Saya
memaklumkan keberangkatan kami untuk ke
Mostar Bosnia awal pagi melalui email kepada Puan kosovic, kami memerlukan
perkhidmatan kereta ke station bas .Dari
apartment ke station bas Dubrovnik tidak jauh ,naik bas pun boleh , tapi
memikirkan luggage, kami sewa kereta
sahajalah, 10 euro tambang dikongsi berdua, sempat juga kami bergambar dengan
puan kosovic sebelum bertolak, seorang wanita yang sangat baik.
 |
us, with Mrs kosovic. |
kami
tiba dengan sangat –sangat awal , menunggulah dengan kesejukan diluar,
memerhatikan gelagat pemandu dan penumpang yang lain. Peraturan penggunaan bas
di sini dan juga di Bosnia berbeza dengan di Malaysia, harga tiket tidak
termasuk harga luggage untuk
diletakkan dibahagian bawah bas , macam kapal terbang pula gayanya, satu
beg/luggage 8-10 kuna harus dibayar, ada perlancong mat saleh bergaduh dengan pemandu
bas mengenai beg /luggage tersebut , mat saleh tersebut mahu membayar dengan
menggunakan Euro ,wang kuna mereka sudah habis barangkali , dan pemandu bas
tersebut mencampakkan luggage mat saleh itu keluar, ini kurang hajar sekali
,nasib baik mat saleh tu cool sahaja
,handsome pula tu.
 |
permandangan dalam bas dari dubrovnik menuju ke mostar |
Perjalanan
mengambil masa 5 jam (kalau tak salah ) penumpang tidak ramai dalam bas, kurang pasti berapa
sempadan bas ini akan melintas sebelum masuk ke Bosnia, lebih 2 kali bas dinaiki
oleh pegawai imigresen untuk pemeriksaan passport . Tiada aktiviti lain yang
boleh dilakukan kecuali menikmati pemandangan yang cukup indah sepanjang
perjalanan, kami juga sempat berkenalan dengan keluarga pelancong dari korea ,
mereka kembara satu tahun sebelum kembali ke korea semua, ini hebat !!
 |
Mostar bus station |
Tiba
di Mostar hari petang , menurut Eni ,owner guesthouse kami, station
bas ada dua, di barat dan timur , satu merupakan laluan keluar dari bosnia satu
lagi dalam bosnia, dan dari station bas sebenarnya boleh sahaja jalan kaki
terus ke Old town , tapi untuk menjimatkan masa, naik taxi adalah terbaik.
Station bas ini suram, banyak kedai yang tutup , seorang lelaki bosnia approach kami bertanyakan sama ada
memerlukan sewa bilik atau tidak, kelihatan juga dua orang wanita muslimah
bosnia duduk diatas kerusi batu, sungguh cantik mereka, kulit putih bersih dan
kemerahan
Guesthouse
kami ialah sebuah rumah dua tingkat , hanya 300 m dari Mostar bridge yang
terkenal itu, tuan punya guesthouse ini ialah Eni yang sangat-sangat minima
bahasa inggerisnya, kami di sambut dengan senyum manis.
 |
Eni Hostel |
 |
bilik kami di Eni hostel |
dia menghidangkan teh
turki dan biskut , aku yang memang kelaparan makan tak ingat dunia, usai zohor
dan dijamakkan dengan asar kami keluar ke old town , tujuan kami ialah untuk ke
mostar bridge , kami juga harus membeli tiket bas menuju ke Sarajevo esok pagi
, dan kami tidak mempunyai sebarang Mark (matawang bosnia untuk beli tiket ),
ini masalahnya akibat sivil war dan pecah negara Yugoslavia, masing-masing
punya mata wang sendiri susah untuk membeli .
 |
kesan tembakan peluru, masih kekal walaupun 20 tahun telah berlalu |
keluar
dari lorong rumah , kami menemui seorang budak perempuan dengan rambut yang
tidak terurus dan makanan ditangan, dia mengekori kami dan meminta duit , saya
faham benar , jangan bagi mereka duit , bukan kerana kedekut ,tapi sekali kamu
bagi pada seorang , seratus orang akan mengerumuni , saya berjalan laju tetapi
dia buat hal pulak, ditariknya jaket teman travel
aku huh !!! menakutkan sungguh.
 |
lorong-lorong oldtown , menuju mostar bridge |
 |
old town mostar
|
 |
kesan kerajaan ottoman, bahagian luar masjid, tempat ambil wudu'k |
 |
dalam masjid |
Sejarah
old bridge ini dibina oleh kerjaan ottoman , jelas sekali senibinanya, seperti
kebanyakan sejarah islam , penguasa suka membina jambatan –jambatan dan masjid
untuk kemudahan penduduk, jambatan dan masjid adalah dua hal yang aku suka ,
dua hal ini menghubungkan manusia, jambatan menghubungkan manusia antara manusia
dan manusia dengan tempat , manakala masjid menghubungkan manusia sesama
manusia dan manusia dengan tuhan.
 |
Naretva River under the bridge
|
 |
dari atas jambatan |
Dibawah jambatan ini kelihatan sungai Naretva, semasa perang
bosnia sebenarnya jambatan ini juga turut rosak dan pecah , sisa-sisanya dibawa
arus , ia dibina kembali persis seperti mula. Usai bergambar , kami mengunjungi
muzium perang dengan bayaran 3 euro per
entry , pameran ini berada dalam bangunan tingggi di hujung jambatan ,
memaparkan hasil foto semasa perang . Wartawan dan jurufoto memainkan peranan
besar, mereka datang atas risiko sendiri , kerana perang ini pada awalnya
ditutup oleh media, mereka jugalah membawa cerita melalui kepingan gambar
dengan perspektif yang berbeza-beza , mereka lah menyimpan pelbagai bukti dan menunjukkan kepada umum , saat menulis
ini aku jadi teringat pada muzium perang di Saigon Vietnam, seorang jurugambar
dari Jepun yang mati sewaktu merakamkan peristiwa perang antara Vietnam sekutu
komunis dan sekutu USA , kamera jurugambar tersebut dihadiahkan oleh keluarga
mendiang kepada pihak muzium, perang …..apa yang kita perolehi daripadanya?
 |
dont forget 1993, peringatan pada batu sebelum menuju ke muzium perang |
 |
foto dalam muzium |
Mostar ini sangat berbeza
suasananya berbanding dengan Sarajevo, entah mengapa aku lebih suka Sarajevo,
di Mostar semuanya ada price tag ,
hatta menara tinggi masjid juga berbayar, masjid juga berbayar , dan
orang-orang disini kurang mesra , kami merasakannya sewaktu makan tengahari
dalam restoran di old town , sudahlah kami dilayan kurang mesra , semua mata
pelanggan memandang kami dengan pandangan tidak mesra , tapi pedulikan, yang
penting kami dapat mencicip kopi bosnia yang enak, disini juga wang mark jarang
digunakan menggunakan euro.
 |
Traditional Bosnian coffee |
Hari hampir maghrib , kami harus ke station bas segera , saya fikir mahu jalan kaki sahaja sambil
menikmati pemandangan Mostar , kami
terus berjalan sehinggalah menemui sebuah kawasan perkuburan , batu-batu nisan
besar dan bewarna putih tegak berdiri , nama-nama simati tertulis bersama
dengan tahun kematian , jelas sekali tahun kematian adalah antara 92-95 sewaktu
perang meletus, disini aku memaklumkan ,kami tiba pada tahun bosnia memperingati
peristiwa perang ke 20 , ini bukan sesuatu yang diraikan, seperti kata penduduk
bosnia we will forgive but never forget
…, mawar merah di
kuburan masih segar diletakkan orang ramai, seorang wanita memakai jaket
berdiri dihadapan kubur dan berdoa , beliau menangis , dan dari kejauhan air
mata ini menitik juga , tapi cepat-cepat aku tahan kerana malu pada travel mate ku , bosnia menyaksikan 3
kali air mata gugur , satu di mostar dua di Sarajevo
 |
kubur di mostar
|
 |
seorang wanita menziarahi si mati |
Hari
sudah beranjak menemui gelap, dan gelap disini agak menakutkan , kami berjalan cepat , akhirnya kami beralah dengan kegelapan , bahaya juga
kalau jadi apa-apa , kami kembali semula ke rumah dan meminta pertolongan Ani dengan bantuan google translate untuk
menelefon taxi , akhirnya kami dapat tiket pagi esok ke Sarajevo.
 |
hampir maghrib di mostar, sunyi...
|
“you are so beautiful “ puji teman travel ku kepada wanita
penjual tiket. Hasilnya wanita tersebut menghadiahkan kami dengan senyuman
paling lebar dan paling manis! Kata teman ku , wajah perempaun akan cantik
apabila di puji cantik, betul lah tu. Setelah duka pergi , bangkitlan dengan
senyum.
Mostar, kembara Balkan .November 2015.