Sunday 4 February 2018

Marrakech town - kembara andalusia



"Travel is never a matter of money , but courage "- Paulo coelho


 Bangkit kami dikejutkan oleh sahutan azan yang bersambung-sambung dari satu masjid ke satu masjid yang lain , tiada muzik yang lebih indah untuk bangun dari tidur selain bunyi azan , berbeza sekali dengan Preston  , di sana azan tanpa pembesar suara , satu nikmat yang harus kami syukuri , nikmat masih ada sambungan nafas pada hari ini , nikmat masih ada pendengaran , daya usaha untuk memulakan hari baru masih baik ! subhanallah...alhuakbar ..alhamdulillah

Usai mempersiapkan diri kami turun sarapan , sarapan di Morocco biasanya pancake, ada roti crossoine , dan pelbagai jem , madu , mentega dan minyak zaitun , minumnya jus oren, teh atau kopi . Sebelum keluar kami naik ke rooftop untuk melihat pemandangan Marrakech dari atas , kelihatan rumah-rumah berbntuk petak, menara tinggi , pohon palma dan yang terbaik betapa birunya langit Morocco , sangat kontra warna biru langit dengan warna coklat rumah -rumah petak batu, di rooftop ada sediakan kerusi malas untuk berjemur matahari , ah ...kulit aku sudah sedia "tan" tidak perlu lah untuk menggelapkanya lagi.

sarapan pertama di bumi Morocco

rooftop

pemandangan kota marrakech dari rooftop hotel
 Untuk keluar menuju ke Jmaa el fna kami kena melalui lorong-lorong yang bersimpang siur , memang boleh sesat kalau jenis tak ingat jalan macam saya ni, so saya dan faeza dah siap-siap mengeluarkan kamera dan telefon , mengambil gambar setaip hujung lorong supaya senang untuk kembali semula ke Riad ,tujuan pertama kami ke Station keretapi untuk beli tiket ke fez esok , kami ambil keputusan untuk naik teksi so kami tahan teksi luar Jmaa el fna , tambang teksi dah tak ingat berapa , tapi memang kena bargain , style teksi kat sini dia ambil kita, on the way dia boleh ambil orang lain juga sampai penuh teksi tu , Alhamdulillah tiket train ada ke fez bertolak awal pagi sebelum subuh harga RM 100+- , kami ambil class business supaya selesa sikit untuk tidur (sebab keretapi bertolak awal pagi so sebelum subuh )

pintu masuk souk dari jmaa el fna , kena ambil gambar takut sesat

station keretapi marrakech

bandar marrakech


Selesai urusan tiket ,kami membentangkan peta yang Riad bagi semalam so kami pilih beberapa tempat untuk cukupkan sehari dan pulang ke Riad sebelum malam , tempat pertama ialah madrasa ben youssef , kami memang suka madrasah madrasah ni , travel ini bertujuan pendidikan , so o.k lah pergi madrasah , petamanya saya membayangkan bangunan madarasah ni berbentuk petak seperti kebanyakan bangunan di Morocco ,mungkin didalam ada kelas-kelas , library etc..etc...bila sampai di Madrasah tersebut subhanallah ....inilah madrasah yang paling cantik di dunia yang pernah aku tengok , dengan susunan mozek kecil besar membentuk corak , ukiran -ukiran halus dan khat nya masyallah ...cantik betul..so madrasah ni ada dua tingkat kita boleh explore dua-dua tingkat ni , boleh tengok lah bilik study , bilik asrama subhanallah..bangunan disusun 4 segi di tengah ialah dataran dan ada kolam , mungkin tempat ambil wuduk ke apa..tapi memang subhannah nak menangis  tengok cantik sangat ! dengan pintu gerbang besar diperbuat daripada  kayu kukuh , tingkap -tingkap kecil macam fairy tale , so kalau korang nak datang marrakech serious memang kena datang madrasah ni .Ada bayaran tak ingat berapa tapi tak mahal.



pelan madrasa , caisse tu maksudnya "masuk" eheheh

ambil dari tingkat atas madrasa

cantikkan

Add caption

terlampau kagum

binaan kecil besar , pintu kayu yang besar, pintu besar yang besar , tingkap-tingkap yang kecil semua nya dibina dengan halus dan berseni , seperti yiada permukaan tanpa garisan corak


pintu gerbang besar dengan seni-seni halus

tingkap-tingkap kecil

ukiran geometri dan susunan warna serta khat 

Melalui pembacaan , sebenarnya madrasah ni ialah sebuah kolej islam yang dibina pada kurun ke 14 , nama ben youssef tu bersempena Almoravid sultan ali ibn yusuf , ketika itu madrasah ini adalah madrasah yang terbesar di Morocco dan merupakan salah satu kolej theology yang terbesar di Afrika Utara , siap sempurna kolej ini pada tahun 1565 dan ditutup pada tahun 1960 sehingga kini menjadi salah satu historical site. Bayangkan kolej secantik ini mendidik pelajar sehingga 300 tahun lebih ! lihatlah kehalusan seni bina kolej ini yang dibina oleh manusia pada kurun ke 15 , jauh indah berbanding binaan moden yang seakan-akan kosong !

kami mengambil masa agak lama disini terutamanya faeza yang merupakan pensyarah seni bina universiti , tentulah dia lebih menghayati setiap sudut dan garis , usai melawat madrasah kami ambil keputusan untuk masuk muzium , kebetulan jaraknya tidak jauh , on the way sempat kami membeli jus tebu bercampur lemon , segar betul hilang semua penat .

pakcik yang jual jus tebu campur lemon , pakai lab coat seperti pakcik-pakcik yang menjual buah berangan dan simet di istanbul , berbaju putih

ini jus tebu campur lemon , subhannah enak betul , kebetulan tengah penat dan panas
Selepas minum kami berjalan ke muzium marrakech ,Muzium marrakech kena bayar 50 dirham , kebetulan disini ada pameran lukisan daripada perempuan tak ingat siapa , sebenarnya muzium ni lebih kepada muzium seni , dan melalui pembacaan , muzium ni sebenarnya sebuah rumah dalam istana - Dar manebhi palace yang dibina pada akhir kurun ke 19 , ber senibina andalusia yang mana ciri-ciri senibina andalusia boleh dilihat pancuran air yang ditengah-tengah courtyard , ada tempat duduk@lepak , hamam , dan seperti biasa corak-corak pada mozek dan susunan mozek membentuk corak geometri .








selepas puas kami ambil keputusan untuk solat di masjid koutoubia iaitu masjid yang terbesar di marrakech , kami naik teksi lagi sebab rasa dah penat , yang menarik pasal masjid ni ialah menara masjid yang setinggi 77 meter , sebelum masuk ke kawasan masjid ada dataran dan kerusi-kerusi untuk lepak-lepak , ada burung merpati , masa kami lepak tu sementara tunggu azan ada seorang atuk ni sibuk nak ambil gambar dengan kami , o.k lah sebab atuk kan dah tua , so saya duduk atas kerusi dan atuk tu duduk sebelah , dan saya perasan atuk tu cuba merapatkan diri serapat-rapatnya macam nak berlaga muka , ini tak boleh jadi ni , dah satu klik saya terus bangun , lepas tu nampak atuk tu approach perempuan lain pula, pakai jubah tapi menggatal di masjid fuh !!! seram , lepas tu kami terus masuk ke kawasan masjid , tanya-tanya orang nak masuk macamana sampai ke sudah kami tak boleh masuk ke dalam masjid tu , ada yang cakap buka time solat sahaja lah , ada yang cakap perempuan tak boleh masuk lah macam-macam pula , akhirnya takpe lah kami ambil gambar menara masjid, lepak-lepak  dan berjalan pulang  ke jmaa el fana

menara masjid kotoubia

dalam kawasan masjid , ada makcik minta sedekah , di morocco boleh tahan ramai peminta sedekah sambil berzikir atau membaca quran , kebiasaan hari terakhir di morocco aku akan bagi semua syiling kepada peminta sedekah , sebab syiling tak boleh ditukar di money changer , lebih baik bagi sahaja semua sekali (kecuali sekeping dua untuk kenangan)
kami explore jalan kaki masuk lorong-lorong , ada kami jumpa kedai pasar lambak , dan semua tempat seolah-olah dikerumunin orang , ramai betul manusia , dan kebanyakan nya lelaki , oh ya morocco pada pendapat aku ialah negara "male - oriented " eh seram juga sebab nampak ada anak-anak muda tengah bertumbuk ,sampai ada sorang laki tu jatuh atas tanah dan ada sorang lelaki lain pijak kepala dia , kami jalan cepat-cepat , tak sampai 400 meter kami sampai di area sekolah rendah budak-budak lelaki sekolah rendah pula bergaduh , ganas-ganas mereka ni . akhirnya kami dah nampak pintu masuk ke souk , ada pula lah budak-budak kolej/universiti tengah berdemo , slogan dia "education is not for sale " macam-macam juga kejadian sehari di Marrakech ni , mungkin demo pelajar tu bersempena kedatangan raja atau putera raja di marrakech sebab kami nampak banyak poster-poster di jalan dan banyak kereta polis .Faeza sempat beli jus di jmaa el fna dan selepas tu kami makan dalam souk sahaja dan terus pulang ke riad untuk solat dan pack barang, tengah malam nanti kami kena check out untuk ke station keretapi menuju ke fez .


No comments:

Post a Comment

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...