Friday 13 May 2016

kembara balkan :dubrovnik : ya saya malaysia.

Sementara menunggu kenderaan ke Montenegro , saya memerhatikan kota lama Dubrovnik dari atas bukit . Ktak!!
Terdengar pintu di buka , saya menoleh kebelakang , rupa-rupanya sebelah apartment kami pintunya dibuka orang . Kelihatan seorang wanita berbangsa cina menyapu sampah dengan memakai seluar pijama dan sweat shirt.

"hai ,good morning ", sapa ku rigkas.
"morning......where are you coming from"
"I am from malaysia , and you ?"mungkin dari china yang berhijrah ke eropah atau US ataupun singapore barangkali , fikirku.
"owh...malaysia? saya pun dari malaysia lah...."

selepas itu perbualan bertukar menjadi bahasa melayu. Maklumlah jumpa orang senegara. Dia bersama ibunya kembara bersama, tapi laluannya dari Spain selepas dubrovnik akan ke negara sebelah Macedonia .

Dalam kegembiraan , saya merasa sedikit aneh tentang hal yang baru berlaku. Ini senarai keanehannya :

1. Apabila kita berbual dengan orang yang berlainan bangsa , hal ini lebih kerap berlaku antara melayu dan cina, masing-masing menggunakan bahasa inggeris , terutamanya bila yang memulakan perbualan itu orang cina, tapi kalau cina malaysia bertemu melayu malaysia di mana-mana negara luar kita akan lebih bercakap dalam bahasa melayu . (kebanyakan yang saya lalui )aneh kan?

2.Kita tidak mengaku kita ini malaysia bila berada di malaysia , kita lebih mewakili diri kita melalui bangsa , saya melayu, saya cina , saya india . Bila masing -masing bertemu di negara luar kita secara automatik mewakili diri kita dengan malaysia . "are you malaysian ?" yes im malaysian, walau apa bangsa sekalipin.

3.Tambahan , jika orang islam ,bertemu sesama islam di luar negara yang berlainan bangsa kita lebih suka bertanya "are muslim???""yes, im muslim" dan secara automatik kita gembira bertemu sesama muslim , tapi aku agak curious adakah ini juga berlaku dengan penganut agama lain? -just curious sahajalah.

walau bagaimana pun, bertemu dengan orang malaysia di dubrovnik mengubat sedikit kedukaan apabila mengenangkan betapa tidak mesranya layanan orang Dubrovnik terhadap kami sebelum ini.

hampir 15 minit menunggu , kereta untuk ke montenegro pun tiba, kami akan pulang kembali ke Dubrovnik lewat petang .

No comments:

Post a Comment

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...