Tuesday 23 February 2016

5 info kembara zagreb yang menjadikan kembara anda lebih mudah.



from google image
Sebelum tulisan ini bersambung ke Dubrovnik , dan beratnya hati untuk meninggalkan zagreb , satu kota yang langsung kami tidak sempat menjelajahinya ,tidak sempat juga menyelusuri old town  . Berikut ialah panduan yang menjadikan kembara zagreb anda lebih mudah :

1.airport zagreb

a). Sewaktu kehadiran kami , pegawai imigresen disini kurang mesra .
b). Adanya shuttle bas dari airport zagreb menuju ke bandar zagreb, shuttle bas ini akan berhenti di terminal bas zagreb yang disebut sebagai "Autobusni Kolodrov  " ,
c).Bas bergerak setiap 30 minit , perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit juga, paling cepat , tambangnya ialah 35kuna atau 5 euro.
d).Bas terakhir adalah pada jam 8.30 malam.
e).Terdapat pejabat tourist information , sebelum menjelajahi kota zagreb ada baiknya anda mengambil beberapa buku dan peta.
f).Bagi penggemar poskad, dalam airport zagreb ada mini post office sebelum check in kaunter
g).security di airport zagreb sangat ketat, bagi yang berhijab ,kita diminta untuk diperiksa oleh pegawai wanita dalam bilik khas-hijab harus dibuka .so ....jangan pakai tudung yang banyak belit.

2.Terminal bas zagreb/Autobusni Kolodrov Zagreb

a)Ada bas dari airport dan ke airport
b)Berdekatan dengan tram station -melintas jalan
c) Jika anda mahu membeli tiket bas dari zagreb ke dubrovnik, plitvice atau tempat -tempat lain boleh terus beli disini
d)Di terminal ini juga ada bank untuk anda tukar duit kepada matawang kuna.
e)Ada tourist office/ information
f)Jika mahu naik tram boleh beli tiket tram di kedai jual suratkhabar

3.Explore zagreb

a)Untuk explore bandar zagreb, sekiranya anda memang tinggal dalam bandar , mengikut kata Tomislov explore by foot is much better, jangan lupa minta peta pada tourist office atau di tempat penginapan
b)Boleh juga explore bandar dengan tram , tambang tiket ialah 10 kuna . lihat peta tram Disini
c)Boleh mencuba sewa basikal juga.disini

4.Taxi zagreb

a)Jika datang ke zagreb lebih dari seorang , kadangkala penggunaan taxi lebih menjimatkan, semasa kami di Zagreb kami telah memesan taxi menggunakan ekotaxi , untuk ke bus station, jika naik tram tambang tram 10 kuna seorang , kalau dua orang 20 kuna , bila kami menggunakan taxi ini tambangnya 17 kuna satu taxi dan ia tepat masa , mudah pula kerana kami bawa luggage.

5.Tempat penginapan.

jika datang lebih seorang , tinggal di apartment boleh dikatakan murah , saya mencadangkan untuk stay di rumah tomislov kerana beberapa alasan :
a) Dekat sangat dengan tram station no 8 dari bus station dan turun di draskoviceva , lihat peta tram disini , lintas jalan, patah balik dengan berjalan lurus cari no rumah 40,
b) Murah , kami sewa satu studio dengan muatan 5 orang , tapi kami stay dua orang , dengan bayaran 12.5 euro seorang /malam (50 euro dua malam ,dua orang), kalau stay lebih dua orang kan lebih jimat?
c) Rumah bersih dan cantik
d) Alatan memasak lengkap
e) Tuan rumah yang baik hati dan handsome
f) Di bawah apartment ada kedai runcit , so bolehlah beli telur ke...susu ke...kopi ke...apa-apa aja lah.
kalau berminat boleh review rumah tomislov
g) Rate 9.5 /10 di booking.com

selamat explore bandar zagreb, terutamanya old town, sepanjang dua hari di zagreb , pemerhatian ku ialah, zagreb banyak mengamalkan business atas dasar kepercayaan ,tidak seperti dubrovnik, contohnya kami naik tram tapi tiada siapa yang check tiket tram , ada poskad dan fridge magnet dijual tanpa meletakkan tanda harga, tanpa siapa-siapa jaga , apa yang ada hanya tabung untuk kita bayar, di plitvice misalannya , keadaan tidak berpagar, tiket tidak di periksa , rasanya kita boleh masuk je plitvice tanpa tiket. Orang croatia kebanyakannya cantik dan handsome melebihi orang turki dan orang france , mereka bertubuh tinggi !


No comments:

Post a Comment

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...