Monday 4 December 2017

Kembara andalusia : malam di Marrakech , morocco



Riad light of sun , marrakech , dari booking.com
 Ada dua pintu masuk udara untuk pelawat antarabngsa melawat Morocco , pertamanya melalui Marrakech dan yang kedua melalui Casablanca , jika penerbangan dilakukan dari Eropah , masuk  Morocco melalui Marrakech lebih murah berbanding Casablanca .

Dari Manchaster airport kami memilih penerbangan murah  , tempoh perjalanan  4-5 jam , dalam pesawat tu tak ada pun orang melayu kecuali kami berdua. Pesawat easy jet mendarat di lapangan terbang Marrakech pada waktu maghrib , masuk sahaja ke lapangan terbang marrakech terus  kami kena masuk line imigresen , pelancong yang datang ke marrakech tesangat ramai , barisan panjang melingkar dan urusan imigresen  sangat-sangat lembab. Mungkin 2 jam beratur barulah kami tiba  dihadapan kaunter imigresen , setelah urusan selesai kami  berjalan laju untuk memungut bagasi , bagasi telah lama terdampar akibat urusan imigresen yang super lembab, kami turut menukar wang euro kepada morocco dirham  , disini kami diperkenalkan dengan sistem bayaran kad, style kad top up , tapi kami tidak mahu kerana bimbang penggunaannya tidak meluas.

Airport transfer daripada hotel sudah di tempah siap-siap , sebenarnya ada bas daripada airport ke jmaa el fna , tapi memikirkan akan sampai malam di sini kami memilih menaiki teksi yang ditempah melalui hotel , lebih senang macam tu sebab ada baca dalam blog teksi morocco kuat juga scam , lagi pun bukan senang nak cari hotel dalam medina dengan lorong-lorong, sesat kang ...malam -malam pulak tu . Driver teksi ni pun dah penat dah menunggu , punya lah lama urusan imigresen tu , ketika itu jam sekitar 9 malam , teksi dipandu laju , sempat kami berborak sebentar tentang lamanya urusan imigresen , sampai di jmaa el fna teksi ini berheti di tepi jalan , ada sorang pakcik tua tunggu dengan troli , pemandu teksi ni angkut luggage  masukkan dalam troli dan suruh  ikut pakcik tua ini masuk dalam souk , masuk lorong-lorong sampai jumpa  guesthouse , masa kami melalui dataran jmaa el fna pakcik tu suruh  hati-hati dan jalan dekat dengan dia , tiba-tiba segerombolan budak-budak kecil hingga belasan tahun ,peminta sedekah kot,  hampir segerombolan tu nak rempuh kita orang ,seramnya ...masa lalu lorong-lorong dalam souk sebelum sampai ke guest house pun seram , lorong sempit , gelap , ada kucing kurus , ada perempuan tua minta sedekah dengan bersepahnya barang -barang hasil jualan kedai yang dah tutup , pemandangan dia macam lorong  diagon Alley dalam cerita harry potter , culture shock lah  sekejap dengan pemandangan malam itu.

Sampai  di guesthouse hampir 10 malam, akibat shock dengan kejadian hampir dirempuh di jmaa el fna sampai kami lupa nak bagi tip pada pakcik yang sorong beg kami , kami tinggal di Riad light of sun , Riad ni sepertinya di uruskan oleh keluarga , yang menyambut kami dan menyelesaikan urusan check- in ada staff -staff lelaki yang kacak (ya orang morocco ramai yang kacak ) , mereka sempat ketawakan  mimik muka kami yang terkejut , sementara menanti urusan check in selesai kami di hidangakn dengan biskut dan teh pudina , ah....segarnya , teh pudina seperti sangat common di sini , cara mereka menghidangakn teh ialah mereka menggunakan pot atau kendi teh yang mempunyai corong tinggi , mereka akan menungakan teh kedalam cawan dan mengangkat tinggi teko teh itu sehinggakan teh itu berbunyi aliran air dan wap-wap panas berlari-lari keluar . salah seorang staff d sempat menebarkan peta dan menerangkan tempat-tempat menarik disekitar kota Marrakech , katanya hampir kesemua tempat menarik ini boleh di akses dengan berjalan kaki sahaja!!, tengoklah esok macamana kami akan explore bandar yang penuh dengan warna warni ini. selesai urusan check in kami pun terus masuk bilik dan tidur , sehari yang lelah !!!

bilik kami 
photo daripada booking.com

untuk lebih maklumat tentang Riad of sun boleh klik di sini , kami tempah melalui booking.com untuk dapatkan 10% discount , yang bestnya pasal booking.com ni kita book dulu dan bayar masa check in , kita juga boleh baca review dan buat perbandingan hotel mana yang best dan murah , harga di booking.com dah termasuk tax .

Riad ni berada dalam souk dan sangat dekat dengan jmaa el fna, sarapan pun best , boleh juga tengok panorama di rooftop .

2 comments:

  1. Book Mumbai tolonavala Cabs Online at cabs2go Car Rentals. Trust cabs2go for the Best mumbai to Lonavala taxi Services.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...