Thursday 13 October 2016

Kembara balkan - Havatas bas dan & bad taxi Istanbul

HAVATAS bus , gambar ni ehsan dari google -international community office
Jam menunjukkan angka 7 malam ketika kami sampai di Istanbul Attarturk airport . Penginapan kami berada di Sultanahmet , pilihan lokasi ni sebab kami nak stay around blue mosque .
Aku pernah baca, boleh ambil train dari airport ke Sultanahmet , so plan nya nak nak train sahaja , tapi cari -cari station train tak jumpa pula dalam airport tuh ahahahahah...so kami pilih untuk naik bas , nama bas ni Havatas bas ,dia akan turun di Taksim , dari Taksim boleh naik train ke Sultanahmet

teksi istanbul , ihsan -istanbul insider 

 
So kami pun pergi lah ke arah bas ,sebab orang tengah kerumun nak naik , plus orang  berebut nak Simpan barang-barang di bonet bawah bas , kami termangu-mangu lagi , nak beli tiket dulu ke macamana? Tak berapa jauh dari bas tu ada macam kaunter dan beberapa lelaki duduk didalam , so aku pergilah tanya
"Is the bus going to Taksim"?(padahal aku dah tahu dah , sebab di bas tu memang tulis Taksim , cuma nya sahaja mukaddimah kata Ibnu khaldun)
-yes!!
"How much the fare and where to buy a ticket?"
-fourtheen lira and you can pay in the bas
(Aku nak confirm kan semula , fourteen ke forty?)
" Four O or one four ?"
-one four !!!! (Lepas tu di tunjukkan jari dia satu ditangan kanan dan 4 jari di tangan kiri , yang ni kelakar )
 
Jadi tambang bas ni 14 lira dari IST ke Taksim , lepastu aku cakap "tesekkuler" maknanya thank you , konon-kononnya nak speaking turkc lah diaorang ,  " tapi dia pulak tanya aku balik
"Hah??? what do you say??" ahahahah nampak sangat sebutan aku tak betul .Malas aku nak layan lepas tu aku terus naik bas .

Perjalanan dia quit nice lah , sebab boleh nampak cahaya lampu di malam hari yang menghiasi Kota Istanbul, bangunan dan kereta yang banyak . Bas ni ambil masa dalam 40minit depends pada trafik .Dalam bas kebanyakan dia penumpang lelaki , pot-pet pot -pet berborak, bising bebenar.
Sampai je Taksim , pemandu-pemandu teksi dah siap berkerumun depan bas , aku tanya driver taxi tu "how much from here to sultanahmet?" Dia pulak cakap " I don't know, we used meter " eleh...nampak sangat nak cas mahal kat aku , at least kau boleh bagi aku  anggaran harga kot .. tapi kami naik juga .

Sebenarnya dekat je dari Taksim nak ke Sultanahmet , tapi rasanya macam jauh bebenar dia bawa kami , sambil bawa tu dia tunjuk bangunan tu lah ...masjid tu lah ..inilah..bila entah aku hired dia jadi pemandu pelancong. Lepas tu dia cerita pulak scam-scam yang biasa teksi buat , buat magic lah macam-macam .aku angguk-angguk sambil perati je meter tu bergerak.

Sampai tempat yang dituju lebih kurang 30 minit drive, dengan trafik yang tak sibuk (coz dah pukul hampir 10 malam) meter tu tunjuk 60 lira ,aku rasa macam tipu je...so aku buat-buatlah tanya how much ? Dia cakap sambil tengok kat meter -60 lira !
Sebenarnya aku tak cukup duit lira , ada sikit masa tukar di airport tapi tak sampai 60 lira ,so aku tanya kawan aku -"kau ada 60 lira ?"" Kau bayar dia tepat-tepat 60" ,aku takut pulak dia buat helah takde duit Kecik lah...apalah...masa kawan aku bayar , aku cepat-cepat turunkan luggage,apa- apa pun luggage mesti di selamatkan.

Kami tempah Tulip guests house , booking .com orang rate dia around 9/10, not bad lah..yang best pasal penginapan ni adalah interaksi antara pemilik hotel dan pelanggan , hampir setiap email aku dibalas oleh Esim (nama owner dia), plus di puji kitaorang cantik.
Selesai urusan check in aku tanya si Esim ni , "may I know how much taxi fare from taksim to here?"
"Around 30 lira "
Ahahahahah kami tergelak kat situ
"How much you pay just now?"
"60 lira "

Tapi Esim ni cakap dia ada dua jalan ke sini , satu jalan dekat ,which mean 30lira , yang kedua jalan jauh kalau 60 lira jalan jauh itu logik ! Jalan jauh ,dia cakap dia akan lalu pusing sultanahmet tadi ,lalu blue mosque etc...etc.. exactly macam kami lalu tadi .Tapi O.k. lah 60 lira bahagi dua sama dengan 30 lira sorang compare dengan transport yang pihak hostel suggest 30euro bersamaan 90 lira .

Wednesday 12 October 2016

kembara balkan- war tunnel museum , sarajevo Bosnia


peta kawasan kepungan tentera Serbia, garisan warna merah menunjukkan border yang dikepung tentera serbia.

Hari ni hari terakhir kami , terasa sekejap sangat masa di Bosnia . Seterusnya  kami akan menjelajah Turki , program hari ini ialah melawat war tunnel muzium , disebabkan aku dah baca yang war tunnel ni dekat sangat dengan Sarajevo airport , so after visit museum ni aku suruh diaorang drop terus ke airport , senang tak payah fikir dah pasal pengangkutan untuk ke airport.

Kami bersarapan makanan tradisional bosnia , tak pasti apakah makanan itu mungkin namanya borek , lapisan pastry yang dalamnya ada mince meat bersama rempah-rempah tertentu , sepinggan keju yang dihiasi sayur mayur , minum pula teh hangat atau jus oren , fuh!!! Sarapan paling sempurna  sepanjang kembara Balkan kami .

Kereta tour sampai dalam jam 10 pagi , kami dah siap sedia angkut luggage terus masuk kereta , guide kami  tak ingat namanya apa, yang pasti masa perang bosnia dia berusia 16 tahun , sekarang usianya mungkin sekitar 36 tahun . Jalanan di Sarajevo sewaktu pagi , selain dari kabus yang memutih , pokok yang hanya tinggal batang , kereta dan manusia bergerak kehulur-ke hilir dan seperti biasa bangunan –bangunan yang masih punya kesan lubang-lubang peluru , seolah –olah memori yang tak mungkin hilang atau sengaja dipelihara supaya kekal.

war tunnel museum , ini ialah rumah Edis kolar , terowong yang digali berada dibawah rumah ini. Kelihatan lubang-lubang tembakan peluru

Entrance fee tidak termasuk harga tour , saya sudah lupa berapa harga tour ni sebenarnya , mungkin 40 mark untuk dua orang dengan waktu tour selama 2 jam. Museum ni merupakan sebuah rumah milik Edis kolar , masa kolar berusia 18 tahun , dia buat proposal dan pujuk President Izetbegovic  untuk gali terowong bawah rumah dia, bayangkan remaja 18 tahun kemukakan idea pada president , idea untuk terus hidup! Dan memang terowong ini ialah satu-satunya jalan untuk dapatkan bekalan makanan, air, api , perubatan  dari bantuan antarabangsa atau di luar bosnia, keseluruhan bosnia jalan masuk dan keluar di kepung tentera Serbia dan lapangan terbang diletak dibawah kawalan united nation (tentera United nation pun tak boleh masuk bosnia, tersekat di airport dengan segala bantuan senjata dan bekalan makanan)

Orang yang buat plan untuk terowong ni namanya Nedzad Brankovic , seorang civil engineer , dalam muzium ni kita boleh tengok pelan si Nadzad ni buat , senarai bahan –bahan , tapi disebabkan tengah urgent kan , so ..jumlah yang tepat tak dapat direkodkan . Penggalian ni ditugaskan pada tentera Bosnia dibawah pengawasan komander tentera namanya Rasid zolak, mula-mula projek menggali ni susah sangat-sangat sebab  kekurangan skill, tenaga manusia ,juga alatan , apa nak dikata sebab masa perang.

Dengan menggunakan sepenuhnya tenaga manusia untuk menggali , dan menolak kereta sorong yang penuh dengan tanah dan batu-batu keluar , mereka gali 24jam tanpa henti , dan dibahgian hujung terowong (end of tunnel) penggalian juga berlaku , kiranya terowong digali dua side terus, hujung dan hujung , bahagian hujung (end) mereka upah orang dari luar yang gali mengikut shift 8 jam, upah diorang hanyalah sekotak rokok ! ingat tak cerita pasal rokok drina sebelum ni ?

binaan terowong bawah rumah


Saya bertanya apakah cabaran atau kesukaran semasa penggalian , kata guide ialah banjir  , air bertakung dalam terowong dan tanah becak dan licin , kadangkala kerja pembinaan terhenti untuk beberapa waktu sebelum air surut kembali , siapa yang dapat masuk ke terowong ini ?- tak semua orang , mereka di beri surat seperti surat kebenaran , hanya yang punya surat boleh masuk . Keluar masuk terowong ni dikawal oleh tentera ,dan boleh dimasuki oleh 20- 1000 pada satu-satu masa , dari bosnia keluar bosnia melalui terowong mengambil masa 2 jam . Betapa berjasanya terowong ni , masa perang 3 tahun tu , average 2 hingga 3 juta warga bosnia dan tentera UN guna .

hujung terowong di luar kawasan kepungan tentera serbia - ihsan wikipedia


kami diberi peluang untuk masuk ke dalam terowong  sejauh 25 meter , panjang asal terowong ini ialah 800 meter tapi ditutup , tanah dalam terowong ini ditahan oleh kayu , ada pencayaan maksudnya lampu , luasnya  untuk seorang tanpa berselisih , pengudaraan bagus lebih bagus dari ruang bawah tanah tentera Vietcong di Vietnam . Tapi kata guide kami , air ventilation dalam terowong tak bagus , masa perang orang-orang yang nak masuk dan lalu dalam terowong ni kena pakai mask. Selepas naik semula dari terowong kami dibawa kebeberapa bilik yang dijadikan ruang pameran , di sini kita boleh lihat dokumen , pelan terowong , senarai bahan yang diperlukan , alat-alat penggalian , pakaian tentera, makanan dan keperluan yang telah mereka angkut melalui , banyak sangat info nya.


Seterusnya kami dibawa untuk menonton dokumentari penggalian terowong  , di sini aku menangis lagi entah kali yang keberapa . part yang paling aku suka  ada beberapa pemuda bosnia beratur keluar dari terowong ni satu persatu , di hujung terowong ada seorang tua perempuan pakai tudung ikat di bawah dagu , dia distribute air minum , dia bawa botol besar 3 atau 5 liter , tuang dalam cawan , dan setiap orang yang keluar dari terowong dihulurkan dan mereka minum , air muka perempuan tua tu bahagia , dia senyum sambil angguk-angguk.

 Is she the mother of Edis kolar?
 – yes!yes! she’s the mother .

kami keluar dari bilik tayangan , kawasan rumah ni ditutup dengan pagar kawat , dan guide tunjuk sambungan terowong , masa tu belum jam 12 tengahari , cuaca mendung agak gelap bercampur kabus , pandangan kita akan terhalang oleh putihnya kabus beberapa meter ke hadapan , then guide ni cakap
“this is the best time to run”
-what do you mean?
“inilah masa yang paling sesuai untuk keluar , untuk berlari dari satu tempat ke satu tempat , sebab pandangan tentera Serbia sangat terhad masa ni, kerana ditutup oleh kabus.”

kami di luar museum.

Aku rasa siapa yang datang Sarajevo memang kena masuk museum ni , betapa nilai survival manusia tu sangat-sangat tinggi , kita akan buat dan guna apa sahaja untuk hidup.  Selepas ni kami akan terus ke airport , rasanya sayang dan tak puas untuk explore bosnia , kecantikan alam semulajadi , sejarah lama dengan kerajaan ottoman dan nilai survival manusia pada perang yang masih muda 20 tahun yang lalu .

Aku belajar banyak hal di bumi Sarajevo , sakitnya pada memori –memori lampau , aku rasa tangis warga bosnia setiap kali ke kuburan tak pernah berhenti menitik , dalam masa yang sama Sarajevo mengajar aku , tak akan pernah rasa menyesal untuk terus hidup , dan mereka-mereka yang terus hidup sejak 20 tahun yang lalu menyambut kami masih dengan senyum . Inilah hidup ! dan inilah dunia sifatnya sementara dalam segala hal , bahagia yang sementara ada masa duka menyinggah , dan duka yang sementara ada masa bahagia yang menyinggah , dan muslim yang jiwanya tak kenal putus asa tetap beruntung dalam dua hal yang bertandang, sabar ketika duka dan syukur ketika gembira.

Sarajevo , bosnia december 2015







Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...