Saturday 30 September 2017

Preston - United kingdom


bandar preston
United Kingdom  negara penuh makna , destinasi pertama tiba dengan pengalaman pertama menaiki kapal terbang 8 tahun yang lalu , juga pembuka jalan untuk travel dengan lebih jauh , benar sekali tentang perancangan Allah yang terbaik setelah kita merancang

Tahun lalu kali kedua aku ke United Kingdom , Tak sangka boleh datang semula ke Preston setelah hampir 8 tahun tempat ini aku tinggalkan.. Kami menaiki Etihad bertolak maghrib di KLIA , transit sebentar di Abu dhabi dan tiba di Manchaster Airport awal pagi , mungkin kerana awal-awal pagi, security dan imigresen check tidak seketat sewaktu  tiba di London tahun 2009 dulu . Kata kak Faeza ada direct train dari Manchaster ke Preston , setelah urusan imigresen selesai kami mencari keretapi untuk ke Preston , malang nasib kami , keretapi ada penyelengaraan, tiket kami diganti dengan tiket bas , selepas itu harus naik tram pula ke station keretapi yang lain untuk ke Preston , penatnya hanya tuhan yang tahu lebih kurang 16 jam dalam flight lepastu berganti-ganti pengangkutan pula.


preston train station


Kami tiba di Preston Train Station tengahari , sampai sahaja di station ada ramai kakitangan keretapi memeriksa setiap penumpang yang baru tiba, 8 tahun yang lalu  kawalan tidak seketat ini , keluar dari station kami terus mengambil teksi bewarna hitam, icon kepada teksi di United Kingdom , ketika ini United kingdom sedang mengalami musim sejuk, angin bertiup membuatkan kami menggeletar kesejukan , Preston terletak di utara maka jarang turun salji  , tapi sejuk disini jangan dicabar walaupun tiada salji angin yang bertiup sudah cukup membuatkan naik bulu roma. Teksi menuju ke george street rumah seorang pelajar di Central Lancashire Universiti .Keesokan harinya baru kami tahu kenapa terlalu ramai pegawai di station keretapi , rupa-rupa sewaktu ketibaan kami ada orang bunuh diri dengan terjun di landasan keretapi di Preston. Innalillah..
kejiranan preston

kejiranan preston

Tidak banyak aktiviti yang kami buat di Preston , selain menziarahi teman-teman dahulu yang pernah kami kenal, berjalan-jalan di town , pergi ke Universiti , pergi ke Avenham park , kami juga sempat pergi ke lancaster , kawan aku jumpa kawan dia di Lancaster Universiti aku pula melawat lancaster Castle and Prison .Kami nak juga beli barang di car booth sale dekat dengan fisher gate Preston , tapi entah apa malang nasib kami ,ada renevotion apa entah ,jadi nya carbooth sale tu tak adalah pula , paling aku suka tentang car booth di Preston ni ialah ada booth buku nama dia derek's book , semua buku dijual dengan harga 1 pound
Avenham park 

avenham park

avenham park

avenham park

avenham park
dockland 
salji pertama di preston
Dulu di Preston ada berapa kerat je orang malaysia berbanding di tempat lain , Manchaster misalannya ,atau Birmingham .Sekarang sebenarnya masih lagi sedikit , tapi mendengar cerita daripada kawan yang belajar disini nampaknya mereka lebih aktif dari 8 tahun yang lalu , mereka mengikuti kelas-kelas agama, pelajar Malaysia dan Indonesia dengan penduduk tempatan ,alhamdulillah bagus mereka ni . Kami berada di Preston lebih kurang 4 hari , tiada banyak berubah dengan preston dari struktur jalan , bangunan-bangunan nya , seolah-olah aku masih berjalan pada waktu yang sama 8 tahun yang lalu .

makan donner kebab

Preston muslim forum

Preston indah pada pendapat aku sebab dia tidak bandar dan tidak kampung , Preston ialah bandar kecil yang cukup apa adanya , tidak sunyi dan tidak riuh , menepati keperluan.Selain lokasi dan struktur bandar , Preston ni boleh aku katakan sebagai mesra muslim , United Kingdom sendiri pun boleh dikatakan mesra muslim kerana banyaknya imigrant muslim yang datang ke sini dahulu , so kemudahan makanan halal , masjid dan kelas agama tiada masalah , malahan kawasan kejiranan kami dulu pun berada dalam lingkungan ramainya orang muslim, Masjid di Preston sahaja lebih kurang 24 buah , kedai runcit dan makanan halal bersepah , Senanglah kiranya di Preston ni. Berterima kasih kepada tuhan kerana membuka peluang  dulu untuk datang dan untuk sekali lagi singgah disini.

Thursday 28 September 2017

Kembara Andalusia Autumn 2016



Akhir tahun lepas , kami buat kembara Andalus selama 3 minggu , kembara ni akan melalui 5 negara , united kingdom , morocco , gibraltar , spain dan turki . Route laluan  macam ni :

kuala lumpur- manchaster -preston - lancaster-manchaster -marrakech -fez - chefchoun -tangier -algeciras -gibraltar-cappadocia-istanbul -kuala lumpur.

Reason kenapa kami masuk :

1.United kingdom
Tujuan kami ke United Kingdom sebenarnya untuk ke Preston je , kebetulan  pernah tinggal di Preston selama 6 bulan , banyak lah kenangan manis sepanjang di Preston , banyak juga yang kami belajar .

2.Morocco
Di morocco  akan melawat beberapa kota Marrakech -fez-chefchouen -Tangier, kebetulan kawan nak tengok sendiri universiti qarawiyin di Fez

3.Algeciras
Algeciras ni , nak ke tak nak memang kena masuk sebab dari morocco kami nak masuk ke spain dan masuk gibraltar juga

4.Gibraltar
Kami masuk ke Gibraltar sebab terkesan dengan sejarah pembukaan Andalusia , mengenai Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair

5.Turki
Kali ke 3  ke turki , di turki kami ke cappadocia dan istanbul , alasan ke cappadocia sebab dia cantik sangat , alasan ke istanbul pula sebab aku nak kenalkan pada kawan aku pada  iikv dan peluang biasiswa dia untuk buat Phd.

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...