Monday 16 October 2017

kembara andalus : selamat tinggal preston , marrakech sebelum aku temui mu.

source
 http://www.telegraph.co.uk/travel/destinations/africa/morocco/marrakech/

Sebelum  bergerak ke Morocco , kawan yang bagi tumpang rumah  belanja sarapan  di kedai  vegetarian berbangsa india . Kami panggil sahabat kami ini dengan nama Marsha, bila sebut Marsha ada dua benda yang aku ingat , pertama seorang artis malaysia yang cantik nama dia Marsha , yang kedua karyawan daripada indonesia yang banyak menulis buku dan membuat filem . Nama penuh beliau indah sekali , semoga Allah merahmatimu

 Kami didatangi seorang muslimah yang telah lama menetap di Britain  , dia bertanya tentang tudung kami yang cantik , aku serahkan sahaja pada kak faeza yang pandai melilit selendang , entah bagaimana daripada tudung sehingga menjadi perbualan yang panjang , itulah keterujaan kami diluar negara apabila berjumpa dengan saudara sesama muslim , ketika ini yang hanya kami tahu ialah kami sesama muslim , satu agama , satu tuhan , percaya yang Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan Rasul yang terakhir , tanpa mengambil kira dan mempersoal apakah dia wahabi , salafi, entah apa-apa lagi kumpulan yang bikin gaduh di negara sendiri .

ketika pulang hujan turun dengan lebat , tapi kami tidak boleh tunggu lama sehingga hujan berhenti kerana kami sudah siap-siap memesan teksi  menuju ke station keretapi yang akan membawa kami terus ke Manchaster airport meninggalkan bumi Preston dan Britain yang penuh indah dan cinta , kami bertiga berlari-lari anak meredah hujan , entah mengapa hujan ini aku rasakan indah , bukan kerana titisan dia berbau harum , ataupun kami tidak basah walaupun ditimpa titis-titis , tapi mungkin kerana hujan ini kami nikmati bersama , aku sempat mengambil sehelai daun dan disimpan dalam poket , setelah tiba di malaysia daun yang dulunya hijau dan kuning kini bewarna coklat dan kering didalam buku nota  , aku akan datang lagi sebenarnya insyaAllah.

Keretapi berjalan dengan lancar, tiada lagi kena tukar-tukar seperti sebelum ini , oh ya sebelum saya terlupa , hari keberangkatan kami meninggalkan United kingdom ini ialah sehari selepas keputusan pilihanraya president di Amerika Syarikat antara Hillary clinton dan Donald Trump , ternyata yang menang kerusi ialah Donald Trump , riuh gempita satu dunia kerana keputusan pilihanraya US  , media-media dan surat khabar laku keras ! sempat aku membaca surat khabar didalam keretapi yang menyediakan sisipan komentar -komentar ketua-ketua negara yang pelbagai diatas kemenangan trump ini.

Persetankan apa yang terjadi di negara sana buat masa ini , semoga perjalanan kami memasuki marrakech lancar !

1 comment:

  1. Salam..

    Sy terpesona dengan coretan saudari..penuh terisi info. Langsung tidak membosankan :)

    ReplyDelete

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...