Monday, 28 August 2017

kembara Balkan - Pamukkele the end .

Pamukkele tempat last kami pergi lawat untuk kembara balkan . Dari cappadocia kami naik bas jam 11 malam dan sampai di pamukkele pada awal pagi , lebih kurang jam 4 pagi kami sampai dan diambil oleh tour kami .

pamukkele ni ialah tempat yang paling tak best dalam kembara balkan ni , so pukul 4 pagi tu kami di bawa berkumpul di dalam pejabat tour tu , urusan dia lama bebenar , sempat kami bertemu dengan pengembara daripada jepun , lebih kurang 2 jam macam tulah baru kami diberi bilik untuk istirehat seketika , jam 10 pagi dah nak gerak ikut tour , time ni semua bag dah kena buat keluar sebab tour kami akan melepasi waktu check out . Harga bilik dan sarapan rasanya tak termasuk harga pakej .Dan bilik dia teruk sangat sarapan pun teruk , tapi tak apa dah nak balik dah kan.

so start dari jam 6 baru kami istirehat sebentar sebelum kena bangun balik lebih kurang jam 9 untuk sarapan , so pukul 9 everything kami dah kemas , so saya turunlah untuk sarapan , malangnya makcik yang uruskan bilik ni kata kami tak boleh turun sarapan lagi , padahal saya ada nampak beberapa orang yang kami jumpa semalam di pejabat tour sedang bersarapan , lebih kurang jam 9.45 macam tu baru kami di panggil untuk sarapan semula , time ni barulah saya sedar yang tempat sarapan dia hanyalah satu meja yang boleh duduk 6 orang , dekat atas meja bersepah dengan kulit telur rebus . So kami duduk dan lebih malang lagi kami hanya dihidangkan roti putih , jem dan sayur , telur tak ada pun , bila kami minta dia kata dah habis , giler ahhh...

so pengembaraan bermula , pamukkele ni terkenal dengan istana kapas dan Hierapolis , yang join tour ni kami dua orang je , dan seorang guide perempuan, harga pakej termasuk lunch buffet . Disebabkan terlampau penat dan tak berapa nak puas hati dengan pengurusan pakej ni muka aku pun memang toya giler , sampaikan nak bercakap dengan guide pun tak ada mood , guide ni pulak sibuk perli kitaorang pasal kita orang tak ambil pakej belon panas , "you said that hot balloon too expensive for you ?" sambil buat muka tak puas hati , WTH , lantak kitaorag lah .....lagi satu yang aku tak puas hati time kat sini handset aku rosak ahahahah

tak puas hati ni lah the reason aku tak berapa nak ambil gambar dan tak berapa nak pay attention , pada aku pamukkele ni tempat yang enough lah sekali je datang , tak worth untuk repeat pun. Last tour dalam area jam 6 , pukul 11 malam flight kami akan bergerak ke istanbul semula sebelum balik ke malaysia jam 6 pagi . pukul 7 malam aku dah tanya orang ni sama ada boleh hantar awal ke tak kitaorang kat airport ? dia macam tak nak bagi , so kami lepak je lah dalam office dia, lama-lama dia perasan kot muka kitaorang penat dan tak berapa nak puas hati lastly dia hantar kita orang juga ke airport around 9 malam .

lepas naik flight je rasa lega giler , sampai di IST airport kami kena tunggu pulak sampai jam 6 pagi sebelum berlepas ke malaysia . Sementara tunggu jam 6 pagi tu aku memerhatikan group jemaah umrah dari turki kebanyakan mereka warga tua, subhanallah bahagia giler muka diorang . aku suka tengok orang-orang tua turki tak tahu sebab apa , muka diorang baik.

maka berakhirlah jejak kembara balkan ni . Balkan country seriously best, Rasa nak repeat balkan di bahagian yang lain pula .

No comments:

Post a Comment

kembara Balkan - Pamukkele the end .

Pamukkele tempat last kami pergi lawat untuk kembara balkan . Dari cappadocia kami naik bas jam 11 malam dan sampai di pamukkele pada awal p...