Saturday, 24 January 2015

Cerita kemana kami pergi singgah sahaja-kota medan north sumatera indonesia 15-17 /1/2015 -horass!!



1.Indonesia ,tanah besar budaya pelbagai ,citra dan warna . Ini ialah kali ke 3 aku mendatangi indonesia, kali pertama jejakku di minagkabau -danau maninjau -bukittinggi seterusnya mengambil penerbangan srivijaya air ke jakarta, jejak pertama ke indonesia menjadi guide kepada Tuan Abdul Latip Talib penulis novel fiksyen sejarah, aku kagumi usaha beliau menulis sehingga menjadikan cerita tokoh -tokoh itu enak dibaca. Perjalanan kali pertama ke indonesia menemukan aku dengan teman bernama Tio ,aku suka bertemu dengan orang yang punya visi dalam hidup, hidup bukan semata untuk membuncitkan perut sendiri ,walaupun flatformnya berbeza ,seumpama Tio dia punya visi dalam hidupnya.Perjalanan ini menambahkan ilmu ku kepada dua hal ,pertama adat minagkabau ,dan kedua tokoh nusantara yang paling aku kagumi prof hamka.

2.jejakku yang kedua ialah kembara solo ke jakarta-bogor-bandung, disini aku sekali lagi bersilaturrahim dengan teman yang selama ini hanya aku kenal di FB, teman yang paling cantik,yang ahli keluarganya sangat baik, beliau bernama sari. setelah 2 malam aku di bogor ,berkhabaran buruk datang ,ayahku strok bergegas pulang semula ke malaysia.

3.jejak yang ke tiga ialah medan-aceh, perjalanan kali ini paling manis kerana aku pergi bersama housemate ku yang hampir 4 tahun tinggal bersama dan dua orang teman sefikrah, pada awalnya perancanganku hanya ke aceh, memandangkan tiket ke medan dan pulang melalui aceh lebih murah berbanding tiket ke aceh dan pulang dari aceh juga, maka 2 tempat menjadi satu perjalanan.

kota medan-lake toba.

1.untuk perjalanan ke medan ,kami hired supir dengan bayaran rm180/day, kami menggunakan perkhidmatan selama 3 hari , jumlah rm180/day/car tidak termasuk tips 300000rp yang bersamaan hampir rm100, team kami pada ketika itu 3 orang ,maka jumlah perbelanjaan dapat dijimatkan dengan pembahagian 1/3.Tukaran wang pada ketika itu ,dimalaysia saya mendapat 1juta rupiah =RM284(terminal TBS) dan teman yang menukar di indonesia mendapat 1juta rupiah =RM 283, bezanya hanya RM1 perjuta.
2.pemandu kami bernama Pak rahmat ,banyak info yang kami dapat terutamanya tentang masyarakat batak melalui pak rahmat,kami dijemput ke airport dan terus meneruskan perjalanan ke jeti tigaraja yang terletak di parapat.Perjalanan memakan masa 5 jam, berhenti sebentar untuk solat dan sarapan di masjid .makanan kami ialah ayam penyet yang sambalnya masyaAllah sedap, harga makanan tersebut ialah 15000rp dan dibungkus didalam kotak,solat zohor di masjid dan makan serta merehatkan badan setelah beberapa jam menempuh perjalanan yang membosankan.
nasi ayam penyet, sambalnya masyaallah sedap!
                                       
3.Tidur bangun -tidur bangun memang hodoh bebenar ,maka sampailah kami ke jeti tigaraja,letakkanya di parapat, tujuan kami ialah samosir ,tuk-tuk dimana cattage tempat kami menginap, dari jetty tigaraja harus menaiki feri penumpang dengan bayaran 15000rp(sama harga dengan nasi)perjalanan selama 45minit , alhamdulillah perjalanan menyajikan pemandangan yang cukup indah, dalam ferry kami berkenalan dengan Mas Abadi yang merupakan tourist guide mat-mat saleh, pada pemerhatianku bahasa inggeris Mas abadi sangat bagus, masih teringat kata-kata beliau "saya ini orang batak, makanya rupa saya amat takut sekali ,bukannya cantik-cantik dan mulus-mulus macam orang bandar" kata-kata beliau membenarkan apa yang telah dikatakan oleh pemandu kami mengenai rupa dan sikap orang batak:
-kelihatan lebih tua daripada umur kerana mereka bekerja keras
-walaupun muka ganas hati mereka baik
-apa yang keluar dari mulut itulah terlahir dari hati.
kawan,di jeti tigaraja.

4.hampir maghrib kami tiba di samosir,tuk-tuk, ferry akan berhenti tepat didepan cottage carolina, saya memilih carolina kerana semasa memeriksa di internet rekaannya bagus, mengadap tasik dan harganya murah, 190000rp untuk satu malam termasuk tilam extra, bilik kami bernombor 25 ,malangnya mungkin nasib kami kurang baik ,bilik nombor 25 fasilitisnya sangat teruk,namun decoration luaran bilik sangat cantik, pesanan kasih sayang buat mereka yang akan ke lake toba dan merancang untuk tinggal di carolina cottage silalah beli bilik yang mahal sikit, yang punya hot shower ,kerana suhu di samosir sangat sejuk, sehingga Ain ,teman kami membuat kenyataan yang sungguh lucu, nak pakai deodorant pun sejuk.huhuhuhu
rekaan carolina cottage yang menyerupai rumah asli masyarakat batak, ciri utama rumah masyarakat batak ialah atapnya berbentuk perahu ,berbanding dengan rumah minagkabau bentuk atapnya menyerupai tanduk kerbau

permandangan yang sungguh indah mengadap bilik kami.
rekabentuk bilik kami.
             5.malam tiba, perut kami sudah berkeroncong, maka kami keluar sebentar untuk mencari makan,disebabkan majority penduduk pulau samosir ini berketurunan batak yang beragama kristian, maka perlulah berhati-hati dalam memilih makanan, kedai makan islam yang paling hampir dengan cottage kami ialah rumah makan islam murni, sewaktu kami mendatangi kedai tersebut sudah hampir mahu tutup, tapi lauknya masih berbaki, makan malam kami ialah nasi dengan lauk masakan minang, harga untuk tiga orang ialah 63000rp, malam di pulau samosir ini sunyi, padaku bagus juga tenang!kata tuan kedai disini, azan pun tak boleh dengar,ini bukan masalah halangan agama, kerena menurut mereka ,mereka hidup aman damai ,rukun sesama mereka walau agamanya beza.

Hari ke 2. menjelajah lake toba.tuk-tuk-tomok-bestagi-bandar medan.

1.aktiviti kami seterusnya ialah berbasikal ke tomok, dari samosir ke tomok jaraknya ialah 5km, boleh sahaja ke sana dengan kereta,ferry ,motosikal dan basikal ,tetapi ada pelancong mat saleh hanya berjalan kaki, kami keluar dan menyewa basikal dengan kadar 12000rp per jam, perjalanan kami dishiasi dengan sawah padi,bukit bukau, aktiviti pagi orang kampung, makam-makam di halaman rumah, dan kenderaan yang lalu lalang dengan bunyi hon yang sungguh mengganggu.Jarak pergi balik kami ialah 10km, walaupun 10km dibayangi agak dekat tapi akibat jalannya berbukit, time naik bukit memang seksa, pengalaman berbasikal ini ialah yang paling indah, dengan pemandangan yang memukau, tujuan kami ke tomok ialah untuk membeli cenderamata , saya hanya membeli fridge magnet dan baju untuk adik tiri, disebabkan kami tidak bersarapan maka kami mengambil keputusan untuk mencuba bakso di tomok, harga bakso ialah 10000rp.Perjalanan menaiki basikal dari tuk-tuk ke tomok tidak sukar kerana jalannya lurus sahaja dan hanya mempunyai satu simpang, senang cakap tidak perlukan peta, tetapi entah mengapa saya tetap terlepas jalan sewaktu pulang, terlajak jauh!menjadikan teman-teman yang lain kerisauan dan saya sendiri terpaksa membayar lebih 30minit!hahhaha....tersasar dijalan yang lurus,banyak dosa barangkali.

disinilah tempat kami menyewa basikal/speda.

puteri jawa menghayati keindahan alam di tempat masyarakat batak dan makan masakan minang!


permandangan di sepanjang perjalanan.

aku seorang petualang, sungguh aku akan tawan dunia ini dua kali!

jalan lurus akhirnya menemui simpang, perjalanan masih jauh, simpang ini menunjukkan jarak tinggal separuh!
                     
tiba di tomok, berhenti melepaskan lelah sambil mentadabbur alam.

sumber ekonomi utama masyarakat tomok ialah pertanian, telah berlaku penghijrahan besar-besar orang jawa dan tiong hua ke medan, pada awalnya mereka melibatkan diri dalam sektor pertanian, lama kelamaan masyarakat tiong hua keluar dari sektor pertanian dan beralih arah ke sektor perdagangan.

majoriti penduduk pulau samosir ini beragama kristian, gereja dibina dengan sangat banyak, adakah dengan banyaknya rumah ibadah pembuktian kepada kepada kuatnya anutan agama? ,aku pernah bertanya kepada pak rahmat, kenapa ya banyak sekali gereja?dekat-dekat dibinanya? jawapan pak rahmat kerana mereka punya pelbagai aliran,satu gereja satu aliran,seperti islam ada muhammadiah,dll.

2.setelah pulang kami harus segera ke parapat semula kerana pemandu kami sudah menunggu untuk ke medan, masa sentiasa tidak menyebelahi kami sewaktu di lake toba, ferry dijangka tiba di carolina pada jam 1 petang, maka lebih kurang pukul 2 kami tiba di parapat, setelah makan masakan minang juga di restoran berhampiran jetty, kami solat di restoran ,dan harus menempuh perjalanan 5 jam lagi sebelum tiba di bandar medan.
3.pemandu kami kelihatan mengantuk sepanjang perjalanan, begitulah juga dengan kami, sepanjang perjalanan kami sempat menyaksikan 2 majlis keramaian kaum batak  melalui jendela kereta, satu majlis perkhawinan dan dua majlis kematian, kata pak rahmat masyarakat batak suka pada kenduri, akibat kelelahan dan mata tak tahan ngantuk, pak rahmat mencadangkan untuk kami minum teh jahe,teh jahe ialah teh halia di sebuah restoran atas bukit, rasa teh halianya masyaallah tak boleh nak masuk! cuba anda bayangkan minuman yang rasanya pedas, ?kami juga dihidangkan dengan kuih yang berupa lecekan pisang dan dicampur tepung lalu digoreng, nasib baik kuih tersebut sedap rasanya.melayang duit kami 60000rp untuk minuman pedas .

teh yang rasanya sungguh azab sekali.
4.Sebelum sampai di medan, kami sempat singgah di sipiso-piso water fall yang terletak di berastagi.sewaktu itu hari hampir maghrib.Untuk ke sipiso piso waterfall ini kita boleh sahaja turun ke anak tangga kebawah, saya mencuba tapi hanya separuh jalan, sakit kaki naik basikal pun tak sembuh lagi, tapi kalau berada di atas pun masih boleh melihat sipiso-piso waterfall ini , cukuplah hanya sekadar untuk bergambar.




5.kata pak rahmat, sebenarnya banyak tempat dan hal yang teringin benar beliau menunjukkan kepada kami ,akibat waktu yang suntuk dan hari yang gelap ,makanya keinginan itu tidak tercapai, kami singgah sebentar untuk makan di rumah makan keluarga, kali ini kami tidak mahu lagi makan masakan minang, kami order ikan bakar,sup sayur dan telur dadar. seterusnya kami benar-benar keletihan mahu segera pulang ke medan, kami tiba di medan pada jam 10 malam , kami menginap di carolina transit, saya memilih carolina transit kerana harganya murah 240000rp untuk bilik triple semalam, kamarnya besar,bersih ada hot shower dan include breakfast, lokasinya sangat strategik 15 minit berjalan kaki ke istana maimon dan masjid raya.juga berdekatan dengan deretan kedai .Masa untuk tidur.

Bandar medan last day 17/1/15.
1.kami bangun awal pagi, hari ini seorang lagi kawan kami akan tiba di airport kuala namu untuk menyertai kami meneruskan pengembaraan ke aceh.kami telah membayar RM50 ringgit kepada pak rahmat untuk menjemput teman kami, namanya fadhilah, sementara itu kami breakfast dengan roti dan 3 jenis jam beserta keju yang disediakan oleh tempat penginapan kami, jem chocolate yang sangat sedap,makan pula dengan kopi panas.

2.setelah check out, oh ya lupa sepanjang berada di lake toba dan hari ini sekali lagi saya bertemu dengan beberapa orang mat saleh yang fasih berbahasa indonesia!hebat!tempat pertama kami ialah istana maimon, menurut bacaan saya yang tidak seberapa ini kerajaan deli darul maimon ialah kesultanan terakhir melayu di medan ini. Istananya bewarna kuning dan bayaran masuknya ialah 5000rp perorang, ruang istananya tidak besar dan banyak didominasikan oleh penjual cenderama, tidak banyak maklumat boleh didapati disini, selain gambar-gambar, baju tradisi, keris dan perabot begitu ringkasnya, didalam istana ini pengunjung boleh mencuba pakaian tradisi kerajaan maimon ini dengan bayaran lebih kurang RM3, saya sendiri kurang berminat dengan pakaian tersebut, namun yuni teman kami ,mencuba juga, dan ramai pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba pakaian tradisi dan bergambar, ramai sungguh makcik maimon didalam istana ketika itu, saya rasa agak kurang senang apabila sejarah dijadikan bahan niaga wisata, berapa ramai pengunjung yang hadir tanpa membuat referensi apa-apa sekadar suka-suka bergambar dan pulang, itulah yang terjadi di istana maimon.kami pun bergambar juga,kesian pada maimon ,tidak ramai yang mempedulikan siapa dia.


3.setelah hampir tengahari kami ke pasar ikan, bukan untuk membeli ikan tetapi untuk shopping baju, seorang teman kami mahu mencari kain pasang, kami yang selebihnya tidak membeli apa-apa, di kedai baju kami bertemu dengan pelancong malaysia yang sibuk memilih kain, maka dapatlah teman kami kain pasang yang sungguh cantik dengan harga 150000rp ada sulam-sulam lagi, ,menurut pak rahmat dipasar ikan ini ramai pelancong membeli baju /kain pasang dan telekung, harganya lebih murah berbanding di aceh kerana orang aceh sendiri turun ke medan untuk shopping.

4.setelah penat berjalan dan tidak membeli apa-apa kami ke masjid raya untuk bersolat, masjid ini memang lawak, rekaannya cantik tapi ruangnya yang besar seolah-olah tidak digunakan semaksima yang mungkin, tempat mengambil wudu' dan toilet disekalikan dan terletak agak jauh, kami tidak dibenarkan membawa kasut masuk ke tempat mengmbil wuduk dan toilet tapi selipar toilet tidak disedikan dan lantainya kotor bagaimana?o.k ....so selepas mengambil wuduk kami pun berjalan untuk masuk ke ruang masjid, sebelum masuk kami diminta menyerahkan kasut pada seorang petugas, kasut kami diletakkan dengan nombor dan satu salinan nombor kami diberikan,wah!sistematik sungguh kasut kami tidak mungkin hilang, usai solat rupanya perkhidmatan parking kasut itu bukan percuma harus berbayaran dengan harga seikhlas yang mungkin, ini lucu,letak kasut pun kena bayar huhuhuhu...
5.seterusnya kami ke rahmat wildife gallery ,akhirnya kami ambil keputusan tak jadi masuk kerana harganya terlalu mahal 150000rp tak sanggup nak habiskan duit banyak tu semata-mata nak tengok replika pakcik rahmat.

6.kami ambil keputusan untuk membeli tiket bas malam ke aceh, kami memilih bas kurnia kerana bas tersebut paling baru dengan bayaran 200rp ,perjalanan tak sampai 12 jam .bas akan bertolak pada jam 9 malam,tapi pada pukul 8 harus ada di tempat pembelian tiket.

7.sementara menunggu jam 8 malam, saya mencadangkan untuk ke gramedia membeli buku, ada dua gramedia di medan, satu gramedia betul-betul satu bangunan dan satu lagi gramedia dalam medan mall,saya mencadangkan masuk sahaja gramedia medan mall kerana, apabila berjumpa buku masa akan berlalu tanpa sedar, so teman-teman yang tidak suka buku yang lain boleh pergi tengok baju, dalam mall juga boleh makan sekali sebelum bertolak ke medan.sebelum ke mall sebenarnya kami telah makan, masakan minang lagi di restoran yang agak mewah, kami risau juga takut harga makanan kami mahal, rupanya tidak sama sekali harga makanan kami hanya 170000rp untuk 4 orang.

8.Di gramedia sebenarnya saya mencari buku tulisan dian akbas, best of turkey, tapi kata petugas gramedia bukunya sudah habis, tapi saya rasa mereka malas nak cari, gramedia media dalam medan mall ini agak bersepah tidak seperti gramedia di jakarta, buku-buku bercampur-campur tidak tersusun. walaupun keadaan agak kelam kabut melayang juga duit saya 200000rp.

9.sebelum bertolak ke medan, kami menyuruh pak rahmat berhento solat isyak dan maghrib, kami solat di masjid daripada persatuan penduduk aceh di medan, masjid ini bersih sekali. hampir jam 8 kami sudah ada di pusat penjualan tiket ,setelah membayar tips pada pak rahmat kami disumbat -sumbat dalam mini van untuk ke terminal bas....sabar je lah...

cerita bersambung dengan percutian kami ke aceh!!HORAS!

1 comment:

  1. Salaam. Jika tidak keberatan, saudari masih simpan kah contact number Pak Rahmat Medan? Jika ya, boleh tak emailkan ke rohida.yahya@uum.edu.my

    ReplyDelete

kembara andalus : selamat tinggal preston , marrakech sebelum aku temui mu.

source  http://www.telegraph.co.uk/travel/destinations/africa/morocco/marrakech/ Sebelum  bergerak ke Morocco , kawan yang bagi tumpang...