Friday 24 March 2017

muzium panorama 1453 dan Bosphorus cruise .


istanbul post office sirkeci ambil dari wikipedia
Usai sarapan pagi , kami bertanya kepada Esim , owner kepada Tulip Guesthouse, macamana nak pergi ke pejabat pos? sebab kawan saya ni dah terlebih barang so luggage dah penuh terpaksa pos barang. Esim tunjuk pada peta laluan ke pejabat pos , so pejabat pos ni dekat dengan kawasan sirkeci , dari Sultanahamet ambil tram turun ke Sirkeci , lintas jalan dalam 300 meter dah sampai ke pejabat pos .

dalam pos office -wikipedia

Urusan di pejabat pos Ya Allahurabbi !!! lembab giler !!! bayangkan pukul 9 kami gerak , zohor baru settle , padahal orang tak ramai mana pun , selesai urusan aku ambil keputusan untuk solat zohor dekat dekat sirkeci tram station , subhanallah masjid yang paling tenang di istanbul yang pernah aku masuk , tenang dari keramaian orang , tenang dari para tourist , tenang serba serbi .



sudah solat semua , kami terus ambil tram menuju ke Panorama muzium 1453 , jauh juga perjalanan dia lebih setengah jam , Tapi muzium ni memang worth untuk masuk especially mereka yang suka history , so muzium ni pameran dia disusun secara kronogi sejak pemerintahan kerajaan kristian byzantine sehingga kepada pembukaan kota istanbul oleh Sultan Muhammad al fatih II, Dia akan susun sehingga kita akan naik ke tingkat atas , sampai di tingkat atas , bangunan dia dibina berbentuk kubah@sfera 360 degree dengan ukuran sebenar peristiwa the last battle sebelum kota di buka , memang hebat lah , boleh nampak beberapa meriam termasuklah meriam orban yang gah pada masa tu dalam saiz sebenarnya dan peluru meriam tu yang besar dia beberapa kali ganda dari besar bola sepak , juga menambahkan lagi kesan real dia , turut di pasang semboyan dan muzik perang , tahun 2013 masa kali pertama saya ke peranchis untuk mencari maklumat mengenai Napoleon Bonaparte kami masuk ke muzium tentera , saya ada mendapat maklumat bahawa muzik masa perang zaman uthmaniah dulu memberi inspirasi kepada Napoleon untuk melakukan hal sama dalam setiap pertempuran , elemen memberi semangat ! wallahuaklam .

Satu hal yang aku suka pasal muzium ni ialah kedai cenderamata mata dia , wallahi best sangat , dengan buku-buku , CD dan saya tertarik dengan satu brooch lencana Uthmaniah , tapi saya tak membelinya sebab saya harus berjimat cermat kerana ada beberapa kota lagi perlu kami jejaki selepas ini .

Jam menunjukkan hampir lewat petang , malam ini kami akan bertolak ke Cappadokya , sebelum bertolak saya berencana untuk membawa kawan menaiki cruise menyelusuri selat Bosphorus, kami cepat-cepat keluar dan naik tram semula ke Eminonu .


Sampai sahaja ke Eminonu saya terus mencari orang yang menjual tiket untuk Cruise tersebut alhamdulillah masih ada , harganya 12TL ,Durasi perjalanan adalah 2 jam , malangnya hujan turun rintik-rintik kesudahannya kami masuk sahaja ke dalam cruise , cuaca pula mendung tak dapat menikmati indahnya laut dan camar-camar berterbangan , Kalau korang datang ke istanbul , memang kena naik cruise ni , nama dia short circle bosphorus cruise (uzun bogaz turu ), lepas naik ni kami turun semula dan beli ekmek lagi ahahahaha

cruise yang naik pertama kali pada tahun 2013- jejak sultan abdulhamid 2

Diambil atas deck cruise , cuaca toba-tiba gelap dan hujan turun 

camar terbang di Bosphorus

kami terus balik ke hotel dan prepare barang-barang untuk gerak ke cappadocia  .

No comments:

Post a Comment

Keasyikan memburu buku di Jakarta

Banner islamic book fair  Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir  pergi tahun...