Sunday, 4 June 2017

dengan kapcai kita menawan cappadocia .


  Hari kedua di Cappadocia, rancangan kami untuk sewa motor kapcai dan berjalan sendiri mengikutilaluan "red tour " , Salah satu tempat yang penting semestinya garome open air museum .
Pagi hari lagi kami telah bangun , bagusnya kembara- mate aku sorang ni sentiasa sharp on time , kami sentiasa bangun pagi , untuk mengejar masa sarapan sebenarnya , bila turun sarapan awal makanan masih banyak di buffet . 

Tapi sebelum jam 7 pagi belum lagi masa sarapan, kami  keluar dari safran cave hotel untuk berjalan-jalan menuju bukit tinggi untuk melihat belon panas naik ke udara . Kami tidak mengambil pakej belon panas kerana harga yang mahal ,jujur aku katakan ini .
Kami menjumpai satu bukit untuk didaki ,kawan aku berjalan ke hadapan , tiba-tiba dia berlari dengan laju patah balik ke belakang , terkejut aku kerana dia dikejar anjing , huhuhuhu kami memilih jalan yang lain tapi tetap mendaki bukit .
jalan-jalan menuju atas bukit

Akhirnya kami temui tempat yang bagus untuk lepak-lepak ,dari kejauhan kelihatan belon -belon panas naik ke udara , subhanallah indah sungguh , sayangnya ! kalau kami datang lebih awal kemungkinan kami dapat juga melihat sunrise .
Aku sering berangan-angan duduk di tempat yang indah , melihat sunset atau sunrise sambil minum kopi atau teh , pendapat aku matahari sering memberikan harapan yang baru ,matahari tenggelam meninggalkan hari -hari semalam , matahari timbul membuka hari yang baru ,indah sekali penciptaan matahari .maha suci Allah yang maha bijaksana .




Setelah usai melihat indahnya pagi di Cappadocia kami balik ke hotel semula untuk mandi-mandi dan bersarapan . Selepas itu kami keluar mencari moto sewa . Kedai moto sewa ini kami sudah lupa namanya , tapi sebaris dengan restoran korea yang di usahakan oleh orang turki . Bayaran sewa semua kami sudah lupa .
Saiz kapcai di sini besar sedikit dari kapcai di malaysia , pada mulanya tuan kedai ini macam kurang yakin dengan kami perempuan pendek ini mengendali motor , tapi kawan aku ni memang bijak memandu , Lori kelapa sawit pun dia boleh bawa tau !! , dia nak tengok kami bawa motor itu dikawasan lapang kedai , memang kawan aku tu boleh bawa , aku pun yakin dengannya , setelah itu kami study sedikit laluan ke open air museum dan rose valley . Dan ayuh bergerak !!!!



Kami di tiba di open air museum , semua orang memandang kami , rupanya ramai orang datang ke open air museum ini dengan berjalan kaki , ada juga yang naik basikal ,yang naik motor ? Maaf ya tak ada , kami sahaja ahahahahah banggannya . Jejaka turki membantu kami memakir moto dan kami terus menuju ke pintu masuk museum, bayaran masuk 25TL ,

Dah nama open air museum so tempat ni memang outdoor lah , cantik ya memang cantik , dari segi history dia lebih banyak kepada sejarah kristian yang sangat kompleks untuk aku faham ,kalau  korang tak tahu lah mungkin cepat kot kadar pemahaman korang , open air museum ni terkenal dengan bentuk batuan yang attach dengan gereja yang mempunyai lukisan@ukiran di dinding , lebih kurang 11 refectories ( bangunan batuan yang lengkap dengan ruang makan , belajar etc..etc ) yang attach dengan gereja -gereja yang kita boleh tengok , refectories ni dah wujud sejak abad 10, 11, dan 12, giler lama


lepas balik dari Open air museum tanpa faham apa-apa , kami singgah lunch di restoran korea di garome , travelmate aku ni suka korea , so makan lah makanan korea , ni first time aku makan bimbimbap , makanan korea yang dimakan di turki ahahaahah best rupanya makanan ni , harganya pun mahal nya mak aiiii !!!! lepas balik malaysia aku pun jadi suka makan bimbimbap ni.

lepas makan kami solat di masjid area garome town dan mulalah merempit , jujurnya nak kabo kami tak jumpa pun rose valley tu kat mana , tapi kami tetap enjoy dengan kesesatan kami , sebab pemandangan jalan-jalan di garome ni subhanllah cantik sangat , jalan-jalan kat sini kurang kenderaan memang sesuai lah untuk lumba motor haram . kata orang if you cant enjoy the destination (sebab sesat kan ) you can enjoy the journey .



lepas puas berjalan-jalan hari pun dah hampir nak maghrib , kami bawa motor kami balik ,sebelum tu kami solat maghrib dulu di masjid yang sama , kat masjid ni ada kejadian aneh yang berlaku , so aku ambil wuduk , dan solat maghrib sama dengan imam lepastu aku jammakkan sekali dengan solat isyak , lepas solat aku bertafakkur sekejap sebelum masuk waktu isyak tu lah , then tiba-tiba ada sorang makcik turki ni , dia pun masuk , bila imam dah start nak solat isyak dia ajak aku solat sekali berdiri sebelah dia beria-ria dia ajak , aku rasa bersalah sebab aku kan dah solat tadi ??tapi tak tahu nak explain macamana pada makcik turki tu , akhirnya aku ambil keputusan untuk lari aahahahah tak matang nya , mesti makcik tu pelik .

akhirnya kami pun pulangkan moto tu tanpa isi minyak penuh , so kenalah bayar mengikut harga kuantti minyak yang kami dah guna tu , Masa pulangkan moto tu sempat kami bertemu dengan owner kedai moto tu dan sempatlah di jamu dengan 2 cawan cay @ teh .Kami borak-borak pasal isu semasa dan traveling kami , so this brother dia cerita lah anak -anak dia yang study USA tu , bagus uncle ni , best juga borak-borak dengan pakcik turki tu.

jam 11 malam kami akan naik bas sekali lagi untuk ke pamukkele , dijangka akan sampai awal pagi , kami dah tempah tour siap-siap , kiranya di pamukkele ni kami tak bermalam lah , sampai awal pagi , kami akan tidur sekejap , bangun , sarapan dan akan bermula tour lebih kurang jam 10 pagi , lepas balik tour kami akan naik flight dari pamukkele ke sabiha airport istanbul jam 10 malam , dan dari sabiha naik transfer bas untuk ke attarturk airport sebelum balik ke malaysia .

kalau nak ke cappadocia aku tak nak pesan apa-apa pun pada korang , tapi try lah cuba sewa moto , jalan dia fuh!!! serious cantik , yang tak bestnya orang-orang turki di garome ni akan pandang korang perempuan yang naik moto ni macam something wrong pula , tapi korang tak payah peduli lah , bukan korang nak kahwin dengan dia pun , melainkan mereka-mereka tu bakal mak mertua or pak mertua korang aahahahah....

anyway aku enjoy gila di cappodocia ni , tahun 2016 aku datang lagi sebab aku suka betul dengan bandar ni.

No comments:

Post a Comment

kembara andalus : selamat tinggal preston , marrakech sebelum aku temui mu.

source  http://www.telegraph.co.uk/travel/destinations/africa/morocco/marrakech/ Sebelum  bergerak ke Morocco , kawan yang bagi tumpang...