan yang menariknya lagi Tram di sarajevo merupakan Tram yang tertua didunia.

latin bridge

tempat pembunuhan Archduke Franze Ferdinand

Tram pertama dan Tertua di dunia

Akhirnya perjalanan kami tiba Bascarsija , yang merupakan pasar lama dan pusat kebudayaan serta sejarah , di tengah -tengahnya terdapat pancuran air , ada yang menyatakan siapa yang minum air di pancuran Bascarsija ini pasti akan datang lagi ke sarejevo , aku tidak minum , bukan kerana tidak percaya , tapi sebab pancuran air itu tiada ataupun tidak berfungsi kerana sedang dibaik pulih , tapi positif sahaja , pasti aku akan datang lagi ,
Pancuran air di Bascarsija, dalam baik pulih

masjid di jalanan

masjid di jalanan

kesan tembakan di dinding
lagi kesan tembakan didinding

 Burung merpati berkerumunan disekitar pancuran air , di kiri kanan ada kedai berjualan yang beraneka ragam , disinilah boleh nampak kecantikan dan kekacakan orang -orang bosnia  .

old town sarajevo, pelbagai cenderamata boleh didapati

Usai makan tengahari , kami mencari perkhidmatan tour untuk melawat war tunnel keesokan harinya sebelum berlepas ke istanbul , kisah war tunnel ini akan diceritakan selepas ini , kerana ia berlaku pada hari esok. Kami juga sempat singgah di perpustakaam sarajevo tapi tidak boleh masuk kerana ditutup pada hari selasa, kenapa nasib selalu tidak baik disini , perpustakaan berona jingga oren ini pernah dibakar sewaktu perang bosnia 92-95 dahulu , berjuta naskah-naskah dan manuskrip jadi musnah , dan abu bakar dari kejadian ini naik dan menggelapkan ruang udara , jahat sungguh tentera serbia .
deretan bangunan yang menempatkan Perpustakaan Sarajevo yang pernah dibakar oleh tentera Serb

Tertulis lebih 2 juta naskah/buku terbakar

Akhirnya kami  melawat pameran foto yang dikendalikan oleh tarik samarah , galeri hitam putih ini diberi judul blood & honey , letaknya disebelah gereja lama . Usaha tariq samarah mengumpulkan foto-foto mangsa perang , dan susana ketika perang itu  menjadikan bulu roma ini meremang juga , ye lah waktu maghrib , ..penuh dengan warna hitam putih , pengunjung dilarang untuk mengambil gambar , terdapat juga tayangan video yang kalau anda tonton pasti mengalirkan air mata . 

bandar sarajevo 

old town



Dokumentari paling seram yang aku tonton ialah mengenai bas dan penyembelihan , ngeri kalau dibayangkan , kaum lelaki dipisahkan oleh kaum perempuan , laki-laki diangkut naik bas , ada beberapa bas dengan bilangan yang banyak , bas itu berhenti pada satu tempat , sorang -sorang penumpang turun-turun dan disitulah mereka disembelih dengan tangan yang diikat dibelakang , kamu bayangkan kamu berada didalam bas no 2 dan menyaksikan penyembelihan pada bas no 1, apakah perasaan kamu ? seramkan? tentunya selepas ini turn kamu akan disembelih .bayangkan...bayangkan... Disini sekali lagi air mata aku mengalir dan sukar untuk dihentikan. Kata tarik samarah dia dan kami adalah saksi kejadian-kejadian ini- you are my witness . Pameran ini bagus , justeru menjadikan peristiwa ini tidak dilupakan .

 arah masuk Srebrenica eibition , photo taken from this blog

Dalam eibition ,photo taken from this website
Dalam exibition photo taken from this website

Aku tidak puas berada dalam galeri , tapi kami harus pulang segera , kerana hari sudah malam, bayangan ketakutan malam yang menerpa kami sewaktu di Mostar kelmarin menjadikan kami cepat-cepat angkat kaki.

special thank to :
sarajevo deeper history blog

lebih info tentang perang bosnia dan penghapusan etnik di srebrinica?
genocide bosnia
tarik samarah

Sunday, 7 August 2016

Mostar ,Bosnia-kembara balkan



Saya  memaklumkan keberangkatan kami untuk ke Mostar Bosnia awal pagi melalui email kepada Puan kosovic, kami memerlukan perkhidmatan kereta ke station bas .Dari apartment ke station bas Dubrovnik tidak jauh ,naik bas pun boleh , tapi memikirkan luggage, kami sewa kereta sahajalah, 10 euro tambang dikongsi berdua, sempat juga kami bergambar dengan puan kosovic sebelum bertolak, seorang wanita yang sangat baik.


us, with Mrs kosovic.
kami tiba dengan sangat –sangat awal , menunggulah dengan kesejukan diluar, memerhatikan gelagat pemandu dan penumpang yang lain. Peraturan penggunaan bas di sini dan juga di Bosnia berbeza dengan di Malaysia, harga tiket tidak termasuk harga luggage untuk diletakkan dibahagian bawah bas , macam kapal terbang pula gayanya, satu beg/luggage 8-10 kuna harus dibayar, ada  perlancong mat saleh bergaduh dengan pemandu bas mengenai beg /luggage tersebut , mat saleh tersebut mahu membayar dengan menggunakan Euro ,wang kuna mereka sudah habis barangkali , dan pemandu bas tersebut mencampakkan luggage mat saleh itu keluar, ini kurang hajar sekali ,nasib baik mat saleh tu cool sahaja ,handsome pula tu. 

permandangan dalam bas dari dubrovnik menuju ke mostar


Perjalanan mengambil masa 5 jam (kalau tak salah ) penumpang  tidak ramai dalam bas, kurang pasti berapa sempadan bas ini akan melintas sebelum masuk ke Bosnia, lebih 2 kali bas dinaiki oleh pegawai imigresen untuk pemeriksaan passport . Tiada aktiviti lain yang boleh dilakukan kecuali menikmati pemandangan yang cukup indah sepanjang perjalanan, kami juga sempat berkenalan dengan keluarga pelancong dari korea , mereka kembara satu tahun sebelum kembali ke korea semua, ini hebat !!

Mostar bus station

Tiba di Mostar hari  petang , menurut Eni ,owner guesthouse kami, station bas ada dua, di barat dan timur , satu merupakan laluan keluar dari bosnia satu lagi dalam bosnia, dan dari station bas sebenarnya boleh sahaja jalan kaki terus ke Old town , tapi untuk menjimatkan masa, naik taxi adalah terbaik. Station bas ini suram, banyak kedai yang tutup , seorang lelaki bosnia approach kami bertanyakan sama ada memerlukan sewa bilik atau tidak, kelihatan juga dua orang wanita muslimah bosnia duduk diatas kerusi batu, sungguh cantik mereka, kulit putih bersih dan kemerahan

Guesthouse kami ialah sebuah rumah dua tingkat , hanya 300 m dari Mostar bridge yang terkenal itu, tuan punya guesthouse ini ialah Eni yang sangat-sangat minima bahasa inggerisnya, kami di sambut dengan senyum manis.
Eni Hostel
bilik kami di Eni hostel

 dia menghidangkan teh turki dan biskut , aku yang memang kelaparan makan tak ingat dunia, usai zohor dan dijamakkan dengan asar kami keluar ke old town , tujuan kami ialah untuk ke mostar bridge , kami juga harus membeli tiket bas menuju ke Sarajevo esok pagi , dan kami tidak mempunyai sebarang Mark (matawang bosnia untuk beli tiket ), ini masalahnya akibat sivil war dan pecah negara Yugoslavia, masing-masing punya mata wang sendiri susah untuk membeli .


kesan tembakan peluru, masih kekal walaupun 20 tahun telah berlalu




keluar dari lorong rumah , kami menemui seorang budak perempuan dengan rambut yang tidak terurus dan makanan ditangan, dia mengekori kami dan meminta duit , saya faham benar , jangan bagi mereka duit , bukan kerana kedekut ,tapi sekali kamu bagi pada seorang , seratus orang akan mengerumuni , saya berjalan laju tetapi dia buat hal pulak, ditariknya jaket teman travel aku huh !!! menakutkan sungguh.

lorong-lorong oldtown , menuju mostar bridge
old town mostar



kesan kerajaan ottoman, bahagian luar masjid, tempat ambil wudu'k

dalam masjid


Sejarah old bridge ini dibina oleh kerjaan ottoman , jelas sekali senibinanya, seperti kebanyakan sejarah islam , penguasa suka membina jambatan –jambatan dan masjid untuk kemudahan penduduk, jambatan dan masjid adalah dua hal yang aku suka , dua hal ini menghubungkan manusia, jambatan menghubungkan manusia  antara  manusia  dan manusia dengan tempat , manakala masjid menghubungkan manusia sesama manusia dan manusia dengan tuhan.





Naretva River under the bridge

dari atas jambatan

Dibawah jambatan ini kelihatan sungai Naretva, semasa perang bosnia sebenarnya jambatan ini juga turut rosak dan pecah , sisa-sisanya dibawa arus , ia dibina kembali persis seperti mula. Usai bergambar , kami mengunjungi muzium perang dengan bayaran 3 euro per entry , pameran ini berada dalam bangunan tingggi di hujung jambatan , memaparkan hasil foto semasa perang . Wartawan dan jurufoto memainkan peranan besar, mereka datang atas risiko sendiri , kerana perang ini pada awalnya ditutup oleh media, mereka jugalah membawa cerita melalui kepingan gambar dengan perspektif yang berbeza-beza , mereka lah menyimpan pelbagai bukti  dan menunjukkan kepada umum , saat menulis ini aku jadi teringat pada muzium perang di Saigon Vietnam, seorang jurugambar dari Jepun yang mati sewaktu merakamkan peristiwa perang antara Vietnam sekutu komunis dan sekutu USA , kamera jurugambar tersebut dihadiahkan oleh keluarga mendiang kepada pihak muzium, perang …..apa yang kita perolehi daripadanya?


dont forget 1993, peringatan pada batu sebelum menuju ke muzium perang

foto dalam muzium


 Mostar ini sangat berbeza suasananya berbanding dengan Sarajevo, entah mengapa aku lebih suka Sarajevo, di Mostar semuanya ada price tag , hatta menara tinggi masjid juga berbayar, masjid juga berbayar , dan orang-orang disini kurang mesra , kami merasakannya sewaktu makan tengahari dalam restoran di old town , sudahlah kami dilayan kurang mesra , semua mata pelanggan memandang kami dengan pandangan tidak mesra , tapi pedulikan, yang penting kami dapat mencicip kopi bosnia yang enak, disini juga wang mark jarang digunakan menggunakan euro.

Traditional Bosnian coffee
Hari hampir maghrib , kami harus ke station bas segera , saya fikir mahu jalan kaki sahaja sambil menikmati pemandangan Mostar ,  kami terus berjalan sehinggalah menemui sebuah kawasan perkuburan , batu-batu nisan besar dan bewarna putih tegak berdiri , nama-nama simati tertulis bersama dengan tahun kematian , jelas sekali tahun kematian adalah antara 92-95 sewaktu perang meletus, disini aku memaklumkan ,kami tiba pada tahun bosnia memperingati peristiwa perang ke 20 , ini bukan sesuatu yang diraikan, seperti kata penduduk bosnia we will forgive but never forget …, mawar merah di kuburan masih segar diletakkan orang ramai, seorang wanita memakai jaket berdiri dihadapan kubur dan berdoa , beliau menangis , dan dari kejauhan air mata ini menitik juga , tapi cepat-cepat aku tahan kerana malu pada travel mate ku , bosnia menyaksikan 3 kali air mata gugur , satu di mostar dua di Sarajevo

kubur di mostar



seorang wanita menziarahi si mati

Hari sudah beranjak menemui gelap, dan gelap disini agak menakutkan ,  kami berjalan cepat , akhirnya kami beralah dengan kegelapan , bahaya juga kalau jadi apa-apa , kami kembali semula ke rumah dan meminta pertolongan Ani  dengan bantuan google translate untuk menelefon taxi , akhirnya kami dapat tiket pagi esok ke Sarajevo.

hampir maghrib di mostar, sunyi...

“you are so beautiful “ puji teman travel ku kepada wanita penjual tiket. Hasilnya wanita tersebut menghadiahkan kami dengan senyuman paling lebar dan paling manis! Kata teman ku , wajah perempaun akan cantik apabila di puji cantik, betul lah tu. Setelah duka pergi , bangkitlan dengan senyum.

Mostar, kembara Balkan .November 2015.

Malang - Tumpak sewu , hiking air terjun

Masa aku bentangkan ekspedisi merentas kepulauan java dan masuk ke bali- lombok ,  kawan aku cakap "tak banyak tempat di surabaya &...