Wednesday 17 February 2016

croatia-keajaiban plitvice



image google
Layanan yang kasar oleh imigresen lapangan terbang zagreb sangat meresahkan , sudahnya passport ku di cop masuk dua kali. Sebelum keluar meneruskan perjalanan, kami singgah di tourist office , seorang lelaki kacak tinggi dan rambut terbelah, kulitnya putih melepak menyambut kami dengan senyum, senyum yang pertama di Croatia. Kami keluar dengan peta di tangan dan buku perlancongan , bas dari airport ke terminal bas yang disebut Autobusni kolodvor ,zagreb sudah sedia menunggu , tambang dibayar didalam bas 30kuna atau 5 euro dan mengambil masa sekitar 30 minit atau satu jam .

walaupun jam menunjukkan angka 5 petang, musim dingin mentari berehat awal, kegelapan dan wap sejuk diluar tingkap ,sesekali sorotan lampu jalan menghiasi kota, saya sempat menghantar khabar pada keluarga menggunakan wifi free yang terdapat didalam bas. Deretan kedai banyak yang tutup . Tiba sahaja di Autobusni ,kami harus menukar wang euro kepada kuna, mujurlah dalam terminal ada satu bank yang masih buka. Terminal bas ini biasa-biasa sahaja, jauh dari standart kemajuan eropah , kaunter bas juga banyak yang tutup , cuma ada 3 kaunter yang masih buka, sempat aku membaca beberapa destinasi dari zagreb , kawasan sekitar bosnia, skopje , split dan beberapa tempat yang namanya agak aneh untuk disebut.

"plitvice natinal park " aku tulis besar-besar diatas kertas, untuk mengelak dari salah sebut , Kertas aku tunjukkan pada petugas kaunter
"i want 2 ticket (sambil jari membuat huruf V ), morning"
alhamdulillah tiket masih ada untuk esok , tambangnya lebih kurang 100 kuna dengan 2 jam perjalanan , awal pagi harus ada di terminal.

berbalik kepada kisah Tomislov.

Apartment Tomislov berkonsepkan studio, satu konsep yang aku suka, dapur, bilik tidur dan ruang tamu di satu ruangan , tempat yang syok sekali untuk makan bukankah diatas katil?, design Ikea memenuhi kawasan, sepanjang kembara  di beberapa buah negara, apartment milik Tomislov ini ialah yang terbaik. Tomislov sendiri ialah manusia yang profesional, cara beliau berpakaian dan cara beliau menerangkan setiap inci zagreb menunjukkan bahawa dia terbiasa dengan "presentation on paper "dan sesungguhnya customer service nya baik sekali, ah...sempat aku jatuh cinta sesaat.Kata Tomislov cara terbaik dari Draskoviceva ini ke terminal bas ialah dengan taxi tempahan online yang disebut sebagai Eko taxi, dan tambangnya sekitar 20kuna , kami pada mulanya mahu naik tram sahaja , tapi tambang tram sahaja 10 kuna seorang, ah...lebih baik cuba taxi, dan kata Tomislov juga taxi ini tidak pernah terlambat wow!!!

Jam 7 pagi benar , terdengar hon dari taxi , kami bergegas naik dan kata Tomislov tepat sekali , tambangnya sekitar 17 kuna. Perjalanan bas ke plitvice ialah sekitar 2 jam. Pemandangan hutan dan kampung-kampung kelihatan suram , hari masih pagi mungkin.Semakin naik ke bukit  kelihatan tompok -tompok salji .persoalannya kenapa kami ingin sekali ke plitvice?
the reason kenapa lake ni terpelihara

1.Taman negara plitvice ialah salah satu yang tertua di eropah selatan dan yang paling besar di croatia.
2.setiap tahun pelawat dianggarkan sekitar 1.1 juta orang
3.terdapat 16 tasik Iindah yang masih bersih tanpa pencemaran



taman negara ini sangat-sangat terpelihara sehinggakan airnya jernih bagaikan cermin , aku sendiri pernah menyaksikan pekerja taman negara ini cedok air di tasik dan minum begitu sahaja, dan wallahi! aku juga turut minum mentah-mentah, alhamdulillah tidak sakit perut.






sekiranya anda pecinta alam semulajadi , pasti anda tidak akam mahu pulang , keindahan tasik ,air terjun, pokok-pokok seolah flora dan fauna berbahagia dengan keindahannya . kawasannya besar sekali , kita boleh memilih laluan A,B,C atau D mana-mana route, dan setiap route ada persona yang tersendiri yang tidak terkalahkan. Apabila mencapai puncak musim dingin ,air terjun dan tasik akan membeku tapi tetap indah~
ini time winter, ihsan google image

Tiket masuk pada musim sejuk ialah 55kuna berbanding 110 kuna pada musim yang lain. Untung juga rupanya masuk bila musim sejuk. Kami mengambil masa lebih 5 jam untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan ini .
.




Kami pulang ke zagreb semula pada malam hari walau jarum jam menunjukkan angka 5, dan keesokan harinya kami harus terbang ke Dubrovnik. Sepertinya kami tidak pernah melihat mentari di kota zagreb sendiri

No comments:

Post a Comment

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...